Disklemer
![]() " Bila menulis, waktu itu mulut terkunci dan yang berbicara cuma hati." ChatOn! Mastermind.
| Soleh itu Bukan Aku (10)
"Kringgg kringg!!"
Bunyi loceng menandakan sudah tamat waktu rehat. Semua pelajar dalam perjalanan menuju ke kelas masing masing. Beberapa pelajar lelaki berjalan dalam kumpulan masing masing. Ada yang tengah mengganggu pelajar-pelajar perempuan, ada yang tengah ready cari port nak hisap rokok and ada yang tengah bergaduh. Tapi tidak bagi Anas, dia duduk di tangga di hujung blok, seorang diri. Termenung jauh sambil melihat tumbuhan hijau di hadapannya. Dia tersenyum sambil teringatkan kata kata sahabatnya, Luqman.
"Tengok tumbuhan hijau, laut yang membiru, langit yang terbentang luas, bulan bintang, senang cerita tengok bukti kebesaran Allah, dapat pahala. Eh tapi kalau tengok awek berjalan, ha yang tu bukan."
Dia tersenyum sendiri. Sahabatnya yang satu tu, memang ceria orangnya. Tapi bila dia marah.. haa Hulk pun boleh letak jawatan sebagai Hulk.
"Woi, senyum apa sorang sorang! Teringat dekat Wawa ke?" sergah Luqman.
Istighfar panjang Anas. Terkejut, tapi cover cool. Ya, cuma Luqman ja yang tahu dia suka duduk disini. Wawa? Anas kembali termenung. Di pejamkan mata, di tarik nafas dalam dalam.
"Betul tak apa yang aku cakap? Haha dah angau dekat Wawa kau ni kan kan kan hahahaha."
"Apelah kau ni, takda kena mengena dengan si Wawa tu kay?" bidas Anas.
Nur Hidayatul Azwa atau nama panggilannya Wawa, seorang gadis bertubuh kecil molek, mukanya bersih, seorang yang agak pendiam dan pemalu. Wawa ni satu kelas dengan Anas dan Luqman. Wawa juga menjadi rebutan kebanyakan kumbang di sekolah mereka.
Bila disebut tentang Wawa, Anas teringatkan peristiwa semalam.
"Anas, Wawa nak jumpa kau, katanya hal penting. Dia tunggu kau dekat blok D, tangga hujung." kata Khadijah, teman karib Wawa.
"Apa hal dia nak jumpa aku? Tempat yang macamtu pulak? Tak boleh ke dia jumpa aku dekat kelas ja? Lagipun kan kita kelas sekali?"
"Mana aku tahu, waktu rehat tadi dia bagitahu aku suruh bagitahu kau yang dia nak jumpa kau, aku bagitahu la. Amanah. Better kau pergi jumpa dia, dia tengah tunggu tu."
Bila difikirkan apa yang Siti cakap, Anas memaksa diri berjumpa dengan Wawa. Mana tahu memang ada hal yang penting yang Wawa nak cakap.
"Ya hanana ya hanana ya hanana.."
Sambil berjalan untuk berjumpa Wawa, Anas menyanyi kecil Qasidah yang berjudul 'Ya Hanana.'
Kata murobbinya,
"Bila dengar Qasidah, insyaAllah hati tenang. Ingat Nabi, menambahkan rasa cinta kita kepadanya."
Sampai ja dekat tangga blok D, kelihatan Wawa sedang duduk di tangga seorang diri. Sungguh, Anas rasa sangat tak selamat berdua duaan dengan ajnabi. Setahunya, dia taklah rapat sangat dengan Wawa ni, cakap pun cuma dalam kelas. Tu pun bila perlu. Dia cuba bersangka baik, mungkin memang ada perkara yang penting hendak di sampaikan.
"Assalamu'alaikum?"
Wawa bangun, pusing menghadap Anas. Dia tersenyum. Manis. Ada beg kertas di tangan kanannya.
"Wa'alaikumussalam. Ingat kan awak tak datang."
