Mehmed Fetih
Home About Twitter +Follow -Dash

Disklemer


" Bila menulis, waktu itu mulut terkunci dan yang berbicara cuma hati."

ChatOn!


Mastermind.

© Template design by ZOFF IR @theezenith_. thanks for Base code by ~~.

“Layakkah aku?” (Part 12)
Saturday, January 10, 2015 • 8:45:00 PM • 46 comments



Riz nampak seorang muslimah berjubah putih membelakanginya. Muslimah itu berjalan perlahan, seolah-olah meninggalkannya. Dia dapat rasa, yang muslimah itu ingin menjauh. Tapi kenapa? Dan siapa?

Riz mula menapak kaki, perlahan mengejar muslimah itu. Semakin lama, langkah kakinya semakin laju. Dan akhirnya, dia menghalang laluan yang dilalui muslimah tadi. Sekarang, dia betul-betul berhadapan dengannya. Tiba-tiba..

“Aireen Farzana?!” tanya Riz, terkejut.

Muslimah tadi. Berseri wajahnya. Bersih. Soalah-olah ada cahaya yang memancar dari wajahnya. Dia tersenyum melihat Riz. Dan akhirnya, dia bersuara.

“Kenapa Riz masih nak kejar Aireen sedangkan Aireen dah tiada? Riz kena teruskan hidup.” katanya, perlahan.

Berkaca mata Riz. Ya Allah, sungguh dia rindukan empunya suara itu. Riz seolah-olah tidak percaya.
“Aireen tak mati. Aireen masih hidup dalam jiwa Riz. Riz taknak yang lain.” kata Riz, jujur.

Aireen menapak selangkah ke belakang. Senyum di bibir, masih ada. Tidak hilang ataupun pudar, malah semakin manis.

Melihatkan Aireen menapak ke belakang, Riz semakin menghampiri Aireen.

“Berhenti Riz. Kenapa masih nak kejar orang yang sudah tiada? Riz tak redha dengan Dia?” soal Aireen, serius. Air mukanya berubah, seolah-olah kecewa dengan sikap Riz yang degil.
Melihatkan wajah Aireen yang berubah mendung, Riz berhenti melangkah. Dia menangis.
“Aireen. Riz redha. Riz redha dengan ketentuanNya. Tapi kenapa...” belum sempat ayatnya dihabiskan, Aireen memotong.

“Riz. Redha itu, bila kita tak tanya Allah “kenapa?”. Riz faham maksud Aireen kan?”
Riz diam. Dia tahu, dia masih belum boleh lupakan Aireen. Dia tahu, dia belum redha. Tapi, dia dah cuba. Cuma dia rasa, dia perlukan masa.

“Riz suka Wardah kan?” tanya Aireen sambil tersenyum manis.

Lidah Riz kelu. Seolah-olah bisu. Dia terpaku. Berat sebenarnya untuk dia mengaku. Dia sendiri pun tidak tahu, adakah Wardah benar-benar memiliki hatinya yang satu itu? Atau mungkin kerana perwatakan Wardah seperti Aireen? Tidak. Aireen lemah lembut orangnya, bukan ninja. Arghhh.
“Riz taknak jawab soalan Aireen?” tanya Aireen kembali setelah melihat Riz membisu. Nada suaranya seolah-olah kecewa dengan sikap Riz.

“Err Riz..”

“Aireen tanya, Riz suka Wardah?”

Ayat disusun untuk memulakan bicara. Dia mengumpulkan kekuatan yang masih bersisa. Dia perlu jujur. Dia taknak Aireen kecewa jika tahu dia menipu.

“Okay. Riz jujur dengan Aireen. Riz sendiri tak tahu perasaan Riz dekat dia. Buntu. Nak cakap suka? Takdelah sangat tapi nak cakap taksuka tu, hm... Riz tak berhenti fikirkan dia sebab selain Aireen, Wardah wanita pertama yang dapat buat Riz rindu. Maafkan Riz.”

Setelah itu, Aireen memusingkan badannya, menghadap Riz dengan senyuman yang manis.
“Kenapa Riz nak minta maaf? Aireen suka sebenarnya. Mungkin dia yang terbaik untuk Riz, bukan Aireen. Jangan risau lah. Lagipun, dia kan jodoh istikharah Riz. Riz tak percaya dengan Tuhan?”
“Tapi dia macam tak suka dekat Riz ja sebab..”

“Riz. Dia perempuan. Muslimah. Berniqab lagi. Mungkin dia malu untuk luahkan. Riz sebagai lelakilah yang patut mulakan. Tapi bukan dengan cara yang tak elok. Riz masuk minang Wardah, boleh?”

Sekali lagi. Speechless.

