Mehmed Fetih
Home About Twitter +Follow -Dash

Disklemer


" Bila menulis, waktu itu mulut terkunci dan yang berbicara cuma hati."

ChatOn!


Mastermind.

© Template design by ZOFF IR @theezenith_. thanks for Base code by ~~.

Soleh itu Bukan Aku (4)
Wednesday, June 11, 2014 • 12:12:00 AM • 9 comments



Katil yang membawa Abang Surau di hospital ditolak laju oleh para nurse. Anas turut ada disitu. Sungguh berasaan bimbang dan takut menghantui dirinya. Dia dah menganggap Abang Surau seperti abangnya sendiri. Luqman tidak dapat dihubungi. Anas tak punya masa ingin ke rumah Luqman. Baginya Abang Surau lebih penting.

Sampai di satu pintu, nurse tidak membenarkan Anas masuk. Disuruhnya Anas menunggu di luar. Hampa. Anas mahu berada di samping Abang Surau, tu janji nya dahulu ketika mereka sedang berborak.

"Agak agak kan kalau abang sakit or nak mati kan, Anas nak jaga Abang tak?" tanya Abang Surau.

"Apa abang ni, tiba tiba masuk bab sakit mati ni, abang kan muda lagi, kahwin pon idak  :3" lawak Anas cuba menghilangkan suasana serius ditambah dengan smiley kucing mabuk.

"Jodoh dengan ajal, dua dua kita tak tahu tibanya bila. Tapi kalau jodoh, nak kahwin kita boleh ready. Kalau ajal? nak suruh Malaikat Izrail tunggu sebulan dua lagi?"

Gulp. Takut pulak Anas mendengarnya.

"Mengingati mati tu sunnah, mengingati mati juga wajib." tambah Abang Surau.

"Err hm yela." Anas mengiyakan.

"Abang tanya tadi tu bukannya nak jawab hm." rajuk Abang Surau.

"Lah yang mana?"

"Agak agak kan kalau abang sakit or nak mati kan, Anas nak jaga Abang tak" Abang Surau mengulangi soalannya secara perlahan lahan.

"Mestila, saya janji akan jaga abang macam jaga nyawa saya sendiri!" jawab Anas sambil tangannya diangkat seperti berikrar.

Abang surau tersenyum.

"Adik, adik, hello." tegur seorang nurse di hospital tersebut. Nurse tersebut mengarahkan Anas untuk menunggu di ruang menunggu sementara menanti doktor memberitahu perihal Abang Surau.

Malu. Merah muka Anas. Dia kemudiannya berjalan menuju ke ruang menunggu. Dalam hatinya, tak putus putus mendoakan keselamatan Abang Surau. Setahunya, abang surau tak ada penyakit. Abang Surau tak pernah pula bagitahu yang dia sakit. Allah.

"Adik ni keluarga pesakit eh?" tiba tiba Doktor menegurnya.

"Taklah, saya kawan rapat pesakit."

"Boleh saya tahu di mana keluarganya?"

"Ibunya dah meninggal. Ayahnya pula ada hal luar. Saya wakilnya." jawab Anas.

"Ouh, okay. Saya nak bagitahu, pesakit menghidap kanser perut. Kansernya berada pada tahap paling kritikal. Kanser perut antara penyakit yang susah nak dikesan. Pembedahan boleh dilakukan tetapi peratus untuk sembuh memang terlalu nipis. Jika hendak melakukan pembedahan, tolong beritahu saya secepat mungkin. "

Lemah segala sendi Anas. Rasa seolah bumi berhenti berputar. Ada mutiara jernih jatuh mengalir di pipinya.

"Thanks doktor." balasnya sepatah.

Dari jauh, nampak ayah abang surau ( Pakcik Asri ) datang dengan Luqman dan muslimah haritu.

"Anas, macamana keadaan anak pakcik?"
"Dia menghidapi kanser perut. Tahap kritikal." jawab Anas dalam usaha mengawal air matanya.

Panjang istighfar Pakcik Asri. Luqman terduduk. Wajah muslimah itu dah dibanjiri dengan air mata.

"Doktor cakap, kalau nak selamat, buat pembedahan. Tapi peratus nak selamat memang tipis. Tapi kalau nak buat, bagitahu cepat."

Bilik Abang Surau sekali lagi dibuka, Nurse memberitahu yang mereka dibenarkan masuk. Tapi cuma 2 orang. Pakcik Asri dan muslimah tu dah sedia nak masuk, namun Anas cepat memotong.

"Pakcik, izinkan saya masuk. Tolong, saya merayu. Saya dah berjanji pada dia yang saya akan ada dengan dia saat dia sakit. Tolong saya merayu." Anas memegang tangan Pakcik Asri. Dia meminta sambil menangis.

"Mari. Safiyya, kamu tunggu di luar. Luqman, tengokkan anak pakcik."

Barulah mereka tahu yang muslimah itu namanya Safiyya. Indahnya nama itu.

Pintu bilik ditutup. Anas dan pakcik Asri sudah berada di dalamnya.

Sungguh, robek hati Anas melihatkan keadaan Abang Surau. Wayar-wayar di serata tubuhnya. Sungguh, sekali lagi air mata Anas runtuh. Pakcik Asri tabah. Ditahan air matanya. Mereka duduk di kedua dua belah sisi Abang Surau.

Dipegang hati hati tangan Abang Surau lantas berkata.

"Abang, saya ada dekat tepi Abang ni. Abang kuatlah tau? Allah ada. Dulu, waktu saya sedih, abang selalu cakap suruh tabah dan kuat. Abang pun kenalah kuat eh?" dia cuba untuk bersuara ceria.

