Mehmed Fetih
Home About Twitter +Follow -Dash

Disklemer


" Bila menulis, waktu itu mulut terkunci dan yang berbicara cuma hati."

ChatOn!


Mastermind.

© Template design by ZOFF IR @theezenith_. thanks for Base code by ~~.

Hang Sahabat.
Sunday, February 15, 2015 • 11:56:00 PM • 23 comments



Assalamu'alaikum.
Minta maaf untuk mencelah. Niat aku, nak kongsi satu kisah.

Ya, aku dah nak siapkan dah pun untuk part yang seterusnya. Nak publish dah pun, tapi tak kesampaian.

Macam yang anda tahu, aku ada masa free Khamis, Jumaat and Satbu. So aku guna peluang 3 hari tu untuk siapkan cerpen. Sepatutnya, hari Sabtu aku dah balik tempat mengaji aku, tapi entah. Aku rasa nak stay satu hari lagi iaitu hari Ahad (semalam).

Malas nak panjang cerita sebab takut tulis dengan air mata.

Semalam, aku ada nampak tweet kawan aku cakap pasal futsal. Aku dah lama tak main, agak ketagih la.




So aku bagitahu Syamsul suruh set. Balik-balik dia suruh aku, sokay. Pukul 3.18 pm, aku wasep kawan aku sorang lagi, Farid bagitau suruh set futsal. Tak sampai 5 minit lepastu, terus Syamsul call. Aku seronok kemain la, ingat futsal jadi. Lepastu...

Aku: Awat call? Futsal jadi ka?
Syamsul: Hang mai UUM cepat, Cham (Nizam) takdak dah.

Can you image? Aku tak terlintas langsung. Sedikit pun tak. Nak bergurau pun berpadalah.

Aku: Weh hang biar betul?
Syamsul: Hang nak mai tengok cepat sikit. Takut takdan. Call kawan lain sama.
Aku: .....

Tutup fon. Aku mandi, ambil kunci then terus pergi UUM. Bergetar satu badan taktau nak cakap. Tak cukup sayu, sampai ja dekat UUM, aku tengok dah ramai orang. Kiri kanan jalan, penuh orang. Aku taktahu, dia eksiden dengan apa. Tapi, mata aku tertangkap dekat satu treller yang agak besar yang ada tepi jalan tu. Dekat situlah yang ramai orang kumpul.

Hancur.

Parking motor dekat tepi, lepastu jumpa member sekolah.

"Wehh, hang tunggu apa lagi. Kawan hang tu."

Berair mata. Lari laju mana pun, aku kena terima hakikat yang dia dah takdak. Dia dah takdak.

Sampai dekat Syamsul dengan kawan-kawan yang lain, aku nampak satu tubuh yang ditutup dengan kain. Dapat aku lihat darah yang mengalir turun ke bahu jalan. Nak cakap apa? Bergetar satu badan. Apa yang boleh buat, cuma tunggu.

Hampir 2 jam arwah terbaring dekat jalan. Lepastu dalam pukul 4.30, traktor polis datang. Motor yang dia naik, dah tak nampak rupa dah dekat bahagian depan. Polis datang, bawa plastik hitam and tutup Nizam.


Waktu Nizam diangkat, cuma samar-samar aku nampak muka dia. Tapi confirm, satu badan dia takdak luka. Lepastu traktor polis tu pun pergi.

Kami semua kawan dia yang ada waktu tu, tak cakap banyak. Terus pergi ke hospital Jitra.
Sampai dekat hospital Jitra, terus langkah kaki diatur ke bilik forensik.

Sampai ja, belum ada orang. Tunggu dekat luar. Ayah Syamsul pun ada dekat situ. Then tanya pekerja hospital, mayat budak yang eksiden motor tu ada lagi tak?

Dia jawab mayat tu dah sampai. Boleh masuk dalam, tengok.

Kami semua (dalam 20 orang) tunggu apa lagi, terus masuk dalam bilik forensik. And...
Sekali lagi hati aku hancur. Aku nampak satu tubuh yang dibalut dengan plastik hitam atas katil. Waktu tu air mata jangan kata. Kalau tak ditahan... fuh.

Then ayah Syamsul buka plastik hitam tu dekat bahagian muka. Maka kami dapat tengok muka arwah. 

Cuma calar-calar dan darah kering yang ada dekat muka arwah. Arwah seolah-olah tidur lena. Tenang.

Lepastu, plastik hitam tu ditutup semula.

Yaasin yang disediakan tak dibiarkan tak diguna. Semua orang, ambil sorang satu dan baca depan arwah. Lepas habis semua, kami tunggu dekat luar.



Kata ayah arwah, arwah akan dikebumikan di kampungnya pada pukul 10 malam. Fuh. Jarak kampung arwah dengan rumah kami agak jauh. Hampir 2 jam. 

"Aku nak pi juga malam ni." aku tekad.
"Gila hang nak pi naik motor?"
"Aku bawa kereta la."

