Mehmed Fetih
Home About Twitter +Follow -Dash

Disklemer


" Bila menulis, waktu itu mulut terkunci dan yang berbicara cuma hati."

ChatOn!


Mastermind.

© Template design by ZOFF IR @theezenith_. thanks for Base code by ~~.

“Layakkah aku?” (Part 11)
Wednesday, January 7, 2015 • 7:49:00 PM • 54 comments



Pedal minyak ditekan. Kereta meluncur laju.

“Weh Wardah, slow la sikit. Kau bawak laju-laju ni, nanti sekali kita dikuburkan.” kata Haura dengan suara yang agak tinggi. Meter dah mencecah 140km/j. Gila betul ninja turtle ni. Dia ingat macam naik traktor ninja turtle tu kot.

Wardah diam. Cuma air mata yang mengalir. Dia memang tidak percaya yang si mat sale celup tu dah tiada. Tapi, kenapa dia bersedih? “Aku sedih pasal Farish la, bukan Riz.” kata egonya.

Brek ditekan setelah dia memasuki rumah Riz. Ketika itu, sudah ramai orang berkumpul. Hatinya meruntun hiba tiba-tiba.  Dia mematikan enjin kereta. Dia mengelap air matanya dengan tisu yang diberi Haura tadi. Dia membuka pintu kereta. Orang pertama yang dia lihat ialah Khai yang sedang duduk di kerusi batu di halaman rumah Riz.

Langkah kakinya diatur menuju ke arah Khai.

“Khai, diorang nak simpan Riz bila?”
“Entahlah.” jawab Khai sepatah.

Wardah menarik tangan Haura, menuju ke dalam rumah. Dan waktu itu, dia terserempak dengan ayah Riz, En. Zain.

“Pakcik, takziah ya.” kata Wardah dengan suara yang penuh dengan dukacita.
“Takziah? For what?” tanya En. Zain, pelik.
“Kan Riz...” belum sempat Wardah menyambung biacara, tiba-tiba ada yang memotong.
“Papa, daging kambing ni nak letak mana?” kata Riz yang datang sambil mengangkat daging kambing yang diisi dalam tong. Hampir pitam Wardah dan Haura dibuatnya.

“Letak dekat luar daging tu. Diorang nak masak dah rasanya.” kata ayah Riz. “Er ya Wardah. Takziah kenapa tadi?” tanya En. Zain semula.
“Err takdepape lah pakcik. Saya pergi luar dulu eh?” kata Wardah dengan muka yang merah, menahan malu.

Dia mengejar Riz yang tiba-tiba berjalan laju menuju ke luar. Raket di tepi pintu dicapai. Setelah Riz meletakkan daging kambing itu dibawah, dipukulnya Riz bertalu-talu.

“Woi tak guna! Kau fikir mati ni main-main ke? Eh kau ingat air mata aku ni murah ke nak keluar sebab kau? Tak guna betul.” Kata Wardah, hilang sabarnya ketika itu. Tanpa dia sedar, ramai yang memerhatikannya memukul Riz ketika itu. Haura ketika itu sedang cuba menenangkan Wardah.
“Dah la Wardah, semua orang tengah tengok kau tu. Dah dah.” Kata Haura.

Baru Wardah sedar, yang dia sedang berada di halaman rumah Riz. Semua mata tertumpu kepadanya ketika itu.

“Hehehe maaf-maaf. Tadi Riz cakap belakang dia ada binatang masuk. Tu saya nak bunuh binatang tu. Maaf.” kata Wardah kepada mereka yang sedang melihatnya ketika itu.

Dari jauh, dia melihat Khai perlahan-lahan bangun dari kerusi untuk melarikan diri. Dengan raket yang masih ditangan, dia berjalan pantas menuju ke arah Khai.

“Ahh sudah.” kata Haura menepuk dahinya.

Setibanya Wardah di kerusi batu tempat Khai yang ketika itu sedang berjalan perlahan-lahan untuk masuk ke dalam rumah, Wardah memanggil Khai.

“Hehe hai Khairul. Jenazahnya di mana ya?” tanya Wardah dengan senyum penuh makna.
“Err jenazah apa ya Wardah?” tanya Khai, seolah-olah tidak mengerti.
“Better kau bagitahu aku perkara yang sebetulnya sebelum kau yang jadi jenazah.” kata Wardah, tenang. Cakap yang tenang ni la yang membuatkan Khai lebih gerun.
“Err mana la aku tahu. Kau tanya la mastermind.” jawab Khai, perlahan.
“Mastermind?”
“Tu.” tunjuk Khai dengan tangannya.