“Nantilah Riz fikirkan. Habistu macam mana pula dengan Aireen? Perasaan Riz dekat Aireen, tak pernah berkurang. Malah bertambah.” kata Riz dengan nada suara yang mendatar.
“Ada rezeki, nanti kita duduk sama-sama dekat Syurga. Boleh?”

Kata-kata Aireen itu kedengaran terlalu ikhlas di telinga Riz. Riz sedar, dia kena belajar redha dengan ketentuan takdir. Semuanya sudah tertulis. Dia hamba? Wajib redha.

Dan akhirnya, Riz mengangguk, menjawab soalan Aireen tadi. Aireen tersenyum manis. Dan akhirnya, perlahan-lahan dia berlalu pergi.

“Aireen nak pergi mana?!” teriak Riz dari jauh. “Riz nak ikut.”
“Riz tak boleh ikut. Riz kena patah balik. Masih ramai yang perlukan Riz dekat sana. Lagi-lagi Wardah. Nanti tau kita jumpa?”

Akhirnya, bayang Aireen hilang dari mata Riz perlahan-lahan. Ketika itu, air mata Riz bercucuran jatuh. Sedih. Riz merasakan matanya berat tiba-tiba. Dan akhirnya, dia terlelap.

***

Matanya silau. Atas, tepi, kiri dan kanan, semuanya ada lampu. Dimana dia?
“Pehal lambat sangat nak sedar? Banyak masa pulak aku nak tunggu kau sini. Ramai lagi orang yang aku kena bunuh ni.” kata Tai setelah melihat Riz membuka mata.

Riz seperti hilang ingatan. Blur. Siapa lelaki-lelaki di hadapannya ini? Dia cuba mengingati. Ya! Lelaki yang pernah menikamnya tempoh hari di kedai burger. Eh, buat apa dia dekat sini? Riz memegang kepalanya yang tiba-tiba terasa sakit.

“Weh mat saleh, duduk diam-diam la. Dah 2 hari aku ulang-alik tunggu kau sini, kau jangan nak mati pulak sekarang.” marah Tai.
Riz cuba bangun, bersandar pada katilnya.
“Kau ni... siapa?”
“Nama aku Petai. Budak-budak panggil Tai. Kau gelak, aku cabut wayar oksigen kau tu.” ugut Tai.

Terhambur ketawa Riz. Sampai keluar air mata lah boleh cakap. Berang melihatkan Riz ketawa, Tai memijak wayar oksigen itu. Riz jadi sesak nafas tiba-tiba. Dan selepas itu, Tai berhenti memijak.

“Nak ketawa lagi ke? Tak guna punya budak. Patutlah tak sedap hati je waktu nak bawa kau datang hospital haritu.” kata Tai, lalu duduk di kerusi sebelah katil Riz.
“Kau yang tikam aku haritu kan?”
“A’ah. Nak lagi? Dia rasa macam mana eh kena tikam?”
“Rasa macam nak tikam kau balik la. Hahaha.” tawa Riz.

Tiba-tiba Tai bangun. Riz gelabah, ingatkan Tai mahu mengulangi perbuatannya yang tadi. Tapi Tai memanggil doktor. Tiba-tiba, dia tersenyum sambil berkata, “Terlupa pulak aku. Doktor pesan kalau kau terjaga, panggil dia. Hahahaha.”

Riz menepuk dahi.

***
Setelah doktor memeriksa Riz, Tai kembali duduk bersebelahan dengan Riz. Wajahnya serius. Tadi, dia sudah menyuruh anak buahnya tunggu di luar. Entahlah. Sebelum ni, berpuluh-puluh manusia dia bunuh, tapi kenapa dengan Riz, dia rasa bersalah.

“Bro, gua minta maaf tertikam lu haritu.” kata Tai, ikhlas.

Riz tersenyum dengan wajah yang pucat. Dia tak berdendam pun dengan lelaki itu. Dia pegang kata-kata Aireen. “Antara cara nak turunkan ego ni, jangan simpan dendam dekat orang. Kena mudah memaafkan.” Itulah antara kata-kata Aireen suatu ketika dulu. Waktu tu, Riz ni ego. Dengan Aireenlah, dia belajar merendah diri. Tetapi setelah Aireen pergi, dia kembali menjadi ego.

“Weh tak guna, gua minta maaf ni. Respon la sikit.” Tai mula nak marah.
“Maaf bro. Haha tadak hal. Aku tak marah pun.” jawab Riz.
“Kau ni gila eh? Orang nak bunuh kau pun kau tak marah. Aku nak bunuh sekali lagi boleh?”
Tiba-tiba, pintu dibuka. Wardah menerpa masuk ke dalam bilik Riz.
“Riz, kau dah okay?” katanya dengan termengah-mengah seolah-olah baru berlari dalam jarak yang jauh.

Mata Riz dan Tai memandang Wardah. Tepat.

Lama keadaan bisu. Diam. Masing-masing tidak bersuara. Akhirnya..


