Disklemer
![]() " Bila menulis, waktu itu mulut terkunci dan yang berbicara cuma hati." ChatOn! Mastermind.
| Soleh itu Bukan Aku (11)
"Kau ni menyusahkan aku betul la, lain kali nak lintas, tengok kiri kanan, jangan main jalan je. Ingat kau kebal? Kena langgar tak mati?" bebel Zack. Mujur dia sempat menarik Anas yang hampir dilanggar kereta tadi. Kebetulan dia sedang berjalan jalan di situ mengambil udara pagi."Err maaf. Aku tengah fikirkan sesuatu tadi. Eh! Tu kereta yang nak terlanggar aku tu. Sebab dia elak daripada langgar aku, dia terlanggar pokok. Jom cepat pergi tengok dia!" Anas dan Zack berlari menuju ke arah kereta Proton Wira tersebut. Hancur bahagian hadapan keretanya dimakan pokok itu. Asap putih keluar daripada bahagian hadapan keretanya. "Abang, abang, abang okay ke?" tanya Anas sambil mengetuk ngetuk tingkap kereta tersebut. "Apa punya bodoh la soalan kau ni Anas, dah terang terang kepala dia berdarah macamtu, boleh pula kau tanya macamtu. Lagipun kan dia pengsan tu, kau fikir dia boleh jawab ke soalan kau?" "Err maaflah, mana tahu kan..." Zack cuba membuka pintu kereta tersebut, namun tidak berjaya. Dia cuba berulang kali, namun tetap tidak berjaya. Tiada pilihan, dia perlu memecahkan tingkap kereta tersebut. "Anas, kau pergi carikan aku kayu kejap." "Nak buat apa?" "Nak buat sudu untuk makan bubur. Hei lah kau ni, aku nak pecahkan tingkap ni la. Cepat pergi cari!" marah Zack, boleh pula Anas tanya soalan yang bijak time time macamni. Anas pergi mencari kayu yang disuruh Zack manakala Zack masih lagi cuba membuka pintu kereta tersebut. Namun, masih menemui jalan gagal juga. Zack tidak berputus asa, dia percayakan Allah. "Nah Zack, kayu yang kau minta." kata Anas sambil tercungap cungap kepenatan. Zack mengambil tanpa bicara. Dipukulnya cermin tempat duduk penumpang di belakang sekuat hatinya. Kalau dia pecahkan cermin hadapan, takut terkena abang tu pula. Zack tidak berhenti mencuba, namun cermin tersebut masih berdegil. "Praanggg!" cermin itu retak sedikit. Kayu dah patah. Tiada pilihan, kalau nak suruh Anas cari kayu lagi, memang arwah la abang ni. Cari kayu macam pergi cari gergaji potong kayu dekat pokok, punyalah lama! Zack menggenggam penumbuknya. Anas terkejut dengan tindakan Zack. Yalah, mahu tak bengkak tangan kalau tumbuk cermin kereta. "Err Zack, kau jangan cakap yang kau nak tumbuk cermin tu?" Tanpa bercakap, Zack menumbuk kuat cermin kereta tersebut. Gagal. "Woi kau ni! Gila ka?" "Tadi kau kata jangan cakap, so aku tumbuk terus la." "Lahaiii.. er tadi kau baca bismillah tak?" "Tak. Kenapa?" "Patutlah gagal. Baca bismillah dulu." Lafaz bismillah di ucap. Zack mengambil nafas. Dengan sekali tumbukan, berderai cermin kereta tersebut. Tangan Zack luka, namun dia tidak peduli. "Cepat Anas, kau buka pintu belakang, then buka pintu hadapan." arah Zack sambil memegang tangannya yang luka itu. Perit. Namun ditahan. Sabar. Bila sakit, tu tanda Allah sedang hapuskan dosa kita. Pintu dibuka. Anas mengangkat mangsa tersebut keluar. Denyutan nadi masih ada, tanda dia masih hidup. Tiba tiba kedengaran siren ambulans. Ambulans berhenti betul betul di hadapan mereka. Seingat Zack, dia takda pula call ambulans tadi. Anas pun sama. Mangsa diangkat masuk kedalam ambulans. "Tuan, tuan pun perlukan rawatan. Tangan tuan luka teruk tu." "Takpa, saya rawat sendiri." kata Zack. Dia memang takut betul dengan hospital. Eh pembetulan, bukan takutkan hospital, takutkan jarum. "Ouh, kalau macamtu, takpa. Tapi siapa nak temankan mangsa untuk ke hospital?" "Saya." kedengaran suara Abang Surau mencelah. "Lagipun saya yang telefon ambulans ke mari." tambahnya. "Kalau macamtu, baiklah. Cepat." Ambulans berlalu pergi. Tinggallah Zack dengan Anas. Mereka berjalan menuju ke surau untuk membasuh tangan Zack yang luka. "Kau okay ke tu?" "Okay la. Sikit je ni. Aku kan kuat." kata Zack dalam usahanya menyembunyikan kesakitan yang amat.
