Disklemer
![]() " Bila menulis, waktu itu mulut terkunci dan yang berbicara cuma hati." ChatOn! Mastermind.
| Soleh itu Bukan Aku (7)
Abang Surau yang dah dibenarkan pulang harini, di hantar oleh Anas ke rumahnya. Luqman memang tak dapat dikawal, dia lari dari hospital. Memang degil. Abang Surau masih dalam keadaan lemah. Namun, dia letak satu kata kata semangat, tersemat kemas dalam hatinya..
"Berdiriku, Allah yang bangunkan.
Jatuhku, tanda ujian. Berdiri jatuhku, kerana Allah. Aku harus kuat, juga sebab Allah."
Abang Surau menggunakan kerusi roda. Anas yang setia menolaknya. Puas menghalang, tapi Anas tetap dengan pendiriannya. Selagi mana dia hidup, dia akan pegang janjinya. Menjaga Abang Surau.
"Allahuakbar Allahuakbar!"
Terdengar laungan azan. Suara yang tak pernah didengarnya sebelum ini. Dia ingatkan Luqman yang azan, tapi jangkaannya melest. "Suara baru, alhamdulillah." bisik hati kecilnya.
"Anas, jom bawa abang pergi surau. Abang rindu dengan surau kita. Dah berapa hari tak jejak kaki." "Abang larat ke? Kalau tak larat takpayah la. Nanti sakit abang lagi teruk." "Abang larat. Betul. Biarlah sakit abang lagi teruk waktu nak beribadah, daripada iman semakin teruk tak solat berjemaah." "Kalau macamtu, marilah. Tapi saya yang tolak abang eh?" "Iya iyaa." jawab Abang Surau ceria. Setibanya di surau, bilal baru hendak iqamat. Pakcik Bakar dah bangun untuk bersedia menjadi Imam. Kehadiran Abang Surau dan Anas tidak disedari kerana Abang Surau solat di atas kerusi roda. Mereka memang tak menjangka yang itu abang surau. Lagipun ketika itu Anas sedang mengambil wudhuk. Selesai solat, ketika hendak bersalaman, Anas bertembung mata dengan Pakcik Bakar. "Weehhh! macamana kita boleh tak sedar yang ada puak Syiah dalam Surau kita?!!" jerti Pakcik Bakar tiba tiba. Jemaah yang lain semua memandang ke arah Anas dan Abang Surau. Sungguh mereka tidak tahu apa apa dan pelik, siapa yang dikatakan Syiah? "Lebih baik kita semua jauhkan diri daripada mereka yang sesat ni!" teriak Pakcik Bakar. Anas dengan ketenangan yang diberikan Allah bertanya.. "Maaf pakcik, siapa yang pakcik maksudkan dengan puak Syiah?" "Dahla, kau dengan abang yang kau agung agungkan sangat tu takpayah nak berlakon dekat sini, kami semua dah tahu yang kau berdua ni orang orang Syiah! Kau datang sini nak sesatkan kami kan? Kau pulaaaa.. *sambil memandang Abang Surau* kau fikir solat yang kau imamkan sebelum ni Allah terima?" Berdesing telinga Anas, tetapi ditenangkan Abang Surau.
"Sabar dik, sesungguhnya kesabaran itu perlu kepada mereka yang sedang marah. Sungguh, jika ada yang memfitnah, sesungguhnya mereka tidak tahu apa apa."
Anas cuba bertenang. Abang surau tahu, yang pakcik Bakar memang tidak sukakan dia dari dulu. Setiap kali dia imamkan, pakcik Bakar akan solat sendiri.
"Pakcik, kenapa pakcik cakap macamtu? Adakah pakcik punya bukti yang kukuh menuduh kami sedemikian? Sesungguhnya fitnah itu terlalu buruk dan keji."
"Kau tak payah nak berlakon macam malaikat dekat sini. Kau dengan abang kau tu memang confirm dah ahli neraka sebab Syiah! Ajaran sesat! Keluar daripada surau ni!" Pakcik Bakar tiba tiba seolah histeria. Tak terkawal. Jemaah yang lain cuma menjadi penonton. Menyokongnya tidak, membantahnya pon tidak.
Tiba tiba pintu surau dibuka. Kelihatan Luqman masuk dengan muka yang bengis. Di pegang kemas kolar pakcik Bakar dan mengheret pakcik Bakar keluar dari surau.
"Weh budak tak guna, lepaskan aku."
"Kau dengan aku tak habis lagi. Nak fitnah kawan aku pun, jangan dalam tempat yang mulia. Rumah Allah. Meh dekat sini." Luqman masih marah bila diteringatkan pasu yang dibaling pakcik Bakar kepadanya. Lagi lagi waktu dia datang nak cari pakcik Bakar tadi, dia terdengar pakcik Bakar menghina sahabat sejatinya.