“Wardah, aku ada benda nak bincang dengan kau.”

...


46 Comments:

Blogger Qaisara said...

Makin lama watak wardah sebagai seorang niqabis,bagaikn watak seorang perempuan gedik..(maaf)

January 10, 2015 at 8:54 PM  
Anonymous Anonymous said...

Masuk minang cepat sikit riz. haha

January 10, 2015 at 8:55 PM  
Anonymous Anonymous said...

Kurang suspen pulak part ni. Macam hambar sikit. Tapi kelakar la part tai dgn riz tu. Overall, aaaa saya kasi 3 bintang

January 10, 2015 at 8:57 PM  
Anonymous Anonymous said...

Boleh tlg huraikan maksud 'gedik' awak tu? :)

January 10, 2015 at 8:58 PM  
Anonymous Anonymous said...

wardah tak gedik cz gaya dia tuh mmg melambangkan kalau tgh kalut or cemas mmg cmtuh . niqabis pun tak perfect mana as a human i think. mmg jage ikhtilat tp kalau realiti pun mmg majoriti gadis sama mcm wardah or lg teruk i guess .

January 10, 2015 at 9:19 PM  
Anonymous Anonymous said...

betul, saya pun rasa mcm Qaisara tu, seolah-olah tak menunjukkan yg dia seorang niqabis. it's okay kalau dia jenguk Riz tapi,, mcm yg Qaisara cakap. Sorry again.

January 10, 2015 at 9:23 PM  
Blogger Unknown said...

sbb tu taknak post lagi cerita ni. tapi ramai yg minta. cerita ni, kena baca semua part dlu, baru boleh judge.

January 10, 2015 at 11:14 PM  
Blogger Unknown said...

hiraukan je . post lah lagi . seronok what cerita ni :D

January 10, 2015 at 11:24 PM  
Anonymous Anonymous said...

Biar je dorng nk judge ke ape ke..
Kita bukan senang nak puaskan hati semua orang..mmg tak boleh nk puaskan pon..abg post je lagi..yg penting ada yang boleh trima sudaa...saya nak baca lgi..taknak baca sekerat je..hehe..hope abg bersabar dgn kata kata org lain..

January 10, 2015 at 11:36 PM  
Blogger ssz said...

tolonglah teruskan cerita ni..terserahlah pada sesiapa untuk terima atau tak..yang baik kita jdkan contoh yg sebaliknya kita jadikan pengajaran..ok!

January 10, 2015 at 11:37 PM  
Anonymous Anonymous said...

Post je lagi,
Haters make you strong!!!
Yeahhh

January 10, 2015 at 11:44 PM  
Anonymous Anonymous said...

Saya se7. Muehehe

January 11, 2015 at 12:39 AM  
Anonymous Anonymous said...

Yr storyline tak tipikal. Enak dibaca. Lantak pi lah negatif thoughts tu yaa

January 11, 2015 at 12:52 AM  
Blogger Unknown said...

Nice story

January 11, 2015 at 1:02 AM  
Blogger Si Panda said...

akhi biar lah org nak ckp ape... cerita nie best akhi... ukhti dah baca dari awal lagi akhi , tak kan nak biar kan tergantung je akhi, plz terus kan :) hari-2 ukhti check blog akhi kalau-2 akhi dah update... :)

January 11, 2015 at 1:49 AM  
Anonymous Anonymous said...

wardah bknnya gedik. awak kena thu dia pon manusia. ada hati, perasaan. kalau org yg awak cinta nk mati awk tk risau ke? niqabis bkn malaikat.. mereka pon tk perfect (:

January 11, 2015 at 1:51 AM  
Blogger Unknown said...

Enti or ukhtuki yg bca

January 11, 2015 at 2:03 AM  
Blogger Unknown said...

Best. Tahniah 😃

January 11, 2015 at 2:46 AM  
Anonymous Anonymous said...

Dorang yg judge tu nanti part13 baca lagi haha acah2 aje kuat. Belajar dari cerita tu, rendahkan ego, ni cerita je pun yg baik kita amalkan yg sedikit keruh tapis lah aduyaii. Bang, sambung lagi please..

January 11, 2015 at 2:56 AM  
Anonymous Anonymous said...

Cipta lah cerita yg mampu merubah diri seseorang melalui ibrah dlm cerita ini . Najmi , teruskan . Okeng ?

January 11, 2015 at 3:45 AM  
Blogger Unknown said...

Seronok sangat ! Good luck with part 12 :D

January 11, 2015 at 4:36 AM  
Blogger Unknown said...

I mean part 13 haha

January 11, 2015 at 4:37 AM  
Anonymous Anonymous said...

Nak tanya,cerita ni mmg ada novel ye??blh tau tajuk n nama penulis dia tak?