Kelihatan seorang lelaki yang sedang duduk di atas tanah sambil menggosok-gosok badannya yang sakit dipukul ninja. Wardah menyusun langkahnya menuju ke arah Riz semula. Haura ditinggalkan dengan Khai.

“Danish Rizqi Benjamin! Can you explain?” tanya Wardah, bercekak pinggang.
“Emm mana Riz tahu em Riz kan kena tikam em nasib tak mati tau emm Wardah tak kesiankan Riz ka?” tanya Riz. Boleh runtuh iman si Wardah ni tengok Riz buat muka babyface sambil duduk dekat bawah tu dengan tangannya tak berhenti-henti mencabut perlahan rumput-rumput. Seperti seorang anak kecil yang sedang merajuk. Ya Allah, kuatkanlah hatiku!

“Kau tak payah nak buat comel dekat sini. Takdanya aku nak meleleh macam perempuan-perempuan lain. Aku cuma nak tahu, kenapa kau tak mati?” tanya Wardah, menyinga.
“Sampai hati nak Riz mati....” kata Riz, perlahan. “Mana Riz tahu emm Riz kena tikam lepastu semua hitam em sedar-sedar ja doktor cakap boleh balik rumah em sebab ada orang yang dermakan darah dekat Riz.”

“Dermakan darah? Siapa yang dermakan tu?” tanya Wardah.
“Entah. Doktor cakap orang tu taknak namanya diberitahu. Em Riz ingatkan Wardah yang dermakan tapi emm..”
“Weh kau tak payah nak gedik sangat la. Rugi je darah aku dermakan dekat orang macam kau. Habistu kenapa Khai cakap kau dah meninggal?”
“Em mana Riz tahu em..”

“Weh kau serius boleh tak?” kata Wardah, tegas. Dia tidak mahu cair dengan kata-kata lelaki ini. Kalau Riz terus buat comel macamni, takut nanti dia yang terjatuh. Ergh! Can you imagine? Seorang lelaki berkulit cerah dengan rambut keperangan dan bermata biru sedang duduk bersila di atas tanah, mencabut rumput-rumput di hadapannya sambil bercakap manja-manja? Oh no.

“Ye la. Aku saja suruh Khai text macamtu dekat kau. Aku cuma nak tengok, kau care tak pasal aku. Aku cuma nak tahu, kalau aku dah takde nanti kau datang tak jenguk aku. Tu ja. Sebab kau berjaya buat apa yang pernah Aireen buat dekat aku.” kata Riz, sambil bangun. Setelah itu, dia berlalu menuju ke arah Mini Cooper miliknya. Enjin dihidupkan, kemudian dia berlalu pergi.
Wardah terdiam. Mulut terkunci.

***

“Aireen, betul ke apa yang Riz buat ni? No. Sebenarnya, cuma Aireen dalam hati Riz. Tiada perempuan lain dah. Macam yang Riz dah nekad, Riz takkan pernah cinta perempuan lain selain daripada Aireen. But now, ada seorang muslimah ala ninja ni, dia berjaya buat apa yang Aireen pernah buat dekat Riz dulu. Apa? Dia berjaya buat Riz rindu. You know me kan Aireen? Riz tak mudah dan takkan pernah rindukan seseorang melainkan Aireen. Tapi dia..” kata Riz, terduduk di hadapan kubur Aireen. Dia mengelap air mata yang mengalir.

“Jangan risau. Aireen tetap yang first dalam hati Riz. Aireen, tunggu Riz dekat Syurga? Riz still tak puas hidup dengan cinta Aireen. Tau? Wait for me...” kata Riz, lalu berdiri. Dan setelah itu, dia berlalu pergi meninggalkan kubur Aireen Farzana, bekas tunangnya itu.

Riz memasuki keretanya. Ditatap gambar Aireen lama-lama. Ya Allah, betulkah rasa ini? Adakah benar si ninja tak guna tu jodohku? Dia benar-benar yakin yang si Wardah itu jodohnya setelah dia koma tempoh hari. Selama dia tak sedarkan diri, hanya Wardah yang menemaninya dalam mimpi. Dan dia jadi bertambah yakin setelah mimpi itu dia dapat selepas dia melakukan solat Istikharah 3 malam berturut-turut. Ya Allah, adakah dia jodoh istikharah aku?

