Mehmed Fetih
Home About Twitter +Follow -Dash

Disklemer


" Bila menulis, waktu itu mulut terkunci dan yang berbicara cuma hati."

ChatOn!


Mastermind.

© Template design by ZOFF IR @theezenith_. thanks for Base code by ~~.

Soleh itu Bukan Aku (8)
Sunday, June 15, 2014 • 8:15:00 AM • 9 comments



Luqman bukan calang orang. Dia menepis tangan Zack dengan sebelah tangan.

"Kau ni dah kenapa? Ajal maut dekat tangan Allah, bukan aku."

"Tapi kau penyebab dia mati!"

"Dah nampak dah dia pegang dekat jantung dia sebelum mati, tu tandanya dia sakit jantung."

"Arghh! Kau jangan nak menipu. Kau pon sama! penyebab ayah aku matiii!" kata zack sambil merenung Anas.

Dengan tangannya yang masih sakit di tepis Luqman tadi, dia mendekati Anas.

"Hutang nyawa di bayar nyawa!" dia melayangkan penumbuk tepat di muka Anas. Rebah. Anas jatuh. Tumbukan tadi tepat mengena pipinya.

"Celaka kau Zack! Ini hal kau dengan aku, jangan babitkan sahabat aku! Mati kau!!" Luqman berlari ke arah Zack dan menendang rusuk Zack sekuatnya.

Zack jatuh. Di pegang rusuknya. Luqman menggila. Dia duduk di atas Zack sambil menumbuk muka Zack bertubi tubi.

"Aku dah cakap, nak pukul, nak hina, nak kutuk, buat dekat aku. Bukan dekat sahabat aku. Tak guna!" di belasah Zack secukupnya.

"Berhenti!" jerit Abang Surau. "Luqman, kau dah lupa apa yang abang ajar? Kau dah lupa marah itu datang dari siapa? Kau dah lupa Allah?" kata Abang Surau. Dia sedih melihat Luqman sebegitu. Dia tahu itu bukannya salah Luqman seratus peratus, tetapi, Luqman tak sepatutnya biarkan marah mengawal dirinya.

"Hormat la sikit mayat ayah kau tu Zack! kau tak kesian ke dekat dia? Apa kau lupa? Allah pernah befirman dalam surah an Nisa' ayat ke 78 yang bermaksud;


"Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu 
(bila sudah sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam
benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh."


"Terimalah qada' dan qadar Allah Zack. Allah dah takdirkan yang ayah kau akan pulang kepadaNya harini. Sepatutnya kau redha. Kau bukanlah remaja yang tiada agama, kau merupakan remaja yang dididik dengan ilmu agama sejak kecil. Tabahlah. Redhailah. Allah sedang menguji." kata Abang Surau perlahan tetapi jelas di telinga Zack.

Zack yang terkulai layu akibat dipukul Luqman tadi, diam. Berfikir. Ada betul kata Abang Surau tu. Zack akui dalam kesakitan.

***

Keesokannya, Zack, Abang Surau, Anas dan Luqman berada di surau bagi memandikan jenazah Pakcik Bakar. Isteri Pakcik Bakar dan jemaah lain pon ada membantu.

Ketika memandikan jenazah, darah keluar daripada liang romanya. Tidak banyak, tapi keluar tak henti. Darah yang merah pekat, busuk. Air yang digunakan untuk memandikan jenazah bertukar merah, juga busuk. Semasa mengkafankan jenazah, nanah nanah busuk keluar. Banyak. Zack sendiri yang melihat pun jijik. Loya. Setahu dia, ayahnya seorang yang tak pernah tinggal solat. Selalu ke surau. Entah kenapa, jenazahnya terseksa.

Selesai mengkafankan, jenazah perlu diangkat masuk ke dalam keranda. Macam yang disangka, jenazah berat tak terkata. 8 orang lelaki sado cuba mengangkat jenazah, namun tak berjaya.

"Mari sama sama kita doakan buat si mati." Abang Surau bersuara. Semua yang ada disitu menadah tangan, memohon kepada Allah supaya permudahkan.

"Amin...." selesai berdoa, mereka cuba mengangkat jenazah itu semula. Alhamdulillah, berjaya. Ditutup keranda, angkat ke tanah perkuburan untuk ditanam.

Sampai di tanah perkuburan, lubang yang siap digali tidak muat untuk jenazah. Pelik.

"Kenapa tak muat pulak ni?"

