Disklemer
![]() " Bila menulis, waktu itu mulut terkunci dan yang berbicara cuma hati." ChatOn! Mastermind.
| Soleh itu Bukan Aku (12)
"Sampai pun dekat hospital ni. Haih lenguh badan aku duduk dalam teksi ni." rungut Zack."Sikit sikit membebel, cuba la belajar diam sikit." balas Luqman. "Eh suka hati aku la." "Yala kau sorang je ada hati." "Dah dah la tu, dah sampai hospital ni, apa kita masuk and lawat abang yang cedera haritu? Boleh jumpa abang Surau sekali. Aku rindu gila dekat dia." celah Anas. Mereka bergerak memasuki hospital. Anaslah yang mengetuai jalan mereka. Zack dan Luqman tak habis habis bertikam lidah. Setibanya mereka di kaunter, Anas menanyakan Nurse yang ada di situ, bilik berapakah yang diduduki abang yang cedera tersebut. Sementara Nurse itu sedang menyemak nama pesakit, tiba tiba berita di televisyen bersebelahan kaunter menarik minat mereka bertiga untuk peka mendengar. Zack dan Luqman pun terus diam, berhenti berbalah. "Terkini. Helikopter tempur tentera Israel mula memasuki Gaza melalui Timur Bandar Khan Younis dan melakukan tembakan rambang. Angka korban rakyat Palestin sekarang telah mencecah 80 orang. Dalam pada itu...." "Ya Allah, takkanlah mereka diserang Israel laknatullah lagi?" Anas terkejut mendengarkan berita tersebut. Beristighfar panjang dia. "Tak guna punya Israel, berani datang sini la, hadap aku. Heh kalau dapat dekat aku tentera Israel ni, memang akan aku kenyangkan dia dengan buku lima aku ni. Tak berperikemanusiaan betul!" marah Zack. Luqman mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia tekun melihat sesuatu. Nampak disitu air matanya mengalir. "Kau tengok ape tu Luqman?" tanya Zack. Tanpa menunggu Luqman menjawab, Zack mendekati Luqman dan terus melihat apa yang dilihat Luqman. "Ya Allah..... teruknyaa..." Terpampang di skrin telefon Luqman, mangsa mangsa kekejaman Zionis. "Luqman, gambar siapa tu Luqman? Kau jangan cakap tu gambar rakyat Palestine dan Gaza. Kau jangan cakap..." Zack menyeka air mata. Sungguh, perasaan dia bercampur baur antara sedih, marah, dendam dan sebagainya. Luqman cuma menjawab pertanyaan Zack dengan anggukan sahaja. Anas yang baru selesai berurusan dengan Nurse tersebut, pelik melihat kedua-dua sahabatnya itu mengalirkan air mata. Setahu Anas, air mata mereka jarang keluar. Senang cakap, takkan keluar lah. "Apehal korang ni?" "Takdak apa. So bilik nombor berapa?" "Bilik nombor 40, tingkat lima." Walaupun ada keraguan di hati Anas tentang sahabat mereka, namun dilupakan. Dia tak sabar nak jumpa dengan abang Surau. Butang lif ditekan. Lif terbuka, mereka masuk. "Ting!" bunyi lift menandakan sudah sampai di tingkat yang mereka ingin tuju. Anas, Luqman dan Zack keluar menuju ke bilik bernombor 40. Lama mencari, akhirnya baru jumpa. Kalimah Bismillah di ucap. Tombol pintu dipegang. "Eh, kenapa tak boleh buka ni? Takkanlah terkunci?" kata Anas. "Kau biar betul? takkanlah dekat hospital nak kunci bilik pulak." rungut Zack. Pintu diketuk berulang kali. Salam juga diberi. Tiada jawapan. Melalui cermin kecil di pintu bilik tersebut, kelihatan Abang Surau terbaring di lantai. Pengsan mungkin. Luqman yang nampak perkara itu cepat cepat menolak pintu bilik itu dengan badannya. Anas dan