Mehmed Fetih
Home About Twitter +Follow -Dash

Disklemer


" Bila menulis, waktu itu mulut terkunci dan yang berbicara cuma hati."

ChatOn!


Mastermind.

© Template design by ZOFF IR @theezenith_. thanks for Base code by ~~.

"Layakkah aku?" (Part 3)
Tuesday, December 23, 2014 • 10:31:00 PM • 7 comments



“Tenang betul kan dekat tasik ni?” tanya Wardah sambil tangannya membaling batu-batu kecil ke dalam tasik.
“A’ah, tenang. Dapat pahala lagi tengok bukti kebesaran Allah ni. Err kau dah okay?”
“Haha aku dah okay. Taknak fikir dah pasal dia, buat sakit hati je. Weh..” Wardah bangun, berdiri betul-betul di tepi tasik.
“Woi nak bunuh diri ke apa? Haha.” gurau Haura. Manalah nak tahu, buatnya dia terjun betul. Mana aku pandai berenang.
“Haha. Tak la. Tapi aku kalau terjun pun tak mati.”
“Aku tahu! Sebab kau ninja turtle kan?”
“Fine. Kau pergilah kawan dengan buaya tu sana. Taknak kawan kau dah.” rajuk Wardah. Tak guna punya kawan, boleh pergi ingatkan aku lagi pasal tu. Dah la sakit hati ni tak habis lagi. Ayat Haura tadi membuatkan dia teringat kembali kata-kata Riz tadi. Wajahnya bertukar muram.

“Hm Haura, aku ni teruk sangat ke?” pandangannya dilemparkan ke arah air tasik. Cuba mencari kekuatan, mungkin. Haura bangun, mendekati Wardah yang sedang berdiri. Dia memeluk bahu sahabatnya itu.
“Kau memang teruk.”
Terkejut Wardah mendengar kata-kata sahabatnya itu. Pandangannya cepat dilarikan ke muka Haura. Cuba mencari makna disebalik ayat tersebut.
“Apa maksud kau?”
“Kau teruk... Sebab tu kau perlukan aku. Dan aku teruk, sebab tu aku perlukan kau. Kau cuba bagi aku satu nama, satu ja. Siapa manusia yang tak teruk dalam dunia ni?”
“Nabi Muhammad SAW?” jawab Wardah, lurus. Satu tamparan hinggap di lengannya. “Woi sakitlah!” kata Wardah sambil menggosok laju lengannya itu.
“Kau ni, Nabi Muhammad SAW memang la sempurna. Ish susah aku cakap dengan kau ni.” rajuk Haura.
“Haha maaflah. Ye aku tahu. Hm thanks.” Kata Wardah sambil mengukir senyuman.
“Wardah. Jangan lemah sebab manusia. Mereka cuma tahu mengata sedangkan langsung tidak tahu apa yang kita rasa. Allah lebih kenal hambaNya. Kuatlah.” pujuk Haura.
“Ayat buaya tu, menyakitkan aku betul. Itu takpa lagi, ninja turtle? Weh aku comel kot.” suaranya dibuat-buat merajuk. Tergelak Haura.
“Weh. Aku lapar....” rungut Haura.
“Disebabkan kau dah berjaya buat aku senyum, jom balik bilik. Aku masakkan untuk kau.” kata Wardah dengan suara yang ceria.
“Betul ni? Waa sekali dalam sejuta tahun cik Wardah nak masak. Haha tashabarnyewww.”
“Amboih. Haha jum.”
Beg mereka diambil lalu mereka terus melangkah pulang ke bilik mereka.
***
Setibanya di hadapan pintu bilik mereka, terdapat satu beg plastik berwarna merah. Haura melihat sekeliling, tak nampak sesiapa pun yang mencurigakan atau pemilik kepada beg plastik tersebut. Haura mengambil beg plastik tersebut dan melihat isi dalamnya.
“Weh ada bungkusan polisterina la. Bau sedap ni. Kau memang dah masak ke macamana ni Wardah weh ajaib gila ni.” kata Haura teruja. Banyak betul lauk-lauk di dalam beg plastik tersebut. Ada ketam, ayam, daging, sotong dan telur. Syurga ni. Lagi-lagi dalam keadaan mereka yang tengah lapar. Mahu saja dia duduk bersila di depan pintu itu untuk membaham ayam goreng dalam plastik itu.
“Kau ni, entah dari mana makanan ni. Entah orang nak sihir ke ape ke. Berani kau nak makan eh.” kata Wardah. Sekarang ni bukan boleh percaya sangat, nak santau, sihir orang mudah ja. Melalui makanan pun boleh. Bahaya.
Tanpa menghiraukan kata-kata Wardah, Haura berlalu masuk ke dalam bilik sambil membawa beg plastik tersebut.
“Ya Allah budak ni aku tengah cakap boleh dia masuk buat tak tahu je?” kata Wardah lalu masuk ke dalam bilik setelah menanggalkan kasutnya.
Wardah dapat melihat Haura yang sudah pergi ke dapur, mengambil pinggan untuk memasukkan lauk. Dia menggeleng kepala.
Tiba-tiba..
“Wehh Wardah! Sini kejap.”
Terdengar Haura menjerit memanggil namanya, dia menapak laju kedapur.
“Ada apa yang terjerit-jerit ni? Lipas lagi ke?” tanya Wardah sambil menarik kerusi bersebelahan dengan Haura.
“Bukan. Ada buaya.”
“Hah?”
“Nah kau baca nota ni. Nota ni aku jumpa dalam beg plastik tu. Waktu keluarkan semua lauk tadi, baru aku perasan ada nota ni.” kata Haura sambil menghulurkan sekeping kertas kecil berwarna biru kepada Wardah.