"Tak tahu la Zack, semalam saya dan Naim dah gali lubang ini mengikut ukuran yang diberi. Betul."

"Korang ni buat kerja pun tak reti ke? Macamana boleh silap ni? Cuai betul. Duit nak, kerja tak sungguh sungguh!" marah Zack.

"Serius Zack saya ikut ukuran yang diberi. Dah dekat 3 tahun saya kerja ni, tak pernah lagi saya gali beza banyak macamni."

Anas yang ada disitu cuba menenangkan keadaan. Kalau dibiarkan, takut kena gali lagi banyak kubur. Confirm bergaduh mereka nanti.

"Takpa Arif. Kau ajak Naim gali sekali lagi. Guna ukuran yang semalam. Kita kena kebumikan harini juga jenazah ni, tak baik seksa si mati."

"Ok Anas."

Selesai menggali satu lagi lubang, baru muat dengan jenazah. Sekali lagi jenazah sukar diangkat. Mereka berdoa. Namun jenazah tetap tidak boleh diangkat.

"Zack, ada satu cara ja untuk masukkan jenazah ni dalam kubur."

"Err apa?" jawab Zack takut takut.

"Kita cuba menolaknya masuk dalam kubur."

"Hah? tak seksa jenazah ka?"

"Tu ja pilihan kita."

"Hm baiklah. Saya setuju."

Jemaah beramai ramai menolaknya dengan tangan. Sukar, memang sukar. Bergerak sedikit demi sedikit. Lama menolak, akhirnya, berjaya. Jenazah dapat dimasukkan ke dalam kubur.

"Alhamdulillah, selesai juga."

Tiba tiba, datang seekor ular sawa melilit jenazah, kelihatan beberapa kala jengking dan lipan di atas jenazah.

Semua orang yang berada disitu terkejut. Insan yang dahulunya alim, gelaran haji juga diraih, kenapa memperolehi pengakhiran yang tidak baik? Wallahu'alam.

Luqman daripada mula sampai sekarang, cuma berdiam diri. Tiba tiba Anas mengangkat tangan, berdoa.

"Allahummahtimlana bi khusnil khotimah, wala tahtim 'alaina bi su'il khotimah"

"Ya Allah, matikanlah kami dengan kesudahan yang baik,
dan jangan matikan kami dengan kesudahan yang buruk."


Semua yang ada disitu mengaminkan doa Anas. Mengalir air mata Anas. Dia tak takutkan mati jika amalnya sudah berguni guni. Tapi ... amalnya? Apa yang dia nak bawa jumpa Allah nanti? Dengan pahala yang dia perlu beri kepada orang yang dia umpat lagi. Kalau dah takda pahala? Dia perlu mengambil pula dosa mereka yang dia umpat. A'uzubillah...

Selesai mengebumikan jenazah, Abang Surau menyuruh Zack yang talkinkan ayahnya. Namun, Zack menolak. Lalu diambil alih oleh Anas. 

Selesai bacaan talkin dan doa, mereka kemudiannya pulang. Tinggallah Zack seorang diri bertemankan kubur ayahnya.

"Ayah, kenapa cepat sangat tinggal Zack?" Zack merintih.

"Ayah ingat tak minggu lepas, ayah cakap waktu birthday Zack, ayah nak belikan Zack Iphone5."

"Ayah, bangunlaaaaa....." Zack berkata dengan air matanya yang mengalir.

Tiba tiba...

"Sakitnya, ya Allah.. ampunkan aku ya Allah. arghh!!!" kedengaran perlahan suara ayah Zack dari dalam kubur tetapi jelas di telinganya. Zack terkejut. Berpeluh peluh badannya. Kerana ketakutan yang amat sangat, dia bangun dan beredar daripada tanah perkuburan tersebut.

Setibanya di rumah, Zack menceritakan yang dia mendengar suara ayahnya ketika di kubur tadi.

"Kau ni dah teruk sangat dah ni Zack. Sudah sudahla, belajar redha dengan takdirNya. Itu semua khayalan kau je."

"Betul umi, Zack dengar tadi. Tak tipu." dia cuba meyakinkan ibunya, tapi tak berjaya.

Zack tak dapat berhenti fikirkan ayahnya. Daripada kubur tadi, sampai sekarang. Kata kata yang dia dengar dari ayahnya tadi mengganggu fikirannya.

