Disklemer
![]() " Bila menulis, waktu itu mulut terkunci dan yang berbicara cuma hati." ChatOn! Mastermind.
| “Layakkah aku?” (Part 11)
Pedal
minyak ditekan. Kereta meluncur laju.
“Weh
Wardah, slow la sikit. Kau bawak laju-laju ni, nanti sekali kita dikuburkan.”
kata Haura dengan suara yang agak tinggi. Meter dah mencecah 140km/j. Gila
betul ninja turtle ni. Dia ingat macam naik traktor ninja turtle tu kot.
Wardah
diam. Cuma air mata yang mengalir. Dia memang tidak percaya yang si mat sale
celup tu dah tiada. Tapi, kenapa dia bersedih? “Aku sedih pasal Farish la,
bukan Riz.” kata egonya.
Brek
ditekan setelah dia memasuki rumah Riz. Ketika itu, sudah ramai orang
berkumpul. Hatinya meruntun hiba tiba-tiba. Dia mematikan enjin kereta.
Dia mengelap air matanya dengan tisu yang diberi Haura tadi. Dia membuka pintu
kereta. Orang pertama yang dia lihat ialah Khai yang sedang duduk di kerusi
batu di halaman rumah Riz.
Langkah
kakinya diatur menuju ke arah Khai.
“Khai,
diorang nak simpan Riz bila?”
“Entahlah.” jawab Khai sepatah.
Wardah
menarik tangan Haura, menuju ke dalam rumah. Dan waktu itu, dia terserempak
dengan ayah Riz, En. Zain.
“Pakcik,
takziah ya.” kata Wardah dengan suara yang penuh dengan dukacita.
“Takziah? For what?” tanya En. Zain, pelik. “Kan Riz...” belum sempat Wardah menyambung biacara, tiba-tiba ada yang memotong.
“Papa,
daging kambing ni nak letak mana?” kata Riz yang datang sambil mengangkat
daging kambing yang diisi dalam tong. Hampir pitam Wardah dan Haura dibuatnya.
“Letak
dekat luar daging tu. Diorang nak masak dah rasanya.” kata ayah Riz. “Er ya
Wardah. Takziah kenapa tadi?” tanya En. Zain semula.
“Err
takdepape lah pakcik. Saya pergi luar dulu eh?” kata Wardah dengan muka yang
merah, menahan malu.
Dia
mengejar Riz yang tiba-tiba berjalan laju menuju ke luar. Raket di tepi pintu
dicapai. Setelah Riz meletakkan daging kambing itu dibawah, dipukulnya Riz
bertalu-talu.
“Woi tak
guna! Kau fikir mati ni main-main ke? Eh kau ingat air mata aku ni murah ke nak
keluar sebab kau? Tak guna betul.” Kata Wardah, hilang sabarnya ketika itu.
Tanpa dia sedar, ramai yang memerhatikannya memukul Riz ketika itu. Haura
ketika itu sedang cuba menenangkan Wardah.
“Dah la Wardah,
semua orang tengah tengok kau tu. Dah dah.” Kata Haura.
Baru
Wardah sedar, yang dia sedang berada di halaman rumah Riz. Semua mata tertumpu
kepadanya ketika itu.
“Hehehe
maaf-maaf. Tadi Riz cakap belakang dia ada binatang masuk. Tu saya nak bunuh
binatang tu. Maaf.” kata Wardah kepada mereka yang sedang melihatnya ketika itu.
Dari
jauh, dia melihat Khai perlahan-lahan bangun dari kerusi untuk melarikan diri.
Dengan raket yang masih ditangan, dia berjalan pantas menuju ke arah Khai.
“Ahh
sudah.” kata Haura menepuk dahinya.
Setibanya
Wardah di kerusi batu tempat Khai yang ketika itu sedang berjalan
perlahan-lahan untuk masuk ke dalam rumah, Wardah memanggil Khai.
“Hehe hai
Khairul. Jenazahnya di mana ya?” tanya Wardah dengan senyum penuh makna.
“Err jenazah apa ya Wardah?” tanya Khai, seolah-olah tidak mengerti. “Better kau bagitahu aku perkara yang sebetulnya sebelum kau yang jadi jenazah.” kata Wardah, tenang. Cakap yang tenang ni la yang membuatkan Khai lebih gerun.
“Err mana
la aku tahu. Kau tanya la mastermind.” jawab Khai, perlahan.
“Mastermind?” “Tu.” tunjuk Khai dengan tangannya.
