Mehmed Fetih
Home About Twitter +Follow -Dash

Disklemer


" Bila menulis, waktu itu mulut terkunci dan yang berbicara cuma hati."

ChatOn!


Mastermind.

© Template design by ZOFF IR @theezenith_. thanks for Base code by ~~.

"Layakkah aku?" (Part 6)
Monday, December 29, 2014 • 6:40:00 PM • 15 comments



“Tak guna betul ninja ni. Aku tengah mood serius nak tanya dia, boleh dia tidur.” kata Riz setelah mendapati yang Wardah telah tidur bersama-sama Haura. Khai yang duduk bersebelahan dengannya juga telah nyenyak tidur dibuai mimpi.

“Diorang ni dah set nak tidur berjemaah ke ape? Adoi. Eh jap? Harini 20 Januari kan? Macam mana aku boleh lupa ni. Ya Allah..” kata Riz sambil membelokkan keretanya ke sebelah kiri. Dia berpatah balik menuju ke kawasan perumahan rumahnya.

Sampai sahaja pada tempat perkuburan di kawasan perumahan itu, dia meletakkan keretanya di bahu jalan.

“Nak kejut ke tak eh diorang ni?” Riz berfikir sejenak sambil membuka tali pinggang keledarnya. “Tak payahla. Cepat-cepat aku settlekan, cepat-cepat hantar diorang balik.”

Riz membuka pintu lalu terus keluar dan memasuki kawasan perkuburan tersebut. Dia terus menapak ke arah satu kubur di tengah-tengah kawasan perkuburan itu. Cara dia mencari kubur itu terlalu mudah, seperti sudah kerap kali dia melawat kubur tersebut.

Akhirnya, dia duduk di tepi kubur tersebut. Seperti biasa, pada mulanya dia membaca surah al Fatihah dan surah-surah lain beserta doa-doa kepada si mati. Dan setelah itu..

“Aireen. Masuk harini, dah genap dua tahun Aireen pergi tinggalkan abang. Cepat betul masa berlalu kan? Rasa macam semalam ja kita jumpa dekat rumah Aireen. Haha yela, kita kan mana boleh keluar? Ayah Aireen cakap, nak keluar kena nikah dulu. Kita baru ja bertunang. Hahaha.” Kata Riz dengan suara yang bergetar. Matanya berkaca, menahan air mata daripada gugur. “Aireen ingat lagi tak waktu first abang datang jumpa ayah aireen dulu? Haha abang dah macam kena interview kerja dah. Semua ayah Aireen tanya kan? Lawak betul bila teringat balik.”

Ada mutiara jernih mengalir di pipi Riz. Dia mengesat air matanya. Ya, Aireen Farzana, seorang muslimah berniqab. Seorang wanita yang pertama kali mendapatkan cintanya. Wanita pertama yang dia suka dan terus ditempahnya dengan ikatan pertunangan. Wanita yang bersama-sama dengannya menghabiskan zaman persekolahan. Wanita yang sudah berjanji dengannya akan membina maghligai cinta bersama-sama. Wanita yang baginya, adalah nyawanya. Dengan Aireen, dia kenal apa itu cinta. Ya, cinta yang sebetulnya.

Pagi tu, kereta Mini Cooper Riz memasuki halaman Aireen. Pelik Riz, jarang Aireen mahu berjumpa dengannya. Lagi-lagi awal pagi macamni. Selalunya, dialah yang beria-ia nak jumpa Aireen. Bukan senang nak jumpa Aireen ni, setiap kali nak jumpa, ayah Aireen, En. Hamid wajib ada sekali. Yalah, Aireen Farzana ni seorang muslimah yang sangat menjaga dirinya dan sebab itulah, Riz tertarik untuk menjadikan dia, pelengkap cinta.
“Assalamu’alaikum. Aireen.” laung Riz daripada luar rumah. Dia menekan loceng yang berada pada pagar di sebelah kanan rumah Aireen. Ya, keluarga Aireen boleh dikatakan keluarga yang agak mewah. Bapanya seorang usahawan kedai pemakanan sunnah. Ibunya telah berhenti daripada kerja setelah melahirkan Aireen. Kata En.Hamid, seseorang anak itu perlukan kasih sayang yang secukupnya ketika dia hendak membesar, baru mudah nak dididik. Dan bila Aireen dah besar, baru Riz nampak kesannya.

