Disklemer
![]() " Bila menulis, waktu itu mulut terkunci dan yang berbicara cuma hati." ChatOn! Mastermind.
| “Layakkah aku?” (Part 10)
“Hello, ni Wardah ke?”“Eh? Farish?!” kata Wardah, riang. “Ya, ni Farish. Wardah, boleh kita jumpa?” tanya Farish, yang baru tiba di KLCC setelah menamatkan pembelajarannya di Mesir. Wardah diam. Berfikir. Sekarang, dia tengah nak pergi jumpa Riz dengan Haura. Ya, dia tahu yang mama Riz bencikan dia, tapi tu bukan alasan untuk dia putus asa dari terus cuba untuk melawat Riz. Takkanlah Riz tengah terlantar, dia nak jumpa kekasih hati? “Eh, biarlah. Kan aku benci Riz tu?” kata Wardah kepada hatinya. Cuba menipu diri sendiri. “Boleh je. Dekat mana?” tanya Wardah kembali kepada Farish. “Tempat biasa. Pukul 5 petang nanti. Jangan lambat.” kata Farish lalu menamatkan panggilan telefon tersebut. “Lahh. Aku tak sempat cakap bye lagi dah letak? Apa-apa je lah. Yang penting, aku dapat jumpa dia petang ni. Bakal suami ku. Mu tunggu aku datang!” kata Wardah melonjak riang. “Woi, kau dah kenapa?” tegur Haura. Kenapa Wardah ni, lepas cakap dengan telefon tadi, seronok pelik je. Sedangkan Riz tengah terlantar sakit sekarang. “Guess what?” kata Wardah sambil buat muka. “Mende?” jawab Haura dengan muka menyampah. “Harini, cik abang kita nak jumpa. Bestnya!” Haura buat muka pelik, cuba memahami maksud ayat Wardah. Bukankah tunang Wardah sekarang tengah belajar? “Bukan dia dekat mesir ke? Ke kau ada spare part lain?” soal Haura, jujur. “Ish kau ni, mana mungkin aku berpaling hahahahhaa dia dah balik la. Dia nak jumpa aku ha petang ni. Tempat biasa. Kau teman aku eh?” kata Wardah sambil membuat muka comel. “Eh, taknak lah aku. Aku taknak terlibat.” “Takkan kau nak biar aku pergi sorang?... Kau tak takut apa-apa jadi dekat aku nanti?” kata Wardah dengan nada merajuk. Haih la budak ni. Kalau berlakon merajuk tu, memang jadi. Dengan muka comel tu. Yela, dia ni bila merajuk, pipi jadi merah-merah gitu. Nak buat macam mana, dah nama pun Wardah al Humaira. Putih kemerah-merahan. Redha je la. “Ye la aku teman, tapi sebelum tu aku nak tanya.” “Apaaaaaaaaaaaaaaaaaa?” tanya Wardah. “Kau sanggup ke jumpa lelaki lain sedangkan Riz tengah tenat?” tanya Haura, serius. Gedebuk. Terasa tepat di hati Wardah. Sanggup ke dia? Errr. Riz tu bukan siapa-siapapun bagi dia, kenapa dia nak kisah sangat? Farish tu masa depan dia sedangkan Riz cuma musuhnya. So? Takdak apa nak ditakutkan. “Lah kenapa? Riz bukannya meninggal lagi pun. Cuma tengah koma ja. Nanti aku lawat la dia.” Terkejut si Haura apabila Wardah berkata sedemikian. “Weh? Mulut kau sekarang ni dah kenapa? Meninggal? Kau tau tak kata-kata tu satu doa. Kau cakaplah sekarang. Kau tengoklah nanti, siapa yang akan menyesal.” kata Haura, dikawal emosi. Wardah terlepas cakap sebenarnya. Tapi disebabkan ego, dia abaikan. “Kau taknak teman aku sudahla, aku boleh pergi sendiri.” kata Wardah, berlalu pergi. Dia perlu bersiap-siap untuk menemui tunangnya, Farish Haikal. Hati Haura berkecai. Inikah Wardah yang selama ini dia kenal? Takkan disebabkan lelaki ajnabi, dia sanggup lukakan sahabat sendiri? Allah.. *** Petang itu, kerana ikutkan ego, Wardah menapak juga ke pantai berdekatan rumah Farish. Tempat yang menjadi saksi dimana dia mula-mula bertemu Farish. Tempat bersejarah baginya. Dari jauh, dia