Disklemer
" Bila menulis, waktu itu mulut terkunci dan yang berbicara cuma hati." ChatOn! Mastermind.
| “Layakkah aku?” (Part 14)
Setelah selesai mengebumikan jenazah ibu dan bapa
Haura, malam itu Wardah bermalam di rumah Haura. Riz dan Khai bermalam di
hotel. Kos penginapan bukanlah satu masalah yang besar buat anak CEO sebuah
syarikat yang terkenal bernama Danish Rizqi Benjamin.
“Fuhh. Sedap betul kena bantal ni. Penat aku drive
tadi. Kau la ni, taknak drive. Aku jugak.” rungut Khai sambil membaringkan
badannya di atas katil hotel tersebut.
Riz ketika itu sedang duduk di kerusi sambil
menonton televisyen. Dia dengar akan rungutan Khai tersebut, namun dibiarkan
saja. Lalu, Riz bangun, membuka pintu balkoni dan dia berdiri sambil matanya
melihat bintang-bintang yang berkerdipan.
Khai pelik melihatkan Riz yang sejak dalam
perjalanan ke rumah Haura tadi asyik berdiam. Ditanya sepatah, jawabnya
sepatah. Seperti ada sesuatu yang bermain-main di fikirannya. Khai bangun dari
pembaringan, lalu berjalan menuju ke luar balkoni, bersebelahan dengan Riz.
“Tengok bintang?
Banyak kan bintang tu? Macam girlfriends kau. Hahahaha.” Khai cuba mengubah
suasana yang dingin itu menjadi sedikit ceria. Namun, Riz tidak menunjukkan
riak wajah yang mahu ketawa walaupun sedikit. Khai pelik.
“Weh Riz. Kau kenapa?” tanya Khai.
Riz menarik
nafas panjang. Lama, kemudian lepas.
“Aku lamar
Wardah tempoh hari.”
Terkejut beruk
si Khai. Ternganga mulutnya sambil memandang wajah Riz tidak percaya. “Kau...
biar betul? Kau tampar pipi aku kejap.”
Tanpa berlegah,
Riz menampar pipi Khai, kuat.
“Woi sakit la!”
teriak Khai sambil menggosok perlahan pipinya. Perit. “Hm kiranya aku tak
bermimpi la ni? Perghh sejak bila kau pandai nak melamar orang? Selama ni bukan
I couple you, you couple I ka? Mimpi alam barzakh ka apa?” tanya Khai dengan
muka selamba.
“Mulut kau ni
makin lama makin busuk. Tak.. Aku ada asalan aku yang tersendiri kenapa aku
lamar dia. Cuma...”
“Cuma?” soal
Khai.
“Cuma aku takut, dia tak terima lamaran aku.” luah Riz tentang kekusutan
hatinya.
“Alahai. Sejak
bila ni pandai serabut pasal perempuan. Haha kau ingat lagi kan pagi tadi kita tengok
parents Haura dikebumikan?” tanya Khai.
“Ya, ingat.
Kenapa?”
“Jodoh dan mati,
dua perkara yang pasti. Tapi antara dua itu, mungkin salah satu kita tak sempat
nak rasa iaitu jodoh. Mati? Pasti. Dont worry kawan. Nah, dengar lagu ni..”
kata Khai, lalu membelek telefon pintarnya. Mencari lagu Permata yang Dicari
yang dinyanyikan oleh kumpulan De Hearty lalu diberikan telefonnya kepada Riz.
Sampai sahaja
dekat korus, Khai menyuruh Riz menguatkan volume telefonnya.
“Ya Allah
Jika dia benar untukku,
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku, Jika dia bukan milikku, Damaikanlah hatiku, Dengan ketentuan-Mu”
Habis sahaja lagu
tersebut. Riz memerhati Khai, lama.
“Motif suruh aku
dengar? Jiwang la kau ni haih.” rungut Riz.
“Aku ke kau yang
jiwang? Lepak dekat balkoni tengok bintang-bintang. Layan perasaan yang
melayang. Ceh. Aku suruh kau dengar, sebab lirik dia penuh makna. Kalau betul
la Wardah tu jodoh kau, kau duduk langit and dia duduk bawah tanah pun confirm
akan disatukan kalau dah nama jodoh.” terang Khai panjang lebar.
Lama Riz diam,
berfikir.