Kelihatan
seorang lelaki yang sedang duduk di atas tanah sambil menggosok-gosok badannya
yang sakit dipukul ninja. Wardah menyusun langkahnya menuju ke arah Riz semula.
Haura ditinggalkan dengan Khai.
“Danish
Rizqi Benjamin! Can you explain?” tanya Wardah, bercekak pinggang.
“Emm mana
Riz tahu em Riz kan kena tikam em nasib tak mati tau emm Wardah tak kesiankan
Riz ka?” tanya Riz. Boleh runtuh iman si Wardah ni tengok Riz buat muka
babyface sambil duduk dekat bawah tu dengan tangannya tak berhenti-henti
mencabut perlahan rumput-rumput. Seperti seorang anak kecil yang sedang
merajuk. Ya Allah, kuatkanlah hatiku!
“Kau tak
payah nak buat comel dekat sini. Takdanya aku nak meleleh macam
perempuan-perempuan lain. Aku cuma nak tahu, kenapa kau tak mati?” tanya
Wardah, menyinga.
“Sampai
hati nak Riz mati....” kata Riz, perlahan. “Mana Riz tahu emm Riz kena tikam
lepastu semua hitam em sedar-sedar ja doktor cakap boleh balik rumah em sebab
ada orang yang dermakan darah dekat Riz.”
“Dermakan
darah? Siapa yang dermakan tu?” tanya Wardah.
“Entah.
Doktor cakap orang tu taknak namanya diberitahu. Em Riz ingatkan Wardah yang
dermakan tapi emm..”
“Weh kau
tak payah nak gedik sangat la. Rugi je darah aku dermakan dekat orang macam
kau. Habistu kenapa Khai cakap kau dah meninggal?”
“Em mana
Riz tahu em..”
“Weh kau
serius boleh tak?” kata Wardah, tegas. Dia tidak mahu cair dengan kata-kata
lelaki ini. Kalau Riz terus buat comel macamni, takut nanti dia yang terjatuh.
Ergh! Can you imagine? Seorang lelaki berkulit cerah dengan rambut keperangan
dan bermata biru sedang duduk bersila di atas tanah, mencabut rumput-rumput di
hadapannya sambil bercakap manja-manja? Oh no.
“Ye la.
Aku saja suruh Khai text macamtu dekat kau. Aku cuma nak tengok, kau care tak
pasal aku. Aku cuma nak tahu, kalau aku dah takde nanti kau datang tak jenguk
aku. Tu ja. Sebab kau berjaya buat apa yang pernah Aireen buat dekat aku.” kata
Riz, sambil bangun. Setelah itu, dia berlalu menuju ke arah Mini Cooper
miliknya. Enjin dihidupkan, kemudian dia berlalu pergi.
Wardah
terdiam. Mulut terkunci.
***
“Aireen,
betul ke apa yang Riz buat ni? No. Sebenarnya, cuma Aireen dalam hati Riz.
Tiada perempuan lain dah. Macam yang Riz dah nekad, Riz takkan pernah cinta
perempuan lain selain daripada Aireen. But now, ada seorang muslimah ala ninja
ni, dia berjaya buat apa yang Aireen pernah buat dekat Riz dulu. Apa? Dia
berjaya buat Riz rindu. You know me kan Aireen? Riz tak mudah dan takkan pernah
rindukan seseorang melainkan Aireen. Tapi dia..” kata Riz, terduduk di hadapan
kubur Aireen. Dia mengelap air mata yang mengalir.
“Jangan
risau. Aireen tetap yang first dalam hati Riz. Aireen, tunggu Riz dekat Syurga?
Riz still tak puas hidup dengan cinta Aireen. Tau? Wait for me...” kata Riz,
lalu berdiri. Dan setelah itu, dia berlalu pergi meninggalkan kubur Aireen Farzana,
bekas tunangnya itu.
Riz
memasuki keretanya. Ditatap gambar Aireen lama-lama. Ya Allah, betulkah rasa
ini? Adakah benar si ninja tak guna tu jodohku? Dia benar-benar yakin yang si
Wardah itu jodohnya setelah dia koma tempoh hari. Selama dia tak sedarkan diri,
hanya Wardah yang menemaninya dalam mimpi. Dan dia jadi bertambah yakin setelah
mimpi itu dia dapat selepas dia melakukan solat Istikharah 3 malam
berturut-turut. Ya Allah, adakah dia jodoh istikharah aku?
Kereta
Mini Cooper Riz memecut laju, meninggalkan perkarangan kubur yang menyimpan
jasad bekas kekasihnya yang paling dicintai oleh insan bernama Danish Rizqi
Benjamin.
