Mehmed Fetih
Home About Twitter +Follow -Dash

Disklemer


" Bila menulis, waktu itu mulut terkunci dan yang berbicara cuma hati."

ChatOn!


Mastermind.

© Template design by ZOFF IR @theezenith_. thanks for Base code by ~~.

Soleh itu Bukan Aku (9)
Friday, June 20, 2014 • 12:34:00 AM • 11 comments



"Kau ikat dia dengan mak dia sekali dekat tiang tu!" kata salah seorang daripada 4 manusia bertopeng itu. Dia seperti ketua, mengarah kepada anak buahnya.

Sakit di kepala Zack dipukul tadi masih belum hilang. Sekarang dia ditolak dengan kasar untuk diikat bersama-sama ibunya.

"Lepaskan aku la bodoh, kau nak apa?!" teriak Zack.

*Dushhh*

Diterajang muka Zack oleh salah seorang daripada mereka. Tersungkur. Diam.

"Nak, tolonglah. Jangan apa-apakan kami. Kalau nak ambil barang apapun, ambillah. Tapi jangan cederakan makcik dan anak makcik. Kasihanilah kami nak, ayah dia baru ja meninggal kelmarin. Tolong.." rayu Ibu Zack.

"Peduli apa aku, ayah dia meniggal kelmarin ka, harini ka, besok ka, aku tak peduli! Yang penting sebelum keluar daripada rumah ni, aku nak 10 ribu. Kalau tak dapat, tunggulah. Aku seksa korang berdua!" kata ketua mereka (Syam).

"Toyol dengan Acik, pergi geledah rumah ni. Aku nak 10 ribu atau lebih. Khai, kau jaga mereka dua ekor ni. Jangan sampai terlepas. Kalau tak, sekali kau aku ikat."

"Baik boss." jawab mereka serentak.

Syam duduk di sofa bagaikan raja sementara anak buahnya bekerja keras menunaikan hajatnya. Zack terjaga setelah diterajang tadi. Dilihat muka ibunya, banjir dengan air mata. Selalunya, kalau kes rompak macamni, dapat sahaja apa yang mereka inginkan, tuan rumah dan keluarganya akan dibunuh. Zack beristighfar panjang. Kalau dia dibunuh, cukupkah amalannya untuk ke Syurga? kalau dia dibunuh, siapa nak doakan ayahnya? Kalau dia dibunuh, dapatkah dia tenang di akhirat sana? Dia berfikir.

*Ting tong~*

Loceng berbunyi Tanda ada yang datang. Syam bangun untuk membuka. Dia tanggalkan topengnya supaya orang itu tidak syak apa apa. Pistol juga tersedia di belakangnya.

"Assalamu'alaikum, Zack ada tak?" tanya orang itu.

"Wa'alaikumussalam. Zack? Zack tidur sekarang ni. Adik boleh datang lagi nanti." kata Syam dengan senyuman yang manis.

Budak yang datang itu pelik. Dia curiga dengan lelaki di hadapannya. Setahunya, Zack tiada abang. Dia terus menguji.

"Pakcik Bakar ada tak?" tanya budak itu.

"Pakcik Bakar? Ouh pakcik Bakar takde, dia kerja harini." jawab Syam.

"Pakcik Bakar kerja? Rasanya pakcik Bakar meninggal kelmarin. Hahaha."

Baru si Syam ni teringat yang makcik tadi bagitahu dia yang ayah si Zack ni meninggal kelmarin. Manalah dia tahu yang ayah Zack ni pakcik Bakar.

"Arghhhhh sini kau." ditariknya budak itu, ditolak dengan kasar ke dalam sambil mengacukan pistol ke arahnya.

Terpelanting budak itu ke dalam. Jatuh betul betul di hadapan Zack.

"Luqman?"

"Hehe, maaflah datang tak sempat bagitahu, semalam layan awek wechat. Mana nak ingat dekat kau."

"Apa demam kau mimpi nak datang sini?" tanya Zack. Pelik. Setahunya, hubungannya dengan Luqman tidaklah berapa baik kebelakangan ni.

"Kalau aku mati waktu tak sempat nak minta maaf dekat kau macamana? Aku rasa bersalah pukul kau haritu. Tak best la, kalau aku dah nak masuk Syurga, then tak boleh gara gara cuma tak minta maaf dekat kau. hehehe" kata Luqman. "Minta maaf dalam Whatsapp tak best, kau tu jenis seen je tak reply, sakit hati aku, tu yang aku datang ni."