Kereta Mini Cooper Riz memecut laju, meninggalkan perkarangan kubur yang menyimpan jasad bekas kekasihnya yang paling dicintai oleh insan bernama Danish Rizqi Benjamin.

***

Zack tak senang duduk apabila mendengar berita yang Riz masih hidup. Dia ingat si Riz ni dah mati ditikam gangster dekat kedai burger tu. Boleh pulak tak mati. Kebal betul.

Zack terus menerus menghisap rokok yang berada ditangan. Asapnya berkepul-kepul apabila di lepaskan. Setelah habis rokok dihisap, dia membuang putung rokok itu kebawah.

“Ni Zack? Yang call kami semalam?” tanya seorang lelaki berbadan sasa.
“Ya. Aku Zack. Duduklah dulu.” arah Zack kepada tiga orang lelaki berbadan sasa di hadapannya. Seorang diantara mereka yang bernama Nizam itu lagaknya seperti ketua mereka.
“So, apa kau nak kami buat?” tanya Nizam setelah duduk berhadapan dengan Zack.
Zack memberi sekeping gambar kepada Nizam. Nizam mengambil gambar tersebut dan membeleknya.

“Ni bukan ke anak CEO mat saleh tu?” tanya Nizam. Yalah, siapa yang tak kenal dengan Riz Benjamin, anak CEO yang sangat terkenal itu.
“A’ah. Dia la tu.” jawab Zack, ringkas.
“Kau nak kami buat apa dengan budak ni?” tanya Nizam lagi.
“Aku nak kau bawa jantung dia dekat aku.”
“Hahahahahahahaha perkara mudah bro. Itu tak penting. Yang pentingnya, berapa ribu aku boleh dapat buat kerja ni?” tanya Nizam sambil ketawa, diikuti oleh dua orang lagi anak buahnya.
“Sekarang, aku bagi 5k dulu. Aku dapat jantung dia, lagi 15k aku bagi. Boleh?” kata Zack. Dendam yang telah lama tersimpan buat Riz itu membuatkannya bertindak melebihi batas. Mana dia dapat duit itu? Digadainya rantai mak dan kakaknya, tanpa pengetahuan mereka. Itu tak kisah, yang penting, dia mahu lihat Danish Rizqi mati!

“Hahahahaha lumayan harga tu bro. Haha baik, aku terima.” kata Nizam, lalu bangun dan beredar daripada restoran itu.

“Kau tunggulah Riz, kau akan mati. Pasti! Hahahahahahahahhahahhaa.” tawa Zack penuh benci.

***

Riz baru keluar daripada 7 Eleven. Sejuk tekaknya apabila minuman slurpee itu menerjah anak tekaknya. Cuaca yang panas ni, buat dia dahagakan air yang berais. Dia berjalan menuju ke arah keretanya yang diparkir di belakang lorong 7 Eleven tersebut. Yelah, nak cari parkir time-time macamni memang tak jumpa la jawabnya. Penuh. Bak kata omputeh, full.

Sedang dia berjalan, dia ditahan sekumpulan lelaki yang kemas memegang kayu baseball. Seorang daripada mereka memakai baju tanpa lengan, berjalan di tengah dan lagaknya seperti ketua mereka. Dia sambil tersenyum sinis menegur Riz.

“Hai Benjamin. Sorang je? Alolo jalan sorang-sorang macamni, tak takut kena rogol ke? Hahahahahaha.” tawa Nizam dan anak buahnya yang lain turut ketawa. Kecut jugaklah perut Riz. “Agak-agaknya ni ke balasan sebab aku nipu ninja tu yang aku dah mati?” bisik hati kecil Riz.
“Apa kau nak?” tanya Riz.
“Ada orang suruh aku ambil jantung kau. Kalau kau bagi kerjasama, tak sakit sangat la. Aku buat kejap je hahahhahaha.” gelak Nizam lagi.
“Ada orang suruh? Siapa?” tanya Riz, curious.
“Perlu ke kau tahu? Kalau kau tahu sekarang pun, bukannya lepasni kau boleh jumpa dia dah, melainkan dekat Syurga. Hahahhaa eh jap, kau mungkin la pergi Syurga. Tapi si Zack tu dah confirm neraka. Hahahahhahaha.” gelak Nizam dengan anak-anak buahnya.
“Zack? Zack budak skema tu yang suruh?” terkejut Riz. Takkanlah Zack yang dekat kolejnya tu? Memang dia agak kasar dengan Zack selama ni, tapi dia cuma bergurau. Takkanlah sampai macam ni sekali?
“Alah tersebut pulak nama budak tu. Hahaha biarlah. Dah, aku nak korang hentak dia ni sampai pengsan. Senang aku nak buat kerja lepasni.” arah Nizam. Anak-anak buahnya sudah sedia dengan kayu baseball masing-masing.

