Mehmed Fetih
Home About Twitter +Follow -Dash

Disklemer


" Bila menulis, waktu itu mulut terkunci dan yang berbicara cuma hati."

ChatOn!


Mastermind.

© Template design by ZOFF IR @theezenith_. thanks for Base code by ~~.

Sinopsis #Penjara
Saturday, August 13, 2016 • 9:54:00 PM • 11 comments



Seperti biasa, setiap kali dia menapak masuk ke bilik tersebut, matanya akan tertangkap pada katil sebelah yang sekarangnya kosong tidak bercadar. Dia seolah-olah nampak empunya katil tersebut tersenyum manis ke arahnya seperti biasa. Dia meletakkan begnya di atas katil, mengambil frame yang sedang terpacak berdiri di atas meja belajarnya.
Ridwan melepaskan keluhan panjang. Kali ini dia mengaku, hati yang sering meminta maaf dan memaafkan itu adalah antara hati-hati yang sentiasa tenang. Meminta maaf, tidak semestinya setelah kita melakukan keasalahan. Memberi maaf pula, tidak semestinya setelah diri kita dipermainkan.
Kadang manusia lupa, skrip hidup yang ditulis olehNya itu adalah novel yang terhebat untuk kisah hidup kita.
Nak redha, kadang makan masa. Tetapi jangan sampai tak redha, sehingga ianya memakan diri kau sampai sakit seksa.
Aku ingatkan, jangan selamanya kau terpenjara dalam sangkar dosa yang kau sendiri cipta.


“Matanya bebas melihat dunia luar. Liar. Tetapi dirinya terperangkap dalam penjara dosa yang dia sendiri cipta. Pesan, jangan jadi macam aku.” – Rid.


Hang Sahabat.
Sunday, February 15, 2015 • 11:56:00 PM • 23 comments



Assalamu'alaikum.
Minta maaf untuk mencelah. Niat aku, nak kongsi satu kisah.

Ya, aku dah nak siapkan dah pun untuk part yang seterusnya. Nak publish dah pun, tapi tak kesampaian.

Macam yang anda tahu, aku ada masa free Khamis, Jumaat and Satbu. So aku guna peluang 3 hari tu untuk siapkan cerpen. Sepatutnya, hari Sabtu aku dah balik tempat mengaji aku, tapi entah. Aku rasa nak stay satu hari lagi iaitu hari Ahad (semalam).

Malas nak panjang cerita sebab takut tulis dengan air mata.

Semalam, aku ada nampak tweet kawan aku cakap pasal futsal. Aku dah lama tak main, agak ketagih la.




So aku bagitahu Syamsul suruh set. Balik-balik dia suruh aku, sokay. Pukul 3.18 pm, aku wasep kawan aku sorang lagi, Farid bagitau suruh set futsal. Tak sampai 5 minit lepastu, terus Syamsul call. Aku seronok kemain la, ingat futsal jadi. Lepastu...

Aku: Awat call? Futsal jadi ka?
Syamsul: Hang mai UUM cepat, Cham (Nizam) takdak dah.

Can you image? Aku tak terlintas langsung. Sedikit pun tak. Nak bergurau pun berpadalah.

Aku: Weh hang biar betul?
Syamsul: Hang nak mai tengok cepat sikit. Takut takdan. Call kawan lain sama.
Aku: .....

Tutup fon. Aku mandi, ambil kunci then terus pergi UUM. Bergetar satu badan taktau nak cakap. Tak cukup sayu, sampai ja dekat UUM, aku tengok dah ramai orang. Kiri kanan jalan, penuh orang. Aku taktahu, dia eksiden dengan apa. Tapi, mata aku tertangkap dekat satu treller yang agak besar yang ada tepi jalan tu. Dekat situlah yang ramai orang kumpul.

Hancur.

Parking motor dekat tepi, lepastu jumpa member sekolah.

"Wehh, hang tunggu apa lagi. Kawan hang tu."

Berair mata. Lari laju mana pun, aku kena terima hakikat yang dia dah takdak. Dia dah takdak.

Sampai dekat Syamsul dengan kawan-kawan yang lain, aku nampak satu tubuh yang ditutup dengan kain. Dapat aku lihat darah yang mengalir turun ke bahu jalan. Nak cakap apa? Bergetar satu badan. Apa yang boleh buat, cuma tunggu.

