Mehmed Fetih
Home About Twitter +Follow -Dash

Disklemer


" Bila menulis, waktu itu mulut terkunci dan yang berbicara cuma hati."

ChatOn!


Mastermind.

© Template design by ZOFF IR @theezenith_. thanks for Base code by ~~.

“Layakkah aku?” (Part 13)
Tuesday, January 13, 2015 • 11:24:00 PM • 31 comments



Malam itu, Wardah tidak dapat tidur lena. Otaknya masih ligat memikirkan lamaran Riz pagi tadi.

“Aku cuma nak satu jawapan ja. Kau nak ke tak nikah dengan aku?”
Ya. Soalan yang tiba-tiba keluar daripada mulut Riz, soalan tidak terjangkau dek akal fikirannya tiba-tiba menerpa. Sungguh, tika itu dia kaku. Kebas jari-jarinya. Ditambah pula dengan kesejukkan penghawa dingin bilik tersebut. Dia buntu. Riz inginkan jawapannya ketika itu juga. 
Apa yang dia perlu jawab?

“Boleh bagi saya masa?”
Terkejut juga dia waktu tu. Saya? Eiuw. Sebelum ni beraku-kau ja, kenapa sekarang bersaya-awak? Entah. Perkataan itu keluar spontan dari mulutnya. Dan dia dapat lihat wajah kecewa Riz yang ketika itu dibalut dengan ego. Dan akhirnya..
“Okay then. Ambil masa kau. 3 hari.”

Itu kata terakhir Riz sebelum dia menarik selimut menutupi seluruh tubuh termasuk kepalanya. Berpura-pura tidur.

“Arghhhhhhh!” jerit Wardah. Tension. Hatinya terdetik rasa mahu, tapi dia takut, dan pelik. Kenapa tiba-tiba? Bukankah Riz membencinya? Dia serik. Dia dah terlalu sakit ditinggalkan Farish, dia tidak mahu hatinya sakit buat kali kedua jika Riz pula yang buat perangai.

“Ahai cik Wardah. Apa jerit-jerit? Pelik aku. Daripada balik melawat Riz tadi, kau diam je. Masuk rumah pun, terus lari dalam bilik. Aku tanya, kau cakap takdak apa. Hm ke kau dah ada sahabat baru? Taknak kongsi dengan aku dah?” kata Haura, buat-buat sedih.

Wardah tersenyum melihat rajuk sahabatnya tadi. Ya, tadi dia terikut-ikut perasaan. Tengah serabut and buntu. Dia tahu Haura terasa.

“Takdelah sayang. Sahabat aku, kau ja dari sekolah rendah. Emm aku ada something nak share ni....” 
“Finally. Haa apadiass?”
“Riz..”
“Kenapa? Teruk ke dia dekat wad tu? Err ke tak sedar lagi? Kau tak cerita pun? Weh kenapa dengan dia?”
“Gelabah la kau ni haha. Takdelah, dia dah sedar. And...tadi dia ada lamar aku.” kata Wardah, jujur.

Haura tersentak. Terkejut. Akhirnya, dia tersenyum dalam kepayahan.

“Ouh.. baguslah. Haha Alhamdulillah. Aku gembira untuk kau.” kata Haura, matanya berkaca. “So, bila nak langsungkan?” 
“Gila kau. Aku tak bagi jawapan lagi la. Aku nak tanya parents aku dulu. Aku taknak terburu-buru. Aku nak buat istikharah. Dia bagi aku masa 3 hari ja.” kata Wardah lagi.
“Lahhhh. Kenapa tak setuju ja? Teringin aku nak makan nasi minyak. Eh, kau ada bau hangit tak?” tanya Haura.
“Err?” Wardah buat muka tidak tahu.

“Alamak aku lupa! Roti bakar aku! Mesti dah terbakar roti bakar aku. Aaaaa! ” kata Haura bingkas bangun dan berlari ke dapur. Wardah tergelak kecil melihat gelagat sahabatnya. Tapi... “Kenapa Haura menangis?”

***

Haura duduk keseorangan di tepi pantai. Melihat pukulan ombak dan kicauan burung. Angin yang sepoi-sepoi memukul lembut dirinya, membuatkannya rasa tenang. Dia mencari ketenangan dalam kesakitan.
Dia marahkan dirinya. Dia marahkan hatinya. Harapnya, dia tak marahkan Tuhan.