Pintu pagar dibuka. Kelihatan seorang lelaki yang berumur dalam lingkungan 50-an berjalan sambil menggunakan tongkat. Dengan senyuman yang manis, dia menjemput Riz untuk masuk.
“Awal kamu datang harini Riz? Haha kalau macamni, kena dipercepatkan lah ye pernikahan. Kalau sampai tahap rindu macamni, bahaya.” tegur En.Hamid dengan ketawa.

“Awal la pakcik. Haha saya tak kisah pun nak nikah awal, anak pakcik tu. Hehe lagipun, Aireen yang cakap nak jumpa saya. Tu saya datang ni. Pelik jugak la. Jarang betul dia yang minta saya untuk datang, tapi harini...” kata Riz, pelik.
“Haha. Adalah tu perkara penting yang dia nak cakap kot. Kejap eh pakcik panggilkan dia? Kamu duduklah dulu. Buat macam biasa hahaha.” kata En.Hamid sambil bergerak masuk menuju ke dalam rumahnya.
Riz bergerak menuju ke kolam ikan yang terletak di tepi laman rumah Aireen. Dia melihat ikan-ikan tersebut, sentiasa berenang. Bergerak. Lagi satu yang terlintas dalam kepala Riz, ikan-ikan ini semuanya sedang bertasbih memuji Tuhannya, tetapi dia? Ya Allah. Masih leka dengan dunia. Timbul sedikit keinsafan dalam hatinya setelah melihat makhluk ciptaanNya itu. Rasa kecil dirinya nak dibandingkan dengan haiwan yang tidak berakal itu.

“Abang?...” panggil Aireen. Suara itu tenang seperti biasa.
Riz menoleh. Dia melihat bakal isterinya itu. Dengan mengenakan baju labuh bewarna kuning dan niqab yang dipakai, bakal isterinya itu tampak sungguh jelita di matanya. Dia tersenyum melihat Aireen.

“Aik? Siap cantik-cantik ni nak pergi mana?” soal Riz, pelik.
“Emm Aireen nak ajak abang keluar kejap, boleh?” kata Aireen, perlahan.
“Eh? Betul ke ni? Ayah bagi ke? Ke ayah ikut sekali?”
“Aireen dah minta kebenaran abi. Abi benarkan. Tetapi jangan lewat sangat. Jom?”
“Betul ke? Woaa. Bestnya. Btw nak pergi mana?”
“Kita masuk kereta dululah eh? Kejap lagi Aireen bagitahu.”
Perbualan mereka terhenti setakat itu. Riz berjalan diiringi dengan Aireen, menuju ke kereta milik Riz. Tidak lupa sebelum itu, Riz menyalam tangan tua En.Hamid.

“Jaga anak pakcik elok-elok. Kamu macam-macam, siaplah. Pakcik gigit kamu nanti.” pesan En.Hamid.
“Hahaha yelah pakcik. Saya jaga bakal isteri saya ni elok-elok.” kata Riz gembira. Mana tidaknya, ini baru kali pertama En.Hamid benarkan mereka keluar. Sebelum ni mana pernah. Selalunya duduk bersembang dekat laman rumahnya saja. Mendengarkan suara Riz yang riang itu, En.Hamid jadi sebak tiba-tiba. Mungkin ini kali terakhir En. Hamid akan melihat Riz tersenyum. Mungkinlah.

“Kami pergi dulu ye pakcik?” kata Riz dari dalam kereta. Setelah menerima anggukan daripada En.Hamid, pedal minyak ditekan. Kereta meluncur laju meninggalkan halaman rumah Aireen.