dapat lihat seorang lelaki sedang duduk di atas sebatang pokok yang telah tumbang di tepi pantai tersebut. Wardah berjalan perlahan-lahan mendekati Farish. “Pah!” sergah Wardah. “Takpayah nak pah pah sangat cik Wardah, saya dapat kenal tapak kaki awak dari sana lagi tadi. Kenapa lambat?” tanya Farish serius. “Wardah gurau je la hm. Manada ada lambat la. Kita janji pukul 5, sekarang baru 5.30. Tak lambat sangat la tu.” cakap Wardah perlahan. Farish malas hendak melayan perangai Wardah. Dia bangun, mendekati Wardah. Mata Wardah dipandang, dalam. “Wardah, ada perkara penting yang saya nak bagitahu ni.” Serius saja nada suara Farish. Seram pula Wardah dengar. Tapi, dia dah tahu, yang Farish ingin melamarnya. Farish dah janji, selepas dia pulang, dia terus akan melamar Wardah. Indahnya! “Wardah...” kata Farish perlahan. Bergetar hati Wardah mendengarkan itu. Cepat-cepat dia beristighfar, menenangkan semula hati. “Err apa? Cakaplah.” Wardah sebenarnya sudah tidak sabar-sabar untuk menanti bait kata yang seterusnya daripada lelaki yang dicintainya itu. “Nah, baca ni.” kata Farish, menghulurkan sekeping surat berwarna pink. Cantik! Wardah mengambil kad tersebut sambil tersenyum riang. Dia membuka sampul surat tersebut dan membaca. “Undangan ke Majlis perkahwinan Farish Haikal dan Puteri Balqis. Anda dijemput...” Tersentak Wardah. Dia memandang wajah Farish dengan riak muka tidak percaya. “Eh Farish siapa yang nak nikah ni? Hahaha.” Kata Wardah, buat-buat ketawa. Dia berharap apa yang dilihatnya tadi hanyalah salah faham belaka. Farish rasa bersalah. Tetapi dia perlu berlaku jujur. “Tu kad undangan majlis perkahwinan saya dengan Balqis.” Luruh hati Wardah. Terduduk dia. Air mata tak dapat ditahan, dia menangis. Hatinya hancur, pedih. Bagaikan kaca yang terhempas ke batu. Musnah. “Tapi awak janji nak...” “Itu semua dulu Wardah. Maafkan saya. Saya rasa Balqislah jodoh saya. Dia belajar bersama-sama saya di Mesir. Saya rasa saya tak sesuai untuk awak. You deserve better. Maafkan saya. Btw jangan lupa, datang tau majlis saya. Assalamu’alaikum.” kata Farish, lalu meninggalkan Wardah yang terduduk di atas pasir pantai tanpa sedikitpun rasa bersalah. Wardah menangis semahunya. Dia rasa seolah-olah hidupnya hancur. “Sebelum itu Wardah, sekarang ni saya putuskan pertunangan kita. Terima kasih untuk semua.” kata Farish sebelum berlalu pergi. Berkecai. *** “Tok tok tok!” Wardah mengetuk pintu biliknya. Tidak lama kemudian, Haura membuka pintu bilik tersebut. Riak wajah Haura berubah setelah melihat sahabatnya yang sudah seperti mayat hidup. Matanya bengkak, berjalan penuh longlai memasuki bilik, dan akhirnya terjatuh. “Weh Wardah, kau ni dah kenapa!” kata Haura sambil menggoyang-goyangkan tubuh Wardah. Wardah membuka matanya. “Farish....” kata Wardah, lemah. “Farish buat apa dekat kau? Dia buat benda yang tak senonoh eh? Tak guna betul. Tunggu kejap.” kata Haura kira-kira mahu bangun daripada situ, bersiap untuk memerangi Farish. Namun, Wardah sempat menarik tangan Haura. “Haura, tu dalam beg aku. Zip kecil. Kau tengoklah...” kata Wardah perlahan. Haura mengambil beg Wardah yang sudah terjatuh tadi. Dia membuka zip kecil hadapan beg Wardah tersebut. Dia melihat sekeping kad yang tersimpan dalam sampul yang cantik. Dia membuka sampul tersebut dan.. “Ya Allah. Betul