Hampir 2 jam arwah terbaring dekat jalan. Lepastu dalam pukul 4.30, traktor polis datang. Motor yang dia naik, dah tak nampak rupa dah dekat bahagian depan. Polis datang, bawa plastik hitam and tutup Nizam.


Waktu Nizam diangkat, cuma samar-samar aku nampak muka dia. Tapi confirm, satu badan dia takdak luka. Lepastu traktor polis tu pun pergi.

Kami semua kawan dia yang ada waktu tu, tak cakap banyak. Terus pergi ke hospital Jitra.
Sampai dekat hospital Jitra, terus langkah kaki diatur ke bilik forensik.

Sampai ja, belum ada orang. Tunggu dekat luar. Ayah Syamsul pun ada dekat situ. Then tanya pekerja hospital, mayat budak yang eksiden motor tu ada lagi tak?

Dia jawab mayat tu dah sampai. Boleh masuk dalam, tengok.

Kami semua (dalam 20 orang) tunggu apa lagi, terus masuk dalam bilik forensik. And...
Sekali lagi hati aku hancur. Aku nampak satu tubuh yang dibalut dengan plastik hitam atas katil. Waktu tu air mata jangan kata. Kalau tak ditahan... fuh.

Then ayah Syamsul buka plastik hitam tu dekat bahagian muka. Maka kami dapat tengok muka arwah. 

Cuma calar-calar dan darah kering yang ada dekat muka arwah. Arwah seolah-olah tidur lena. Tenang.

Lepastu, plastik hitam tu ditutup semula.

Yaasin yang disediakan tak dibiarkan tak diguna. Semua orang, ambil sorang satu dan baca depan arwah. Lepas habis semua, kami tunggu dekat luar.



Kata ayah arwah, arwah akan dikebumikan di kampungnya pada pukul 10 malam. Fuh. Jarak kampung arwah dengan rumah kami agak jauh. Hampir 2 jam. 

"Aku nak pi juga malam ni." aku tekad.
"Gila hang nak pi naik motor?"
"Aku bawa kereta la."

Malam tu, bertolak dalam pukul 8.15. Yalah, aku sampai rumah dari hospital Jitra pun pukul 8. Then bertolak pergi ke rumah arwah. Kereta aku yang kecil ni pun main sumbat sampai 6 orang. Nak pergi punya pasal, no hal.

Sampai ja dekat kawasan nak masuk rumah arwah, kami sesat. Ya Allah. Waktu tu dah 9.45. Memang fed up gila. Kami dapat alamat yang tak jelas. Cuma tau tempat dan nama datuk arwah.

Tapi yang pelik, masuk kawasan tu tiba-tiba hujan. Hujan yang tak berapa lebat dan tak berapa rintik. Sedang-sedang. Dekat sini, boleh dikatakan dah sebulan lebih tak hujan. Ya Allah.. rahmat Tuhan. Kata sorang kawan..

"Hujan sebab nak bersih bumi. Nak terima insan mulia."
Allah.....

Then, tengah-tengah cari rumah arwah, dapat call.

"Arwah dah simpan."

Fuh. Hentak stereng. Memang down gila. Apa guna kawan, kalau tak solatkan jenazah sekali? Apa guna kawan, kalau tak tolong masukkan dia dalam liang lahad sekali?

Aku rasa... tak berguna.

Walaupun arwah tak rapat sangat dengan aku time form 5, tapi dia pernah jadi bestfriend aku time form 2. Aku memang rasa tak berguna...

Teringat lagi.
Aku dengan arwah ada style salam cara tersendiri. Haha lepas salam tu, akan peluk. Dia peluk aku, aku peluk dia. Tapi waktu tu, time form 2 la.

Ayat dia yang buat aku sebak sampai sekarang.. "Weh, kita kan brother. Brotherhood."
Fuh. Tuhan...

Then pukul 10.30 rasanya, baru jumpa perkuburan arwah. Tu pun sebab ada kawan dari sana ambil. Kubur arwah dengan rumahnya, lebih kurang 500M ja.

Sampai kubur arwah, tanah masih merah. Baru ja seleasai katanya.


Kami tak lama dekat sana. Selesai doa dalam 10 minit, terus ke rumah arwah.

Sampai dekat rumah arwah, kami semua dijemput masuk. Duduk sembang dengan family arwah. Mak, ayah, abang and adik arwah.

Baru buka cerita.