***
Zack tak
senang duduk apabila mendengar berita yang Riz masih hidup. Dia ingat si Riz ni
dah mati ditikam gangster dekat kedai burger tu. Boleh pulak tak mati. Kebal
betul.
Zack
terus menerus menghisap rokok yang berada ditangan. Asapnya berkepul-kepul
apabila di lepaskan. Setelah habis rokok dihisap, dia membuang putung rokok itu
kebawah.
“Ni Zack?
Yang call kami semalam?” tanya seorang lelaki berbadan sasa.
“Ya. Aku Zack. Duduklah dulu.” arah Zack kepada tiga orang lelaki berbadan sasa di hadapannya. Seorang diantara mereka yang bernama Nizam itu lagaknya seperti ketua mereka.
“So, apa
kau nak kami buat?” tanya Nizam setelah duduk berhadapan dengan Zack.
Zack
memberi sekeping gambar kepada Nizam. Nizam mengambil gambar tersebut dan
membeleknya.
“Ni bukan
ke anak CEO mat saleh tu?” tanya Nizam. Yalah, siapa yang tak kenal dengan Riz
Benjamin, anak CEO yang sangat terkenal itu.
“A’ah.
Dia la tu.” jawab Zack, ringkas.
“Kau nak kami buat apa dengan budak ni?” tanya Nizam lagi. “Aku nak kau bawa jantung dia dekat aku.” “Hahahahahahahaha perkara mudah bro. Itu tak penting. Yang pentingnya, berapa ribu aku boleh dapat buat kerja ni?” tanya Nizam sambil ketawa, diikuti oleh dua orang lagi anak buahnya.
“Sekarang,
aku bagi 5k dulu. Aku dapat jantung dia, lagi 15k aku bagi. Boleh?” kata Zack.
Dendam yang telah lama tersimpan buat Riz itu membuatkannya bertindak melebihi
batas. Mana dia dapat duit itu? Digadainya rantai mak dan kakaknya, tanpa
pengetahuan mereka. Itu tak kisah, yang penting, dia mahu lihat Danish Rizqi
mati!
“Hahahahaha
lumayan harga tu bro. Haha baik, aku terima.” kata Nizam, lalu bangun dan
beredar daripada restoran itu.
“Kau
tunggulah Riz, kau akan mati. Pasti! Hahahahahahahahhahahhaa.” tawa Zack penuh
benci.
***
Riz baru
keluar daripada 7 Eleven. Sejuk tekaknya apabila minuman slurpee itu menerjah
anak tekaknya. Cuaca yang panas ni, buat dia dahagakan air yang berais. Dia
berjalan menuju ke arah keretanya yang diparkir di belakang lorong 7 Eleven
tersebut. Yelah, nak cari parkir time-time macamni memang tak jumpa la
jawabnya. Penuh. Bak kata omputeh, full.
Sedang
dia berjalan, dia ditahan sekumpulan lelaki yang kemas memegang kayu baseball.
Seorang daripada mereka memakai baju tanpa lengan, berjalan di tengah dan
lagaknya seperti ketua mereka. Dia sambil tersenyum sinis menegur Riz.
“Hai
Benjamin. Sorang je? Alolo jalan sorang-sorang macamni, tak takut kena rogol
ke? Hahahahahaha.” tawa Nizam dan anak buahnya yang lain turut ketawa. Kecut
jugaklah perut Riz. “Agak-agaknya ni ke balasan sebab aku nipu ninja tu yang
aku dah mati?” bisik hati kecil Riz.
“Apa kau
nak?” tanya Riz.
“Ada
orang suruh aku ambil jantung kau. Kalau kau bagi kerjasama, tak sakit sangat
la. Aku buat kejap je hahahhahaha.” gelak Nizam lagi.
“Ada
orang suruh? Siapa?” tanya Riz, curious.
“Perlu ke
kau tahu? Kalau kau tahu sekarang pun, bukannya lepasni kau boleh jumpa dia
dah, melainkan dekat Syurga. Hahahhaa eh jap, kau mungkin la pergi Syurga. Tapi
si Zack tu dah confirm neraka. Hahahahhahaha.” gelak Nizam dengan anak-anak
buahnya.
“Zack?
Zack budak skema tu yang suruh?” terkejut Riz. Takkanlah Zack yang dekat
kolejnya tu? Memang dia agak kasar dengan Zack selama ni, tapi dia cuma
bergurau. Takkanlah sampai macam ni sekali?