Pakcik Asri tersenyum palsu melihat mereka. Dia tahu yang hubungan mereka berdua rapat. Banyak cerita yang dia dengar pasal Anas daripada anak lelakinya itu.

"Abang, saya datang ni. Saya dah tunaikan janji saya, saya tak mungkir janji kan abang kan? Saya ingat lagi haritu  abang pernah pesan yang memungkiri janji tu sifat orang munafik. Saya taknak. Saya nak jadi adik abang yang soleh. Abang, bangunlaa...." rintih Anas. Suranya yang dicuba sehabis daya untuk cerita tak menjadi, akhirnya air matanya jatuh kembali.

Tiba tiba, Anas dapat rasakan yang tangan Abang Surau membalas kembali genggaman tangannya. Nampak jelas air mata Abang Surau mengalir, namun dia membisu. Nampak seperti dia cuba besuara, namun tidak boleh.

Genggaman tangan diperkemas. Anas mengucup tangan Abang Surau. Tak henti henti Anas mendoakan keselamatan untuk Abang Surau. Dia tahu, doktor cumalah menjangka, tapi semuanya Allah yang tentukan. Sesuatu itu dapat diubah dengan doa dan usaha.

"Pakcik dah buat keputusan, pakcik akan teruskan pembedahan."

"Pakcik dah fikir masak masak?"

"Dah hangus dah fikir. Pakcik yakin. Pembedahan itu juga usaha, daripada kita biarkan abang kau tu macamni ja, lebih baik kita usaha. Dalam masa yang sama, sama samalah kita berdoa."

"Anas redha. Keputusan di tangan pakcik Asri, bukan pada tangannya."

Pakcik Asri keluar, mencari doktor untuk memaklumkan yang pembedahan boleh diteruskan.

"Tuan yakin?" tanya Doktor cina tersebut.
"Ya saya yakin."

"Kalau macamtu, harini juga saya akan mulakan pembedahan. Nanti tuan bolehlah tandatangan surat persetujuan. Tapi kosnya agak mahal."

"Berapa pon kosnya, saya bayar."

"Kalau macamtu, baiklah."

Petang itu, Abang Surau dipindahkan ke bilik pembedahan. Luqman dan Safiyya dah pulang tengahari tadi. Tapi tidak pada Anas. Dia masih setia menanti dan menunggu Abang Surau.

Anas tunggu di kaki lima lorong bilik pembedahan tersebut.

Lama dia menunggu. Entah jam berapa, dia tak tahu. Lansung dia tidak melihat jam. Yang dia tahu, dia kena banyak berdoa. Tasbih dan Yaasin, tak terlepas dari tangannya, juga bibirnya yang tak henti henti memuji Allah. Selang 1000 kali menyebut Lailahailallah, dia akan bersolat sunat 2 rakaat. Lalu diteruskan zikrullahnya. Tak kenal jemu, tanpa henti. Dalam doanya, semuanya untuk abang surau. Ya, dia mahu abang surau selamat.

Pakcik Asri dah lama datang. Tapi melihat Anas yang tak lelah beribadat, dia mematikan niatnya mahu menegur. Pakcik Asri menuggu di luar bilik. Juga dalam hatinya tak putus berdoa. Lama.

Tiba tiba, pintu bilik dibuka. Doktor yang masih pakai pakaian pembedahan keluar. Sedih mukanya. Doktor tersebut berjalan menuju ke arah pakcik Asri. Waktu itu juga Luqman dan Safiyya tiba.

"Saya dah cuba sedaya upaya untuk selamatkan pesakit, tapi kansernya sudah terlalu parah. Saya...."

Setakat itu yang didengar oleh pakcik Asri, yang lain sudah kabur. Terduduk dia. Jatuh juga air matanya. Dalam redha, dia cuba kuat. Tabah. Luqman dan Safiya yang terdengar kata kata doktor itu, terkejut. Sedih bukan kepalang. Rasa lemah lutut.

Tapi tidak Anas. Dia dengar apa yang dikatakan doktor. Sambil menangis, dia terus berdoa dan berdoa. Kalimah la ilahailallah hampir beratus ribu diungkapnya. Dia percaya pada kuasa Allah.



Anas bangun. Untuk solat Hajat kali yang terakhir untuk Abang Surau. Di lakukan dengan terlalu khusyuk, sehingga dia sudah tidak dengar apa apa. Cuma dia dan Allah sahaja waktu itu. Selesai beri salam yang terkahir, tiba tiba.......

" Doktor!!! "





9 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Sambungannye?

June 11, 2014 at 12:33 AM  
Blogger Unknown said...

best..smbung lgg

June 11, 2014 at 12:38 AM  
Anonymous Nur hanna said...

Sambungannya??????

June 11, 2014 at 3:19 AM  
Blogger taehygsbby said...

Nak tahu sambungannya .. apa jadi kat abang surau ???

June 11, 2014 at 4:00 AM  
Anonymous Annisa_Sehun said...

Sambungannye??? Best citer nih...

June 11, 2014 at 7:01 AM  
Anonymous Anonymous said...

bestt sangatt ... smbung secepat mungkinn !!!

June 11, 2014 at 7:07 AM  
Blogger Aqilah Azmi said...

:(((

June 15, 2014 at 9:12 AM  
Anonymous farah haleeda said...

:'((( baru nk minat kat watak abang surau..jngaaann prgi..

June 20, 2014 at 8:21 PM  
Anonymous Anonymous said...

Sedihnya bila baca part anas terus je zikir bila dgr doktor cakap mcmtu

July 5, 2014 at 2:11 AM  

Post a Comment


|