Kata ayah arwah;

"Sebenarnya. Waktu tu dia tengah kerja. Dalam pukul 2.30 tu dia keluar sat, nak ambil adik dia. Dia terlewat harini, tu yang rasa di pecut tu."

But seriously. Selama ni, arwah tak pernah langsung, tak pernah langsung lewat ambil adik dia. Selalunya, adik dia yang tunggu dia. Tapi tu la... semalam, dia terlewat.

"Motor dia pancit harini. Tu yang dia pi kerja dengan kawan dia. Dia nak ambik adik dia tadi pun naik motor kawan."

Allah.. kalaulah dia tak pergi kerja sebab motor pancit pagi tu.........

"Tapi betul cakap, dia yang paling senang nak jaga. Tak banyak karenah. Dia nak makan apa, dia cari sendiri. Tapi yang bagus dia ni, setiap kali nak makan, dia takkan lupa mak ayah dia."

Lepastu, lama juga ayah arwah diam.

"Selama ni suruh juga dia isi UPU, tapi dia takmau. Banyak kali suruh, tetap takmau. Lepastu saya pun cakap la dekat dia, nanti lambat kena panggil. Dia kata, lambat pun takpa."

Kami yang ada, hanya mendengar.

Lalu mak arwah pula mencelah..

"Pagi tadi dengar jugak la burung gagak bunyi belakang rumah terhenti-henti. Orang tua-tua kata kalau bunyi ni, ada orang nak meninggal. Saya buat taktau ja la sebab kami waktu tu takdak yang sakit."

"Semalam ni, gitar dia yang dah bersawang tu dia ambik balik. Dia berus la, dia lap habis. Pelik juga la sebab selama ni tak pernah pula dia ambil. Saya pun tanya la. Dia kata, "nak bagi dekat orang dah gitar ni. dah tak guna."" cerita ayah arwah pula.

Berair mata kami.

Lepastu sorang kawan buka cerita..

"Rabu baru ni, jumpa dia dekat pasar malam. Ada satu ayat dia yang sedih.. "Lepas ni kita tak jumpa dah.""

Fuh.

"Dua tiga hari ni arwah asyik termenung ja. Diam. Tanya sepatah, jawab sepatah."

Sambil meneguk air yang dihidang, kami mendengar penuh setia. Akhirnya sembang punya sembang, dah pukul 12. Kami minta diri.

Drive balik rumah, then sampai rumah 1.30 pagi.

Malam tu, semua kawan tak boleh tidur. Tutup mata, teringat arwah. Aku boleh tidur lepas mimpi pasal arwah.

Aku nampak, tubuh arwah dengan kain kafan. Tapi muka dia aku taknampak, sebab aku tak pasti, benda apa. Tapi nampak macam cahaya, terang sangat dari muka arwah sampai taknampak wajah arwah. Aku tak boleh story detail sebab aku tak berapa ingat mimpi tu. Tapi aku tak tipu. Terpulang, nak percaya atau tak.

Sungguh, gurau kasar arwah dengan kami tak pernah langsung kami terasa hati. Dia, sahabat yang menyenangkan. Aku just tak boleh bayang waktu nak ambil result dia nanti. Allah......

Dah tak tahu nak cakap apa. Cuma minta tolong, siapa yang baca post ni, sedekah kan al Fatihah dan doakan arwah tenang dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.

Mohon.




“Layakkah aku?” (Part 15)
Friday, February 6, 2015 • 11:20:00 PM • 34 comments



“Assalamu’alaikum!” laung Khai setelah sampai di hadapan rumah Haura. Riz tidak dapat hadir bersamanya kerana mendapat panggilan daripada Tai. Katanya, ada perkara yang penting hendak dibincangkan.

Tidak lama kemudian, Wida melihat siapa yang datang ke rumah mereka awal pagi ini melalui tingkap rumahnya. Setelah melihat Khai, dia berlari-lari anak ke arah pintu untuk membukanya.

Setelah pintu dibuka, dia menghadiahkan senyuman kepada Khai. Ya, senyumannya nampak palsu. Mungkin dia masih tidak mampu lagi menerima kenyataan perihal pemergian ibu dan bapanya yang tercinta
.
“Abang Khai cari akak ke?” tanya Wida dengan suara yang lembut. Dia kenal lelaki itupun kerana Khailah yang paling banyak membantu mereka. Menguruskan segala-galanya. Ya, lelaki itu baik. Mungkin bakal abang iparnya? Siapa tahu?