Malam tu, bertolak dalam pukul 8.15. Yalah, aku sampai rumah dari hospital Jitra pun pukul 8. Then bertolak pergi ke rumah arwah. Kereta aku yang kecil ni pun main sumbat sampai 6 orang. Nak pergi punya pasal, no hal.

Sampai ja dekat kawasan nak masuk rumah arwah, kami sesat. Ya Allah. Waktu tu dah 9.45. Memang fed up gila. Kami dapat alamat yang tak jelas. Cuma tau tempat dan nama datuk arwah.

Tapi yang pelik, masuk kawasan tu tiba-tiba hujan. Hujan yang tak berapa lebat dan tak berapa rintik. Sedang-sedang. Dekat sini, boleh dikatakan dah sebulan lebih tak hujan. Ya Allah.. rahmat Tuhan. Kata sorang kawan..

"Hujan sebab nak bersih bumi. Nak terima insan mulia."
Allah.....

Then, tengah-tengah cari rumah arwah, dapat call.

"Arwah dah simpan."

Fuh. Hentak stereng. Memang down gila. Apa guna kawan, kalau tak solatkan jenazah sekali? Apa guna kawan, kalau tak tolong masukkan dia dalam liang lahad sekali?

Aku rasa... tak berguna.

Walaupun arwah tak rapat sangat dengan aku time form 5, tapi dia pernah jadi bestfriend aku time form 2. Aku memang rasa tak berguna...

Teringat lagi.
Aku dengan arwah ada style salam cara tersendiri. Haha lepas salam tu, akan peluk. Dia peluk aku, aku peluk dia. Tapi waktu tu, time form 2 la.

Ayat dia yang buat aku sebak sampai sekarang.. "Weh, kita kan brother. Brotherhood."
Fuh. Tuhan...

Then pukul 10.30 rasanya, baru jumpa perkuburan arwah. Tu pun sebab ada kawan dari sana ambil. Kubur arwah dengan rumahnya, lebih kurang 500M ja.

Sampai kubur arwah, tanah masih merah. Baru ja seleasai katanya.


Kami tak lama dekat sana. Selesai doa dalam 10 minit, terus ke rumah arwah.

Sampai dekat rumah arwah, kami semua dijemput masuk. Duduk sembang dengan family arwah. Mak, ayah, abang and adik arwah.

Baru buka cerita.

Kata ayah arwah;

"Sebenarnya. Waktu tu dia tengah kerja. Dalam pukul 2.30 tu dia keluar sat, nak ambil adik dia. Dia terlewat harini, tu yang rasa di pecut tu."

But seriously. Selama ni, arwah tak pernah langsung, tak pernah langsung lewat ambil adik dia. Selalunya, adik dia yang tunggu dia. Tapi tu la... semalam, dia terlewat.

"Motor dia pancit harini. Tu yang dia pi kerja dengan kawan dia. Dia nak ambik adik dia tadi pun naik motor kawan."

Allah.. kalaulah dia tak pergi kerja sebab motor pancit pagi tu.........

"Tapi betul cakap, dia yang paling senang nak jaga. Tak banyak karenah. Dia nak makan apa, dia cari sendiri. Tapi yang bagus dia ni, setiap kali nak makan, dia takkan lupa mak ayah dia."

Lepastu, lama juga ayah arwah diam.

"Selama ni suruh juga dia isi UPU, tapi dia takmau. Banyak kali suruh, tetap takmau. Lepastu saya pun cakap la dekat dia, nanti lambat kena panggil. Dia kata, lambat pun takpa."

Kami yang ada, hanya mendengar.

Lalu mak arwah pula mencelah..

"Pagi tadi dengar jugak la burung gagak bunyi belakang rumah terhenti-henti. Orang tua-tua kata kalau bunyi ni, ada orang nak meninggal. Saya buat taktau ja la sebab kami waktu tu takdak yang sakit."

"Semalam ni, gitar dia yang dah bersawang tu dia ambik balik. Dia berus la, dia lap habis. Pelik juga la sebab selama ni tak pernah pula dia ambil. Saya pun tanya la. Dia kata, "nak bagi dekat orang dah gitar ni. dah tak guna."" cerita ayah arwah pula.

Berair mata kami.

Lepastu sorang kawan buka cerita..

"Rabu baru ni, jumpa dia dekat pasar malam. Ada satu ayat dia yang sedih.. "Lepas ni kita tak jumpa dah.""

Fuh.

"Dua tiga hari ni arwah asyik termenung ja. Diam. Tanya sepatah, jawab sepatah."

Sambil meneguk air yang dihidang, kami mendengar penuh setia. Akhirnya sembang punya sembang, dah pukul 12. Kami minta diri.

Drive balik rumah, then sampai rumah 1.30 pagi.

Malam tu, semua kawan tak boleh tidur. Tutup mata, teringat arwah. Aku boleh tidur lepas mimpi pasal arwah.

Aku nampak, tubuh arwah dengan kain kafan. Tapi muka dia aku taknampak, sebab aku tak pasti, benda apa. Tapi nampak macam cahaya, terang sangat dari muka arwah sampai taknampak wajah arwah. Aku tak boleh story detail sebab aku tak berapa ingat mimpi tu. Tapi aku tak tipu. Terpulang, nak percaya atau tak.