"Tak habis apa lagi? Fitnah? fitnah benda apanya, benda betul. Kau budak tak tahu apa apa, baik diam. Jangan masuk campur." herdik Pakcik Bakar.
Anas terkejut melihat Luqman yang seperti dirasuk. Menggila.
"Sabar Luqman, kita bincang."
"Dengan orang macamni, takpayah bincang. Kau duduk situ diam diam, jangan bersuara." kata Luqman dengan tenang tetapi kedengaran begitu seram. Tersentak Anas, dia tahu, kalau Luqman berkata macamtu, memang dia tak boleh kata apa lagi.
"Kau kata sahabat aku Syiah? Bukti?" tanya Luqman.
"Nak bukti? Seumur hidup aku, aku pernah tengok orang solat Dhuha 2 rakaat ja, tapi kawan kau tu solat 12 rakaat, sesuka hati dia ja tambah rakaat." kata Pakcik Bakar yakin.
Anas ketawa terbahak bahak. Abang Surau cuma menahan tawa. Luqman dah terguling dah gelak.
"Haaa tu la, nak kata bangang marah. Tak kata bangang, tuduh orang Syiah." kata Luqman selepas habis tawanya. Agak agak dalam 10 minit juga la dia ketawa.
"Pehal kau ketawa? Aku tak buat lawak pun la." kata Pakcik Bakar. Pelik. Rasanya tiada yang kelakar. Jemaah lain turut hairan melihat ketiga tiga sahabat tersebut.
Tiba tiba Abang Surau bersuara dalam kepayahan.
Solat Sunat Dhuha ni, cara nak tunaikannya sama macam solat solat sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga buat empat rakaat, enam rakaat atau lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu.
Malunya bukan kepalang bagi pakcik Bakar.
"Kau reka kan? Kau kan syiah mesti pandai reka reka ni kan? Kan?" tanya Pakcik Bakar gelabah.
"Berdosa besar berdusta atas nama agama." jawab Abang Surau.
"Weh bijak kau memang tak pernah belajar ke? Dekat sekolah dulu ponteng kelas KAFA eh?" perli Luqman.
"Tak baik cakap macamtu Luqman. Pak Bakar, Nabi ada sebut dalam hadis riwayat at Thabarani yang bermaksud;
Siapa solat 2 rakaat, ditulis dia daripada orang orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah.
Siapa solat 4 rakaat, ditulis dia daripada orang orang yang suka beribadat.
Siapa solat 6 rakaat, dicukupkan baginya rezeki pada hari tu.
Siapa solat 8 rakaat, Allah menulis bahawa dia seorang yang taat.
Siapa solat 12 rakaat, Allah akan membina mahligai di dalam Syurga untuknya."
"Saya wakil daripada kami bertiga minta maaf kalau ada buat pakcik sakit hati ataupun terasa dengan sikap kami."
"Abang, kenapa minta maaf? Dia yang salah fitnah kita, kenapa kita minta maaf?" tanya Luqman tak puas hati.
"Meminta maaf itu sifat orang yang rendah diri.
Orang yang rendah diri terlepas daripada sifat riak."
Luqman akur. Dia taknak lagi mengeruhkan keadaan dengan menceritakan tentang kutukan pakcik Bakar kepada Abang Surau waktu di warung tempoh hari. Tidak sempat meminta maaf, tiba tiba Pakcik Bakar memegang kuat dada sebelah kirinya, matanya terbeliak. Dia rebah dalam keadaan sebegitu. Anas dengan pantasnya meriba pakcik Bakar. "Pakcik, ikut saya. La ilahailallah." Diam. "Pakcik, ikut saya. La ilahailallah...." Diam. Anas mencuba lagi. "Pakcik, ikut saya. La ilahailallah..." Diam. Anas check nadi pakcik Bakar. "Innalillahiwainnailaihirajun." Kalimah itu turut diucap Abang Surau, Luqman dan jemaah lain. Anas menutup mata Pakcik Bakar yang terbeliak. Ditutup mulut Pakcik Bakar yang ternganga. Anak pakcik Bakar yang berada di situ, turut menangis di pangkuan bapanya. Meraung. Anaknya Zack, berdiri. Menghadap Luqman. "Kauu... kau penyebab bapa aku mati!!" katanya sambil melayangkan tumbukan kepada Luqman.
"Dushhhhh!!!!"
|
3 Comments:
alhamdulillah sambungannya dah siap... cerita yang hebat.. dihasilkan dripada seorg remaja yg hebat :) tahniah..
Mashaaallah :((
Kesian kat pak cik bakar..xsempat nk mngucap..nauzubillah lau bnda tu trjadi kpada kita..
#Alhamdulillah,makin siht my "abang surau"
Post a Comment