Zack juga turut membantu. Mereka merempuh pintu itu dengan kuat. Akhirnya, pintu berjaya dibuka, mereka tiga tiga terjatuh. Gelap tiba tiba. "Boommm!!" "Weh Anas, kau ni dah kenapa? Fokus la sikit. Nanti tentera Israel nampak kita macamna!" marah Zack. "Hah? kita dekat mana ni?" tanya Anas. "Kau ni takkan sebab terhantuk batu tadi dah lupa kot? Kan kita dalam jihad memerangi tentera Israel sekarang. Kau dah lupa? Kita datang sini nak selamatkan Gaza, bebaskan Palestina. Kita dah terpecah daripada kumpulan sebab letupan tadi. Sekarang ni, kita berdua ja. Luqman dah hilang kemana pun aku tak tahu. Anas betul betul pelik. Seingat dia, dia nak lawat abang yang cedera tu dekat hospital tadi. Macamana dia erghh pening. "Peng!" tepat tembakan Zack mengenai badan seorang tentera Israel. "Weh Anas, tolonglah fokus! Kalau tak dia dah ambil nyawa kau tadi!" marah Zack. "Okay okay, aku cuba fokus. Maaf." Anas memperkemaskan pegangan M16 nya. "Ikut aku." arah Zack. Zack berjalan dengan berhati hati menuju ke sebuah batu besar. Mereka berlindung di situ dahulu sementara mengisi peluru rifle mereka yang kian berkurang. Mereka bertukar tukar tempat. Seorang mengisi peluru, seorang berkawal. Anas yang ketika itu sedang berkawal, tidak sedar, 3 orang tentera Israel menghampiri mereka. "Peng peng!" ketiga-tiga tentera Israel itu terbaring diam. Luqman datang bersama 4 lagi ahli kumpulan mereka. "Kau ni Anas, hati hati la sikit. Tengok kiri kanan depan belakang atas bila berkawal." tegur Luqman. Zack yang baru mengisi peluru riflenya itu bersyukur kerana Allah masih lagi panjangkan nyawa mereka. Dia juga gembira kerana dapat bertemu semula dengan sahabatnya dan ahli kumpulan yang lain. "Weh Luqman, mana geng kita yang lain?" "4 orang dah syahid ketika misi menuju ke Kem Tentera Zekem milik Zionis di Ashlekon, yang lain masih ada. Cuma kami terpecah ketika kami dikepung lebih kurang 20 tentera Israel tadi." "Ouh macamtu, alhamdulillah." tahmid meniti di bibir Anas dan Zack. "Woi tak guna, letakkan senjata dan tangan di atas kepala. Kalau tak kami bunuh mereka berempat ni!" tiba tiba muncul 6 orang tentera Israel yang entah dari mana, menangkap keempat empat kawan mereka yang datang bersama-sama Luqman tadi. Anas, Zack dan Luqman terkejut. Namun mereka tenang. Mati? siapa yang takutkan mati Syahid? "Fikir balik siapa yang tak guna sekarang. Eh, kau nak aku letak senjata ka nak aku letak tangan atas kepala? Arahan tu biarlah bijak sikit." balas Zack. "Kau menjawab lagi aku bunuh mereka ni!" herdik tentera Israel berang, rasa dia diperbodohkan. "Kau fikir kami takutkan mati? Mati kami Syahid. Syahid itu mati yang mulia. Lainlah korang, mati sia sia." tambah Luqman. "Tak guna kau ni! Bunuh mereka!" arah seorang tentera Israel yang lagaknya seperti ketua. Belum sempat tentera Israel bertindak, kesemua tentera Israel itu dibunuh. Pantas. Tepat peluru dari belakang menembusi kepala mereka. Kemudian, keluarlah abang Surau dari tempat persembunyian. Gah abang surau berjalan dengan tersisip kemas di sentajatanya, M107 Long Range Sniper Rifle (LRSR) yang dirampasnya daripada tentera Israel yang berjaya dia bunuh. "Cepat, mari ikut abang, tentera Israel yang lain mungkin akan datang ke