“Ya, abang cari akak Haura. Dia ada tak?” Khai memandang lama wajah Wida. Semalam, dia tak perasan pun tentang adik si Haura ni. Yalah, manakan dia sempat membelek satu-satu muka family Haura kelmarin.

“Akak ada dekat dalam. Wardah pun ada sekali. Jap Wida panggilkan.”
Khai membalas kata-kata Wida itu dengan senyuman yang manis.

***

Dalam pada itu, Riz dan Tai sudah pun menjejakkan kaki ke dalam sebuah restoran mewah. Jauh Tai drive datang semata-mata mahu berjumpa Riz. Pada mulanya, Riz sudah memberitahu yang dia ada hal dan berada jauh daripada tempat asalnya. Namun, Tai berkeras mahu berjumpa. Akhirnya, Tai yang datang menemuinya di kampung Haura.

“Ada hal apa sangat yang penting sampai kau sanggup drive berjam-jam semata-mata nak jumpa aku?” kata Riz memulakan bicara.

Tai menyedut air yang dipesannya dengan penedut minuman yang tersedia. Dua kali teguk, air itu sudah habis setengah.

“Kau ingat tak, waktu kau dekat wad haritu...”
“Ya.. aku ingat. Kenapa?”
“Kau ingat tak awek yang lari masuk dalam wad kau tu..”
“Err yang tutup semua tu?”
“Haaa. Yang tu.”
“Kenapa dengan dia?”
“Kau kenal dia ka?”
“Kenal. Kenapa dengan dia?”
“Aku.... suka dia.”

Tersembur air teh o yang sedang dihirup oleh Riz. Tai gelabah.

“Kau okey ke tak ni?”
“Aku okay. Air ni panas gila.”
“Weh bodoh, tu teh o ais. Panas apanya.”

Riz mengambil tisu, mengelap air yang tumpah. Tai diam, menghabiskan air yang dipesannya. Setelah selesai mengelap air, Riz kembali memikirkan apa yang dikatakan oleh Tai.

“Kau suka perempuan tu?”
Tai mengangguk.
“Macam mana kau boleh suka, kau bukan nampak muka dia pun?”
Tai diam. Berfikir. “Sebab aku suka dia, bukan muka dia.”
Jawapan yang membuatkan Riz terdiam.
Akhirnya, keadaan kembali tegang. Kedua-dua mereka diam. Berfikir.
“Jom ikut aku.” ajak Riz.
“Pergi mana?”
“Ikut je la.” kata Riz. Dia mengeluarkan RM50 dan meninggalkannya di atas meja lalu bergerak pergi meninggalkan restoran tersebut. Tai membuntutinya dari belakang tanpa banyak bicara.

Mereka pergi kearah kereta MiniCooper Riz. Riz membuka alarm keretanya. Setelah itu, dia membuka pintu dan masuk ke dalam kereta. Tai ketika itu dengan muka peliknya, masuk ke dalam kereta Riz dan berkata;

“Jap jap. Kau nak bawa aku pergi mana ni?”
“Kau cakap kau suka perempuan tu.”
“Jadi?...”
“Aku nak bawa kau pergi jumpa dia la.”
“Yang tu aku setuju.”
“Jadi?” soal Riz, pelik.
“Yang aku tak setujunya naik kereta kura-kura kau ni. Jom pergi naik kereta aku. Dah set cun-cun dah kereta aku. Perjalanan 2 jam, aku boleh drive 30 minit je. Janji tak jem la.”
“Taknak la. Bunuh diri ke apa?” kata Riz, cuak.

“Ajal itu Allah dah tetapkan. Kalau dah ajal, tengah ketawa pun boleh meninggal. Kalau kau taknak ikut aku, kau ikut la pisau rambo aku ni.” Ugut Tai sambil mengeluarkan sebilah pisau yang diselit di bahagian kakinya.

“Okay-okay aku ikut. Dah cukuplah sekali aku kena tikam dengan kau dulu. Taknak dah.” Kata Riz sambil mematikan enjin kereta kura-kuranya. Lalu, mereka menuju ke tempat kereta Tai diparkir.

Ketika perjalanan menuju ke kereta Tai, Riz diam. Dia seolah-olah memikirkan sesuatu.

“Weh Petai.” panggil Riz.

“Sekali lagi kau sebut nama penuh aku, aku geletek kaki kau sampai kau mati.”
“Hahahaha maaf. Em aku nak minta pendapat kau ni.” kata Riz perlahan.