ke ni Wardah? Sanggup dia buat kau macamni? Bukankah kau tunang dia?” tanya Haura dengan suara yang bergetar. Geram betul dia. Sanggup lelaki tu sakitit sahabat baiknya? Nak mati betul. “Dia dah putuskan tadi.” Haura terdiam. Tiada kata yang mampu dia ungkap. Hati kawannya hancur, dia tahu itu. “Sekarang, kau nak buat apa Wardah?” tanya Haura, berhati-hati. Dia tak mahu jika katanya akan menyakiti hati kawannya yang dia rasa sekarang ini, sudah tidak punya hati kerana telah hancur berkecai. Wardah diam. Menyembamkan mukanya pada bantal. Dan akhirnya, dia menangis teresak-esak. Haura faham perasaan Wardah, tapi dia taknak Wardah terlalu ikutkan perasaan. Bahaya. “Wardah, mari? Kita ambil wudhuk.” ajak Haura, lembut. Wardah menggeleng lemah tanda menolak ajakan Haura. Haura akur. Dia berlalu pergi. Tidak lama kemudian, Haura datang semula dengan sebaldi air yang diisi penuh dan sebaldi yang kosong. Dia meletakkan baldi yang kosong itu dibawah dan satu lagi diletakkan di sebelah Wardah. Setelah itu, dia mengangkat Wardah untuk duduk. Wardah sudah tidak bermaya, hanya menuruti. “Wardah, aku tolong kau ambilkan wudhuk eh?” tanya Haura lembut. Wardah diam. Setelah itu, Haura mengambil sedikit air dan disapukan lembut ke atas wajah Wardah. Wardah yang ketika itu terasa mukanya basah tersedar dari khayalan. “Haura.... kau buat apa ni?” tanya Wardah, lemah. Haura tersenyum. “Aku bantu kau ambil wudhuk la sayang. Kan hati kau tengah panas, jadi aku padam la api tu dengan wudhuk.” jawab Haura, ceria. “Thanks... kau tak marah aku ke pasal pagi tadi?” tanya Wardah. Dia sedar, dia berlaku kasar terhadap sahabatnya pagi tadi. Tapi disebabkan ego, dia taknak mengalah. “Aku tak kisah pun pasal pagi tadi. Dah la, mari sini aku tolong kau ambil wudhuk.” Kata Haura, lalu membasuh tangan kanan Wardah pula. Sebelum itu, dia menanggalkan sarung tangan Wardah dahulu. Wardah rasa tenang, dan rasa disayangi. Ya. Dia mungkin hilang cinta lelaki, tapi bukan cinta sahabat sendiri. Cinta manusia, Allah dah tetapkan. So buat apa terlalu gelojoh nak cari? Sempurnakan cinta kepada Pemilik Cinta, baru cuba mencari peminjam cinta. Dia menasihati diri. “Bip bip!” Bunyi telefonnya menandakan ada mesej masuk. “Haura, ambil telefon aku sekejap boleh? Dalam beg tu?” pinta Wardah dengan senyuman palsu. Soalan Wardah tadi dijawab dengan sekali anggukkan. Haura mencapai telefon Wardah dan menyerahkan kepada Wardah dengan berhati-hati. Maklumlah, telefon touch skrin. Nanti jatuh, berterabur pula skrinnya. Tak mampu dia nak bayar balik telefon canggih milik Wardah. “Siapa yang mesej tu?” tanya Haura setelah melihat Wardah membelek-belek telefon bimbitnya. Tiba-tiba, air mata Wardah gugur. Laju. Wardah menjerit setelah membaca isi kandungan mesej yang baru dia terima itu. “Weh, kau kenapa ni? Meh sini fon kau.” kata Haura, lalu mengambil telefon yang berada pada tangan Wardah. Dia membaca mesej yang dibuka Wardah tersebut. “Weh Wardah, ni aku Khai. Aku nk bgthu yg Riz baru je hembuskan nafas yg trakhir pukul 5 ptg tadi. Nak tgk arwah, kau bleh dtg rumah dia malam ni.” “Innalillahiwainna ilahiraji’un.” Cuma itu lafaz yang terbit daripada mulut Haura, lalu dia memeluk Wardah, memberi kekuatan. “Ya Allah, dugaan apa lagikah ini?” bisik Wardah dalam hati. .... |
44 Comments:
gimik ...
