Mehmed Fetih
Home About Twitter +Follow -Dash

Disklemer


" Bila menulis, waktu itu mulut terkunci dan yang berbicara cuma hati."

ChatOn!


Mastermind.

© Template design by ZOFF IR @theezenith_. thanks for Base code by ~~.

"Layakkah aku?" (Part 8)
Thursday, January 1, 2015 • 6:07:00 PM • 27 comments



“Sekarang ni, semakin menjadi-jadi. Tak kiralah yang berserban besar, yang berpurdah dan bertudung labuh, ikhtilatnya ke laut. Cakap nak jadi soleh solehah, tetapi adakah sekadar hanya pada pakaian? Lihatlah. Nabi Muhammad SAW dulu menarik orang bukan Islam masuk Islam dengan akhlak.” kata Ustaz Ariff dengan tegas. Wardah yang ketika itu duduk bersebelahan dengan Haura terasa ayat-ayat Ustaz Ariff itu menusuk ke hati. Tepat!

“Bukan saya nak halang kamu semua berpakaian sunnah, tetapi jadikan pakaian dan akhlak itu seiringan. Faham molek deh?” terang Ustaz Ariff lagi. “Dah masuk waktu Isyak sekarang, saya rasa sampai sini dululah kuliah kita berkenaan ikhtilat untuk minggu ni. Minggu depan, kita buka topik lain pula. Kita sudahi majlis kita dengan tasbih kifarah dan suratul Asr.”

Air mata Wardah bertakung. Diakah? Ya. Dialah muslimah berniqab yang ikhtilatnya kelaut. Dia memang pendosa. Dia manusia biasa. Betul, seiringkan akhlak dengan pakaian, tetapi dia? Perlukah aku menanggalkan secebis kain di mukaku yang selama ini menghalang mata ajnabi daripada melihat wajahku?
“Weh Wardah, cepatlah masuk saf. Dah nak solat ni.” tegur Haura, pelik dengan sikap Wardah yang tiba-tiba berubah.

“Allahuakbar.” Imam melaungkan takbir memulakan solat Isyak.
....

***

Selesai solat, ketika berjalan pulang ke bilik, Haura pelik melihatkan Wardah yang tidak banyak bercakap. Selalunya, Wardahlah yang paling ceria dan paling bising. Tapi kenapa sekarang....

“Weh Wardah, kau okay ke?”
Diam. Wardah seperti sedang berfikir.
“Weh, aku tanya ni. Kau okay ke tak?” tanya Haura kembali.
“Kau rasa, patut tak aku tanggal niqab?”
Terkejut Haura dengan soalan Wardah. Daripada bejalan, Haura berhenti. Memandang wajah Wardah dengan muka yang tidak percaya.
“Apa kau cakap? Tanggal? Kau ni dah kenapa?” tanya Haura dengan suara yang sedikit tinggi. Tidak percaya.
“Tadi Ustaz Ariff cakap pasal ikhtilat. Aku ni niqabis, tapi ikhtilat hancur, tu yang aku rasa nak tanggal...” balas Wardah dengan suara yang perlahan.
“Okay aku tanya kau, dengan lelaki mana ja yang ikhtilat kau terbabas? Selama aku kawan dengan kau, aku perhati kau ni mana ada kawan mana-mana lelaki. Text, whatsapp, wechat lelaki semua, mana ada kecuali keperluan. Bagi tahu aku dekat mananya ikhtilat kau hancur?”

“Hm... dengan Riz.”
Haura diam. Berfikir.
“Aku rasa kau kena nikah dengan dia.” jawab Haura dengan nada yang serius.
Wardah memalingkan mukanya memandang Haura dengan muka yang tidak percaya.
“What? Boleh ulang?”

“Aku cakap, kau kena nikah dengan dia.” ulang Haura.
“Haritu ayah dia, sekarang kau pulak. Dah kenapa? Weh lama macam mana sekalipun, aku tetap aku tunggu Haikal balik daripada Mesir. Aku dah janji dengan dia. Dia pun dah janji lepas dia balik, kami terus nikah. Kau fikir aku akan mungkir janji hanya disebabkan buaya tu?” jawab Wardah panjang lebar.

“Okay. Lupakan. Berbalik kepada masalah kau tadi.” kata Haura, memulakan langkah semula. “Aku rasa, buat masa ni, kau tak perlulah jumpa Riz dah. Aku memang tak setuju kalau kau nak buang niqab kau. Weh, niqab tu kena pakai berterusan, kalau tak nanti dikira memainkan. Jangan buang niqab, sebaliknya baik akhlak. Itu lebih baik dan better kan?”

“Weh Haura..” panggil Wardah.

“Apa?”

“Lebih baik dengan better tu bukan makna sama ka?”