Setelah itu, mereka datang mengelilingi Riz. Mereka semua lebih kurang dalam sembilan orang kesemuanya. Tanpa menunggu lama, mereka memukul Riz beramai-ramai. Teruk Riz dikerjakan. Luka jahitan di perutnya terbuka. Dia degil. Sebenarnya, ayahnya tidak membenarkan dia keluar kemana-mana kerana jahitan di perutnya itu masih baru lagi. Tapi, dah namanya Riz, mana nak dengar cakap. Riz memegang perutnya, sakit!

Tiba-tiba..

“Woi. Apa ni buat kecoh dekat tempat aku? Nak bunuh orang, sila ke lorong yang seterusnya. Hahahah berambus!” kata seorang lelaki yang datang bersama-sama anak buahnya, lebih kurang 15 orang kesemuanya. Mereka mendapat laporan yang kumpulan Lucifer memasuki kawasan mereka.
Nizam yang ketika itu mahu membelah dada Riz, berpaling menghadap si pemilik suara tersebut.
“Alahai. Kejap la bro. Aku ada kerja sikit ni. Bagi aku settlekan budak ni, lepastu aku blah. Boleh?” kata Nizam. Takut sebenarnya kerana dia kenal sangat dengan kumpulan Baiko, gangster yang amat berpengaruh di negeri mereka.

“Kau budak, tepi sikit.” arah Tai, ketua kumpulan tadi mengarahkan Nizam untuk berganjak daripada Riz. Tai mengamati wajah Riz.
“Eh? Ni budak yang aku tikam malam tu. Lama jugak aku cari budak ni mau bilang sorry sebab tersalah tikam malam tu. Alahai..” kata Tai kepada anak buahnya. “Pehal kau pukul budak ni?” tanya Tai.
“Ada orang suruh aku ambil nyawa dia.” jawab Nizam, mula berasa tidak sedap hati.
“Ehhhhh budak ni. Kau fikir kau malaikat maut ke nak cabut nyawa orang? Ada orang suruh? Oh . Kalau macamtu, aku nak suruh budak-budak aku ni pukul kau sorang sekali boleh?”

Kata-kata Tai itu membuatkan jantung Nizam berdegup pantas. Takut.

“Eh bro ke.. kenapa pulak? Aku er aku tak buat salah pun dengan kau.”
“Kau tahu tak? Kalau kau bunuh dia tadi, aku tak sempat nak minta maaf dengan dia. Weh korang tunggu apa lagi, aku nak kau baringkan mamat ni dengan budak-budak dia atas tar ni. Silakan.” arah Tai kepada anak buahnya. Sementara berlaku bergaduhan yang dahsyat, Tai mengangkat Riz dan membawa Riz memasuki keretanya.

“Bro, kau sabar sikit. Aku bawa kau pergi hospital.” Kata Tai, lalu masuk ke tempat duduk hadapan. “Dah tu kau tunggu apa lagi? Jalan la.” tempik Tai kepada pemandunya.
“Mana taiko?”
“Dah orang tengah parah, takkan nak bawak pergi fun-fair pulak?” kata Tai sambil mengetuk kepala pemandunya.

Kereta diarah menuju ke hospital berdekatan. Sedang dalam perjalanan, telefon Riz berbunyi. Tai mengambil telefon Riz, tertera nama Khai di skrin telefonnya.

“Halo. Siapa di sana? Tai disini.” kata Tai.
“Eh, Riz mana?”
“Riz otw nak mati. Nak jumpa dia, pergi hosptal besar.” kata Tai, lalu menutup telefon Riz.

...

“Wardah... Wardah..” tiba-tiba, terkeluar nama itu dari mulut Riz. Sambil memegang jahitannya yang terbuka, bibirnya tidak berhenti daripada menyebut nama bakal cintanya.
Akhirnya, kembali gelap pemandangan mata Riz.

Pitam.




54 Comments:

Anonymous Anonymous said...

hahaha..ade unsur lawak ckit.. btw..nice ^^

January 7, 2015 at 8:06 PM  
Anonymous Anonymous said...

Kesian Riz . Naa sambungan . Tak sabar nak tahu ..