“Kita pergi laut, boleh abang?” persoalan daripada Aireen itu memecahkan kesunyian. Riz mengangguk tanda setuju sambil tersenyum ke arah Aireen.
Riz pelik. Kenapa kali ini, Aireen lebih banyak berdiam daripada bercakap. Ketika dalam perjalanan, hanya kesunyian yang menemani mereka. Sehinggalah tiba ke destinasi, Aireen masih membisu. Pandangannya dilemparkan ke arah luar tingkap. Langsung tidak ada reaksi yang dia mahu bercakap dengan Riz. Marah? Tapi apa salah Riz?
“Aireen, kita dah sampai.” kata Riz sambil mematikan enjin. Dia keluar daripada kereta, berjalan menuju ke pintu sebelah untuk dibuka bagi memudahkan Aireen keluar.

“Silakan keluar, my princess.”

Aireen keluar tanpa bercakap walaupun sepatah. Hanya ucapan terima kasih yang diucapkan setelah dia keluar daripada kereta mewah milik Riz tersebut.

“Kita duduk dekat tepi pantai tu, boleh abang?” soal Aireen tiba-tiba.
“As you wish dear.”

Mereka berjalan menuju ke tepi pantai tersebut. Sekarang ni masih pagi, belum ramai yang datang di pantai tersebut. Sampai sahaja di tepi pantai, Riz mempersilakan Aireen untuk duduk. Setelah Aireen duduk, Riz mengambil tempat bersebelahan dengan Aireen. Jarak mereka tidaklah terlalu dekat kerana masih punya ruang untuk dua orang duduk diantara mereka.

Belum sempat Riz membuka kata, Aireen terlebih dahulu memulakan bicara. Sambil pandangannya dilemparkan ke arah laut, dia berkata.
“Abang, Aireen rasa kita ni takda jodoh kot.”

Tersentak Riz. Dia cepat-cepat mengalihkan padangan ke arah Aireen, meminta penjelasan. Matanya dikecilkan, tanda yang dia kurang faham.
“Apa Aireen cakap tadi?” soal Riz. Dia mahu tahu, adakah telinganya tersilap menangkap apa yang baru sahaja Aireen katakan tadi.
Aireen diam. Susah sebenarnya dia mahu menuturkan ayat itu. Dari semalam lagi dia memikirkan soal ini dan berkali-kali jugalah air matanya tumpah. Tetapi, ini sahaja jalan yang terbaik yang dia rasa untuk mereka berdua.

“Aireen cakap, Aireen dah taknak dengan abang.”
Setelah mendengar ayat tersebut, Riz diam. Dia baring diatas pantai itu juga. Matanya dihalakan ke arah langit, mencari kekuatan.

Lama kemudian, dia bangun. Aireen perasan yang ada mutiara jernih mengalir pada pipi Riz. Aireen yang dari tadi cuba menahan air matanya, akhirnya pecah juga setelah melihat Riz yang selama ini dia kenal, seorang yang ceria dan periang menitiskan air mata. Basah niqab yang dipakai Aireen dek air matanya.

“Kenapa?” terkeluar juga soalan itu dari mulut Riz. Aireen tunduk, mengira butir pasir.

“Aireen dah ada orang lain. Maafkan Aireen, abang.”  Sekali lagi, air matanya bercucuran jatuh. Peritnya rasa apabila terpaksa mengungkapkan penipuan itu. Namun, dia kena kuat. Dia perlu kuat. Itu untuk kebaikan dia dan Riz.

“Siapa orang itu? Bagitahu abang, boleh?” soal Riz mulai redha dengan apa yang berlaku.

“Abang tak kenal. Dah la. Itu je Aireen nak bagitahu. Aireen minta maaf abang. Aireen rasa, sampai sini sahaja pertunangan kita.” kata Aireen, lalu dia bangun kira-kira untuk beredar.

Riz lebih pantas. Dia menghalang laluan Aireen. Dengan air mata Riz yang bercucuran jatuh, dia melihat mata Aireen. Dalam. Daripada wajah yang separuh tertutup itu, dia dapat tahu yang Aireen tengah bersedih sekarang. Dari mata Aireen, dia dapat lihat yang muslimah itu tidak gembira dengan apa yang dia cakapkan tadi.