“Alah
tersebut pulak nama budak tu. Hahaha biarlah. Dah, aku nak korang hentak dia ni
sampai pengsan. Senang aku nak buat kerja lepasni.” arah Nizam. Anak-anak
buahnya sudah sedia dengan kayu baseball masing-masing.
Setelah
itu, mereka datang mengelilingi Riz. Mereka semua lebih kurang dalam sembilan
orang kesemuanya. Tanpa menunggu lama, mereka memukul Riz beramai-ramai. Teruk
Riz dikerjakan. Luka jahitan di perutnya terbuka. Dia degil. Sebenarnya,
ayahnya tidak membenarkan dia keluar kemana-mana kerana jahitan di perutnya itu
masih baru lagi. Tapi, dah namanya Riz, mana nak dengar cakap. Riz memegang
perutnya, sakit!
Tiba-tiba..
“Woi. Apa
ni buat kecoh dekat tempat aku? Nak bunuh orang, sila ke lorong yang
seterusnya. Hahahah berambus!” kata seorang lelaki yang datang bersama-sama
anak buahnya, lebih kurang 15 orang kesemuanya. Mereka mendapat laporan yang
kumpulan Lucifer memasuki kawasan mereka.
Nizam
yang ketika itu mahu membelah dada Riz, berpaling menghadap si pemilik suara
tersebut.
“Alahai.
Kejap la bro. Aku ada kerja sikit ni. Bagi aku settlekan budak ni, lepastu aku
blah. Boleh?” kata Nizam. Takut sebenarnya kerana dia kenal sangat dengan
kumpulan Baiko, gangster yang amat berpengaruh di negeri mereka.
“Kau
budak, tepi sikit.” arah Tai, ketua kumpulan tadi mengarahkan Nizam untuk
berganjak daripada Riz. Tai mengamati wajah Riz.
“Eh? Ni
budak yang aku tikam malam tu. Lama jugak aku cari budak ni mau bilang sorry
sebab tersalah tikam malam tu. Alahai..” kata Tai kepada anak buahnya. “Pehal
kau pukul budak ni?” tanya Tai.
“Ada
orang suruh aku ambil nyawa dia.” jawab Nizam, mula berasa tidak sedap hati.
“Ehhhhh
budak ni. Kau fikir kau malaikat maut ke nak cabut nyawa orang? Ada orang
suruh? Oh . Kalau macamtu, aku nak suruh budak-budak aku ni pukul kau sorang
sekali boleh?”
Kata-kata
Tai itu membuatkan jantung Nizam berdegup pantas. Takut.
“Eh bro
ke.. kenapa pulak? Aku er aku tak buat salah pun dengan kau.”
“Kau tahu
tak? Kalau kau bunuh dia tadi, aku tak sempat nak minta maaf dengan dia. Weh
korang tunggu apa lagi, aku nak kau baringkan mamat ni dengan budak-budak dia
atas tar ni. Silakan.” arah Tai kepada anak buahnya. Sementara berlaku
bergaduhan yang dahsyat, Tai mengangkat Riz dan membawa Riz memasuki keretanya.
“Bro, kau
sabar sikit. Aku bawa kau pergi hospital.” Kata Tai, lalu masuk ke tempat duduk
hadapan. “Dah tu kau tunggu apa lagi? Jalan la.” tempik Tai kepada pemandunya.
“Mana
taiko?”
“Dah
orang tengah parah, takkan nak bawak pergi fun-fair pulak?” kata Tai sambil
mengetuk kepala pemandunya.
Kereta
diarah menuju ke hospital berdekatan. Sedang dalam perjalanan, telefon Riz
berbunyi. Tai mengambil telefon Riz, tertera nama Khai di skrin telefonnya.
“Halo.
Siapa di sana? Tai disini.” kata Tai.
“Eh, Riz
mana?”
“Riz otw
nak mati. Nak jumpa dia, pergi hosptal besar.” kata Tai, lalu menutup telefon
Riz.
...
“Wardah...
Wardah..” tiba-tiba, terkeluar nama itu dari mulut Riz. Sambil memegang
jahitannya yang terbuka, bibirnya tidak berhenti daripada menyebut nama bakal
cintanya.
Akhirnya,
kembali gelap pemandangan mata Riz.
Pitam. |
54 Comments:
hahaha..ade unsur lawak ckit.. btw..nice ^^
Kesian Riz . Naa sambungan . Tak sabar nak tahu ..
Spoil lah haha baru je gelak² pasal riz tadi. Tapi part tai nak minta maaf pon klaka jugak hehe
Haha macam baca novel cinta islamik
"Kenapa kau tak mati" hahahahahaha
Fuuhhh abanh cita hang hahah bagus-ii
Woow.. fuhh.. menarik..