sini." Abang surau bergerak melalui sebuah terowong kecil bawah tanah. Dalam terowong itu, terdapat satu bilik seperti bilik gerakan yang terbiar. Tidak dijaga, runtuh sebahagian dindingnya. "Kita duduk sini dulu. Solat. Anas, imamkan kami." "Er tapi abang..." "Misi kalini, abang ketua. Ini satu arahan." "Baik..." Mereka solat berjemaah. Berzikir. Berdoa. Qunut Nazilah tak dilupa. Selesai semuanya, abang surau memberi arahan. "Beratur dalam barisan, sekarang!" Pantas, barisan panjang menghadap abang surau dibuat. Semua dalam keadaan berdiri tegak. Bersedia. "Selepas menggeledah bilik ini, saya temui beberapa senjata yang boleh kita gunakan. Saya rasa, bilik ni pernah dijadikan bilik senjata kerana terdapat bermacam jenis senjata yang canggih." Abang Surau menyusun senjata yang dia temui di atas meja. "Antara kamu bertujuh, siapa yang handal menggunakan machine gun?" "Saya tak handal, tapi boleh." kata Anas berani. "Baik, kamu ambil MG34 tu dan 2 bom tangan." "Siapa yang pandai menggunakan rifle?" "Saya." kata Zack. "Kamu ambil BERYl 96 dan 2 bom tangan." "Ok tuan!" "Sniper pulak? Siapa?" "Saya!" jawab Luqman semangat. Dia memang menunggu ja Abang Surau bertanya perihal sniper. Dia memang suka menembak tepat. "Ambil Dragunov tu, 2 bom tangan and pistol." "Baik tuan!" "Kamu berempat, tiada pilihan lain. Yang tinggal cuma M4 Carbine, Tavor, Scar dan Bushmaster ACR. Ambil sorang satu." "Baik tuan!" jawab mereka serentak. "Semua bersiap sedia! Kita akan terus masuk ke kubu tentera musuh kalini sambil mencari ahli kumpulan kita yang lain!" kata Abang Surau semangat sambil memegang kemas AK47 nya. Kata kata abang surau disambut dengan laungan takbir oleh mereka yang lain. Abang Surau tahu, semangat itu penting dalam setiap perjuangan. Dia perlu menaikkan kembali semangat sahabatnya yang mungkin pudar. Skuad! "Matlamat kamu?" "Allah!" "Teladan kamu?" "Rasul!" "Perlembagaan kamu?" "al Quran!" "Jalan juang kamu?" "Jihad!" "Cita cita tertinggi kamu?" "Mati di jalan Allah!" Allahuakbar! "Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!" Abang Surau senyum. Dia tahu, pengakhiran mereka cuma dua. Menang atau Syahid. Tentera peronda Israel yang lalu di luar bilik mereka terdengar laungan takbir mereka. Mereka mengepung bilik itu. Bilangan mereka tidaklah terlalu ramai, cuma 7 orang. Selepas bersedia, mereka menyerbu masuk. "Peng peng!!" tembakan dilepaskan oleh tentera Israel tepat mengena 3 orang sahabat mereka. Syahid. Dalam kekalutan itu, seorang sahabat mereka itu berkata kepada Abang Surau. "Tuan, bawa Anas, Zack dan Luqman keluar dari sini cepat. Saya akan uruskan mereka semua. Saya akan tuntut kematian 3 orang sahabat baik saya ni. Cepat, bawa pulang kejayaan, saya menanti tuan di Syurga." betapa megahnya kata kata seorang pejuang Islam. Allah.. Abang Surau tiada pilihan, itu yang sahabatnya inginkan. Abang Surau cepat cepat membawa Anas, Zack dan Luqman keluar. Ketika mereka hendak keluar, ada 3 orang tentera Israel menghalang laluan mereka. Anas dah bersedia dengan MG34nya. "Simpan senjata kamu Anas. Abang akan bunuh mereka dengan pisau yang Razi (sahabat mereka tadi) bagi dekat abang ni." "Berhenti! Letakkan senjata, kalau tak aku tembak!" ugut tentera