Tai diam. Menanti kata-kata seterusnya daripada Riz.
“Kan waktu kau tikam aku haritu, aku hilang banyak darah kan?”
“Yes. So?”
“Waktu tu aku perlukan darah. Tiba-tiba ada orang yang dermakan darah untuk aku. Aku tak tahu pun siapa. Er kau rasa-rasa siapa?”

“Aku rasa kita kena bertolak cepat sikit. Aku tak sabar nak jumpa dia ni.”
Riz buat muka bosan. Akhirnya mereka masuk ke dalam kereta Mitsubishi Lancer milik Tai yang telah diubah suai. Tidak lama kemudian, mereka berlalu pergi. Destinasi mereka? Kampung Haura.

Perjalanan yang sebenarnya memakan masa 4 jam, tinggal 2 jam apabila dipandu oleh Tai. Tidak dapat tidur dibuatnya si Riz. Manalah tidak, meter hampir mencecah 180km/j dipandu oleh manusia gila itu. Fuhh.

Akhirnya, mereka tiba di kediaman Haura. Kelihatan rumah Haura itu suram. Pintu kereta dibuka. Riz dan Tai keluar dan menuju ke pintu utama rumah Haura. Ketika itu, Riz perasan yang kasut Khai ada ditepi tangga untuk naik ke rumah Haura tersebut.

“Apa yang dia buat dekat sini?” soal hati Riz.
Tai yang ketika itu sudah naik ke hadapan pintu, tangannya sudah kira-kira mahu membuka pintu tersebut lalu cepat-cepat dihalang oleh Riz.
“Woi kau ni dah kenapa? Nak merompak?”
“Nak masuk la. Salah ke?” jawab Tai.
“Nak masuk, kena bagi salam. Tunggu orang buka pintu. Bagi salam 3 kali, kalau takdak yang buka, kita balik dulu. Tu sunnah.” terang Riz.
Tai buat muka tak percaya.
“Gilaaaaaaaaaaaaaa? Kalau 3 kali panggil dia tak buka, kena balik? Weh aku drive 2 jam kot kau nak suruh aku balik.” Kata Tai bersungguh-sungguh.
Riz menepuk dahi.
“Bukan suruh balik rumah. Maksud aku balik dulu, nanti kemudian datang lain.”
Tai mengangguk-angguk, tanda faham.
“Btw sunnah tu apa pula?” soal Tai.

“Sunnah tu perkara yang Nabi buat. Nabi amalkan. Kita umatnya, kenalah sentiasa amalkan sunnah baginda. Nak syafaat kan?” kata Wida yang ketika itu baru lepas membuka pintu. Dia terdengar suara riuh rendah di halaman rumahnya tadi. Ingatkan siapa, rupanya abang Riz.
Tai dan Riz mengarahkan pandangan kepada pemilik empunya suara.

“Dah lama ke sampai abang?” soal Wida.
“Baru je lagi ha. Ni abang ada bawa kawan.” Kata Riz sambil matanya dilirikkan kepada Tai.
“Masuklah. Akak dengan akak Wardah ada dekat dalam. Abang Khai pun ada. Diorang tengah kemaskan barang arwah ayah dengan mak.” Suara Wida tiba-tiba perlahan apabila menyebut nama ibu dan ayahnya. Sebak.

“Ouh. Emm boleh tolong panggilkan akak Wardah kejap?” soal Riz.
“Boleh. Kejap-kejap.” kata Wida, lalu berlalu pergi.
Tidak lama kemudian, kelihatan Wardah muncul di hadapan pintu. Mukanya tiba-tiba berubah menjadi pelik.

“Err ada apa Riz?”
“Kalau ya pun, turunlah dulu. Boleh kita bercakap? Kejap pun jadilah. Dekat bawah pokok tu?”

Wardah memjawab soalan Riz itu dengan satu anggukan. Dia turun tangga, memakai kasut dan menuju ke arah kerusi yang disediakan dibawah pokok rambutan tersebut. Tenang.

Riz dan Tai duduk berhadapan dengan Wardah. Buat seketika, ketiga-tiga mereka diam. Membisu.