Nak tergelak sebenarnya Zack, tapi dikawal. "Ouh, lepastu sekarang? kita mati sama sama?" tanya Zack.

"Baru sweet. Hehehe" kata Luqman.

"Weh bodoh, bersembang apa? Bersembang gelak santai macam dekat warung, kau tahu tak rumah ni tengah dirompak? Kau sepatutnya takut."

"Hahahaha nak tahu? Orang yang bodoh ni sebenarnya orang yang cakap orang lain bodoh. Takut? Derr, lu orang perompak ja, bukan Tuhan. Kalau peluru tu tembus jantung aku pun, aku takdak respect dengan orang macam kau." balas Luqman.

Terkejut beruk Zack. "Weh ape kau ni cakap macamtu, kang dibunuhnya kita ni." bisik Zack dekat Luqman.

"Heheh maaflah. Eksaited sangat."

"Penggg!!!!"

Syam menembak pasu bunga di sebelah Luqman. Berderai.

"Kau budak, jangan biadap. Kau bagi kerjasama dekat aku, aku lepaskan korang."

"Maaflah, aku tak berminat nak bagi kerjasama dengan penjenayah." balas Luqman.

Berderau darah Syam. Dia rasa seperti dicabar. Egonya naik melangit.

"Kau bunyi suara sekali je lagi, peluru ni hinggap dekat badan kau."

Luqman diam. Bukan kerana takut, tapi kerana dia perlu bertindak bijak. Kata kata abang surau sekali lagi menerjah pintu mindanya.

"Kuat itu perlu. Berani juga perlu.
 Tapi yang lagi perlu, adalah kebijaksanaan.
Jangan bertindak melulu, fikir dahulu."


"Boss, cuma ada 8 ribu je. Semua tempat kami dah geledah. Ni ja yang ada." kata Toyol dengan berhati hati. Dia kenal sangat bossya yang baran ni. Acik memegang barang kemas dan duit yang mereka temui.

"Kau dah cari betul betul?"

"Dah boss, kami dah cari dengan teliti. Cuma ada satu kotak ja yang tak boleh dibuka. Perlukan code."

"Mana kotak tu?"

"Ini dia." kata Toyol sambil menghulurkan kotak tersebut.

Syam membelek kota tersebut. Perlukan 6 code.

Syam mendekati mak Zack, makcik Ros. Makcik Ros ni walaupun dah berumur 40 tahun lebih, tetapi kecantikannya luar biasa. Mukanya seperti wanita yang berumur 30. Mungkin kerana mengikut petua awet muda yang ibunya pesan. "Weh, aku nak code kotak tu." katanya.

"Code tu, arwah suami saya ja yang ada. Tu kotaknya. Saya sendiri tak pasti apa yang disimpan dalam tu."

"Penipu!" disepaknya muka makcik Ros.

Zack yang lihat keadaan tu, bengang dan marah. Betul betul marah.

"Weh celaka! Kalau lelaki mari sini, pukul lelaki. Bukan perempuan." herdik Zack.

"Lelaki itu pelindung kepada wanita. Kalau kau pukul wanita, kau bukannya lelaki." tambah Luqman.

"Weh budak, kau diam. Takpayah nak mengajar aku. Kalau tak, sekali dengan korang aku sepak terajang."

"Meh sini try la. Aku sikit pun takde takut dengan lelaki macam kau ni. Hebat dengan wanita, kuat dengan senjata, kalau lelaki, mari sini kita dua mata dua mata." cabar Zack. Barannya naik melihatkan wanita yang paling disayanginya disakiti.

"Aduh, sakitnya perut aku. Apa aku makan ni, rasa macam nak terberak. Adoiii!" kata Luqman tiba tiba, sambil memegang perutnya.

"Kau ni dah kenapa?" tanya Syam.

"Entah. Tapi perut aku memang sakit. Aduh. Aku nak pergi tandas ni. Cepatla..." 

"Kau berak je la dekat situ!" tiba tiba Acik mencelah.

"Kau ni bodoh ke bangang Acik, kalau dia berak dekat situ, satu rumah bau tahi. Kau bawa dia pergi tandas." arah Syam.