“Kenapa aku menangis? Kenapa kau hati, juga sukakan Riz? Tak guna betul la!” kata Haura seorang diri. Air matanya menunjukkan tanda-tanda mahu mengalir. Dia menutup mukanya dengan kedua-dua belah tangan. Dia sedih. Ya, dia betul-betul sedih.

Mana pernah, dia jatuh cinta. Mana pernah, dalam hatinya ada perasaan suka. Riz, lelaki pertama. Tapi kenapa, Riz itu bukan untuknya?

“Takkan aku nak bagitahu aku suka dekat Riz? Kalau Wardah tahu, confirm dia tak terima lamaran si Riz tu. No. Aku memang suka dekat Riz, mungkin mencintai. Tapi tu bukan bermakna, dia mesti aku miliki.” detik hati Haura.
Dia melemparkan pandanganyna ke tengah lautan. Tenang. Damai. 

“Ya Allah, kalau betullah Riz itu bukan untukku, maka Kau tunjukkanlah siapa jodohku. Tolonglah ya Allah. Tunjukkan pemilik hati aku. Secepatnya...” kata Haura dalam tangisan.

“Eh? Safiyyatul Haura? Kau buat apa dekat sini sorang-sorang?” tegur Khai tiba-tiba. Khai baru sahaja pulang daripada menangkap ikan. Ya, hobinya memang memancing.

“Errr Khairul?” Haura mengurut dadanya. Agak terkejut.
“Kenapa dengan aku? Terkejut macam nampak hantu je. Hape hodoh sangat muka aku? Adoi la.” Kata Khai. Dia meletakkan alatan memancingnya dibawah. Berat pula rasa.
“Takdelah. Kau buat apa dekat sini?” tanya Haura pula.

“Dah aku bawa joran semua ni, aku pergi baiki motor la.” jawab Khai, malas. “Haih la mestilah pergi mancing. Soalan cik Haura ni, biarlah nampak bijak sikit. Hehehe. Dah la, aku balik dulu. Assalamu’alaikum. Jangan balik lewat, sini banyak buaya.” kata Khai sambil ketawa. Dia kelihatan sudah mahu beredar. “Buaya dekat laut? Ceh.” kata Haura dalam hati.

“Ehhh kejap. ” kata Haura, lalu dia berdiri.

Khai yang baru hendak mengangkat semula perkakas memancingnya, meletakkannya semula. Dia memandang Haura.

“Ha mende?”
“Aku tengok ikan dalam baldi kau tu, sikit je. Kenapa eh, kau still mengharap yang kau akan dapat ikan waktu memancing sedangkan tiada jaminan yang kau akan dapatkannya? Kenapa still memancing?”
Khai tersenyum. Pandangannya dilemparkan kepada pukulan ombak yang menenangkan.

“Jaminan itu ada pada Tuhan. Aku usaha, dapat ke tidak, itu bukan kerja aku. Bila ada usaha iaitu memancing, waktu tu pula aku berdoa dan ketika itu juga aku bertawakal kepada Allah, maka hak Allah, nak beri atau tidak. Aku percayakan Allah. Kenapa kau tanya?”
Haura terdiam. Betul juga kata-kata si Khai.

“Memancing ni, ajar kita untuk redha.”
“Redha?” soal Haura, pelik.
“Ya. Bila mana kau memancing, kau tunggu sekian lama and yang dapat cuma seekor dua. Waktu tu, kau terima seadanya yakni redha.” kata Khai, mengalih pandangannya melihat Haura sambil tersenyum. Tepat mata Haura. Haura mengalihkan pandangannya, malu.

“Macam kita tengah tunggu ataupun suka seseorang. Tunggu punya tunggu, lama-lama tahu yang dia dah nak nikah. Waktu tu, tiada apa yang kita mampu buat melainkan redha dengan ketentuanNya. Kita hambaNya. Dia tak kejam. Mana mungkin Dia kejam. Cuma Dia tahu, apa yang lebih baik dan terbaik untuk hamba-hambaNya.” jelas Khai, panjang. “Ada lagi apa-apa nak tanya?” soal Khai. Dia ingin cepat-cepat pulang. Dia berasa agak tidak selesa kerana di kawasan itu, hanya dia dan Haura yang ada. Ada juga orang lain, tapi agak jauh daripada kawasan mereka.
Haura menggeleng perlahan.

“Okay. Got to go. Jangan duduk lama-lama, sini bahaya. Ada orang mati lemas dengan hantu air. Jaga diri, assalamu’alaikum.” pesan Khai, lalu beredar pergi. Mata Haura mengiringi bayang Khai, akhirnya hilang.