Sejuk tangan Anas dengar si Wawa ni berawak saya pula. Setahu dia, sebelum ni ber aku kau ja dalam kelas. Gulp.
"Apa yang err em awak nak cakap?" Anas juga mengubah panggilannya. Takut takut Wawa ni terasa hati.
"Besok birthday awak kan?"
"Ya kenapa?"
"Betullah. Hihi nah. Selamat Hari Lahir Ahmad Anas!" kata Wawa ceria sambil menghulurkan beg kertas yang dipegangnya sejak tadi kepada Anas.
Mahu tak mahu, Anas mengambil beg tersebut.
"Err, okay okay, terima kasih. So, apa perkara yang penting nak bagitahu saya tu?"
"Emm Anas, ..."
"Ya? Cepatlah. dah lama sangat kita dekat sini. Kalau pelajar nampak kan boleh jadi fitnah. Lagi lagi kalau cikgu nampak ha tak rasa nanti...."
"Saya suka awak!" tiba tiba Wawa memotong kata kata Anas.
"Errrr what? Tak jelas." Anas menyoal sekali lagi. Mungkin dia salah dengar. Mungkin.
"Ya, dari first awak pindah masuk dalam kelas saya lagi saya dah minatkan awak. Peribadi awak, akhlak yang ada pada awak. Entah, saya tak tahu.. Maaf.."
Wawa kemudiannya beredar dari tempat itu. Belari pulang ke kelas mungkin. Anas tinggal seorang.
Anas menarik nafas dalam. Dia diam. Istighfar. Tiba tiba dia teringatkan beg yang Wawa beri, dia buka beg kertas itu. Dia mengeluarkan kopiah bewarna putih dari beg itu. Baru dia teringat, selama ni dia pernah nampak juga Wawa mengait kopiah, tak tahu pulak kopiah tu nak dihadiahkan kepadanya. Terharu.
"Woi! tengok tu, aku terpacak dekat sini pun masih boleh mengelamun. Hadeh. Sah! Kemaruk cinta si Wawa. Hahaha untungnya badan bergandingan dengan wanita secantik Wawa. Phewit!" usik Luqman.
"Mana ada mengelamun. Aku tengah fikirkan markah addmath aku. Kan cikgu cakap siapa fail kena jalan itik. Tak nak aku."
"Eleh, yeye je markah addmath. Mesti kau tengah fikirkan pasal semalam kan?"
"Hm a'ah. Aku takut. Nak cakap aku suka Wawa tu, takdelah sangat. Tapi nak cakap aku tak suka, em sukalah juga."
"HAHAHAHHAHAHAHAHHA" gelak Luqman panjang dengan capslock nya.
"Apa yang kau gelak ni? Gelak la gelak. Banyak gelak, nanti hati mati. Haa"
"Mana tak gelaknya, sejak bila kau pun layan feeling feeling ni?"
"Kan aku ada bagitau kau yang dia ada bagi aku hadiah kan? Balik rumah semalam bila check balik, baru aku perasan ada surat dalam beg tu."
"Surat? Woaa dia tulis apa? Dia tulis apa?"
"Sebok la kau ni. Takpayah tahu."
"Takpalah, aku ni siapa la kan? Siapalah aku bagi kau kalau nak dibandingkan dengan...."
"Nah nah nah ni haa dah diam buat ayat pilu tu kenapa haih ingat comel ka?" Anas memotong cakap Luqman. Luqman ni kalau bab buat ayat sedih sedih, dialah johannya. Naib johan dengan tempat ketiga pun dia.
Luqman menyambut huluran kertas kecil comel berwarna kuning air daripada Anas. Dia tersenyum.