"Sakit itu, dari Allah. Bila Allah dah hantar kesakitan kepada kita,
tu bermakna Allah sedang menegur kita, untuk lebih dekat kepadaNya."
"Eleh, kau ni buat ayat kemain pandai." gurau Zack.
"Memey arr. Exam haritu aku dapat A kot bm. Lebih tepat lagi A pelas."
"Nak dengar ayat daripada aku yang dapat C bm tak?"
"Adapun sedikit riak dalam diri ketika apabila membuat kebaikan, ingatlah. Kebaikan kita itu sia sia, tiada nilai di sisi Allah."
"Err kk. Aku lawak je la eh kau ni haaa."
"Haha , aku ingatkan jaa. Kan kita ni saudara!" balas Zack.
"Saudara? mana ada kau abang aku pun. Adik aku pun tak. Sepupu lagi la tak." Anas buat buat tidak tahu.
"Saudara Islam maksud aku. Allah pernah berfirman dalam Surah al Hujurat ayat ke 10 yang bermaksud;
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.
"Yeayea, kita saudara. Pimpin aku ke syurga kawan?"
"Salah tu, aku sebenarnya yang perlu dipimpin." balas Zack.
"Habistu kalau Anas pimpin Zack, Zack pimpin Anas, aku siapa nak pimpin?" celah Luqman tiba tiba. Nadanya dibuat seolah olah merajuk.
"Sama sama memimpin, sama sama dipimpin. Sahabat sampai Syurga, insyaAllah." kedengaran suara kecil menyapa di belakang.
"Lah Safiyya rupanya. Buat apa dekat sini? Nak ubatkan luka di tangan Abang Zack ye?" suara Zack dimachokan sehabis mungkin.
"Eh perasan, dia nak teman aku hafal surah al Kahfi la!" sampuk Luqman tiba tiba.
Anas diam. Cuba mengawal perasaan. Jaga pandangan, dia masih ingat pesan abang surau.
"Eh apa ni korang berdua. Saya datang nak ambil barang saya yang tertinggal subuh tadi ja. Takda niat nak sembuhkan luka or temankan sesiapa baca al Kahfi."
"Err lawak je la." jawab Zack dan Luqman serentak. Cover malu.
"Oklah, saya balik dulu. Assalamu'alaikum." kata Safiyya, cepat beredar.
"Kenapa Anas tak tegur aku?" persoalan itu bermain main di fikiran Safiyya. Dia sedikit hampa, entah kenapa.
"Aduh, melepas! Cantik betul Safiyya tu. Hehehe." kata Zack.
"Woi woi, dah dah." potong Luqman.
Anas masih diam. Macam fikirkan sesuatu.
Luqman menjeling Zack. Zack faham.
"Kau ni kenapa Anas? kita baru jumpa bidadari kot, bukan hantu." tanya Zack.
"Yalah Anas, kau kenapa?"
"Takdak apa. Aku cuma fikirkan sesuatu..."
"Fikirkan apa?"
"Harini hari last dalam bulan Sya'ban."
"So?" tanya Luqman dan Zack serentak.
"Kiranya malam ni terawih la."
"Ya Allah, betullah! Macamana aku boleh lupa ni?" kata Luqman.
"Kan? Malam ni ada moreh tak?" tanya Zack pula.
"Eh kau ni Zack. Habistu kenapa Anas? sepatutnya kau gembira Ramadhan dah nak tiba, kenapa nampak macam gelisah?"
"Sebab aku tengah fikirkan kata kata Abang Surau subuh tadi."
"Apa yang dia kata?"
"Apabila seseorang itu disampaikan pada bulan Ramadhan, tetapi apabila tamat bulan Ramadhan, dia tidak mendapat keampunan daripada Allah, tu tanda dirinya jauh dengan Allah."
"Allah.. moga kita tak tergolong dalam golongan tu. Amin.." Luqman menadah tangan, berdoa. Di aminkan oleh Anas dan Zack.
"Weh Anas, story la apa sunnah sunnah yang kita boleh buat dalam bulan Ramadhan, please?" Zack buat muka comel. Berharap.
"Boleh, tapi dengan satu syarat."
"Anything."
"Kau kena datang terawih sebulan. Tak boleh miss. Can ah?"
"Boleh. Boleh."
"Haha, okay. Sunnah sunnah bulan Ramadhan? Aku bagitau apa yang aku tahu je eh?"
"Ya!" jawab Zack bersemangat.
"Eh btw, apa maksud puasa?" celah Luqman tiba tiba.