“Abang. Tolonglah... Aireen nak balik. Kalau abang taknak hantar, Aireen balik naik teksi.” kata Aireen.

“Yelah. Mari, abang hantarkan.” kata Riz lalu bergerak menuju ke tempat parkir keretanya. Setelah Aireen dah masuk, Riz menghidupkan enjin. Setelah enjin dihidupkan, Riz sekali lagi memandang Aireen daripada sisi. Lama. Aireen tiba-tiba rasa tak selesa. Dia tidak suka dirinya ditenung dah ditatap ajnabi. Walaupun Riz itu tunangannya, mereka masih dikira ajnabi.
“Abang, Aireen nak balik.”

Melihatkan Aireen tidak selesa dengan perlakuannya tadi, Riz meminta maaf. Dia tidak boleh mengikutkan emosi. Pedal minyak ditekan perlahan. Akhirnya, kereta Mini Coopernya bergerak perlahan meninggalkan tempat yang telah menjadi saksi terputusnya ikatan antara mereka berdua.
Perjalanan mereka sunyi. Keadaan tegang seperti mula-mula waktu mereka datang tadi. Yang membezakannya adalah air mata. Riz datang dengan harapan, dia pulang membawa kehancuran. Walau bagaimanapun, dia redha. Mana boleh merajuk dengan kerja Allah, tak baik. Kita hamba, tak tahu apa yang Dia tahu. Diam, dan cuba senyum.

Dua minggu selepas kejadian itu, Riz dapat berita melalui Whatsapp daripada Aina, sahabat baik Aireen yang Aireen telah dijemput Penciptanya akibat pendarahan yang teruk didalam otak. Riz seolah-olah tidak percaya yang bekas tunangnya yang selama ini agak ceria dihadapannya, menderita disebabkan penyakit yang tersangatlah bahaya.

Riz mengambil kunci kereta. Dia bergerak laju menuju ke rumah Aireen. Ketika dia tiba di perkarangan rumah Aireen, dia dapati banyak kereta dan ramai orang yang berada disitu. Riz cepat-cepat memarkirkan keretanya dan bergerak pantas menuju ke dalam rumah Aireen.

Tanpa pedulikan orang lain, Riz terus masuk ke kawasan ruang tamu rumah Aireen. Ketika itu, hancur luluh hatinya melihatkan sekujur tubuh yang terbaring kaku ditutupi dengan kain. Riz menangis semahunya.
“Ya Allah.....”

Riz terduduk. Lemah lututnya. Dia sudah tidak dapat merasa kakinya, seolah-olah telah tiada. En.Hamid yang ketika itu sedar akan kehadiran Riz, menepuk-nepuk bahu Riz untuk menenangkannya.

“Sabarlah Riz. Pakcik tahu kamu sayangkan dia. Tetapi kamu juga perlu tahu, yang Allah lebih mencintaninya.” kata En.Hamid, cuba memujuk hati yang tengah hancur.

Riz diam. Waktu itu, hanya air mata yang berbicara. Dia mengambil surah Yaasin yang disediakan di situ, membacakan surah tersebut. Berkali-kali dia mengulangi surah tersebut tanpa jemu. Dan akhirnya, dia berhenti membaca setelah jenazah hendak dimandikan. Riz tunggu di luar bersama-sama jemaah lelaki yang lain.

“Pakcik, bila jenazah nak dikebumikan?” tanya Riz, perlahan.
“Wallahua’lam. Secepat yang mungkin. InsyaAllah.”
Setelah siap dimandikan, mereka semua bersiap sedia untuk memulakan solat jenazah. Mereka solat jenazah di masjid yang berdekatan dengan taman perumahan Aireen. Ketika hendak memulakan solat...
“Pak Imam, boleh saya imamkan solat ini?” tanya Riz.
“Tafadhol.” kata pak Imam.