“Ya Allah, betul ke dia untuk aku? Khai?”

Haura tertanya-tanya sendiri. Lama dia berdiam.

Tiba-tiba, kedengaran lagu Mahar Cinta daripada kumpulan Devotees dinyanyikan telefon bimbitnya. Dia melihat pemanggil pada skrin telefonnya.

“Angah? Kenapa angah call ni? Pelik.” kata Haura dalam hati. Dia menjawab panggilan tersebut dengan penuh debaran. Hatinya tiba-tiba berasa tidak sedap.

“Assalamu’alaikum along!” kedengaran suara di hujung talian agak perlahan. Sedih barangkali.
“Wa’alaikumussalam ngah. Kenapa tiba-tiba telefon ni? Terkejut along hahaha.” Haura ketawa, membuang gemuruh di jiwa.
“Mak dengan ayah kita along..... Eksiden dengan lori waktu nak balik rumah tadi.” Kedengaran pemilik suara ini sudahpun mulai menangis. 
Lemah lutut Haura. Terasa seperti kakinya sudah tidak menjejak tanah. Air mata laju mencurah-curah. Akhirnya, dia rebah. 

“Along, along dengar tak orang cakap ni?” tanya Wida, adik Haura.
“Mak dengan ayah okay la. Jangan risau. Diorang akan okay.” pujuk Haura, cuba meyakinkan Wida.

Kedengaran tangisan bertambah kuat di hujung talian sana.
“Okay apanya kak! Diorang dah takdak. Faham tak? Mak dengan ayah dah takdak!” kata Wida, dikawal emosi.

Haura tersentak. Terasa dunianya telah gelap. Betulkah? Ibunya yang dari kecil menjaganya, ayahnya yang sejak dia lahir memeliharanya sudah tiada? Benarkah? Ya Tuhan..... apakah semua ini?

“Angah tunggu kejap. Kejap lagi along sampai.” kata Haura lantas mematikan talian. Dia tidak sanggup dengar suara tangisan adik kesayangannya. Dia tidak mahu adiknya mendengar tangisannya. Jika mereka sedang bersedih, dan dia tunjukkan kesedihannya, bagaimanakah mereka mahu kuat?

“Ya Allah... beratnya ujianMu terhadapku.” kata Haura dalam tangisan.

***

“Wardah, nak teman aku balik kampung tak?” tanya Haura kepada Wardah setibanya dia di bilik mereka. Wardah yang ketika itu sedang menyuap nasi ke dalam mulutnya, terhenti. Pelik.

“Aik? Belum cuti lagi kan? Kenapa tetiba ni?” tanya Wardah.

“Perlu ka tunggu waktu cuti untuk balik tengok mak ayah aku yang dah takdak?” kata Haura, sebak. Dia masih belum kuat untuk menerima semua ini. Dia masih belum redha. Mana mungkin dia percaya orang yang membesarkannya, orang yang lebih tua daripadanya, pergi dahulu menghadap Pencipta? Ya. Ajal itu terletak pada Tuhan. Dia kena redha, dia wajib redha!

“Wait wait. I dongg understand. Apa kau cakap ni?” tanya Wardah, ingin tahu.

“Kan aku dah cakap, mak dengan ayah aku dah takdak. Kalau nak teman aku balik, jum. Kalau kau taknak, aku balik naik bas je la. Aku mana ada kereta.” kata Haura sambil mengemas begnya. Dia memasukkan baju-bajunya kedalam beg. Ya, dia mungkin lama di kampungnya.
Wardah diam. Dia baru faham. Kalimah Innalillahi wainnailahirajiun meniti di bibir.

“Takziah sayang. Tunggu kejap, aku kemas-kemas.” kata Wardah, lalu membawa pinggan nasinya ke dapur. Lalu dia mengemas beg-beg pakaiannya, apa yang patut.

Sedang mengemas begnya, Haura teringat kata-kata Khai sebentar tadi.
“Kita hambaNya. Dia tak kejam. Mana mungkin Dia kejam. Cuma Dia tahu, apa yang lebih baik dan terbaik untuk hamba-hambaNya.”
Ya, mana mungkin Allah kejam. Pujuk Haura kepada hatinya.
“Jom Haura, aku dah siap.” kata Wardah sambil menggalas begnya. Dia mengambil kunci keretanya, lalu dia keluar dari bilik. Haura mengekorinya tanpa sepatah kata. Haura, cuba redha.