"Puasa tu maknanya bisu, pekak, dan buta." jawab Anas.
"Hah? kau reka eh Anas? setahu aku puasa ialah menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga tenggelam matahari."
"Ya, tu dari segi istilah. Dari segi bahasa ialah menahan diri."
"Ha, habistu apa yang bisu pekak buta tu? Kau nii. Tak kelakar la."
"Okay cenggini. Puasa tu menahan diri kan? Yang aku maksudkan dengan bisu tu ialah bisu daripada bercakap perkara-perkara yang lagha dan tidak berfaedah. Yang aku maksudkan dengan pekak pula ialah pekak daripada mendengar umpatan, cacian, makian, hinaan and kata kata kata yang tidak baik dan yang aku maksudkan dengan buta pula ialah tidak melihat perkara-perkara maksiat selain daripada melihat kebesaran Allah SWT." terang Anas panjang lebar. Ekceli ayat ni dia cilok daripada Abang Surau. Muehehe.
"Eh Anas, puasa tu sunat kan?"
"Hukum berpuasa?
Confirmlah wajib sebab puasa di bulan Ramadhan merupakan rukun Islam
yang ketiga selepas solat 5 waktu sehari semalam. Firman Allah;
“Wahai orang-orang yang beriman, telah
diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat
yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang
bertaqwa."
(Surah al Baqarah: 183)
"Ouh macamtu. Okay okay, aku dengar kan, bila tiba bulan Ramadhan, di tutup pintu pintu neraka dan dibuka pintu pintu Syurga, betul ka?"
"A'ah, betul. Pandai betul Zakwan ni."
"Panggil aku Zack k, bukan Zakwan. Kang merasa penampar aku."
"Woi woi, rilek la. Aku gurau je. Okay kita berbalik kepada Sunnah sunnah bulan Ramadhan kita tadi." kata Anas. Yang pertama ialah mengkhatam
al Quran. Yang kedua pulak..."
"Eh kau ni Anas, terangkan lah sikit pasal mengkhatam al Quran tu. Terangkan satu satu."
"Okay okay maaf. Muehehe. Pada bulan
Ramadhan inilah pertama kalinya al Quran diturunkan. Mengkhatam al Quran tu maknanya membaca 30 juzuk dalam al Quran sepanjang bulan Ramadhan. Allah pernah berfirman dalam surah al Baqarah ayat 185 yang bermaksud,
“Bulan Ramadan yang
padanya diturunkan Al-Quran,menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan
menjadi keterangan-keterangan
yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah...”
Teramat besarlah pahala bagi mereka
yang mengkhatamkan al Quran, lagi lagi dalam bulan Ramadhan. Setiap huruf yang
dibaca, pahalanya digandakan daripada biasa."
"Kiranya baca satu al Quran la? Mak aii mana sempat. 30 juzuk tu." kata Zack terkejut.
"Jikakau fikirkan kau boleh, kau hampir boleh melakukan..." Anas menyanyi lagu yang berjudul "Fikirkan Boleh" nanyian siapa entah hehehe.
"Yela, aku fikir aku boleh. Tapi erm tips?"
"Satu hari satu juzuk."
"Satu juzuk? Mak aii banyak tu satu juzuk. Mana sempat."
"Satu juzuk = 10 helai = 20 muka surat. Sikit ja pun, yang kau baca komik sehari khatam 2 kali tu apa?"
"Hehe mana kau tahu ni, ngendap aku eh?"
"Takda masa k nak ngendap. Nak tahu? Imam as Syafie mengkhatam al Quran 60 kali pada bulan Ramadhan."
"Err hm tapi aku baca al Quran gagap.."
"Gagap? Takpa. Yang penting baca. Btw kalau kau baca gagap, kau dapat 2 pahala. Maksud aku, pahala yang pertama pahala sebab kau baca al Quran. Yang kedua ialah pahala kesungguhan belajar baca al Quran. Ni maksud hadis yang diriwayatkan oleh Muslim. Senyum."
"Fuh, lega aku dengar kau cakap macamtu. Ni yang semangat nak khatam ni. Heheh okay okay. Sunnah yang kedua pula?"
"Yang kedua? Yang kedua ialah Solat
Terawih.
"Terawih? Ouh yang ni aku dah tahu. Hehe." kata Zack. "Solat Tarawih ni adalah solat yang
dikerjakan pada malam-malam dalam bulan Ramadhan al-Mubarak. Waktu
mengerjakannya adalah selepas solat Isyak dan sebelum solat Witir." tambahnya.
"Ya betul tu, Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud;
"Sesiapa beribadat pada
malam-malam bulan Ramadhan
dengan penuh keimanan dan mengharapkan akan pahala deripada Allah SWT, nescaya dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni oleh Allah SWT."(Riwayat al-Bukhari)
"Woaa, bestnya! Tak sabar hehe. Sunnah yang ketiga?"