cepatnya dia pergi
Allah banyak betul dugaan Wardah kan.. Ada sambungan lagi ke??
Sedih woo
kenapa hero mati����
Kenapa Riz meninggal???..Huhuhu
Sedihnya!!!!
Riz hidup lagi
X kn hero mati pulak
Heroooo mati whyyyyyy
???
X mungkin.riz x mungkin mati.sedihh
sambung sambung
Kenapa Riz mati penulis ini tidak adil tidak adil bagi ku
Tu tipu jer. Nnt riz sedar jugak. Hero xkan mati la
ni buat orang tertanya tanya ,, siapa hero crita nie ? lol mohon sambung
dah agak dah dia mati. Yes! hahahahahaha
WHYYYYYYYYYYYYYYYYYYYY T-T
Hahaha gimik ken ken ken. Sebab awak ada post kat entry sebelum2 ni yg 'entah part berapa tu' elok je ade si riz. Wakakaka
Nak part 11 !!! Enta sambung lah cepat sikit pls pls
Dia mimpi tuuu hahahaha
Khai saja cakap macam tu suoaya wardah datangggg. Kannnn
banyak spekulasi
hmm waiting for the next part . plss nanty dah nak balik hostel . �������������������������
Haha, yg entri haritu kiranya riz jumpa aireen kat syurga ke apa? Atau, dlm mimpi? Hmmm
ini takdir,takpelah saya redha riz mati,mohon alif cari hero lain kohkohkohkoh
Ya Allah besarnya dugaan Wardah
cepat next part..nnty nak balik asrama dahh
Minta cepat sikit next part ye akhi pls penantian tu suatu penyeksaan tau ouch ouch haha
X sangka wardah camtu.... Kenapa?? Farish n riz mcm ad connection ja...
Ni mesti helah riz nk suruh wardah dtg kat dia haha
Adaa sambungan takk ?
cepat sikit sambungannya, ya akhi... jazakallah...
sedih nye.. nak nangis baca part 10 ni :'(
Kenapa hero matiii ?!
Helah si Riz dengan Khai je ni ((hoping its true))
Yeke riz mati ni .-.
Tolong buat 2 entri sehari ye. Ya Allah gimik teruk ni
Sampung cepat cepat naa. Tk sabaq ni. Haih sedihnye wardah :'/
Gamaknya kahwinlah si wardah tu dengan cikgu dia hahaha..happy ending untuk cikgu tu..hehe
Kesian Pc cute kena push semua suruh buat entri cepat2. Haha. sabar ye semua. Pc cute pn kena cari ilham dulu. Ilham tu dtg dari Allah. kalau ilham xdtg2 jgn salakan PC cute pulak. kesian dia. hihi. Gudluck Pc cute. jazakallah khairan kathira. moga cerita ni boleh topup saham akhirat enta.
:)
Bukan ada org derma darah kat riz ke? Erm makin suspen haha
Em , boleh sambung ASAP ? Best :')
Gamaknya si wardah tu kahwin dengan cikgu dia tu..happy ending untuk cikgu tu..hehe
Hero mana boleh pergi dulu ...
Post a Comment