Setelah selesai solat jenazah, maka tibalah masa untuk mengebumikan jenazah. Riz merupakan salah sorang daripada keluarga Aireen yang menaiki van jenazah sekali. Riz jugalah yang mengangkat jenazah masuk dan keluar daripada van tersebut. Akhirnya, setelah tiba di kawasan perkuburan, sekali lagi Riz mengangkat keranda yang didalamnya ada jasad kekasih hatinya, ke kubur yang telah siap dikorek.
Riz sudah kira-kira untuk masuk ke dalam kubur tersebut untuk menyambut jenazah yang ingin dikebumikan di dalam kubur tersebut tetapi di halang oleh En.Hamid.

“Riz, yang ni biarlah pakcik buat. Boleh kan?”
Riz akur. Dia sememangnya tiada hak langsung untuk membuat kerja-kerja tersebut kerana dia bukanlah daripada kalangan keluarga tersebut.
Setelah selesai kerja-kerja pengebumian dan habis bacaan talkin, semua jemaah telah beredar. Yang tinggal disitu hanya Riz dan keluarga Aireen yang terdekat termasuk sahabat baik Aireen, Aina. Melihatkan Riz yang masih tidak mahu berganjak daripada kubur tersebut, En.Hamid mendekatinya.

“Riz, mari balik? Dah lewat ni?”
“Pakcik baliklah dulu. Saya nak teman Aireen kejap. Mesti dia sunyi dekat bawah tu.”

Menitis air mata En.Hamid mendengarkan kata-kata yang kedengaran terlalu jujur daripada Riz itu. En.Hamid akur, dia beredar pulang bersama-sama isterinya. Setelah itu, Aina pula mendekati Riz.
“Weh Riz, jum pergi mana-mana kejap? Aku ada amanah daripada arwah untu kau ni.” kata Aina. Dia tidak selesa selagi tidak menunaikan amanah yang diberikan kepadanya. Lagi-lagi amanah ini daripada sahabat bainya, Aireen.

Riz bangun. Tanpa banyak kata, bergerak menuju keluar daripada kawasan perkuburan tersebut.
“Naik kereta kau eh? Kereta aku ada dekat rumah Aireen.” kata Riz.
“No hal. Jom.”
Akhirnya, mereka beredar daripada tanah perkuburan tersebut. Berat hati Riz untuk meninggalkan Aireen sorang-sorang sebenarnya, tetapi disebabkan Aina yang mengatakan ada amanah yang perlu dia sampaikan daripada arwah, Riz akur.

***

Riz dan Aina tiba di sebuah restoran yang tidak jauh daripada kediaman Aireen. Masing-masing diam. Bisu.

“Okay. Macamni..” Riz menanti dengan penuh debaran. “Sebelum arwah meninggal, arwah ada bagitahu aku untuk bagi surat ni dekat kau. Katanya, aku kena sampaikan surat ni pada hari yang sama dia tiada.” kata Aina sambil menghulurkan sepucuk surat kepada Riz.
Riz membuka surat tersebut disitu juga. Dia melihat dan mula membaca. Tiba-tiba, tangisnya pecah kembali.




“Kehadapan cinta sejati, pemilik hatiku ini.

Waktu abang baca surat ni, waktu ni Aireen dah pergi menghadap Ilahi. Aireen minta maaf sangat-sangat sebab dah lukakan hati abang. Aireen nak abang tahu, yang dalam hati ini, memang terukir indah nama abang. Hanya abang. Tapi, siapa jangka? Takdir Tuhan itu penentu segala. Aireen dah tahu hari ni bakal tiba. Apa yang Aireen mampu buat? Redha. Abang kuat tau?
Abang. Abang ingat lagi janji abang haritu? Abang cakap yang abang akan ada , sentiasa ada disisi Aireen sampai akhir hayat Aireen kan? Ya. Abang dah tunaikan janji abang tu. Aireen tahu, yang abang akan datang dan tengok Aireen untuk kali yang terakhir.

Maaf abang, Aireen tak dapat tunaikan janji Aireen. Aireen pernah janji yang Aireen akan jadi pelengkap cinta abang kepada Dia kan? Ya. Maaf sebab Aireen terpaksa mungkir.