"Ke hadapan pemuda yang berjaya menarik perhatianku,
saya tahu awak dah maklum dengan perasaan saya dekat awak, saya tahu awak dah tahu kenapa saya hadiahkan awak hadiah yang tak seberapa ni. Ekceli, tu first time saya mengait. Tak pandai, tapi cuba. Boleh ja nak beli yang dah siap, tapi rasa tak puas. Better buat sendiri. Harap awak boleh terima. Penat tau saya buat tu? Hargai lah. Pakailah tau? Bila awak pakai, saya dapat pahala. Hehe okay tu ja nak cakap, Selamat Hari Lahir Ahmad Anas. Semoga jadi pemuda agama yang bakal menegakkan syariat Islam di dunia. InsyaAllah."
- Ikhlas, Nur Hidayatul Azwa.
"Pergh pergh perghh! Lah kenapa dia tak tinggalkan sekali no telefon dia?" kata Luqman sambil mengembalikan surat itu.
"Kau ni, apa pulak nak tinggal no telefon."
"Yela, boleh kau tackle dia terus."
"Taknaklah tackle, nanti kena kad merah."
"Hm sahabat, so sekarang kau nak buat apa? Takkan nak biar dia macamtu ja? kesian dia weh."
"Err hm kau boleh tolong dapatkan no telefon dia dekat aku? Aku nak settle kan benda ni."
"Aik? er kenapa tak face to face je cakap?"
"Takut tak terkeluar apa yang nak di cakapkan."
"Haha ya lah sayang. Sebelum balik sekolah aku bagi. Upah?"
"Upah dia? Nanti aku suruh Abang Surau belanja kau makan. Hehe"
"Er yeye ja. K jum masuk kelas. Dah lama sangat dah ni, nanti di cop ponteng kelas pulak. Taknak lah aku ada masalah disiplin. Aku ni dahla baik, mana boleh ada masalah ponteng ponteng kelas ni."
"Hahahahah yalah -,-"
Setibanya mereka di kelas, mereka menarik nafas lega. Nasiblah cikgu belum masuk. Anas curi curi melihat Wawa. Semenjak peristiwa semalam, mereka tidak bercakap.
"Luqman, ingat, aku nak no telefon dia harini jugak tau?"
"Ya ya, haih kawan aku ni, tak sabar betul."
Luqman mengambil sekeping kertas A4 dengan sebatang pen hitam. Dia berjalan menuju ke arah Wawa. Apa yang mereka bicarakan Anas tak tahu, sebab kedudukan mereka agak jauh. Then, Luqman kembali kepada Anas sambil tersenyum.
"Nah, mudah."
"Er, senangnya dapat. Apa yang kau cakap dekat dia?"
"Aku bagitahu yang bakal suami nak nombor telefon bakal isteri."
"Woi kau ni , serius la!"
"Hahaha, tak la. Aku reka satu nombor fon tadi, then aku tanya dia, ni nombor dia ka? Lepastu dia cakap tak. Then aku tanya la, habistu pakai nombor mana? Then dia bagilah. Hahahaha pandainya aku."
"What the food. err anyway thanks."
Luqman menjawab ucapan terima kasih Anas dengan senyuman.
***
Malam tu, lepas pulang dari surau. Anas mencari kertas yang tertulis nombor Wawa tadi. Dia save nombor tu di telefon bimbitnya.
"Wawa. Saved!"
Dia baring di atas katil. Lama dia fikir, nak mesej, atau tak? Nak ke tak? Nak ke tak? Nak? Hm mesej jela. Cakap minta maaf.
Dia menaip pada skrin Iphone 5 nya.
"Assalamu'alaikum. da tido ke?"
Dekat 10 minit Anas menunggu, tapi tak ada mesej masuk. Dia berkira kira untuk tidur.
Tiba tiba fonnya vibrate menandakan ada mesej yang masuk. Ya, dari Wawa.
"Wassalam. sapew ni?"
"Ni anas. knl?"
"ouh anas rpanya, mna dpt no saya?"
"adalah. btw saya nk minx maaf."
"maaf knpa?"
"yla, mna thu awk ada trasa hati dgn saya ka apa."
"eh xla. saya yg ptut minta maaf."
"no, it's okay."
"hm yla anas. okayla, saya nk tidow dlu, night."