Terasa dirinya akan dipukul, Wardah berlari meninggalkan Haura. “Woi, kau nak lari mana? Mari sini kau. Mentang-mentang aku ni tak pandai speaking speakang macam kau, perli aku ye?” kata Haura, lalu mengejar Wardah selepas menanggalkan kedua-dua belah kasutnya. Bahagia.

***

Keesokan harinya, Haura mengecheck group Whatsapp kolejnya. Ada satu berita terbaru yang berjaya menarik minatnya untuk melihat dengan lebih lanjut. Selepas habis membaca, dia memanggil Wardah.

“Weh Wardah. Wardah! Mari sini kejap.” laungnya.
Wardah yang ketika itu baru selesai mengulang kaji pelajararn, terkocoh-kocoh datang kepada Haura.

“Ha perempuan, ada apa kalut-kalut panggil aku ni?” tanya Wardah setelah melabuhkan punggungnya diatas katil Haura.
“Kau ada check Whatsapp tak pagi ni?”

“Belum lagi. Kenapa ya? Macam ada perkara yang serius ja?”
“Kau check la sekarang. Group kolej.” arah Haura.

Wardah bangun, mengambil telefonnya. Sambil berjalan menuju ke katil Haura semula, dia mengecheck apa yang disuruh Haura tadi. Tiba-tiba langkahnya terhenti. Tangan kirinya menutup mulut. Air matanya bertakung.
“What? Danish Rizqi Benjamin in ICU now?!” kata Wardah. Terkejutnya bukan kepalang. Dia melihat Haura. Haura ketika itu hanya mengangguk lemah.
“Tapi kenapa? Tiba-tiba ja? Takda angin takda ribut, in ICU?” soal Wardah dengan air mata yang mengalir.

Haura yang ketika itu pelik melihatkan Wardah yang terlalu sedih, bertanya.
“Err, kenapa kau menangis? Macam sedih sangat je? Bukan kau benci dia?”
Wardah terkena. Dia berkata dalam hati, “Kenapa aku menangis? Biar je la dekat dia, bukan ada kena mengena dengan aku pun.”

Setelah itu, Wardah mengelap air mata. Dia kembali ke meja belajarnya, menyambung semula. Haura yang faham tentang keadaan sahabatnya itu, mendekati Wardah yang ketika itu sedang duduk sambil memegang pen seolah-olah sedang mengulang kaji. Haura mengusap lembut bahu Wardah.
“Aku tanya ja, maaflah kalau kau terasa.” kata Haura dengan tenang.
Wardah diam. Menulis nota yang dia sendiri tak tahu apa yang sedang dia tulis. Akhirnya, dia tertulis nama Riz. Haura yang perasan tentang hal itu cepat-cepat berkata.

“Eh? Takkan tak habis lagi fikir pasal Riz kot sampai buat nota ada nama dia?” Haura tergelak kecil.

Merah padam muka Wardah. Malu. “Macam mana aku boleh tertulis nama buaya mat saleh tu? Buat malu betul!” katanya dalam hati. Dia meronyok kertas tersebut, lalu dibuang ke dalam tong sampah.

Melihatkan gelagat sahabatnya itu, Haura tahu yang Wardah risau.
“Nak pergi melawat dia tak?”

Wardah diam. Melihatkan soalannya tidak dijawab, Haura bertanya lagi.
“Weh, aku tanya, nak pergi melawat dia ke tidak?”
“Mana boleh pergi. Aku nak jaga ikhtilat....”

“Wtfacebook? Ikhtilat? Weh, ni kawan tengah sakit la. Bukannya kau pergi sana kau pergi CPR dia baru dia bangun. Aku tanya pergi melawat. Melawat. Kau faham tak?” Haura menekan satu-satu suku kata “melawat” kepada Wardah. Wardah kembali diam.
“Tapi aku nak jaga ikhtilat.....” kata Wardah perlahan.
“Kau pergi jumpa Ustaz Ariff, kau pergi tanya dia pasal ikhtilat. Kau ni dah salah faham. Dah la, kau sambung la kerja kau. Nanti kalau kau rasa nak pergi tengok dia, bagitahu. Jangan lambat, takut tak sempat.” kata Haura lantas berlalu pergi meninggalkan Wardah yang sedang dalam kebingungan.

Wardah bermain-main dengan pen di tangannya. “Patutkah aku melawat dia? Nak ke dia tengok muka aku? Kang aku pergi, dia mati macam mana? Aku jadi pembunuh ke? Hmm.”

Pelbagai soalan berlegar-legar didalam fikiran Wardah. Dia mengambil laptop. Membuka youtube dan mencari ceramah Ustaz Azhar Idrus berkenaan ikhtilat.
“Yes! Ada.”

