Mehmed Fetih
Home About Twitter +Follow -Dash

Disklemer


" Bila menulis, waktu itu mulut terkunci dan yang berbicara cuma hati."

ChatOn!


Mastermind.

© Template design by ZOFF IR @theezenith_. thanks for Base code by ~~.

"Layakkah aku?" (Part 1)
Monday, December 22, 2014 • 1:48:00 AM • 2 comments





“Weh weh, Riz dah datang tu.”
“Pergh! Hensem gila wehhhh. Cair aku.”
“Kalau la dia tu pakwe aku. Bahagianya hidup..”
Begitulah setiap kali Danish Rizqi Benjamin berjalan menuju ke cafe. Ada sahaja suara-suara manja daripada wanita-wanita yang memujinya. Tidak dinafikan, jejaka kacukan Belanda itu sangat kacak orangnya. Matanya sahaja sudah kebiru-biruan, rambutnya perang, tersikat rapi. Menyerlahkan lagi kulitnya yang putih. Tingginya sederhana, badannya tegap dan kemas. Complete.
“Weh perempuan. Tepi sikit, aku nak lalu ni. Kau nak duduk, duduklah tepi sikit. Ni tengah jalan. Gunalah otak tu.” tegur Riz dengan kasar.
Seorang muslimah berniqab yang sedang duduk membetulkan tali kasutnya terpinga-pinga setelah ditegur sebegitu rupa. Dia kenal sangat dengan empunya suara itu. Jejaka yang digilai semua pelajar wanita di kolejnya. Riz.
“Weh perempuan, nak betulkan kasut ka nak duduk lepak ka, jangan tengah jalan la woi.” Terdengar suara-suara sumbang wanita-wanita yang memarahinya.
“Dahla Wardah. Jom. Kejap lagi la betulkan tali kasut tu. Susah dengan orang perasan hot ni.” ajak Haura, sahabat baik Wardah.
Wardah bangun. Berdiri tegak menghadap Riz. Tinggi Wardah cuma mencecah paras bahu Riz sahaja. Dia perlu mendongakkan kepalanya untuk melihat Riz.
Air liur ditelan. “Ya Allah, hensem betul mamat ni. Dari jauh takdelah hensem sangat. Mata dia, cantik! Astaghfirullahalazim. Ya Allah, maksiat!” bisik hati Wardah.
Wardah cepat-cepat menundukkan pandangannya. Niatnya mahu menegur cara si Riz ni menyuruh dia ke tepi tadi, tetapi dibatalkan niatnya. Si Riz ni tiba-tiba jadi tak senang duduk selepas mukanya ditenung tajam oleh si niqabis tadi. Dia rasa lain. Dapat dia lihat kemarahan daripada lirik mata Wardah tadi.
“Weh bro, siapa nama budak yang pakai purdah tu?” soal Riz kepada Khai, sahabat baiknya.
“Mana la aku tahu dah dia pakai purdah. Dalam kolej ni berapa ramai yang berpurdah. Yang kawan dia tu, aku kenal la.” jawab Khai.
“Siapa?”
“Safiyyatul Haura. Budak pengajian Islam.”
“Ouh.”
Perbualan mereka terhenti setelah mereka tiba di cafe. Meja penuh semuanya, tapi macam biasa, itu tidak menjadi satu masalah buat lelaki bernama Riz ini. Dengan selambanya, dia pergi ke satu meja yang diduduki oleh 2 orang gadis kolejnya.
“Hai girls, boleh I duduk sini?”
Dua orang gadis yang sedang leka berbual itu tiba-tiba menjadi seperti orang yang tidak waras apabila Riz menegur mereka.
“Boleh boleh. Duduklah sini.”
“Serius ke you nak duduk sini? Woaa.”
Teruja betul kedua-dua gadis tersebut. Riz sebenarnya dah naik muak dengan perangai wanita yang sebegini rupa, tiada sifat malu.
“You nak makan apa? Mari I belanja, nak?” tanya salah seorang daripada mereka.
"Sebelum itu, boleh I tahu nama bidadari depan I ni?"
"Nama I Syafiqah. Panggil Syaa je."
"Sedap nama. Semanis tuannya."
Tersipu-sipu malu Syaa.
“Weh Riz kau nak makan ke tak ni?” soal Khai. Dah jemu dia melihat cara si Riz ni mengayat gadis-gadis.
“Haha boleh juga. Beli je apa pun, aku makan. Yang penting, jangan letak sayur. I hate it.”
“Okey bruh.”
***
“Panas juga hati aku ni kena tegur macamtu depan orang ramai. Besar sangat ke dosa aku betulkan tali kasut.” bebel Wardah setelah tiba di bilik mereka. Niqab dan tudung labuhnya disangkut pada penyangkut. Kipas dibuka laju. Dia duduk bersila di atas katilnya.
“Sabarlah Wardah. Ala bukan salah kau pun, mamat tu yang lebih-lebih.” pujuk Haura sambil menutup pintu bilik mereka. Wajah Wardah nampak merah ketika itu. Urat-urat di wajahnya sedikit kelihatan. Entah merah kerana panas ataupun marah.
“Kalau ye pun, tegurlah elok-elok. Harap muka ja hensem.” sambung Wardah.
“Aik? Kau pun cair ke dengan dia?” usik Haura sambil melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Wardah. Dia mencuit pinggang Wardah. Menjerit si Wardah ni kegelian.
“Wei gelilah hahahhaah berhenti la weh.” kata Wardah sambil tergelak-gelak. Akhirnya, Haura berhenti menggeletek Wardah. Berair mata Wardah akibat terlalu banyak ketawa.
“Malu la tu nak ngaku yang dah jatuh hati dekat Riz. Hahaha.”
“Sorrylah kakak. Takde maknanya aku nak suka lelaki macmatu. Rela tak kahwin tahu? I hate that guy sangat.” sangkal si Wardah.
“Orang tua-tua cakap, benci tu nanti boleh bertukar sayang. Hahaha.”
“Yeke? Kalau macamtu, bolehla aku benci kau banyak-banyak. Wahaha.”
“Whatever lah. Eh kau takde kelas ke?”
“Tak. Weh, laparlah.” luah Wardah. Dari semalam dia tak makan. Dah bergegar perut dia rasa.
“Tu lah. Aku pun lapar ni. Jom pergi cafe? Aku belanja.”
“Hahahaha itu yang aku nak dengar. Jom.”
Wardah mengenakan semula tudung labuh dan niqabnya. Sedikit minyak wangi di pakai sekadar sedap hidung membaunya. Handsocknya dicapai. Kasut dipakai dan setelah bilik dipastikan berkunci, dia dan Haura bersama-sama berjalan menuju ke cafe untuk mengisi perut yang sedang berkonsert.
Kaki mereka diatur kemas menuju ke cafe. Sebenarnya, bilik mereka dengan cafe tu tersangatlah dekat. Jalan kaki, tak sampai 5 minit.
Setibanya di cafe, mata Wardah dapat menangkap seseorang yang baru sahaja menyakitkan hatinya sebentar tadi. Ya Tuhan, kenapa mesti dia lagi?

....


2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

nak sambungan! :D

December 22, 2014 at 8:57 AM  
Anonymous Anonymous said...

menarik :)

January 14, 2015 at 8:56 PM  

Post a Comment


|