“Kalau dia bukan jodoh
aku?”
Tersentak Khai. Tak dia
sangka yang Riz akan tanya dia soalan sebegitu rupa. Dia berfikir lama, tidak
mahu mengguris hati sahabatnya.
“Kalau dia bukan jodoh
kau, maybe dia jodoh aku?” kata Khai.
“Tanah perkuburan tadi dengan hotel kita ni jauh tak?” tanya Riz, serius. “Hahaha okey bro maaf aku gurau je la. Kalau dia bukan jodoh kau, tu maknanya Allah dah readykan someone yang better untuk kau. Jangan pernah buruk sangka dengan Allah. Allah tu baik. Kita ja yang kejam.”
Riz sekadar mendengar.
Lalu matanya kembali memandang bintang-bintang dan bulan malam yang terbentang
pada dada langit. Tenang.
***
Dalam pada itu, di
rumah Haura...
“Weh Haura, kau okey?”
tanya Wardah setelah melihat Haura yang sedari tadi tidak dapat lelapkan mata.
Dia tahu Haura penat sebenarnya, tapi mana mungkin diri dapat tidur lena
mengenangkan bantal yang meribanya sejak kecil sudah tiada. Hiba.
“Aku okay la. Kau tidur
la dulu. Al mulk dah baca?” tanya Haura dengan senyuman ceria.
“Dah tadi. Betul ke kau okay?” tanya Wardah sekali lagi. “Ye okay.” “Em Wida macam mana?” “Wida? Macam tu la dia. Dalam bilik dia. Pintu dia kunci. Yang paling pilu sekali, baju mak and ayah dia ambil, tidur sekali. Nak menangis aku tengok...” “Dia kecil lagi. Susah dia nak terima. Takpa, perlahan-perlahan.” kata Wardah, memujuk.
Haura tersenyum sambil
memandang Wardah. Ya, senyum yang dibuat-buat.
“Kenapa mesti aku?
Dalam berjuta hambaNya, kenapa aku yang kena derita? Weh aku tak kuat....” kata
Haura. Matanya berkaca tanda air mata hendak tiba.
Wardah memegang kedua-dua belah pipi Haura dengan
tangannya. Dia mengesat air mata Haura yang mengalir. Matanya, memandang
sedalam-dalamnya ke dalam mata Haura. Lalu dia berkata..
“Haura, [29:2]”
“Maaf, otak aku sekarang ni tengah serabut. Please bagi terus ayat tu?” “Patutkah manusia menyangka yang mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?”
Ayat itu tepat mengena hati Haura. Menusuk ke dalam
qalbu.
“Ya Allah. Maafkan aku..” tangis Haura.
Wardah yang ketika itu berada di hadapan Haura,
menarik Haura rapat ke dalam pelukannya. Erat. Lama kemudian, pelukan
dileraikan.
“Sayangku Haura, takmau sedih-sedih tau?” kata
Wardah sambil menggoyangkan jari telunjuknya ke kiri dan kanan berulang kali.
“Kalau awak tu sedih, nanti nampak dekat Wida macam mana? Dia lagi sedih. Ajal
itu ketentuan. Kita hamba hina, wajib redha. Susah? Cuba.”
Akhirnya, Haura mengangguk dengan senyuman yang
tampak lebih ikhlas berbanding tadi.
*Bip bip*
Mesej pesanan ringkas memasuki telefon Wardah.
“Siapa pulak malam-malam macam ni mesej aku? Adehh.”
kata Wardah sambil mengambil telefonnya yang diletakkan di atas meja solek.
“Siapa tu Wardah?” tanya Haura.
“Jap. Nak check.” kata Wardah, kembali duduk di atas
katil bersama Haura setelah mengambil telefonnya. “Nombor yang aku tak kenal.
Feh seram la ada nombor yang tak tahu mesej malam-malam ni. Nanti je la aku
buka.”
“Bukalah sekarang. Mana tahu urgent ka apa. Berbaik
sangka sikit deh!” nasihat Haura.
Wardah mengambil kembali telefonnya. Dia membuka
mesej tersebut. Mukanya terpampar riak kurang senang setelah membaca mesej yang
diterimanya sebentar tadi.
“Siapa Wardah? Kau kenal ke?” tanya Haura, curious.
“Nah. Kau baca.” kata Wardah, lalu memberikan telefon bimbitnya kepada Haura.