“Apa perkara yang penting yang awak nak cakapkan tu Riz? Btw, saya macam pernah tengok la kawan awak ni. Dekat mana eh?”
“Sebenarnya, bukan saya yang nak cakap. Tapi dia.” Kata Riz sambil melihat ke arah Tai. Tai buat muka terkejut. “Ye, awak pernah tengok dia. Dia yang teman saya waktu dekat wad dulu.”
“Patutlah. Macam pernah nampak. Ouh, dia nak cakap apa?”
Ketika itu, Tai dan Riz berbisik-bisik. Wardah buat muka pelik. Lelaki di hadapannya, muka berparut, rambut diikatkan kerana panjang dan nampak tak terurus dengan jeans yang koyak rabak. Wardah berlagak seperti biasa walaupun sebenarnya tak selesa.
Tai menyusun kata. Diteguk air liur berkali-kali.

“Nama kau apa?”

Wardah pelik, namun tetap dijawab.

“Wardah al Humaira. Orang panggil Wardah.”
“Wardah. Sudi tak nikah dengan aku?”
Terkejut beruk si Wardah. Sekali dengan Riz ni pun terkejut. Langsung tak disangka yang Tai berfikir sejauh itu. Ingatkan dia cuma behasrat memberitahu soal hatinya. Nah, ajak nikah terus.

Wardah bangun. Terus berlalu pergi. Riz turut bangun, mengejar Wardah.

“Apahal yang kau biadap sangat?” kata Riz, tegas.
Waradah tersentak. Berhenti daripada berjalan. Dia mengalihkan dirinya berhadapan dengan Riz.
“Apa yang biadap?” soal Wardah, marah.
“Dia ajak kau nikah, bukan dating. Dia ikhlas nak dekat kau, bukan main-main. Memang niqabis spesis kau jenis yang pandang luaran je eh? Dari muka kau tadi aku dapat tengok betapa gelinya kau pandang dia. Apa pendosa confirm neraka? Wanita yang macam kau ala muslimah ni je yang ke Syurga?”

Berdesing telinga Wardah.

“Bukan semua lelaki yang berani ajak nikah. Dia, sedang bertatih nak dapat hidayah. Kau kalau dah betul muslimah, bantulah dia. Kalau ya pun taknak, tolaklah secara elok. Cara kau bangun terus tanpa menjawab soalan dia, dengan muka kau macamtu memang confirm mengguris hati dia. Kau...”

Wardah menanti bait kata seterusnya daripada Riz.

“Kau lupakan jelah lamaran aku dekat kau. Aku dah silap menilai. Dah, teruskanlah mencari manusia yang sempurna dalam dunia ni. Semoga berjaya. Assalamu’alaikum.”
Kata Riz, lalu bergerak menuju ke arah Tai. Akhirnya, mereka berdua berlalu pergi. Wardah? Hanya memerhati daripada jauh.

***

“Teruk sangat ke aku ni?” soal Tai setelah lama berdiam ketika sedang dalam perjalanan pulang mereka.

“Taklah Tai. Tiada manusia yang teruk. Cuma yang ada, manusia yang selalu buat silap. Yes, kita semua.” Kata Riz cuba memberi Tai semangat.
“Tapi...”
“Tapi kau kena kuat Tai. Sejak bila kau lemah ni?”
Tai diam. First time betul-betul ikhlas, terus kena tolak. Bagi dia, cara dia kena tolak tu sangat hina.
Tiba-tiba, kedengaran bunyi panggilan masuk ke telefon Riz.
“Khai? Kenapa dia call?”
Telefon diangkat. Earphone dipakai.

“Assalamu’alaikum sahabat. Kenapa?”

“Wardah Riz, Wardah!!” teriak pemanggil di hujung talian. Dengan tak semena-mena, talian terputus.

Riz cuak. Mereka baru sahaja masuk ke susur keluar di negeri mereka. 2 jam drive, lenguh. Aduhhh. Dia menelefon kembali Khai, namun tidak terangkat. Begitu juga dengan Haura.

“Tai, kita kena patah balik?”
“Hahhhh? Kenapa? Weh malam ni Maharajalawak Mega Final kot?”
“Zero menang. Aku dah tahu. Ada hal urgent ni.”
Pedal minyak ditekan. Meter mececah 200km/j.

“Wardah, tunggu...”



MAAF.
Friday, January 23, 2015 • 8:48:00 AM • 14 comments



Assalamu'alaikum.

Minta maaf, part 15 dan seterusnya akan di publish bukan dalam masa yang terdekat. Ada beberapa kesulitan yang dihadapi oleh penulis. Harap faham.

Terimkasih.