Malam tu, dia bermimpi. Ayahnya datang, dengan keadaan yang amat menakutkan. Muka ayahnya hodoh, isi pipinya terkeluar, mata berdarah sebelah, kulitnya terkoyak. Badannya busuk, nanah keluar daripada setiap rongga badannya. Darah banyak tiada terkata. Datang mendekati Zack..

"Zack, kau kenal lagi tak ayah? Ni ayah ni, sinilah Zack. Datang dekat ayah. Sinila....." kata ayahnya, Pakcik Bakar dengan suara yang menyeramkan.

"Kau siapa? hah? kau siapa makhluk hodoh? pergi! pergi dari aku!" teriak Zack.

"Aku ni ayah kau, kau dah lupa ka hahhh? Kau dah lupa ka anakku?" kata Pakcik Bakar, cuba mendekati Zack.

"Penipu, kau bukan ayah aku! Kau bukan!!" teriak Zack.

"Sampai hati kau tak mengaku aku ni ayah kau, sampai hatikau anakku. Zack... kau jangan jadi macam ayah. Sakit... sakit.... soalan kubur yang ayah dah tahu jawapannya di dunia, tak dapat ayah ungkap waktu Mungkar dan Nakir tanya. Lepastu kala jengking, ular besar lilit ayah. Kubur ayah sempit. Kubur menghimpit ayah sampai bertemu rusuk kanan dan kiri ayah. Anakku.. sakit......" rintih Pakcik Bakar. Seram.

"Kau memang penipu! Ayah aku sekarang dekat syurga. Dia hamba soleh!"

"Tak anakku tak.. Ayah dulu cuma inginkan pujian manusia. Ingin manusia menyanjungi ayah, ingin nampak hebat di mata manusia. Tapi sebenarnya, ayah malas beribadat di belakang manusia. Ayah munafik! Munafik!!"

"Kau tipu.. kau tipu.."

Tiba tiba, pakcik Bakar ketawa.

"Hahahahahahah mari sini nak, ikut ayah. Mari sini ikut jejak ayah. Mari sini teman ayah dekat neraka, marilah.. Hahahaha mari Zack mari...."

"Pergi, berambus daripada aku. Pergi!"

Zack terjaga daripada tidur. Dia bermandi peluh malamtu. Jantungnya berdegup kencang. Dia menangis tiba tiba. Kalau betul tu ayahnya.... Allah. Dia perlu jadi anak yang soleh. Dia masih ingat lagi kata kata gurunya,

"Bila kita dah mati, cuma tiga perkara yang tak lepas daripada kita

- Sedekah jariah
- Ilmu yang dimanfaatkan
- Doa anak yang soleh"





Dengan menjadi anak yang soleh, dia boleh mendoakan kebaikan buat ayahnya, moga moga diringankan azab ayahnya. Amin.

"Dushhh!!"

Zack sudah tidak nampak apa apa.
Gelap.


9 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Assalamualaikum .. ingin bertanya .. boleh ke tolak jenazah menggunakan kaki kalau dh tak boleh mengangkatnya?

June 15, 2014 at 8:50 AM  
Blogger Unknown said...

wa'alaikumussalam. ana pernah tengok satu cerita mereka buat begitu.

June 15, 2014 at 9:27 AM  
Blogger Aqilah Azmi said...

:(( takutttt....
Terima kasih ye pendakwahcute :(
Ingat mati tu kan wajib :)

June 15, 2014 at 9:33 AM  
Blogger Solihin said...

Terima kasih kerana mengingatkan about mati
Yang penting nak sambungannya

June 16, 2014 at 2:44 AM  
Blogger Solihin said...

Terima kasih kerana mengingatkan about mati
Yang penting nak sambungannya

June 16, 2014 at 2:44 AM  
Anonymous Anonymous said...

😔😔👍👍keep writing...
Mati itu pasti

June 17, 2014 at 8:52 AM  
Blogger Unknown said...

Enta,ana tak faham bhgian yang tolak jenazah?maksudnya mcm mana?tolak jenazah?

June 17, 2014 at 10:11 PM  
Blogger Nur Fadhilah Zahri said...

Allah ;(

June 19, 2014 at 4:02 AM  
Anonymous farah haleeda said...

Macam cite "tanah kubur" je..
#bagusnyee abang surau.. :) xprnah nmpak dia dpengaruhi oleh nafsu..ade lagi ker laki camni kt Malaysia?
->lau ade pun just 1per 100000

June 20, 2014 at 9:18 PM  

Post a Comment


|