January 11, 2015 at 4:43 AM  
Blogger Unknown said...

Mohon teruskan sambungan dia. Plisssss

January 11, 2015 at 4:52 AM  
Anonymous Anonymous said...

Teruskan post sampai habis . huhu . semoga tabah ya .

January 11, 2015 at 5:22 AM  
Anonymous Anonymous said...

Nak sambungan soleh itu bukan aku. Peliss T-T Ehh ? Asiff :3

January 11, 2015 at 5:40 AM  
Anonymous Anonymous said...

Baik buruk kita nilai sendiri . Yang buruk , x perlu utk kte follow . Yg baik harus difollow. Ini sekadar penulisan .. don't make it serious , ok ? bak kata pepatah .. buang yg keruh , ambil yg jernih . Kadang2 ssuatu bnde tuh mungkin ad pgjrn utk kte . :)

January 11, 2015 at 6:19 AM  
Blogger Qaisara said...

Sebelum tu saya minta maaf..saya bukn nak judge apa lgi jdi haters..saya just tegur,tapi mgkn cara teguran saya x ngam..Minta maaf kat penulis jgk..sya just kurang senang part wardah yg seorg niqabis pukul memukul dgn riz dpn org rmai pulak tu..atau mgkn sya yg terlebih imagine..But, saya harap penulis dpt terapkn lebih bnyk unsur2x islamik,n nikahkn wardah dgn riz cepat2x,nnt ikhtilat terbabas..hihi..tu je la..sekali lgi minta maaf..teruskn usaha.. :)

January 11, 2015 at 6:53 AM  
Anonymous Anonymous said...

dia pukul pkai raket

January 11, 2015 at 2:55 PM  
Blogger Unknown said...

This comment has been removed by the author.

January 11, 2015 at 6:19 PM  
Anonymous Anonymous said...

well done...sentiasa tggu episod sterusnya...:)

January 11, 2015 at 8:26 PM  
Anonymous Anonymous said...

Assalamualaikum. Pada pandangan saya, awak cepat melatah dgn komen komen negatif yg diberikan dan awak tak menerima pandangan org lain dgn baik. Komen komen negatif tu bukannya nk menjatuhkan awak sebaliknya untuk membantu awak improve kan lagi karya awak. Saya tahu bukan mudah untuk menerima tapi awak kena banyak bersabar.dalam memberi, kita juga harus menerima kan?. Ya, bukan senang nk smpaikan benda yg baik ni tapi bersabarlah. In Syaa Allah besar ganjarannya :) btw saya suka baca 'layakkah aku' ni, keep it up :)

January 11, 2015 at 9:12 PM  
Blogger Unknown said...

Wa'alaikumussalam. ya maaf. waktu tu penat mungkin. baru siapkan karya, belum tidur, tiba-tiba dpt komen cenggitu. syaitan cucuk la. haha Jazakallah komen yg membina.

January 11, 2015 at 9:22 PM  
Anonymous Anonymous said...

xpe.....truskn je usaha akhi....abiskn cerita ni

January 12, 2015 at 1:06 AM  
Anonymous Anonymous said...

bila part 13...cpt laa ...xsbar nk bca...
interesting ....

January 12, 2015 at 7:44 AM  
Blogger she is her. said...

This comment has been removed by the author.

January 12, 2015 at 10:13 PM  
Blogger she is her. said...

This comment has been removed by the author.

January 12, 2015 at 10:18 PM  
Anonymous Anonymous said...

bg la pnulis ruang.....dia trima komen mcm2.....tpi btl tu mna part 13

January 13, 2015 at 1:41 AM  
Anonymous Anonymous said...

Nak part 13 :(

January 13, 2015 at 4:18 AM  
Anonymous Anonymous said...

Part 13 "><

January 13, 2015 at 5:28 AM  
Blogger Unknown said...

Setiap hari aku menanti next part.... tkpe ak akn terus menanti salaam...

January 13, 2015 at 9:23 AM  
Anonymous Anonymous said...

Bile nk buat part 13 x sabar ni..
citer die best sgt
:D

January 13, 2015 at 4:02 PM  
Blogger Si Panda said...

bila nak part 13 nie ya akh

January 13, 2015 at 10:53 PM  
Anonymous Anonymous said...

Namenye pun cerite :)
Cerite.
keep it up :)

January 14, 2015 at 6:43 AM  
Blogger Unknown said...

Ala komen yg sebelum2 ni pun..PC buat la ala2 throwback si wardah dulu perangai n pakaian dia cm mana xsama mcm skrg ke..tu yg smpai terbwk perangai brutal tu..haha pengalaman sy PC

January 15, 2015 at 7:29 AM  
Anonymous Anonymous said...

Tu lh seharusnyer seowg niqabis mnjage akhlaknyer

January 16, 2015 at 8:23 PM  

Post a Comment


|