Dengan tidak rela, Acik membawa Luqman ke tandas.

"Bukalah ikatan tangan aku ni woi!"

"Kau ni nak berak pun banyak cakap." marah Acik. Dia masih panas, disebabkan Luqman, dia dimarahi Syam.

"Ok, tak payah buka. Nanti kau tolong aku basuh eh?" perli Luqman.

Sampai di tandas, ikatan dibuka. Luqman masuk ke dalam tandas. Acik menunggu di hadapan tandas.

***

"Cepatlah orang tua, aku nak code ni." jerkah Syam di hadapan makcik Ros. Makcik Ros berulang kali memberitahu yang dia tidak tahu, tapi masih ditanya berterusan. Zack dipegang oleh Toyol dan Khai. Kuat. Zack tidak dapat bergerak. 

"Dah mak aku cakap dia taktahu, dia tak tahu la. Yang kau bodoh dari tadi tanya tu kenapa?" marah Zack.

Dush! Dia ditumbuk oleh Khai. Itulah sebab mereka memegang Zack. Dari tadi Zack bersuara marahkan Syam kerana menyakiti ibunya. Sekarang, sekali Zack bersuara, dia akan di pukul.

"Sekali lagi aku tanya kau orang tua, kalau kau tak bagitahu aku juga, aku potong tangan anak kau, hidang depan kau." ugut Syam.

Menangis makcik Ros. Sungguh, dia memang tidak tahu code kotak itu. Kata suaminya, code tu akan datang sendiri dalam hatinya bila suaminya dah meninggal. Waktu dia betul betul rindukan kenangan mereka. Waktu itulah code itu akan muncul.

"Apa code kotak ini?" tanya Syam, buat kali terakhirnya.

Diam. Makcik Ros diam. Dia betul betul tak tahu.

"Kau taknak bagitahu? Okay. Tengok sini, aku potong tangan anak kau sebelah demi sebelah."

Dikeluarkan pisau rambo dari tepi seluarnya. Diarahkan Khai dan Toyol memegang kuat kuat Zack dan tangannya supaya senang di potong nanti.

Pisau sudah mendarat di tangan Zack. Dia berdoa dalam hatinya.

"Hasbunallah wani'mal wakeel."
Cukuplah Allah sebagai penolong.


Ketika Syam ingin memotong tangan Zack, tiba tiba..


"Hiyarghhhhhhhh!!" 

Luqman berlari kemudian melompat sambil menendang rusuk Syam. Terpelanting. Syam mengaduh kesakitan.

"Aduhhhh sakitnyaaa!!" Syam memegang rusuknya. Rasa seolah olah nak mati. Rusuknya macam patah. Tidak dapat berdiri.

"Hero memang selalu muncul waktu last last. Hehehe sorry Zack, sakit perut betul tadi. Hahaha nasib cepat. Kalau tak, takdapatlah kau nak tadah tangan berdoa dekat Allah lagi." kata Luqman.

"Mana kawan aku?" tanya Toyol.

"Kawan kau? Allah. Rasanya dia tengah berak kot. Ataupun tertelan sabun. Hahahaha."

"Sial kau budak!"

Toyol berlari ke arah Luqman. Dia melepaskan tumbukan ke muka Luqman. Luqman pantas mengelak lalu membalasnya dengan serangan. Luqman mengunci tangan Toyol, kemudian dengan ilmu silat yang dia belajar, dipatahkan tangan Toyol. 

"Tangan gunanya bukan untuk mencuri, tetapi bersedekah." kata Luqman. Dia menendang Toyol. Tergolek. Rebah.

Zack tidak berdiam diri. Dia menyiku muka Khai. Terkebelakang Khai sedikit. Hidungnya berdarah. Dia kemudiannya menumbuk padu muka Khai. Kuat. Terpelanting Khai kedinding. Pecah bibirnya. Sungguh, sakitnya tumbukan Zack.

Kemudian Zack beralih ke arah Syam yang terbaring memegang rusuknya. Dia mendekati Syam. Di angkat Syam supaya duduk. Menghadap mukanya. Dicekak kolar Syam.

"Tadi kau macam raja mengarah sini sana, menyeksa mereka yang tidak berdosa. Sekarang? kau tak rasa hina?"

Diam.