kejam itu. Abang surau tidak mengendahkan ugutan itu. Dia berlari ke arah tentera tersebut. Tentera itu melepaskan tembakan. Peng!! Abang Surau meneruskan larian, mengelar leher ketiga tiga tentera tersebut. Mati. Abang surau memegang lengannya yang terkena peluru Israel tadi sambil tersenyum. Menang. "Razi, aku dah balas 3 nyawa untuk kau." *Dalam pada itu, di bilik tadi.... "Bilik ni dah dikepung, letakkan senjata." arah seorang tentera Israel kepada Razi. Tinggal 4 tentera Israel disitu kerana 3 orang telah berjaya abang surau bunuh tadi. Razi senyum. Mengucap kalimah syahadah. "Aku bagi korang 2 pilihan. Tinggalkan bilik ni atau mati dengan aku." Razi mengeluarkan satu bom tangannya. Dia sudah bersedia untuk meletupkannya. Bertempiaran tentera pengecut itu lari. Ketika tentera itu larilah, Razi membunuh kesemua tentera tersebut dengan Tavor nya. Tanpa dia sedar, seorang tentera Israel di belakangnya. Mengacukan senapang di kepala Razi. "Kau ingat, aku ni takut mati macam pengecut-pengecut tu semua? Bersedialah untuk mati!" "Allahuakbar!!" sempat laungan takbir oleh Razi sebelum peluru senapang tentera Israel itu menembusi kepalanya. Syahid. Ketika itu, Abang Surau, Anas, Zack dan Luqman meneruskan perjalanan. Tiada cara lain untuk sampai ke kubu pertahanan musuh kecuali melalui jalan yang lapang yang mereka sedang lalui sekarang. Dalam perjalanan ke kubu itu, mereka menghadapi lebih kurang 30 orang tentera Israel yang sedang berkawal. Tangan Abang Surau cedera terkena peluru, peha Anas juga. Zack putus tangan kiri akibat bom yang dibaling tentera kejam itu. Perjalanan perlu diteruskan. Mereka perlu mencari ahli kumpulan mereka yang lain. Kecederaan mereka dirawat sekadar yang mampu. Ketika mereka meneruskan perjalanan, tiba tiba berhenti sebuah 2 buah trak dan sebuah helikopter di hadapan mereka. Lepas itu, keluarlah tentera Israel daripada trak tersebut. "Kita akan Syahid di sini. Berjuanglah demi agama Islam yang murni. Allahuakbar!" semangat Abang Surau berkata. Kata kata Abang Surau dibalas dengan laungan takbir oleh Anas, Zack dan Luqman. Mereka bersedia. Itulah tekad mereka, mati di jalan Allah. Syahid, impian. Bom dibaling oleh tentera musuh mengisyaratkan bahawa peperangan bermula. Anas, Zack, Luqman dan Abang Surau berpecah. Mereka berlindung di sebalik batu batu besar yang ada di situ. "Luqman, dengan dragunov kau, kau target tentera Israel yang sedang pandu helikopter tu. Anas dengan Zack, bantu saya untuk bunuh tentera-tentera Israel yang datang. Sekarang!" arah Abang Surau. "Baik tuan!" Suasana kucar-kacir. Bunyi tembakan tidak berhenti. Tentera Israel sudah pasti tidak akan mengaku kalah kerana mereka yakin mereka akan menang kerana datang dengan bilangan yang ramai. "Hiyarghhhhhh!!!!!" semangat suara Anas dan Zack membunuh tentera tentera laknatullah itu. Mereka puas. Zack menggila membunuh tentera-tentera Israel itu dengan BERYl 96 nya. Lagi lagi bila teringatkan gambar yang dia lihat di skrin telefon Luqman, lagi semangat dia membunuh tentera tentera itu walaupun hanya menggunakan sebelah tangan sahaja kerana tangan kirinya sudah tiada. Anas pun tak kurang hebatnya, bersenjatakan MG34 nya, dia membedil kesemua tentera yang dia lihat