Disklemer
![]() " Bila menulis, waktu itu mulut terkunci dan yang berbicara cuma hati." ChatOn! Mastermind.
| Cinta itu Fitrah.
Kunci kereta diambil. Dia menuju keluar mendapatkan kereta
Mini Coopernya.
“Weh, kau yang gelabah sangat ni nak pergi mana?” tegur Anas
yang kebetulan lalu di sebelahnya.
Soalan Anas dibiarkan Khai tidak berjawab. Dia menghidupkan
enjin keretanya.
“Weh! Tunggu aku woi!” Anas berlari masuk ke dalam kereta
Khai. Setelah itu, kereta memecut laju meninggalkan kediaman mereka.
“Weh, slow la sikit kereta ni. Dah 170 km/j kau bawak. Nak
mati, matilah sorang-sorang.” tegur Anas. Takut juga dia, mana tahu tak pasal-pasal
kereta terbang masuk parit. Mahu tak ICU setahun.
“Weh aku cakap slow sikit la.” tegur Anas dengan suara yang
sedikit meninggi. Panas hatinya melihat Khai buat tidak endah dengan teguran
pertamanya tadi.
“Ada aku suruh kau ikut ke tadi? Diam la. Semak.” jawab Khai
dengan kasar. Merah padam mukanya.
Akhirnya, kesepianlah yang menemani
perjalanan mereka sehingga tiba ke destinasi. Sepanjang perjalanan,
masing-masing mendiamkan diri.
“Tasik Darul Aman? Err? Dalam banyak-banyak tempat, kenapa
mesti tasik?” soal Anas bingung.
Tiada angin, tiada ribut, Khai bawa mereka ke
tasik. Sekali lagi, soalannya tidak dijawab. Khai sudah berjalan menuju ke tepi
tasik. Khai sudah melabuhkan punggungnya. Dia melempar batu-batu
kecil ke dalam tasik. Anas yang pelik melihat keadaan Khai, turut duduk di
sebelahnya bagi mengorek cerita. Belum sempat Anas bertanya, Khai dahulu
membuka bicara.
“Aku dah taknak hidup.”
Terkejut beruk Anas dengan pernyataan Khai. Tak
pernah-pernah Khai cakap macamni.
“Woi kau ni dah pehal? Taknak hidup? Dah kenapa? Putus
cinta?”
“Tak sempat bercinta lagi pun dah putus. Tak guna betul.”
jawab Khai sambil tangannya tidak berhenti membaling batu-batu kecil ke dalam
tasik.
“Hahahahahahahahaha sejak bila kau ambil port pasal cintan
cintun ni? Bukan dah pencen ke? Seingat aku last kau bercinta dua tahun lepas.
Ni dah kenapa? Tak tahan dah? Hahaha.”
“Aku ingatkan yang paling busuk dalam dunia ni adalah air
longkang, rupanya mulut kau.”
“Hahaha sorry. So, siapa perempuan bertuah tu? Ataupun
perempuan malang?” Anas cuba bergurau, ingin mengembalikan semula senyuman di
bibir sahabatnya.
“Dia stay overseas. Study.”
“Lol minat mat saleh?”
“Ada juga yang masuk tasik jap lagi. Dia study sana la,
orang melayu.”
“Ouh baik-baik. So apa masalahnya?”
Diam. Khai berfikir. Matanya dihalakan ke tengah tasik. Dia
menarik nafas, hembus.
“Kenapa eh? Apa yang aku nak, selalu tak dapat.”
Anas tersenyum manis. Dia tahu hati sahabatnya terluka. Dia
tahu kawannya sedang menderita. Mana pernah dia lihat Khai kecewa sampai
sebegini rupa.
“Sebabnya.....sebab kau tak tahu apa yang Allah tahu.”
“Hah? Aku tak faham.”
“Okay, apa yang membuatkan kau nak dekat dia?”
“Sebab aku sayang dia...”
“Sayang? Haahaha. Apa yang kau faham pasal sayang? Definisi
sayang tu apa?”
Khai diam. Akhirnya, dia menggeleng perlahan.
“Apa yang kau dapat bezakan antara sayang dan cinta?”
Sekali lagi, Khai menggeleng.
“Haha sebenarnya kau sendiri tak tahu apa yang hati kau nak.
Okay macamni, sayang tu bila kau nak dia jadi milik kau sorang. Dan cinta, kau
sanggup lepaskan dia untuk lihat dia bahagia.”
