Disklemer
![]() " Bila menulis, waktu itu mulut terkunci dan yang berbicara cuma hati." ChatOn! Mastermind.
| “Layakkah aku?” (Part 4)
Kamu tahu tak yang kamu dah malukan ayah? Kamu dah malukan family kita? Nama baik keluarga? Kamu tak fikir ke sebelum buat sesuatu tu?” kata Encik Zain Benjamin, berang. Lemah jantungnya apabila mendapat berita daripada kawannya yang anaknya telah melanggar undang-undang kolejnya. Yang lebih teruk, perbuatan anaknya itu tersangatlah memalukan. Mana nak diletak mukanya?
“Sabarlah abang. Duduk dulu. Kita dengar penjelasan Riz.” kata Puan Adila, isterinya sambil mengurut-urut lembut tangan suaminya. Dia tahu suaminya sedang marah. Sebagai isteri, dia perlu menenangkan suaminya. Ketika sedang marah inilah syaitan akan mencucuk-cucuk kita supaya bergaduh. Kerana itu kata Nabi SAW, lelaki yang hebat itu adalah yang pandai mengawal marahnya. Jangan pernah sesekali buat keputusan ketika marah, kerana keputusan itu disokong syaitan. Marah? Berwudhuklah.
“Kamu ada apa-apa nak cakap Riz?” soal ayahnya.
Riz duduk di sofa, berhadapan ayahnya. Matanya memandang ke bawah. Dia tahu dia bersalah.
“Kamu tengok bawah tu kenapa? Jari kaki lebih ke Riz?” perli ayahnya. Masih dikuasai amarah. Bimbang perkara ini diketahui media. Sebagai seorang ahli perniagaan yang terkenal, berita-berita yang sebeginilah yang wartawan inginkan. Sebab itu, dia dah pesan kepada kawannya, Encik Luqman untuk merahsiakan perkara ini buat sementara waktu, sebelum tindakan diambil.
“Riz, papa tanya kan tu? Jawablah.” kata ibunya, lembut memujuk Riz.
Riz diam. Tidak berkata apa-apa. Sekadar menanti apa yang bakal berlaku seterusnya.
“Baik. Kalau kamu taknak cakap, papa nak kamu bawa perempuan yang kamu jumpa tu dekat papa.” tegas ayahnya.
Riz bangun. Mengambil kunci kereta.
“Kamu nak ke mana tu Riz?” tanya ayahnya dengan suara yang tinggi.
“Tadi ada orang suruh bawa perempuan tu dekat dia, sekarang ni nak larang pulak?” kata Riz sambil berlalu pergi. Bunyi enjin Mini Coopernya kedengaran, dan akhirnya memecut laju meniggalkan rumah banglo 3 tingkatnya.
***
Setibanya di kolej, orang pertama yang dia cari adalah Khai. Merata dia mencari, tak jumpa-jumpa. Call? Tak angkat. Mesej lagilah tak berbalas. Apa yang di buat sekarang pun tak tahu.
Akhirnya, dia pulang ke biliknya. Buka ja pintu, dia nampak Khai sedang terbaring lena di atas katilnya. Jam dilihat, dah pukul 10 pagi. Takkanlah tak bangun lagi?
“Woi bangun. Weh kau kena tolong aku.” Riz menggerak-gerakkan tubuh Khai untuk membangunkannya.
“Emm apa niii weh aku ngantok..” kata Khai sambil mengesat matanya. “Bangunlahhhhh!” “Ye haa aku bangun ni em mende?” “Siap cepat. Kita pergi jumpa ninja turtle tu kejap.” “Hah? Nak buat apa?” “Jangan banyak tanya. Siap cepat. Aku tunggu dekat luar.” kata Riz lalu bangun dan beredar keluar daripada bilik tersebut.
10 minit menunggu, Khai keluar daripada bilik. Harum semerbak baunya.
“Kau sejak bila keluar pakai wangi-wangi macamni?”
“Lelaki pakai satu botol minyak wangi pun, tak haram brader. Lainlah perempuan.” “Lah lelaki rupanya kau ni?” “Kau pergi la sorang. Aku taknak ikut.” kata Khai kemudiannya berpura-pura ingin masuk semula ke dalam bilik. “Alolo hahaha hodoh kot lelaki tua merajuk.” “Dah la. Jom cepat. Jangan buat aku tukar fikiran.”
Mereka berjalan menuju ke blok perempuan. Dalam 5 minit, mereka tiba. Sekarang baru Riz terfikir, macam mana dia mahu memanggil keluar si Wardah itu? Di garu-garu kepalanya yang tidak gatal.