"Maaf, ini untuk mak aku." Zack bangun. Mengambil lajak ke belakang sedikit. Di kumpulkan segala tenaga yang tersisa ke kakinya. Dia menendang muka Syam sekuat hatinya. "Nak pukul, pukul aku, bukan mak aku." kata Zack. 

Syam yang terkena tendangan maut Zack itu pengsan. Giginya patah. Khai dan Toyol juga tidak bergerak. Acik juga tidak muncul muncul. Apa yang dibuat Luqman dekat Acik pun entahlah. 

Zack berlari, memeluk ibunya.

"Mak okay?"

"Okay Zack, terima kasih.. Kawan kamu tu pun, terima kasih.." kata makcik Ros tersenyum memandang Luqman. Luqman membalas senyuman makcik Ros.

Pintu di buka. Kelihatan beberapa orang pegawai polis masuk. 

Melihatkan perompak perompak sudah terbaring tidak bergerak, Inspektor Ameer bertanya..
"Siapa yang telefon kami tadi?"

"Saya." jawab Luqman. Dia menelefon polis itu ketika di tandas tadi. Perutnya tidak sakit pun sebenarnya, cuma dia mencari tempat di mana dia boleh menghubungi pihak polis.

Syam, Khai, Acik dan Toyol memang di kehendaki pihak polis. Dengan menangkap mereka, selesailah 8 kes pecah rumah di kawasan perumahan itu. Inspektor Ameer berterima kasih kepada Luqman dan Zack kerana membantu mereka. Mereka di anugerahkan plug keberanian daripada pihak polis.

Selesai semuanya, tinggallah Zack, Luqman dan makcik Ros di ruang tamu rumahnya. 

"Mak macam fikirkan sesuatu?"

"Mak rindukan ayah kamu. Kalau lah dia ada, mesti dia akan lindungi mak. Teringat lagi waktu pertama kali kami jumpa,dia tolong mak cabut pacat dkt kaki mak. Waktu tu umur mak 19 tahun. Ayah kamu ketawakan mak sebab takut pacat. Hahaha" gelak makcik Ros yang dibuat buat. Dia terlalu rindukan arwah.

"Sabarlah mak, Allah sayangkan ayah, sebab tu Allah ambil dia dulu."

"Eh Zack, kamu ambilkan kejap kotak ayah tu."

Zack berjalan mengambil kotak tersebut. Diberikan kepada maknya.

"Nah mak."

Makcik Ros cuba code tersebut. Sekali cubaan. Kotak itu terbuka. Code diterima.

"Woaa, kiranya mak memang tahu la code tu?" tanya Zack.

"Taklah, mak teka ja. Tengok tengok betul." jawab makcik Ros.

"Apa codenya mak?"

"S.A.Y.A.N.G"

"Mudahnya. Tapi kenapa ayah letak perkataan sayang sebagai codenya?"

"Waktu mak betul betul rindukan ayah sangat tadi. Mak teringatkan kata kata ayah kamu 2 hari selepas kami bernikah. Ayah pernah kata.."

'Tahu tak kenapa abang sayang sangat?'
'Tak tahu tak tahu.'
'Sebab sayanglah, kunci penyelesaian kepada semua masalah.'
'Hah? Ros manusia la bukan kunci!'
'Maksud abang, ros kunci untuk membuka kebahagiaan. Ros kunci untuk membukan kegembiraan. Ros kunci untuk membuka rindu abang, dan ros kunci untuk segala galanya! Ingat kata kata abang ni, sampai bila bila.'

"Haa, macamtulah. Mak bertambah yakin yang perkataan 'sayang' itu codenya kerana ayah kamu pernah cakap, yang perkataan sayang tu terlalu bernilai maknanya buat ayah kamu. Bila mak tanya kenapa, dia jawab mak akan tahu suatu hari nanti. Sebab tu la."

"Ouh, hm sweetnya mak dengan ayah. Cemburu Zack. Haha"

"Mak ingatkan dalam kotak ni ada duit, tapi sebenarnya ada sesuatu yang lagi bernilai, yang tak boleh di beli dengan duit."

"Apa dia mak?"

"Hadiah pertama mak bagi dekat ayah kamu sewaktu ulangtahun hari lahir ayah kamu yang ke 20 tahun. Memang bernilai sangat bagi mak. Mak ingatkan ayah kamu dah hilangkannya, tapi mak silap. Ehh, ada surat la Zack!"