“So, kau sayang or cinta dia?”
“Dua-dua.”
“No dude. Tak boleh. Sebenarnya, kau tak faham dengan hati
kau. Kau tengah serabut.”
Khai memegang kepalanya. Akhirnya, ada mutiara jernih yang
mengalir di pipinya.
“Dia dah tolak kau. Kenapa mesti nak kejar? Derr, tulang
rusuk takkan tertukar.”
Melihatkan Khai terus membisu, Anas menyambung bicaranya.
“Tadi kau cakap, apa yang kau nak, kau selalu tak dapat kan?
Jawapannya sebab Allah tahu apa yang teerbaik untuk hambaNya. Mana pernah Allah
zalimi kita, kita ja yang selalu lupakan Dia. Kau rasa, bercinta dengan awek
overseas kau tu, mendekatkan kau dengan Allah? Gentle la bro, suka dia, masuk
meminang. Jangan buat cara pengecut, ngorat diam-diam.”
“Kau ni memang tak guna kan Anas? Kalau sembang, pokok pun
tumbang. Kau boleh pulak bercinta dengan Sarah tu diam-diam?”
“Hahahahhahahaha. Aku lain. Aku lejen. Kau budak-budak lagi.
Kahkahkah.”
Khai bangun. Memandang tasik yang luas terbentang di
hadapannya. Anas juga bangun, turut serta berdiri di sebelah Khai.
“Weh, janji dengan aku satu?” soalan Khai memecah kesepian.
“Aku dah hilang orang yang aku cinta, aku taknak hilang
sahabat aku pulak.”
“Hahahaha wellsss. Aku sorang ja yang malang dalam dunia ni
dapat kawan macam kau. Banyak tengok tv, putus cinta, lepak tasik. Wahahahha.”
“Kau nak tahu tak?”
“Taknak.”
“Nak jugak.”
“Hahaha apadia?”
“Walaupun kau memang manusia paling tak guna, tapi kau
sorang ja sahabat aku.”
Pernyataan yang keluar daripada mulut Khai itu kedengaran
ikhlas di telinga Anas. Kalau Khai tiada disitu, mahu dia menangis sepuasnya.
“Kau ingat lagi tak janji kau dengan aku malam tu?” soal
Anas pula.
“Yang mana?”
“Yang kau cakap, nanti jangan lupa, kita lepak sama-sama
dalam Syurga. Hahaha.” tawa Anas kedengaran juga.
“Haha ingat-ingat. Mana boleh lupa.”
“So kalau nak masuk Syurga, kena usaha kawan.”
“Usaha? Erm?”
“Yela, sebab Syurga bukan percuma.”
“Haha, aku faham.”
“Lagi satu aku nak pesan.”
“Apa?”
“Jangan sebab seorang bidadari dunia, kau sia-siakan kau
punya bidadari Syurga.”
“InsyaAllah. Aku
cuba...” jawab Khai sambil tersenyum.
“Dahlah, dah nak maghrib ni. Jom balik. Siapa lambat masuk
kereta dia kena masak malam ni.” Kata Anas seterusnya berlari menuju ke kereta.
“Woi tak guna, tunggu aku!” kejar Khai sambil tersenyum.
*Apa yang berlaku, ada hikmah yang cuma Allah yang tahu.
Mungkin ketika itu manusia buntu, tetapi percayalah, Allah sentiasa ada untuk
bantu. Cinta? Tangguhkan dahulu. Kejarlah redha Dia sebelum cinta dia.
|
7 Comments:
thank you , it makes me LOTS better act lepas baca C: keep spreading the good stuffs and stories, may He bless and ease u !
thanks.keep posting ur entries cz bnyk ilmu dpt from those entries..:D
may Allah grants u happiness
Allahu rabbi :')
Mohon copy . 😁
Assalamualaikum. mintak izin nak share boleh?
Assalamualaikum. Maaf jika saya mengganggu awak. Tetapi saya ingin sangat mengetahui pendapat awak tentang sikap sikap lelaki remaja kini yang kurang menjaga pergaulan antara ajnabi. Barangkali mereka hanya kelihatan peramah atau mesra, tetapi kadang kadang layanan mereka itu boleh menimbulkan salah faham. Jadi, jika awak tidak keberatan, bagaimanakah seseorang wanita itu berurusan dengan lelaki ajnabi ini mengikut syariat yang dibenarkan.
-d.
cinta makhluk tak kekal .. cinta Allah kekal selamanya ..
Post a Comment