Disklemer
![]() " Bila menulis, waktu itu mulut terkunci dan yang berbicara cuma hati." ChatOn! Mastermind.
| "Layakkah aku?" (Part 2)
“Weh Khai, tu bukan ke budak pakai purdah tadi?”
“Mana? Tak nampak pun.” “Tu yang tengah jalan pergi kaunter tu.” “A’ah. Eh macam mana kau tahu?” “Aku cam warna baju dia.” kata Riz sambil ketawa.
Walaupun Wardah tahu yang si Riz ada di cafe itu, dia berlagak
seperti biasa. Seperti tiada apa-apa yang berlaku. Dia ke kaunter untuk membeli
makanan bersama-sama Haura. Setelah membayar makanan dan air yang dia beli, dia
mencari tempat duduk untuk menjamah makanan tersebut.
“Weh Haura, nak duduk mana ni?”
“Yang mana kosong, kita duduk je la.”
Mata Wardah meliar mencari tempat yang kosong dan..
“Kau perasan tak apa yang aku perasan?” tanya Wardah.
“Apa yang kau perasan?” “Tempat kosong ada. Tapi yang tinggal cuma sebelah meja si buaya tembaga tu ja. Kau sanggup?” “Aku okay je. Apa ada hal.” “Weh, aku berniqab la. Nanti kalau waktu aku makan, dia nampak muka aku macam mana?” bebel Wardah. Ya, wajahnya cuma untuk tatapan suami, bukan ajnabi! “Kau ingat dia nak tengok muka kau ke? Haha dia layan awek yang seksi sendat singkat je la. Jangan risau. Kita nak makan je pun. Lagipun jarak antara dua meja tu jauh gak.” pujuk Haura.
Selepas berfikir panjang, Wardah mengatur langkah kakinya
menuju ke meja bersebelahan dengan Riz.
Riz yang ketika itu perasan kehadiran Wardah mengambil
tempat pada meja bersebelahan mereka terus bangun daripada kerusinya.
“Weh Khai, tiba-tiba selera makan aku hilang pulak. Entah
kenapa. Jom blah.”
Berdesing telinga Wardah mendengar apa yang baru dikatakan
oleh Riz tadi. Dia tahu ayat itu ditujukan kepadanya.
“Pergilah cepat sikit. Semak je.” kata Wardah perlahan.
Malangnya, telinga Riz dapat menangkap apa yang dikatakan
oleh Wardah tadi walaupun kata-kata itu terlalu perlahan dituturkan Wardah.
“Weh ninja. Nak cari gaduh ke?” soal Riz sambil menjeling
Wardah.
Wardah yang ketika itu baru duduk, pantas bangun. Menyirap
darahnya dipanggil ninja. Weh ninja macam aku ni comel kot.
“Siapa ninja?” soal Wardah sambil meninggikan sedikit
suaranya.
“Kau la. Dasar ninja turtle.”
Semakin membara si Wardah ni. Pelik juga, sebelum ini dia
bukan main menjaga kelakuannya lagi-lagi di khalayak ramai tetapi kalini, dia
memang dah tak boleh tahan. Rasa macam nak bertukar jadi hulk warna warni dah.
Dia berjalan menuju ke arah Riz. Berhadapan.
“Weh Wardah, dah la. Kita datang sini nak makan kan?” pujuk
Haura. Tak pernah dia tengok si Wardah yang lemah lembut ni tiba-tiba naik
hantu. Terkejut juga dia.
“Apa masalah kau dengan aku hah budak mat saleh? Dari
mula-mula jumpa tadi lagi kau nak cari gaduh.” soal Wardah sambil bercekak
pinggang di hadapan Riz.
“Mat saleh? Weh aku melayu la.” jawab Riz dengan suara yang
ditinggikan. Jarak dia dengan si Wardah ni hanya selangkah je. Hampir betul.