walaupun luka dipeha perit tak terkira. Abang Surau pula dengan gahnya maju ke hadapan. Kadang digunakan AK47 nya, kadang pistolnya dan kadang pisau rambonya. Bom jugak tidak lupa. Dia melontarkan bom kepada trak tentera Israel yang kira kira hendak melarikan diri. Boom! Hancur. Tiba tiba.. "Boooommmm!!!!" Helikopter yang dipandu tentera Israel terjunam ke bawah. Meletup. Luqman berjaya. Tersenyum dia. Kalimah Allahuakbar dilaungkannya. Ketika dia melaungkan kalimah suci itulah, dadanya ditembusi peluru daripada tentera penembak tepat Israel. Syahid. "Luqmannnnnnnnnnnnnn!!!!!!!!!!!!" teriak Anas. Anas membaling kedua dua bomnya serentak ke arah tentera Israel itu. Boooomm! Lebih kurang 7 orang tentera Israel mati. Lebih tepat, mati katak. Bilangan tentera Israel yang kian meningkat membuatkan mereka tak menang tangan. Selang beberapa saat, Anas dikejutkan dengan teriakan daripada Zack. Allah.. Zack dicucuk oleh senapang tentera Israel yang datang dari belakang. Hujung senapang itu menembusi dadanya. "Arghhhhhhhhhhhhhh!!!" Anas melepaskan geram. Dia bangun, menembak kesemua tentera Israel di situ. Tapi tak lama, pelurunya habis. Abang Surau yang baru sahaja selesai membunuh kira kira 24 orang tentera Israel terkejut dengan apa yang disaksikannya. Mayat Zack dan Luqman. Sekarang, Anas di kelilingi lebih kurang 14 tentera Israel. Anas terduduk, tidak mampu berbuat apa apa. Dia sudah kehabisan peluru. "Anasssss!!" Abang Surau berlari ke arah Anas yang sedang duduk. Dipeluk Anas erat. Serentak dengan itu, tembakan dilepaskan ke arah Anas dan Abang Surau oleh 14 tentera Isreal itu bertubi tubi. Abang Surau berteriak, "Allahuakbar!!!!!" ............................................................. "Adik, adik, dah sampai dah hospital ni. Haih budak budak ni, boleh pula tidur dalam teksi aku panas panas macamni. Lepasni rasanya kena letak aircon balik teksi aku ni, kesian penumpang aku. Adik, bangun adik...." pemandu teksi itu menggerakan perlahan-lahan tubuh Anas untuk menyedarkannya daripada tidur. Anas, Zack dan Luqman terjaga. Mereka memandang satu sama lain. Macam ada sesuatu yang mereka fikirkan. Bersambung.... _____________________________________________________________________ Pesanan aku untuk semua. Marilah kita bersama sama amalkan Qunut Nazilah bagi menghancurkan tentera Israel yang kejam itu. |
9 Comments:
Semoga..Allah..memberi kemenangan kpd saudara saudara kita yg berada di Palestin...Allahuakbar!!
Allahuakbar!! Rasa macam diri ini turut berperang di Palestin bila membaca bab ni..
Saya nk tanya...klau kita pergi ke sana..dgn niat ingin menziarahi mereka di palestin...bkn niat untuk berjihad...tiba tiba kene serang dgn tentera israel..itu dikira syahid atau tidak??
Assalamualikum. saya nak tanya, cerita ni ada sambungan lagi kan??
Assalamualaikum akhi... Mmg sampai cni je ka? Xde sambungan?
Manaa sambungannyaa T.T
Tolong aku nak sambungannyaa. Tertanya tanyaa camna jadi lepaih tuu kat hospital ? Mamat yg kene langgar ? Abg surau ? Ohh peliss T_T
Peliss aku shorkan better hang sambungkan cerpen soleh itu bukan aku dari layakkah aku. Due2 baguih cuma aku nak tau sambungan crita nih lagi ;3 btw Bittaufiq wannajah bruh
Nk sambungan
Post a Comment