Haura mengambil telefon tersebut lalu matanya ligat
membaca text yang tertera pada skrin. Mukanya juga mempamerkan riak yang tidak
senang.
“Mana dia dapat nombor kau?” tanya Haura, kurang
senang dengan tindakan bekas gurunya itu.
“Aku pun tak tahu dengan cikgu Suhaimi ni. Mana
entah dia dapat nombor aku. Aduh... dia ni, kenapa susah sangat nak putus asa?”
rungut Wardah.
“Bukan dia susah putus asa, kau yang still beri dia
harapan.”
“Maksud kau?” “Sampai sekarang, ada kau cakap kau taknak terima lamaran dia?”
Wardah menggeleng lemah.
“So? Salah siapa?” tanya Haura lagi.
“Ye aku tahu salah aku, tapi dah lewat malam kot sekarang. Agak la nak text pun.” bebel Wardah. “Dah la. Nanti balik sana, kau jumpa dia. Settle elok-elok. Dia cikgu kita, macam mana sekalipun kena hormat dia. Okay sayang?” “Baiklah Safiyyatul Haura.”
Akhirnya, mereka berdua ketawa. Lama kemudian,
mereka lena dibuai tidur yang selesa.
***
Pada ketika semua sudah lena dibuai mimpi indah, Tai
masih lagi tidak dapat melelapkan mata. Sambil menghembuskan asap rokoknya, dia
berfikir lama.
“Siapa budak perempuan yang pakai tutup semua tu eh?
Yang datang dekat anak CEO haritu tu? Aku rasa lain macam bila tengok dia.” kata
Tai kepada orang kanannya, Shoi.
“Binatangnya kau ni taiko, dengan orang macam tu pun
ada nafsu?”
Satu penampar kuat hinggap di pipi Shoi.
“Weh tak guna, bila masa aku cakap aku bernafsu
dengan dia?” marah Tai.
“Tu kau cakap kau rasa lain macam tengok dia?....” kata Shoi, perlahan. “Maksud aku.. hati aku ni rasa macam em..”
Shoi melihat wajah Tai tak percaya. “Kau ni...... biar
betul?”
“Biar betul apa? Dia tu dah gaya macam ahli Syurga,
mana padan dengan aku. Aku dengan kau ni, dah confirm-confirm bukan Syurga.”
“Weh aku nak masuk Syurga..” kata Shoi.
“Nak masuk Syurga tapi buat kerja ahli neraka?” perli Tai. “Weh tak guna, aku kerja dengan kau la.” bentak Shoi. “Hehe gurau je la. Aduh... kenapa tah, sejak aku jumpa si Mat Saleh tu, aku rasa ada sesuatu yang tak kena dengan diri aku ni.”
“Kau... gay?”
Sekali lagi penampar hinggap pada pipi Shoi.
“Woi sakit la!” teriak Shoi.
“Cakap banyak tak guna. Besok kau teman aku jumpa
anak CEO tu. Okay?”
“Kalau aku cakap tak okay pun, kau still paksa aku. So aku okay je la.” “Terpaksa nampak?” “Dah kau bayar gaji aku.” kata Shoi. “Hahahaha pandai. Baru berkat gaji kau.” “Berkat apanya kerja aku ni bunuh orang.” “Betul jugak kan hahahahahha.”
Akhirnya, terhambur ketawa dua sahabat yang sedang
dalam usaha mencari identiti diri mereka yang sebenarnya.
Hari besok, penentu segala-galanya. Riz, Wardah,
Khai, Haura, Cikgu Suhaimi dan Tai. Semuanya sudah tertulis.
....
|
34 Comments:
������
Aku ada asalan aku yang tersendiri kenapa aku lamar dia.
asalan pun bolehh..hohoho...
Tai macam ada hati dekat wardah. Haha...
slm p.c. maaf menegur, ada salah watak sikit.
"Mimpi alam barzakh ka apa?” tanya Riz dengan muka selamba.
patutnya watak Khai kan ? hehe. tq sbb buat sambungan. lps ni part 15 pulak ok! caiyok!