Kesiannyer riz. ������
Melalut kau ni dah mcm citer indon tau tak. Hahaha btw, tetap best. Zack tu sape? Tak ingat lak
Haha riz takkan mati agak dah kene pukul tarr mane pon dia hidup haha ilmu aoa dia pakai sampai kebal haha pc jadi ke sampai bab12? Lebih takleh?
Tai nak mintak maaf memang gempak .. Riz sabaq la hang na
Hahaha...lawak n xsabar nk tngu next part...
riz otw nak mati.haha
Aaa jangan mati Riz huhu . Alaa hero takkan nak mati pulak kan haha .
SIAPA DERMA DARAH KAT RIZ? JENG3
Mcm lawak je -,- tai nk minta maaf tetiba .
aduhaiii. saspen gila ..
is it 30 part pf this story? erm tambahlah lagi 😁😁😁
gempak ah. haha. part 12 part 12. nk masuk asrama dh ni. T_T
This comment has been removed by the author.
Tak sabar la next part
Nk part 12 ,please . Sabtu ni dh nk masuk asrama . Acane nk baca nnti . Huaa
Hahahahaha lawak dan lain daripada yang lain. Good job :) cerita macam ni la yang best nak baca ��
Best laa citer diaa Pc :) First time layan nii,
Best �� jln cerita mcm novel cinta kontrak lak
Ya Allah bestnya ���� nak lagi hahahhaa
12 please. Can't wait. Fall in love with this online novel. Hahaha
Kuaja la zack ish haha tak sngka gengsta minta maaf :3
Best.
Wahh. Terbaikkkk
Akhiiiii nak part 12 akhi pls pls buat lah malam ni ke hehe jazakAllahu khairan
Part 12.... *^O^*
part 12,13,14 sebelum hari ahad 10 pagi plsss
Sebenarnya taknak terjebak dgn online novel or cerita camni tapi....... Aaahaahaha sbb dah tahu nanti tak sabar nak tahu sambungan cis
Assalamualaikum . Watak wardah dah hilang serinya . Cerita ni pada awalnya menarik tapi lama kelamaan dah jadi mcm jadi novel yg byk di luar . Yg boleh dijangka . Saya mengharapkan anda kembali watak wardah sebagai seorang muslimah yang menjaga ikhtilatnya dalam islam
boleh pulak tersalah orang di hentak time tu.. hahaha. btw harap2 Riz tak meninggal
nak part 12 pulakk
Watak zack tu ada kaitan ke dgn crita soleh tu bukan aku ?
Ending ni, Mesti Wardah ngan Rizqi en? Hehehe. Teka je
Akhi , sambung la . tak sabar ana nak tau :3
ana pun sokong jugak.I like Wardah old and different story way...crta ni dh sama mcm novel2 yg lain.Hilang seri..
ana tak paksa untuk suka. maaflah kalau tak suka novel ni.
Saya suka lah watak wardah . muslimah sejati . tapi kalau boleh buat lah dieorg nikah cepat takut tak jaga ikhtilat pulak . hihi ni pendapat saya je pc akhi jangan marah nanti tak cute dah agagagaga
This comment has been removed by the author.
Bile part12 akn dikeluarkan....
Esok pagi balik asrama. Tak dapat nak baca.. Btw, semua post2 pc, semua bestbest &bermanfaat :)) Teruskan! Qum Zalzilzalzalah :) Hi hifzillah ya penulis.
Wah makin interesting this story.
maaf ya. tapi makin lama makin melalut cerita ni.. macam tak logik.
Bile smbungan?tiap2 hari kot check ade smbungan ke tak.esok nak balik asrama dah.syukran
Subhanallah..teknik twist yang bagus..Teruskan ya akhi..
Salam. Mungkin akhi boleh tambah lagi unsur islamik? :) Bukan utk wardah, tapi utk novel ini, tak kisah la pada watak ke situasi ke. Org tegur sbb nak awak improve the quality of this story, bukannya sbb tak suka ya akhi. Mana tahu ada non-muslim yg baca, boleh tarik perhatian mereka tentang islam. Barakallahu feek
Kemon cepat buat part 12
Good job tapi boleh improve in sha allah . kalau boleh tunjuk the real niqabis way of muamalah . Takut nanti niqabis dituduh jd fitnah kpd agama and jangan cinta pada manusia too much . Sorry kalau terkasar bahasa ��
Sejahat-jahat samseng pungss ,, ade hati yg murrniii . Right !!!
Like 2x XD
Post a Comment