Mereka berjalan menuju ke tempat parkir. Pintu dibuka, mereka masuk ke dalam kereta Myvi milik Wardah. Enjin kereta dihidupkan, lalu kereta memecut laju meninggalkan kolej mereka.

***

Setibanya di kampung Haura, suasana seram sejuk. Kelihatan van jenazah sudah tiba. Keranda juga ada. Ramai manusia yang keluar masuk dari rumahnya. Air mata Haura? Mencurah-curah, tak dapat disangka.
Wardah melihat Haura. Mukanya pucat. Selama dia bersahabat dengan Haura, tak pernah dia melihat Haura selemah ini. Kehilangan orang yang paling kita cinta di dunia, merupakan pisau yang menghiris luka hati ini. “Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada Haura dan keluarganya”, dia Wardah.
Pintu kereta dibuka lemah oleh Haura. Dia keluar, berdiri bersebelahan dengan kereta. Ya, dia sekarang berada di hadapan rumahnya. Tempat dimana dia membesar. Membesar dengan kasih sayang seorang ibu dan ayah. Tapi sekarang...

“Along!” kata Wida setelah melihat Haura berdiri di luar. Wida berlari 
mendapatkan kakaknya. Setelah berhadapan dengan Haura, dia memeluk Haura erat. Ada tubir jernih mengalir di pipi mulusnya.

“Kami semua tunggu along, nak mandikan mak dengan ayah sekali.” kata Wida.
“Oh yeke? Mari mari.”

Tiba-tiba, telefon Wardah berbunyi.

“Riz? Mana dia dapat nombor aku ni? Adeh.” kata Wardah, dalam hati. “Haura, kau masuk dulu. Aku nak jawab call jap.” tambahnya.
Haura mengangguk, lalu berpimpin tangan masuk ke dalam dengan Wida.
“Helo. Awak nak apa?” tanya Wardah. Dia perlu menjaga bahasanya. Selepas “dibasuh” oleh kakak senior, baru dia tahu. Solehah itu bukannya semata garang dengan ajnabi. Tapi, dengan ada etika. Sopan santun, berbudi pekerti dan beradab sentiasa. Solehah itu pada akhlak, bukan pada amarah garang yang tidak kena tempat.

“Nak jawapan kau la tak guna. Dah berapa hari dah ni?” kata Riz.
“Kita bincang pasal ni lain kali boleh? Tak sesuai sekarang.”
“Adakah itu alasan untuk nak bagitahu kau tolak lamaran aku?” teka Riz.
“Bukanlah. Saya ada hal sekarang ni. Nanti saya bagi jawapan ya?”
“Apa yang susah sangat nak jawab ya atau tidak?” kata Riz, keras.
“Awak nak tahu tak? Mak Haura baru ja pergi menghadap Ilahi. Saya dekat kampung dia sekarang. Maaf. Assalamu’alaikum.”
“Eh kejap kejap! Alamat dia?” tanya Riz.
“Nanti saya text.”
“Okay wa’alaikumussalam.”

Perbualan mereka tamat disitu.

Riz menghela nafas. “Dah kenapa aku pergi tanya dia pasal lamaran aku tu? Buat malu betul la. Just acting like you don’t care Riz, please!” katanya pada hati.

Mesej masuk. Ya, dari Wardah. Alamat Haura dah dapat.

“Mak ai, jauh betul rumahnya. 4 jam juga nak sampai ni. Nak pergi sorang or..?” matanya memandang tubuh Khairul yang sedang lena diulit mimpi.
“Kena gerak dia ni pulak. Masalah betul.” kata Riz, lalu bergerak  ke tandas, mengambil sebaldi air dan..
“Woi mat saleh, basahlah!” jerit Khai apabila sebaldi air dicurahkan ke atas mukanya.
“Nak ikut aku tak?” tanya Riz.
“Mana?”
“Rumah Haura. Parents dia meninggal. Nak?”
“Meninggal? Innalillahiwainnailahirajiun.... Jap aku mandi.” Kata Khai, bingkas bangun menuju ke bilik mandi. Dalam hatinya terdetik..

“Kuatkah Safiyyatul Haura itu menghadapi semua ini? Ya Tuhan...” kata Khai, sebak.

...



31 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Wow . tak sangka haura pown minat riz .

January 13, 2015 at 11:37 PM  
Anonymous Anonymous said...

sedihnyaaaaaaa

January 13, 2015 at 11:37 PM  
Blogger Unknown said...

This comment has been removed by the author.

January 14, 2015 at 12:11 AM  
Anonymous Anonymous said...

�� sedih nya.