“Aku bukan rasa bersalah. Cuma nak ganti balik ja makanan kau tadi. Nak makan, makan. Taknak makan, buang.” – Riz

“What? Makanan dari dia? Aku taknak makan. Muktamad!” kata Wardah dengan nada suara yang tinggi.
“Kau taknak makan? Macam aku kisah. Hahhaha. Biar aku makan semua.”
“Kau serius nak makan? Tadi kau cakap kau pun menyampah dengan dia?”
“Aku menyampah dengan dia, bukan dengan makanan yang dia beli dari cafe. Bukan dia masak pun. Haha.”
Wardah diam. Nak menangkan ego ke, nak makan. Betul juga kata-kata Haura tu, bukan dia yang masak. Aduhh, perut ni lapar la pula.
“Bismillahirrahmanirrahim.” Haura menggosok-gosok kedua-dua belah tapak tangannya tanda dia tak sabar nak menjamah makanan tersebut.
Wardah bangun mengambil pinggan dan kembali duduk di meja makan tersebut. Dia mencedok nasi. Dia mengambil sedikit lauk mula membaca doa makan.
“Ehhh? Cakap taknak makan.” soal Haura pelik.
“Aku bukan nak makan pun, cuma nak tolong kau habiskan. Nanti kalau tak habis, membazir. Membazir itu amalan syaitan, cukuplah syaitan yang dah ada. Aku taknak tambah bilangan mereka.” terang Wardah panjang lebar, menutup niat sebenarnya. Ekceli perut lapar.
“Elehhhhhhh amalan syaitan konon. Menipu tu amalan siapa? Amalan mulia?”

Tersedak Wardah yang baru menyuapkan nasi ke dalam mulutnya. “Mana ada tipu!” katanya.
Habis semua makanan dan lauk yang ada. Memang betul-betul lapar budak berdua ni.

Dalam pada itu, dalam bilik Encik Luqman...
“Sir, tadi saya nampak Riz dan Khai pecah masuk blok pelajar perempuan.”
“Kamu ada bukti? Kamu tak boleh buat tuduhan tanpa bukti.”
“Saya dah ambil gambar dia, sir boleh tengok.” katanya sambil menyerahkan telefon bimbitnya kepada En. Luqman, pensyarah disiplin tersebut.
Lama Encik Luqman melihat gambar tersebut. Dia seolah-olah tidak percaya, anak sahabat rapatnya melakukan perkara yang sebegini rupa.
“Okay, awak boleh pergi. Terima kasih atas maklumat.”
Keluar daripada bilik pensyarah tersebut, lelaki itu tersenyum riang. Dia pasti, dendamnya akan terbalas.
“Siaplah kau Riz. Hahahahhahaha. Pergi mampus kau!”
...


7 Comments:

Anonymous Anonymous said...

X sbr nk tgk smbingnnyee :)

December 23, 2014 at 10:55 PM  
Blogger Unknown said...

Sambungannya mesti lebih menarik . Tak sabar

December 24, 2014 at 1:07 AM  
Blogger Unknown said...

Lepas ni dah boleh kluarkan novel pulak la ya. Hehe

December 24, 2014 at 2:37 AM  
Blogger unknownobject said...

Sambungggg

December 24, 2014 at 2:55 AM  
Anonymous Anonymous said...

sambung lah cepat T_T haha

December 24, 2014 at 4:01 AM  
Anonymous Anonymous said...

Assalamualaikum.
Kami telah membaca kesemua entri anda dan merasakannya amat menarik dan menghiburkan.
Kami sebenarnya berhajat untuk menjemput anda sebagai salah seorang daripada penulis jemputan dalam blog kami; blogginproject.wordpress.com.
Sekiranya pihak anda berminat, anda bolehlah menghantar entri anda ke emel blogginproject@gmail.com.
Terima kasih dan kami berharap agar anda sentiasa berada dalam keberkatanNya dan perjuangan anda untuk ummah sentiasa diredhaiNya.
Our Malaysian Teen

December 24, 2014 at 7:15 AM  
Anonymous Anonymous said...

Fuyoo ^^^^^^^

December 24, 2014 at 3:42 PM  

Post a Comment


|