"Bacalah mak. Cepat cepat!"

Ke hadapan bidadari duniaku,
ingat tak haritu yang sayang pernah merajuk sebab ingat abang hilangkan hadiah yang sayang bagi? Haha sebenarnya, abang saja ja simpan, nak buat suprise nanti. Tapi tu bukan tujuan abang tulis surat ni. Tujuan abang tulis surat ni sebab nak bagitahu yang waktu ni, abang terlalu lalu rindukan sayang. Dan bila sayang baca surat ni, tu tanda abang dah tiada di muka bumi. Sayang jagalah Zack, jagalah dia sebaiknya. Abang bukan suami yang baik, abang tak berjaya didik Zack. Sayang jagalah dia, jaga keluarga kita. Semoga sebetulnya menjadi bidadari di dunia Ilahi ini. 

Ikhlas Cintakanmu,
Suamimu.

Menangis makcik Ros. Tidak dapat ditahan. Zack juga mengalir air mata. Ditenangkan maknya. Di angkat maknya ke bilik. Dia tahu ibunya penat. Terlalu penat.

"Mak rehatlah dulu, Zack nak jumpa Luqman kejap."

Makcik Ros mengangguk sambil memeluk surat tulisan suaminya itu. Kemudian dia tertidur.

Luqman sedang menunggu di ruang tamu seorang diri.

"Sorry weh, lambat sikit. Btw thanks Luqman. Kalau bukan sebab kau, memang mati aku. Hahaha."

"Thanks dekat Allah, bukan aku. Dia yang letakkan niat dekat hati aku nak minta maaf dekat kau. Anas pernah bagitahu aku.."

"Meminta maaf itu sememangnya susah. Tapi yang susah itulah yang baik.
Meminta maaf, tak semestinya salah, Cuma salah satu cara nak kurangkan soal Allah kepada kita dekat akhirat nanti."


"Kau tak salah pun dengan aku. Aku yang salah." kata Zack.

"Haha so sekarang, kita 0-0 la eh?"

"Yaya. Kosong kosong. hehe" 

"Kawan?"

"Ya kawan!" kata Luqman. Mereka berpelukan. Tanda persahabatan yang dibina. Persahabatan yang ditanam berakarkan Allah SWT. InsyaAllah.

Bahagia.




11 Comments:

Blogger nora syikin. :D said...

Nice. ^_^ . Mana abg surau? Rindu plak. :p

June 20, 2014 at 1:17 AM  
Blogger Unknown said...

haha sabarlahhh. adalah tu nanti.

June 20, 2014 at 1:24 AM  
Blogger Unknown said...

Tak sabar nk tggu yg latest pulak...first time bace,trus tersangkut.. :-) Melting truss...rindu padaMu Ya Allah...

June 20, 2014 at 1:59 AM  
Blogger Unknown said...

Tak sabar nk tggu yg latest pulak...first time bace,trus tersangkut.. :-) Melting truss...rindu padaMu Ya Allah...

June 20, 2014 at 1:59 AM  
Blogger Sungyeol Exonite said...

The best story! (y) jjang~ xsbr tggu citer lain pula.

June 20, 2014 at 4:35 AM  
Anonymous Annisa♡EXO said...

Bestnyer^^
Wah...x sabar nk tunggu part yg seterusnyer...

June 20, 2014 at 6:04 PM  
Anonymous farah haleeda said...

Ingatkan abang surau yg jdi pnyelamat,manerlah tahu abang surau yg xboleyh bngun,tetiba ade kkuatan..
#watak abang surau xder pun part ni..rinduu nk dngar kata2 abang surau

June 20, 2014 at 9:39 PM  
Blogger Unknown said...

haha sabar sabar. abang surau akan datang XD

June 21, 2014 at 1:11 AM  
Anonymous anzj said...

First time baca, mmg syiok ehehe menunggu smbungan dgn sabar :))

June 21, 2014 at 8:48 AM  
Blogger Unknown said...

mohon share gambar shbt tu, syukran :)

July 3, 2014 at 1:07 AM  
Anonymous Anonymous said...

Hahaha part ni banyak lawak lhaa xD banyak aku nak tersembur bile baca ahah ;D Mabruk alaik !

January 5, 2015 at 7:09 AM  

Post a Comment


|