Dia menekan video tersebut. Satu jam setengah lamanya video tersebut, Wardah tengok dengan penuh sabar. Semalam, bukan dia tidak faham dengan apa yang disampaikan oleh Ustaz Ariff, tapi dia ragu-ragu. Setelah melihat keseluruhan video UAI ni, dia dah yakin. Dia tahu apa yang patut dia buat.

“Haura, jom teman aku pergi hospital!”
Haura yang ketika itu sedang bersiap-siap untuk ke kelas, pelik dengan ajakan sahabatnya itu. Tadi kemain taknak pergi?
“Buat apa nak pergi hospital? Kau nak beranak eh?” tanya Haura.
“Tadi kau yang cakap kalau nak pergi tengok Riz, bagitahu kau.....” kata Wardah dengan suara yang mendatar.
“Hahaha aku ada kelas ni. Cemane?”
“Kelas kau sampai pukul?”
“Pukul 2 je.”
“Hm kalau macamtu, aku pergi dulu. Nanti kau datang eh? Nanti halo halo tau?” kata Wardah sambil membuat isyarat bercakap dengan telefon dengan tangannya.
“Haha. Baiklah. Kau tahu ke dia wad berapa?”
“Nanti sampai hospital, aku tanyalah pihak hospital. Buat apa ada kaunter pertanyaan kalau tak tanya.”
“Kalau macamtu, okay je. Kau hati-hati. So pergi naik teksi?”
“Taklah. Naik kapal selam.”
“Hahahahhahahambar weh. Dah la. Aku nak ke kelas dulu. Jumpa dekat hospital kejap lagi.” Kata Haura, mencapai beg sandangnya lalu beredar keluar daripada bilik mereka.

Wardah bersiap-siap. Wangian kasturi putih dicalitkan sedikit pada jubahnya. Dia melihat cermin. “Perfect!”
Setelah itu, dia pun beredar meninggalkan biliknya untuk menuju ke hospital dimana Riz ditempatkan. Tiba-tiba dia tertanya, “Kenapa aku beria sangat nak melawat Riz ni? Hm. Bak kata Haura, kawan kawan kan? Okay.” Dia berdialog dengan hatinya.

***

Setibanya di hospital, dia berjalan laju menuju ke lobby. Dia pergi ke kaunter pertanyaan dan terus bertanya.

“Salam kak, wad Danish Rizqi Benjamin nombor berapa ya?”
“Kejap ye dik.”
“Baik kak.”Wardah membalasnya dengan senyuman.
“Nombor 13A, tingkat 2 dik.” kata jururawat itu dengan senyuman juga.
Wardah menekan butang lif ke atas. Beberapa saat kemudian, lif terbuka.Dia masuk. Sebenarnya, dia tidak selesa. Dalam lif itu, hampir 7 orang lelaki dan yang perempuan, cuma dia dan seorang jururawat yang membawa kerusi roda. Kalau jururawat itu tiada, tidak mahunya dia naik sekali dengan lelaki-lelaki itu.
“Ting!”
Sampai tingkat dua, Wardah bergegas menuju ke bilik yang bernombor 13A. Ketika itu, dia dapat melihat yang ayah Riz sedang menunggu betul-betul di hadapan pintu tersebut.
“Assalamu’alaikum pakcik. Riz ada di dalam?” tegur Wardah, sopan.
En. Zain menjawab salam Wardah dengan anggukkan dan senyuman yang agak palsu. Dia terkejut apabila menerima berita yang anaknya ditikam sekumpulan gangster. Sangat-sangat terkejut.
“Pakcik, boleh saya jumpa Riz?”
Tiba-tiba, pintu bilik Riz dibuka. Puan Adila keluar dengan wajah yang suram. Selepas melihat Wardah, air mukanya tiba-tiba berubah.
“Kau ni, bukan perempuan yang tergedik-gedik dengan anak aku tu ke? Entah-entah sebab kau la dia macam ni kan? Jawablah!” kata Puan Adila dengan suara yang ditinggikan. Dia dikawal emosi. Mana mungkin dia dapat terima anaknya sekarang sedang koma.
Wardah yang terkejut dan rasa dihina oleh Puan Adila, terus beredar daripada situ. Dia berjalan dengan laju sambil menggesat air mata yang tumpah. Niatnya baik, nak lawat kawannya. Tetapi, kenapa ini yang dia dapat?

“Buk.”

Dia terlanggar seorang pesakit yang sedang berjalan menggunakan tongkat. Terjatuh orang itu dibuatnya. Wardah tidak henti-henti meminta maaf kepada lelaki tersebut. Lelaki yang dalam lingkungan 30-an itu hanya tersenyum. Dia tahu yang perempuan itu tidak sengaja.

"Maaf bang, saya nak cepat tadi. Maaf maaf." kata Wardah setelah memberikan semula tongkat lelaki tadi kepadanya. DIa tersenyum memandang lelaki tersebut. Setelah lama mengamati wajah lelaki tersebut, dia perasan. Dia kenal lelaki itu.