Dia menjeling dalam mata Wardah. Dapat dia lihat kemarahan pada mata wanita
berniqab itu. “Kau ni harap je pakai macamni, tapi perangai hampeh.”
Sekali lagi menyirap darah si Wardah ni. Bro, jangan
salahkan pakaian aku, salahkan aku cukup la. Mata Wardah berair. Dia terasa
hati sangat dengan jejaka yang menghinanya tadi.
“Kau cakap lagi sekali je aku tampar muka kau.” ugut Wardah.
“Boo ninja turtle dah marah. Takutnya. Haha betul lah orang cakap, pakaian tak melambangkan akhlak. Pakai macam muslimah sejati, perangai macam..”
Belum sempat Riz menghabiskan ayatnya, tiba-tiba pipinya
ditampar kuat oleh Wardah. Khai yang ketika itu sedang meminum air, tersembur
airnya kerana terkejut. Haura pula ternganga melihat keadaan itu. Empangan air
mata Wardah sudah pecah. Dia menangis laju.
“Kau ingat aku cakap ni. Nak hina, hina perangai aku. Bukan
pakaian aku. Sebab manusia macam kau inilah, ramai akhwat yang tumbang bila nak
berhijrah. Kau fikir kau ni maksum? Takda dosa ke? Dasar mat saleh celup tak
sedar diri!” kata Wardah sambil menangis. Suaranya ditinggikan. Pelajar-pelajar
yang sedang duduk makan di cafe tersebut semuanya fokus melihat pergaduhan dua
manusia itu.
Riz memegang pipinya. Masih cuba mentafsir kejadian yang
baru menimpanya itu. Dia masih terkejut. Tak dia jangka dia akan ditampar,
lagi-lagi dengan seorang muslimah berniqab. “Teruk sangat ke apa yang aku cakap
tadi?” Dia menyoal diri.
“Dah Wardah, jum balik. Menyampah pula aku dengan dia ni.”
ajak Haura sambil menarik tangan Wardah, beredar dari situ. Wardah berlalu
pergi sambil mengesat air matanya. Dia benar-benar terluka.
Setelah Wardah dan Haura beredar, Riz kembali duduk di
kerusinya. Dia mengelap bibirnya yang berdarah dengan tisu. Kuat tamparan ninja
turtle tu tadi.
“Kau melampau sangat cakap macam tu dekat dia tadi bro.”
Khai memulakan perbualan. Riz diam, tidak menjawab.
Rasa bersalah datang menerpa ke dalam diri Riz. Sejak bila
dia ni pandai rasa bersalah pun entah. Sebelum ni berjuta hati gadis dia lukai,
tak pernah nak rasa berdosa. Tapi yang sorang ni.. Adoi....
“Weh Khai, nanti kau bawa aku pergi bilik perempuan tu tadi
boleh tak?”
“Gila kau. Mana aku tahu nombor bilik dia. Lagipun kan kita diharamkan jejak kaki..” belum sempat Khai menghabiskan ayatnya, Riz pantas memotong. “Aku tanya boleh ke tidak?” “Err baik baik. Nanti aku tanya bebudak kita.”
Riz pergi ke kaunter, membayar harga makanan. Dia perasan
yang muslimah dua orang tadi tak sempat langsung menjamah makanan mereka, lalu
dia membungkus dua set makanan. Dia sendiri tak tahu kenapa dia berbuat
demikian. Dia cuma mengikut kata hati.
“Weh Riz. Dah dapat. Blok E, nombor bilik 15 tingkat dua.”
“Cun. Jom gerak.”
Setelah itu, mereka beredar daripada cafe itu dengan
meninggalkan pelajar-pelajar lain yang dari awal tadi melihat kejadian yang
berlaku itu dengan seribu tanda tanya.
|
4 Comments:
memang minat menulis ye?harap dapat diteruskan dalam masa trdekat.tak sabar tunggu sambungan ^_^
Sambung sambung sambung!!!!!
Nak sambungan nya
Nice story ! Sambung..
Post a Comment