“Weh, macam mana nak panggil?” soal Riz.
“Sepatutnya kau tanya soalan tu dekat diri kau. Aku teman je.” balas Khai. Riz diam. Berfikir. Lama kemudian, dia tersenyum. “Kenapalah aku tak terfikir benda ni awal-awal? Hahaha.” katanya sambil ketawa. “Apa?” soal Khai kembali.
Soalan Khai dibiarkan tidak berjawab. Riz mengambil telefon bimbitnya. Mendail nombor dan akhirnya, telefon itu diletakkan di telinganya.
“Hello baby. Boleh tolong I tak? You tolong panggilkan budak perempuan yang duduk dekat blok E, nombor bilik 15 dekat tingkat dua, boleh?”” kata Riz melalui telefon tersebut. Tersedak si Khai. Apa tak guna punya jantan, cara ni dia pakai.
“Hahahahhaa sekarang ni, kerja kita hanya tunggu dan tunggu. Hahaha.” gelak Riz.
Tidak lama kemudian, kelihatan seorang wanita berniqab dan seorang lagi bertudung labuh, berjalan menuju ke arah mereka.
“Kan aku dah cakap? Dia mesti datang punya.” kata Riz.
***
“Apa kau nak dari aku?” soal Wardah, kasar.
Aik minah ni? Takde angin takde ribut datang-datang terus nak serang dah kenapa? Riz bengang. “Sebab kau la, aku nak kena buang kolej kau tahu? Tak guna punya ninja.” “Alhamdulillah. Rasa nak sujud syukur dekat sini. So apa kena mengena kau nak kena buang dengan aku?” “Aku kena buang sebab kau.” “WHAT?” terkejut Wardah. Haura dan Khai dari tadi cuma menjadi pemerhati. “Kenapa pula sebab aku?” “Kau ingat tak err.. adoi macam mana nak cakap ni.” “Cakap je la. Sejak bila kau ni ada rasa serba salah dekat orang?” “Kau ingat tak yang haritu aku terhantar makanan dekat aku?” “Terhantar? Tak ingat. Kalau hantar, adalah. Ni nota ni..” kata Wardah sambil memasukkan tangannya ke dalam poket jubahnya, mencari-cari sesuatu. “Woi dah kenapa ni aku tak minta kau keluarkan pun benda tu. Aku nak bagitau, yang ada orang ambil gambar aku masuk blok kau.” “So? Mana ada kena mengena dengan aku.” “Kan waktu tu aku pergi hantar makanan dekat bilik kau?” “Haaa. Baru betul. Pergi hantar, bukan terhantar. Ego macam buaya betul. So kau nak aku buat apa sekarang? Nak suruh aku bagitahu pihak kolej yang aku culik kau bawa masuk dalam bilik? Ke cane?” perli Wardah.
Khai dan Haura ketika itu hanya mampu menggeleng kepala melihat perangai keanak-anakkan sahabat mereka.
“Okay, straight to the point. My father want to see you.”
“Hah? Untuk apa pulak?” “Nanti aku terangkan. So please?” Wardah melihat muka Riz. “Haih mat saleh ni tak perlu la nak buat muka comel babyface waktu cakap please tu. Eh kau ingat aku nak cair ke ape adoii.” Rungut hatinya. “Bila nak jumpa?” “ASAP.” “Mana boleh keluar dari kolej waktu-waktu macamni. Kau gila ke?” “Ni Danish Rizqi Benjamin la, siapa boleh halang?” “Allah boleh.”
Tersentak Riz. Mukanya merah, menahan malu. Dia berjalan menuju ke keretanya. Dia membuka pintu belakang, “So, boleh?” katanya sambil matanya dilarikan ke muka Wardah.
“Boleh. Tapi Haura kena ikut.” “Whatever. Cepat lah.”
Wardah dan Haura bergerak memasuki kereta Mini Cooper milik Riz. Mereka duduk di belakang. Di hadapan? Siapa lagi kalau bukan si buaya tak guna tu dengan Khai.
Akhirnya, kereta meluncur laju meninggalkan kolej mereka. Entah kenapa, sewaktu dalam kereta, hati Wardah rasa tak selesa. Dan baru dia terfikir, mengapa sebegitu mudah dia menerima pelawaan buaya ni untuk pergi ke rumahnya?
Ya Allah.
|
3 Comments:
i want more ㅠㅠ
nak sambungan ASAP..:D
Tak sabar nak tunggu part 5
Post a Comment