"Ehh, cikgu Suhaimi?"

....



27 Comments:

Blogger junkyera said...

part 9....waiting.....

January 1, 2015 at 6:18 PM  
Anonymous Anonymous said...

ya Allah hai.. tak sabor benor saya nak tunggu part 9 dan seterusnya ni...

January 1, 2015 at 7:19 PM  
Anonymous Anonymous said...

Suspen tak habis hehehe

January 1, 2015 at 9:01 PM  
Blogger Sofeya Mohamad said...

Harap sempat habis before masuk asrama....

January 1, 2015 at 9:04 PM  
Anonymous Anonymous said...

Maaf menegur. Harap akhi perbaiki warna tulisan. Sbb entri yang sebelum sebelum ni ada yang tak jelas tulisannya.. sekali lagi maaf menegur.. apa apa pun,semua entri best

January 1, 2015 at 9:49 PM  
Blogger Unknown said...

nanti dah bukukan juallah dekat bookstore pleasee

January 1, 2015 at 11:28 PM  
Blogger si penaip semula said...

waaa... bestnye.. agak2 ending dia sad ke happy eh?

January 2, 2015 at 12:15 AM  
Blogger muhd zuhdi. said...

Bkn ke tasbih kafarah?

January 2, 2015 at 12:26 AM  
Anonymous Anonymous said...

Pleaseeee pc sebelum bukak skola. At leat sampai part 20. Thanks. Kalau dah publish buku, bagitahu tahu!

January 2, 2015 at 1:50 AM  
Blogger Dream Bunny said...

Siapa inspirasi Awak dalam menjalankan cerita ni?

January 2, 2015 at 3:20 AM  
Anonymous Anonymous said...

Cikgu Suhaimi? Crush lama Wardah time sekolah ke? Hahahaha part 9 part 9

January 2, 2015 at 6:55 AM  
Anonymous Anonymous said...

Assalamualaikum... saudara penulis, boleh saya tahu cerita ni sudah dibukukan ker?? please reply ASAP...syukran...

January 2, 2015 at 7:10 AM  
Blogger Unknown said...

Pergh sebelum buka skolah part 20? Mendera tuu

January 2, 2015 at 8:21 AM  
Blogger Suhayani said...

Kenape tak try post kat penulisan2u? Ade rezeki boleh buat novel. Best cite ni hokhok

January 2, 2015 at 8:32 AM  
Anonymous Anonymous said...

Pc anta memang free ke menulis ni? Kalau takleh sblum skola, sokay. Ana faham.

January 2, 2015 at 9:26 AM  
Anonymous Anonymous said...

Jalan cerita yg menarik Pc :) Moga dipengakhiran cerita nt kita dapat moral of the story yg buat kita makin dekat dgn Allah. Selamat menulis part 9 PC :)

January 2, 2015 at 10:52 AM  
Blogger Unknown said...

Wow best best

January 2, 2015 at 11:34 AM  
Blogger Unknown said...

nice la part to be continued. timing nak bagi org curious je. haha. sape pulak dah cikgu suhaimi. good piece work, should publish it soon. keep it up!

January 2, 2015 at 10:17 PM  
Anonymous Anonymous said...

Betul jugak. Aku terfikir masa part awal2 apahal niqabis pi tampaq llaki. Aku yg tak berniqab pun tak berani sentuh llaki

January 3, 2015 at 6:05 AM  
Blogger Adawiah Fauzi said...

This comment has been removed by the author.

January 3, 2015 at 9:02 AM  
Anonymous Anonymous said...

Nk sambungann .. Xsukela part2 nie ...
Teseksa tunggu ... Nty da bukukan nk bli tau :)

January 3, 2015 at 10:18 AM  
Anonymous Anonymous said...

Bila nak sambung ni sedara. Hari hari den check tau haha saspen betul tengah tengah nak final ni boleh release tensyen heheh

January 3, 2015 at 11:03 AM  
Blogger odet said...

nak sambungannyaaa

January 3, 2015 at 8:11 PM  
Anonymous Anonymous said...

Aq rindu cerita ko yg pnoh dgn smngt dn isi/pngjrn etc yg aq dpt ambl.mcm crpen ko yg dlu2

January 3, 2015 at 10:44 PM  
Anonymous Anonymous said...

Bila naa sambung nyee ?! Setiap hari check .. Tapi taa ade pon lagi sambungannye .. Taa sabarr naa tunggu ..

January 4, 2015 at 2:44 AM  
Anonymous Anonymous said...

Sambung plsssss, best sgt ������

January 4, 2015 at 11:59 AM  
Anonymous Anonymous said...

Aah. Kan.kafarah?

January 5, 2015 at 11:43 PM  

Post a Comment


|