January 7, 2015 at 8:06 PM  
Anonymous athirahsofea said...

Spoil lah haha baru je gelak² pasal riz tadi. Tapi part tai nak minta maaf pon klaka jugak hehe

January 7, 2015 at 8:07 PM  
Anonymous Anonymous said...

Haha macam baca novel cinta islamik

January 7, 2015 at 8:09 PM  
Anonymous Anonymous said...

"Kenapa kau tak mati" hahahahahaha

January 7, 2015 at 8:10 PM  
Blogger nhvpi said...

Fuuhhh abanh cita hang hahah bagus-ii

January 7, 2015 at 8:11 PM  
Blogger Unknown said...

Woow.. fuhh.. menarik..

January 7, 2015 at 8:12 PM  
Anonymous Anonymous said...

Kesiannyer riz. ������

January 7, 2015 at 8:15 PM  
Anonymous Anonymous said...

Melalut kau ni dah mcm citer indon tau tak. Hahaha btw, tetap best. Zack tu sape? Tak ingat lak

January 7, 2015 at 8:25 PM  
Anonymous Anonymous said...

Haha riz takkan mati agak dah kene pukul tarr mane pon dia hidup haha ilmu aoa dia pakai sampai kebal haha pc jadi ke sampai bab12? Lebih takleh?

January 7, 2015 at 8:28 PM  
Anonymous Anonymous said...

Tai nak mintak maaf memang gempak .. Riz sabaq la hang na

January 7, 2015 at 8:29 PM  
Blogger Unknown said...

Hahaha...lawak n xsabar nk tngu next part...

January 7, 2015 at 8:31 PM  
Blogger aku ego said...

riz otw nak mati.haha

January 7, 2015 at 8:35 PM  
Anonymous Anonymous said...

Aaa jangan mati Riz huhu . Alaa hero takkan nak mati pulak kan haha .

January 7, 2015 at 8:42 PM  
Anonymous Anonymous said...

SIAPA DERMA DARAH KAT RIZ? JENG3

January 7, 2015 at 8:44 PM  
Anonymous Anonymous said...

Mcm lawak je -,- tai nk minta maaf tetiba .

January 7, 2015 at 9:04 PM  
Anonymous Anonymous said...

aduhaiii. saspen gila ..

January 7, 2015 at 9:23 PM  
Blogger Unknown said...

is it 30 part pf this story? erm tambahlah lagi 😁😁😁

January 7, 2015 at 9:33 PM  
Anonymous Anonymous said...

gempak ah. haha. part 12 part 12. nk masuk asrama dh ni. T_T

January 7, 2015 at 9:41 PM  
Blogger Unknown said...

This comment has been removed by the author.

January 7, 2015 at 10:04 PM  
Blogger Unknown said...

Tak sabar la next part

January 7, 2015 at 11:14 PM  
Blogger Unknown said...

Nk part 12 ,please . Sabtu ni dh nk masuk asrama . Acane nk baca nnti . Huaa

January 7, 2015 at 11:15 PM  
Anonymous Anonymous said...

Hahahahaha lawak dan lain daripada yang lain. Good job :) cerita macam ni la yang best nak baca ��

January 7, 2015 at 11:29 PM  
Anonymous Anonymous said...

Best laa citer diaa Pc :) First time layan nii,

January 8, 2015 at 12:48 AM  
Anonymous Anonymous said...

Best �� jln cerita mcm novel cinta kontrak lak

January 8, 2015 at 1:22 AM  
Anonymous Anonymous said...

Ya Allah bestnya ���� nak lagi hahahhaa

January 8, 2015 at 2:16 AM  
Blogger Unknown said...

12 please. Can't wait. Fall in love with this online novel. Hahaha

January 8, 2015 at 2:36 AM  
Blogger xxhannah said...

Kuaja la zack ish haha tak sngka gengsta minta maaf :3

January 8, 2015 at 2:38 AM  
Blogger dots said...

Best.

January 8, 2015 at 4:36 AM  
Anonymous Anonymous said...

Wahh. Terbaikkkk

January 8, 2015 at 5:22 AM  
Anonymous Anonymous said...

Akhiiiii nak part 12 akhi pls pls buat lah malam ni ke hehe jazakAllahu khairan

January 8, 2015 at 5:46 AM  
Blogger Nur Zafirah said...