January 14, 2015 at 12:21 AM  
Blogger naurah said...

Kesiannya Haura... semoga kawan2 setia disampingnya, bagi support

January 14, 2015 at 1:04 AM  
Anonymous Anonymous said...


Maaf nak bagitau .. tersalah watak nii
...............................................................

“Memancing ni, ajar kita untuk redha.”
“Redha?” soal Wardah, pelik.
“Ya. Bila mana kau memancing, kau tunggu sekian lama and yang dapat cuma seekor dua. Waktu tu, kau terima seadanya yakni redha.” kata Khai, mengalih pandangannya melihat Haura sambil tersenyum. Tepat mata Haura. Haura mengalihkan pandangannya, malu.

...........................................

Masa yang dia tanya " Redha ? " .. Sepatutnya Haura tapi Wardah

January 14, 2015 at 1:13 AM  
Anonymous Anonymous said...

Part 14 ya akh . Bila buku dah siap beritahu ya

January 14, 2015 at 2:07 AM  
Anonymous Anonymous said...

Terima kasih update!!! Oiii bersyukur sesangat, ingatkan dah takmo update dahhh punye lah tunggu niii nanti update lagi eh!

January 14, 2015 at 2:07 AM  
Blogger Unknown said...

A'ah tersilap watak. terima kasih T_T haha teringat Wardah lak :3

January 14, 2015 at 2:34 AM  
Anonymous Anonymous said...

mesti khai dengan haura,riz dengan wardah aww aww

January 14, 2015 at 2:57 AM  
Anonymous Anonymous said...

Ehem ehemm Siapa lah wardah tu yee . haha

January 14, 2015 at 4:48 AM  
Anonymous Anonymous said...

Sedihnyaa, cinta tiga segi kepe ni

January 14, 2015 at 4:52 AM  
Blogger Unknown said...

Dh agk dh haura mnat riz. Msti yg derma darah haura.... Anyway good job n all the best ya akh

January 14, 2015 at 5:23 AM  
Blogger Asha areen said...

Sedih part haura cuba nak tenangkan adik dia. Padahal parents dia memang dah tak ada :-(

January 14, 2015 at 9:16 AM  
Anonymous Anonymous said...

Thanks p.c

January 14, 2015 at 12:47 PM  
Blogger Unknown said...

update yang baru pulak eh,tashabarrr

January 14, 2015 at 3:56 PM  
Anonymous Anonymous said...

nice story.��

January 14, 2015 at 4:38 PM  
Anonymous Anonymous said...

haha rasa mesti khai dah lama minat kat haura ni

January 14, 2015 at 9:22 PM  
Anonymous Anonymous said...

tak sabar nak tggu sambungan yang seterus nya..

January 14, 2015 at 11:28 PM  
Blogger Unknown said...

ada sambungann lagi tak ? nak tauuu !!

January 14, 2015 at 11:34 PM  
Anonymous Anonymous said...

Krik krik

January 15, 2015 at 12:58 AM  
Blogger Unknown said...

Cmna wardah tau yg call tu riz? Wardah ad no riz ke? Cmna leh dapat

January 15, 2015 at 2:50 AM  
Blogger Unknown said...

Waiting for next part

January 15, 2015 at 4:58 AM  
Blogger Nur Zafirah said...

Khai la jodoh haura. :)

January 15, 2015 at 5:38 AM  
Blogger Unknown said...

Alhamdulillah . good job friend . waiting for next part .

January 15, 2015 at 9:07 AM  
Blogger xxhannah said...

Khai dgn haura <3

January 15, 2015 at 1:15 PM  
Blogger Unknown said...

Alhamdulillah . good job friend . waiting for next part .

January 15, 2015 at 6:57 PM  
Anonymous Anonymous said...

Maaf. Cerpen ni mcm ada byk unsur yg rendahkan niqabis dan unsur yg tak menjaga ikhtilat. Bkn semua niqabis camni,org yg fhm mungkin fhm. Tapi org yg kurang fhm dan kurang kenal niqabis,takut mereka fikir,"ohh,camni niqabis." huhh.. Kasihanilah niqabis yg x bersalah. Peace. Hanya teguran. Maaf

January 15, 2015 at 10:23 PM  
Anonymous Anonymous said...

Pehal plk krik krik

January 16, 2015 at 12:42 AM  
Blogger Puan Izni said...

Best..😊😊

March 24, 2015 at 5:18 AM  
Anonymous Anonymous said...

bestttttt

July 28, 2017 at 9:32 PM  

Post a Comment


|