"Yang ketiga pula ialah Memperbanyakan
doa."
"Ya, banyakkan berdoa, lagi lagi ketika waktu berbuka. Makbul insyaALLAH." tambah Luqman yang dari tadi tekun mendengar. "Sabda
Rasulullah SAW yang bermaksud,
“Sesungguhnya
bagi orang yang berpuasa, pada waktu berbuka, tersedia doa yang makbul.”
"Dalam hadis
yang lain Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “Ada tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka : Orang yang berpuasa
hingga dia berbuka, Imam (ketua) yang adil dan orang yang teraniaya.” " tambah Anas pula.
"Subhanallah. Indahnya Ramadhan!! Cepatla, yang seterusnya apa pulak?" tanya Zack tidak sabar.
"Yang keempat pula ialah Memberi Iftar. Hendaklah
kita berusaha untuk membantu mereka yang hendak berbuka puasa walaupun dengan
memberi sebiji kurma ataupun menyediakan secawan air." terang Anas.
Nabi
Muhammad SAW pernah bersabda yang bermaksud,
"Barang siapa yang memberi ifthar (untuk
berbuka) orang-orang yang berpuasamaka baginya pahala seperti orang yang
berpuasa tanpa dikurangi sedikitpun."
(Bukhari dan Muslim)
"Takkanlah pahala dia sama dengan orang yang berpuasa?" tanya Zack ingin tahu.
"Ya, sama. Tak kurang sedikitpun. Sebab tu la kepada wanita yang tidak boleh berpuasa, sediakanlah makanan untuk mereka yang berpuasa berbuka."
"Bestnya jadi wanita!" kata Zack.
"Best lagi jadi lelaki. Ya la, mereka nak beribadat, kadang boleh, kadang tak. Kita ni sentiasa boleh, kita hebat!" sangkal Luqman.
"Betul jugak kan? hehe yea. Hebat! Sunnah yang seterusnya?"
"Yang paling mudah dan susah, sunnah seterusnya ialah Bersedekah."
"Err kenapa kau cakap yang paling mudah dan susah? Kalau mudah, mudahlah. Kalau susah, susahlah. Apelah kau ni."
"Mudah bagi mereka yang inginkan pahala dan susah bagi mereka yang kedekut tahi hidung masin masam dan manis."
"Ouh, hahaha yeayea. Yang penting ikhlas!"
"Betul tu. Bersedekahlah walaupun sedikit. Cara
paling mudah? Adakan moreh di surau-surau ataupun masjid. Yang penting, macam yang kau cakap, ikhlas. Bukan nak menunjuk. Besar pahalanya insyaAllah. Rasulullah Saw. bersabda:
“Sebaik-baik
sedekah adalah sedekah pada bulan Ramadhan”
(HR. Tirmizi).
"InsyaAllah. Moga moga Allah ikhlaskan hati kita dalam bersedekah, amin." Luqman berdoa, di aminkan Anas dan Zack.
"Dah nak Zohor ni, jomlah kita readykan diri kita dulu. Then lepas Zohor, kita pergi melawat abang yang eksiden tadi. Boleh kita ambil Abang Surau terus lepastu. Rindu nak dengar suara dia Imamkan kita. Malam ni suruh dia Imamkan kita terawih. Ekceli aku nak ajak korang pergi tengok abang tu tadi, tapi bila fikirkan yang surau kita takda orang, aku rasa sayang nak tinggalkan surau. Kita kena menghidupkan masjid/surau."
"Maksud kau, kena buat amal makruf mungkar nakir kan?" tanya Zack yakin. "Ehh, apa pulak mungkar nakir, tu nama malaikat. Amal makruf nahi mungkar." "Aku tahu la, saje je test kau. Heh." "Haha yela, dah la, jom siap siap!" Azan dilaungkan oleh Luqman. Anas menjadi Imam. Yalah, faham faham sendiri, waktu Zohor, mana nak ada orang. Mereka solat bersama-sama. Persahabatan yang dijalin kerana Allah SWT, akan kekal hingga ke Syurga, insyaAllah. |
6 Comments:
Suhnanallah
Banyak manfaat
pendakwahcute kenal x zinnirah tu siapa.klau knal crita skit
zinnirah tu seorang hamba.
Thumbs up ! Alhamdulillah, cerita ni sgt bermanfaat dan very interesting..good job n keep it up..tak saba nk tnggu next chapter story ni :)..
maaf. tolong izinkan sy utk menggunakan nama (abg surau) sebagai nama watak dlm pertandingan esei ramadhan kareem kat madrasah ya.. mohon diluluskan. maaf zahir batin.
silakan :)
Post a Comment