Aireen rasa, itu sahaja kot yang Aireen nak cakap. Maafkan dan halalkan segala-galanya untuk Aireen?

Abang janji dengan Aireen satu lagi boleh? Abang kuat, tau? Thanks.
Jaga diri. Semoga abang jumpa wanita yang lebih baik daripada Aireen. Aireen mampu teman abang sampai sini sahaja.


Salam cinta, daripada pemilik cinta Rizqi, Aireen Farzana.”



Aireen..

Tersedar daripada lamunan, air mata membasahi pipi. Setiap kali teringatkan kenangannya bersama Aireen, tiada apa yang akan timbul melainkan rindu dan air mata.

Riz bangun, hendak beredar daripada kubur Aireen tersebut.
“Nur Aireen Farzana binti Hamid?” tiba-tiba kedengaran suara Wardah dari belakangnya.
Terkejut beruk si Riz ni. Diurut lembut dadanya bagi menghilangkan debaran.
“Kau ni memang spesis yang dilahirkan tak tahu bagi salam ke?” perli Riz lalu beredar menuju ke arah kereta mereka.
“Macam mana pula dia ni boleh jaga ni? Tadi bukan dia tidur ke? Adoi. Dia nampak ka aku menangis tadi? Dia dengar ka apa yang aku cakap tadi? Pergh malu.”

Enjin kereta dihidupkan. Melihatkan Wardah yang berjalan dengan perlahan, Riz berkata daripada dalam kereta.

“Weh nina turtle, kau lambat aku tinggal!” laung Riz.

Berlari-lari anak Wardah menuju ke kereta Riz, takut ditinggalkan. Bukan boleh kira mat saleh ni. Setelah masuk ke dalam kereta Riz, Wardah bertanya;


“Weh, kenapa kau nangis tadi? Siapa sebenarnya Aireen tu? Boleh aku tahu?”

....                                                                                                                          
         


15 Comments:

Blogger ndz.A said...

harap ad sambungan. Moga istiqomah :)

December 29, 2014 at 8:32 PM  
Blogger nhvpi said...

Mie sambung cepat T T sedih weh cite ni

December 29, 2014 at 10:17 PM  
Blogger Unknown said...

Sambung sambung.tak sabar nak baca

December 29, 2014 at 10:51 PM  
Anonymous Anonymous said...

Sambungan ...best pulak baca cerita ni..

December 30, 2014 at 1:31 AM  
Blogger Laman Syahana Shamsuddin said...

Baru baca.. airmata tak berhenti mengalir... follow me too kat blog k :'-)

December 30, 2014 at 1:41 AM  
Blogger Unknown said...

Mohon sambung :)

December 30, 2014 at 2:10 AM  
Anonymous Anonymous said...

Ya allah.. bestnya cite ni��������

December 30, 2014 at 3:39 AM  
Blogger Unknown said...

Mohon sambungannya :)

December 30, 2014 at 4:49 AM  
Anonymous Anonymous said...

cerita ni bila nak buat buku ek? kalau dah ada nanti, bagi free satu dekat saya. hahahaha

December 30, 2014 at 9:42 AM  
Blogger Nurain said...

As salam.

Beruntungnya Aireen. Punya cinta sejati seperti itu. Moga sambunganya bermanfaat buat seisi alam ya akh.

December 30, 2014 at 10:24 AM  
Blogger N_syahirah said...

sambungannn sambungann hehe :)

December 30, 2014 at 5:04 PM  
Anonymous Anonymous said...

tp mcm tin kosong..hmm

December 30, 2014 at 6:52 PM  
Blogger Unknown said...

Terbaik bro

December 31, 2014 at 5:04 AM  
Anonymous Anonymous said...

Sambungannn pliss. Tashabar. Kalau dibukukan pun bagus jugaツ

December 31, 2014 at 10:17 AM  
Blogger Unknown said...

T_T

January 25, 2015 at 5:09 PM  

Post a Comment


|