Lebih kurang 30 minit mereka berbalas balas SMS. Selepas Wawa bagithau yang dia nak tidur, Anas pun tidur. Dalam tidurnya, dia bermimpi ada seorang kanak kanak yang comel datang dengan membawa bunga ros yang sangat indah. Kanak kanak tersebut mendekatinya dan memberinya bunga tersebut. Anas terima dengan senyuman. Tanpa Anas sedar, duri bunga ros itu mencucuk cucuk jarinya, perit. Anas terjaga. Dikerling jam di dinding biliknya, dah pukul 3.30. Dia bangun, mengambil wudhuk dan berqiamullail.
Besoknya, dia kesekolah seperti biasa. Orang pertama yang dia cari di sekolah bukanlah Luqman mahupun Wawa, tetapi Ustaz Khairi.
"Ustaz ustaz, semalam saya ada dapat satu mimpi...."
"Mimpi? mimpi yag macamana tu Anas?"
Anas pun menceritakan tentang mimpinya semalam kepada Ustaz Khairi. Ustaz Khairi tersenyum lalu berkata.
"Mungkin apa yang kita suka, tidak baik untuk kita sedangkan apa yang kita tidak suka, mungkin itu yang membawa manfaat kepada kita."
"Maksud ustaz? saya kurang jelas."
"Fikirkan apa yang kamu ada buat baru baru ini, jawapannya ada pada kamu."
"Err yalah ustaz. Syukran! Saya masuk kelas dulu."
Ustaz Khairi tersenyum.
Anas melangkahkan kakinya ke kelas. Dalam perjalanan itu lah dia fikirkan balik kata kata Ustaz Khairi sebentar tadi.
"Mungkin apa yang kita suka, tidak baik untuk kita sedangkan apa yang kita tidak suka, mungkin itu yang membawa manfaat kepada kita."
"Takkanlah pasal Wawa?" dia berfikir sendirian.
Masuk ja kelas, dia duduk di kerusi di tempatnya. Luqman dah tersengih sengih macam kerang busuk.
"Amasham kawan, dapat tak?"
"Dapat apa ni?"
"Tackle Wawa, kan nombor fon dia kau dah dapat?"
"Merepek lah. Aku rasa dia bawa aku jauh daripada Allah. Kau tahu tak? Kalau tak waktu aku berqiamullail, aku dapat habiskan 1 juzuk, tapi semalam, 3 muka surat ja. Tu pun tak dapat fokus, asyik teringatkan dia. Hm.."
"Er hm maaf. So, apa plan kau?"
"Plan aku? Kau bagi surat ni dekat dia." kata Anas sambil menghulurkan Luqman surat yang dia tulis awal pagi tadi.
"Hahaha postmen? memang kerja aku :3" jawab Luqman lantas smiley kucing mabuk keluar. Luqman terus bangun memberi surat tersebut kepada Wawa.
"Done." kata Luqman sambil mendaratkan punggungnya di kerusi.
"Thanks sahabat. Sayang kau. Muah."
"Eiuw. Dah dah. Btw apa yang kau tulis?"
"Adalah. Dah takpayah sebok."
"Yalah, tahu la aku ni siapa kan bagi kau. Kawan yang kau guna untuk dijadikan postmen yang cuma kau layan bila kau boring kan hm apalah nasibku ini.."
"Lalalalalala dah taknak layan. Werks. hahahaa tapi yang penting, lepas dia baca surat tu, insyaAllah dia boleh faham aku. Ayat last yang aku tulis dalam surat tu kau nak tahu?"
"Nak!"
"Jodoh Allah dah tetapkan. Kalau ada jodoh, adalah. Kalau takda, usahalah macamana sekalipun, tetap takkan bersatu. Put your trust in Allah."
"Perghhhhhhhhhhhhhhh! Mantap. hahaha nice."
"Haha penat aku google ayat tu pagi tadi. Hahahha."
"Ceh, ingatkan kau yang reka."