Sungguh, gurau kasar arwah dengan kami tak pernah langsung kami terasa hati. Dia, sahabat yang menyenangkan. Aku just tak boleh bayang waktu nak ambil result dia nanti. Allah......

Dah tak tahu nak cakap apa. Cuma minta tolong, siapa yang baca post ni, sedekah kan al Fatihah dan doakan arwah tenang dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.

Mohon.




23 Comments:

Anonymous Silent Reader said...

Qowiy ya akhi.Qowiy lillah.Innallahu ma'a ssobirin.Allah lebih sayangkan dia dan semoga dia ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.InsyaAllah.Aamiin.

February 16, 2015 at 12:06 AM  
Blogger Syafini Rashidi said...

Sorang kawan kelas sy meninggal harini . Sedih . Tak sempat nk mintak maaf kat dia kot ada buat dia terasa hati . Kebetulan birthday dia tarikh nak ambil result spm ni . Semoga kedua-dua arwah ditempatkan dlm kalangan org2 y mulia ameen :')

February 16, 2015 at 12:09 AM  
Blogger Shinichi Tantrum said...

Dulu hang tanya aku "ukhuwah tu apa?"
Soalan hang dah terjawab. Ni la ukhuwah. Ni la rasa ukhuwah.
-zoff

February 16, 2015 at 12:13 AM  
Anonymous Anonymous said...

i'm crying

February 16, 2015 at 1:24 AM  
Blogger sarmiza mahdi said...

takziah dan bawa bersabar ya? Allah sygkan dia :')

February 16, 2015 at 1:29 AM  
Blogger Nha Nohana said...

"Allah.. kalaulah dia tak pergi kerja sebab motor pancit pagi tu".........

Maaf,tak spatutnya kita guna perkataan kalau bagi seseorang yang beriman pd qada' dan qadar.
Qada’ dan qadar adalah ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT yang tidak boleh diubah.
"Kalau" mmbuka pintu kpd syaitan ckup untuk buat kita rasa ragu2.

Wallhu'alam..
Takziah atas kepergian arwah ..

February 16, 2015 at 1:38 AM  
Anonymous Anonymous said...

This remind me of my grandfather. Atuk sy meninggal malam semalam. semoga ditempatkan dlm kalangan org beriman. Al fatihah ...

February 16, 2015 at 3:45 AM  
Anonymous Anonymous said...

moga tabah ye pendakwah cute ! Innalillahi wa inna ilaihi rajiun :')

February 16, 2015 at 5:24 AM  
Anonymous Anonymous said...

Ya Allah. Menangis saye bace. You remind me to my friends. :'( really miss them much.

February 16, 2015 at 8:16 AM  
Anonymous Anonymous said...

Asiff bertanya . Twitter arwah sekarang siapa gune ?

February 16, 2015 at 7:34 PM  
Blogger Pendakwah Cute said...

arwah takda twitter.

February 16, 2015 at 8:39 PM  
Blogger Alia Syuhada said...

Amin ya Rabb ..

February 18, 2015 at 9:19 AM  
Blogger Alia Syuhada said...

This comment has been removed by the author.

February 18, 2015 at 9:20 AM  
Blogger Alia Syuhada said...

This comment has been removed by the author.

February 18, 2015 at 9:20 AM  
Blogger Alia Syuhada said...

Aminn ya Rabb ..

February 18, 2015 at 9:22 AM  
Blogger asya zura said...

This comment has been removed by the author.

March 7, 2015 at 3:06 AM  
Blogger Suraya Yusof said...

"Innalillahi wa inna ilaihirojiun" Moga arwah shbt ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman. Kematian itu suatu kepastian. Insya'Allah ukhuwah persahabatan ini bawa hingga ke syurga. Doakan sehingga berjumpa di jannah.

March 14, 2015 at 9:18 AM  
Blogger zulhijjah abdullah said...

Salam takziah buat keluarga arwah.. awak^ kwn awk(sbb khilagan arwah)... moga diberi ketenangan berterusan.. Arwah sedang berehat di rumah barunya...semoga ditempat dengan orang2 beriman..in shaa Allah AMIINN.. semoga amaal jariahnya sentiasa mengalir... tabahlah wahai hamba Allah... :)

March 20, 2015 at 12:10 PM  
Blogger zulhijjah abdullah said...

This comment has been removed by the author.

March 20, 2015 at 12:15 PM  
Blogger Rosehijau said...

Ya Allah..sedihnye..:'(

March 24, 2015 at 5:25 AM  
Blogger نورالأشاكرين said...

"setiap yang hidup akan merasai mati." assobaru.

April 9, 2015 at 12:16 AM  
Blogger Nur Farahuda said...

Sebak baca entri ni.

July 7, 2015 at 1:01 AM  
Blogger Nur Farahuda said...

Sebak baca entri ni.

July 7, 2015 at 1:02 AM  

Post a Comment


|