Part 12.... *^O^*

January 8, 2015 at 5:50 AM  
Blogger odet said...

part 12,13,14 sebelum hari ahad 10 pagi plsss

January 8, 2015 at 6:06 AM  
Anonymous Anonymous said...

Sebenarnya taknak terjebak dgn online novel or cerita camni tapi....... Aaahaahaha sbb dah tahu nanti tak sabar nak tahu sambungan cis

January 8, 2015 at 6:09 AM  
Anonymous Anonymous said...

Assalamualaikum . Watak wardah dah hilang serinya . Cerita ni pada awalnya menarik tapi lama kelamaan dah jadi mcm jadi novel yg byk di luar . Yg boleh dijangka . Saya mengharapkan anda kembali watak wardah sebagai seorang muslimah yang menjaga ikhtilatnya dalam islam

January 8, 2015 at 7:19 AM  
Blogger si penaip semula said...

boleh pulak tersalah orang di hentak time tu.. hahaha. btw harap2 Riz tak meninggal

January 8, 2015 at 7:43 AM  
Blogger syahirah chaek said...

nak part 12 pulakk

January 8, 2015 at 10:04 AM  
Anonymous Anonymous said...

Watak zack tu ada kaitan ke dgn crita soleh tu bukan aku ?

January 8, 2015 at 2:55 PM  
Anonymous Anonymous said...

Ending ni, Mesti Wardah ngan Rizqi en? Hehehe. Teka je

January 8, 2015 at 6:38 PM  
Blogger Neena Lim said...

Akhi , sambung la . tak sabar ana nak tau :3

January 8, 2015 at 7:31 PM  
Blogger IrFan Fetih said...

ana pun sokong jugak.I like Wardah old and different story way...crta ni dh sama mcm novel2 yg lain.Hilang seri..

January 8, 2015 at 9:35 PM  
Blogger Unknown said...

ana tak paksa untuk suka. maaflah kalau tak suka novel ni.

January 9, 2015 at 12:46 AM  
Anonymous Anonymous said...

Saya suka lah watak wardah . muslimah sejati . tapi kalau boleh buat lah dieorg nikah cepat takut tak jaga ikhtilat pulak . hihi ni pendapat saya je pc akhi jangan marah nanti tak cute dah agagagaga

January 9, 2015 at 2:29 AM  
Blogger missatar ^-^ said...

This comment has been removed by the author.

January 9, 2015 at 2:46 AM  
Anonymous Anonymous said...

Bile part12 akn dikeluarkan....

January 9, 2015 at 7:40 AM  
Blogger Unknown said...

Esok pagi balik asrama. Tak dapat nak baca.. Btw, semua post2 pc, semua bestbest &bermanfaat :)) Teruskan! Qum Zalzilzalzalah :) Hi hifzillah ya penulis.

January 9, 2015 at 8:16 AM  
Anonymous Anonymous said...

Wah makin interesting this story.

January 9, 2015 at 12:23 PM  
Anonymous Anonymous said...

maaf ya. tapi makin lama makin melalut cerita ni.. macam tak logik.

January 9, 2015 at 8:12 PM  
Anonymous Anonymous said...

Bile smbungan?tiap2 hari kot check ade smbungan ke tak.esok nak balik asrama dah.syukran

January 9, 2015 at 8:48 PM  
Blogger Unknown said...

Subhanallah..teknik twist yang bagus..Teruskan ya akhi..

January 10, 2015 at 2:31 AM  
Anonymous Nor Hafisa said...

Salam. Mungkin akhi boleh tambah lagi unsur islamik? :) Bukan utk wardah, tapi utk novel ini, tak kisah la pada watak ke situasi ke. Org tegur sbb nak awak improve the quality of this story, bukannya sbb tak suka ya akhi. Mana tahu ada non-muslim yg baca, boleh tarik perhatian mereka tentang islam. Barakallahu feek

January 10, 2015 at 8:00 AM  
Anonymous Anonymous said...

Kemon cepat buat part 12

January 10, 2015 at 2:54 PM  
Anonymous Anonymous said...

Good job tapi boleh improve in sha allah . kalau boleh tunjuk the real niqabis way of muamalah . Takut nanti niqabis dituduh jd fitnah kpd agama and jangan cinta pada manusia too much . Sorry kalau terkasar bahasa ��

January 15, 2015 at 10:49 AM  
Anonymous EXCELLENT STUDENT said...

Sejahat-jahat samseng pungss ,, ade hati yg murrniii . Right !!!
Like 2x XD

June 1, 2015 at 10:30 PM  

Post a Comment


|