"Pahhhhhhhhhhhh!!"
"Ya Allah terkejut saya, abang ni!" Anas istighfar panjang. Terkejut betul dia.
"Haha maafla, abang tengok hang dari tadi mengelamun. Teringatkan kekasih lama letew. Hahaha." kata Abang Surau sambil duduk di bangku di tepi surau. Abang Surau dah boleh berjalan, tapi tu pun dengan bantuan tongkat. Bekas operate di perutnya masih baru.
"Boleh pulak aku teringatkan si Wawa tu. Haih peristiwa tu dah lama jadi pun. Syaitan syaitan, jangan ganggu aku!" kata Anas kepada hatinya.
"Kekasih lama? haha tak la. Cuma teringatkan kisah lama. Pengajaran yang bermakna."
"Pergh haha ayat."
"Luqman mana abang?"
"Luqman ada dalam surau. Katanya tengah menghafal surah al Kahfi."
"Ouh. Er abang, nak tanya boleh?"
"Yaya boleh, silakan."
"Bercinta sebelum nikah, boleh tak abang?"
"Betul la abang teka tadi, haha teringatkan cinta hati."
"Takpalah abang, orang tanya tu pun nak usik usik."
"Yalah yalah, amboih sensitif betul adik abang ni."
"Biasalah, comel apa..."
"Okay, apa eh soalan tadi?" usik Abang Surau.
"Eee! Saya tanya, boleh tak bercinta sebelum nikah?"
"Ouh. Em boleh."
"Boleh? yeke?"
"Ya, tapi.."
"Lahh tapi apa?"
"Tapi sebelum bercinta, bukak surah al Isra' ayat ke 32."
"Err apa yang ada pada ayat tu abang?"
"Wala taqrabuzzina. Maksudnya, 'Dan janganlah kamu mendekati zina.'"
"Abang ni, kiranya tak boleh la kan?"
"Hahaha entah. Adik abang dah besar, pandai pandailah fikir."
"Haha yalah abang, thanks."
"Sama sama kasih adik."
"Abang, Safiyya ada dekat rumah tak? ehehe"
"Apa yang kau mahu daripada adikku yang kucintai?" Abang Surau buat buat serius.
"Hahaha ingin ku jadikan dia permaisuri di hatiku. Eceh." jawab Anas juga dibuat buat serius.
"Haha, Anas, nak adik abang, kena hafal 30 juz dulu."
"Mak aii, takkan la? ala melepas...."
"Kenapa melepas? Siapa yang menghafal al Quran, nanti dia boleh memberi syafaat kepada 10 orang ahli keluarganya yang dah confirm masuk neraka untuk ke syurga. Nanti adik bolehla bagi dekat abang, dekat Safiyya ka. Ha cenggitu."
"Err em yalah. Abang, adik balik dulu.."
"Eh? cepatnya balik, nak kemana cepat cepat?"
"Nak hafal 30 juzuk la. Hehehe."
"Amboih, main main."
"Taklah, ada hal sikit. Nanti kita jumpa waktu solat Zohor ye bang? Assalamu'alaikum."
"Wa'alaikumussalam. InsyaAllah. Jaga diri adik."
Lepas ja Anas berjalan pulang, abang surau pun bangun. Tiba tiba..
"Buummmmm!!"
Terkejut Abang Surau. Dia tak berani untuk menoleh. Dia nampak tadi memang Anas nak menyeberang jalan untuk membeli sarapan. Dia pula tak sempat tengok Anas selesai untuk menyeberang. Sungguh, dia harap tu bukan Anas. Dia berharap tu memang bukan Anas... Moga moga tu bukan Anas. Ya Allah....
|
5 Comments:
Niceee. Dah baca yang pertama sampai 10 hari ni. Best betullah. >_<
Ohsem nta !
Nak nangis,,huwahhh anas ke yg kena langgar?? Harapnya sambungan dia ceptla
This comment has been removed by the author.
waaaa :( anass , x sabar nk baca sambungannya T_T
Post a Comment