“Woi sakit la!” teriak Khai sambil menggosok perlahan pipinya. Perit. “Hm kiranya aku tak bermimpi la ni? Perghh sejak bila kau pandai nak melamar orang? Selama ni bukan I couple you, you couple I ka? Mimpi alam barzakh ka apa?” tanya Riz dengan muka selamba.
act masa dia tanya "mimpi alam barzakh ke apa?" yang tanya tu Riz ke Khai ek
This comment has been removed by the author.
Good ��
Weh aku nak masuk syurga :')
Haih sedih la wardah mcm tak berapa nak jaga ikhtilat dia.. cerita best dah cuma hmm pendapat sy, kalau niqabis mesti dia berniqab sbb nak jaga ikhtilat dan lain lain, ye mmg niqabis pun tak perfect tapi dlm cerita ni mcm contoh tak berapa baik so org yg tak faham mungkin akan rasa its okay to bergurau senda dgn ajnabi atau pukul guna raket dan sebagainya tapi sy sokong cerita ni, keep it up ! May Allah bless, asif jiddan fi kulli khotoo'i, semua ni pendapat sy, maaf kalau tersilap, maaf sangat, assalamualaikum
x sbar nak tunggu part 15 .
Chaiyok! Update pat huhu ����
Layakkah Aku ni sampai part berapa eh?
yg coment2 dlm cita ni niqabis itu ini ... bole diam x? fact x semua niqabis tu baik ok! sbb niqabis juga manusia dn wanita yg ada gila2 trsendiri, kegedikan sbgai perempuan (pmpuan kalau x gedik, x Normal ok!) ,ada jahat2nya juga sbb kita bknnya maksum mcm rasullulah ! dh kalaw nk comments sgt toksah bc ...bt cita sniri. klw nk bc diam! ada la tu pnulis nk selitkn hikmah,pengajaran dlm cita ni ... hayatilah cita ni...
Saje nk komen..
Shin~pisang goreng..
Huuu
Part 15??
Sbr mnnti part15..
Waiting next part.
Assalamualaikum, saya bukan nk menegur si penulis cerita tapi si penulis komen. Saya harap sngt yg memberi komen tak melampaui batas apabila menegur ttg komen org lain. Macam yg dikata, niqabis tk bersifat maksum begitu juga kita. Manusia ni sifatnya mmg selalu buat kesilapan tapi tak perlulah nk menegur dgn cara yg kurang sopan. Boleh kan kalau menegur dgn lebih sopan dan lagi mudah untuk diterima, yg membaca pun tak terasa atau sakit hati. Masing masing ada pendapat tersendiri jadi , hormat lah pandangan org lain sedangkan para ulama yg berpegang kepada mazhab yg berlainan pun hormat sesama sendiri, apatah lagi kita yg cetek ilmu ini. Maaf andai ada yg terasa dgn teguran ini, saya cuma ingin mengingatkan sesama kita agar kita tk berpecah belah satu hari nanti. Btw great story. Keep it up ! :)
Menunggu part 15
Jangan bertegang urat ya semua . Chilll bro sist . Akhi part 15 :)
disebabkan cerita ni ber part part mungkin ramai yg cepat sgt kritik . kita tgk dulu baca dulu sampai part last then kita bg pendapat kt penulis bg dia boleh improve lg utk cita akn dtg . ����
Part 15 mana HAHAHAHH !! Erm nk tegur tk salah tp jgn sampai penulis rse down :) btw akhi , keep it up !
Ku menanti....
mana part 15 nih :'(.
Kan dah .. PC dah merajuk ... T T
Brother bila nak update ni. Lama dah tunggu ni. Yg lain jangan nak jadi pengarah cerita boleh tak? Kita ni reader je. Pembaca. Bukan nak arah orang camtu camni. Cerita ja pon lahai. Matang sikit boleh tak? Cepuk kepala kang
This comment has been removed by the author.
Tahniahh.best sngt dan boleh ambl pngjaran
Akhi , ble nk update part 15 ni. Dah tertunggu lama dah ni T.T
lamanya menunggu ...
bila nak update part 15..
hhhuuu..
x sabar nk baca..
Still waiting
Maybe ada sbab knapa akh create prwtakan mreka sbgitu .. maybe mlalui khilaf mrekalah kta akan mmproleh ilmu bru dan mngingatkan apa yg trlupa .. sntiasalah husnul zon ..
Btw msih trnanti2 part 15 ..
Takda lah. Dia suka kat riz lah kak yong :b
Part 15 dah ke blum?
Post a Comment