Mehmed Fetih
Home About Twitter +Follow -Dash

Disklemer


" Bila menulis, waktu itu mulut terkunci dan yang berbicara cuma hati."

ChatOn!


Mastermind.

© Template design by ZOFF IR @theezenith_. thanks for Base code by ~~.

"Layakkah aku?" (Part 9)
Sunday, January 4, 2015 • 4:32:00 PM • 34 comments



“Kenapa sekarang cikgu pakai tongkat? Cikgu sakit apa?” tanya Wardah sambil menghirup nescafe tarik yang dipesannya sebentar tadi. Agak susah kerana dia berpurdah.

“Wardah. Tiada yang marah ke kamu duduk minum dengan cikgu dekat sini?” tanya cikgu Suhaimi. Dia tidak mahu andai dia menjadi punca tercalarnya sesebuah perhubungan.
Wardah ketawa kecil sambil menutup mulutnya dengan tapak tangan. Kaver ayu gituh.
“Takdelah cikgu. Saya ni student, mana nikah lagi.” kata Wardah, ceria.

Cikgu Suhaimi membetulkan kedudukan tongkatnya. Dia menarik cawan yang berisi teh O aisnya dekat dengannya lalu menghirupnya melalui straw yang disediakan. Dia membersihkan kerongkognya, bersedia untuk mengungkapkan kata.

“Wardah... macam mana dengan lamaran cikgu dulu? Kamu dah ada jawapan?” tanya cikgu Suhaimi, perlahan.

Wardah tersentak. Sebenarnya, dia sudah melupakan perihal lamaran cikgu Suhaimi kepadanya dulu. Dia langsung tidak teringat tentang perkara tersebut. Tapi tiba-tiba, cikgu Suhaimi bertanya kembali. Macam mana dia mahu memberitahu cikgu Suhaimi yang dia sedang menunggu seseorang? Adoi fening betul.

.....

“Weh, aku cuak gila kot nak terima result hari ni. Aku tengok kau macam rilek je Haura?” tanya Wardah sambil menggosok-gosok tangannya. Sejuk.
“Rilek kau cakap? Aku punyalah cuak sampai tak boleh tidur, kau cakap rilek? Wtfacebook?”
“Hahaha. Dah la. Jom masuk dewan. Dah nak start dah ni.” ajak Wardah.

Dewan dipenuhi oleh para pelajar dan ibu bapa. Susana tegang seketika apabila pengetua naik ke pentas untuk memberikan slip keputusan SPM. Aura dan debaran yang hangat dapat dirasakan ketika itu.

“Pada tahun ini, pelajar yang mendapat kesemua A adalah seramai 21 orang. 9 murid lelaki dan 12 murid perempuan. Keputusan pada tahun ini...”

Pengetua berucap kira-kira 5 minit sebelum keputusan diumukan. Kesemua cikgu juga turut merasakan debaran yang sama. Akhirnya..

“Pelajar wanita ke 12 yang mendapat kesemua A ialah.. Wardah al Humaira binti Abdul Aziz.”
“Weh Wardah, nama kau la!” laung Haura yang ketika itu telah pun menerima slipnya. Ya, dia juga turut cemerlang dalam SPM.

Wardah yang ketika itu terlalu gembira, jatuh mutiara jernihnya. Dia naik keatas pentas, mengambil slip peperiksaanya. Ibu bapanya turut serta naik ke pentas.

Setelah selesai majlis pemberian slip kepada semua calon SPM, mereka yang mendapat straight A diminta tunggu manakala yang selebihnya telah dibenarkan pulang.
Ketika Wardah sedang menunggu bersama-sama Haura di kerusi batu berdekatan dewan tersebut, cikgu Suhaimi datang kepada mereka.

“Assalamu’alaikum. Tahniah ya Wardah dengan Haura.”
Wardah dan Haura yang ketika itu sedang bersembang berhenti apabila cikgu Suhaimi menegur mereka. Mereka menjawab salam cikgu Suhaimi dengan senyuman yang tersangatlah manis.
“Wa’alaikumussalam cikgu! Terima kasih. Hadiah mana hadiah?” kata Haura. Wardah Cuma tersenyum kepada cikgu.
“Hadiah? Cikgu ada hadiah untuk Wardah je ni. Hahaa.” kata Cikgu Suhaimi. Matanya tidak terlepas walaupun sesaat memandang wajah Wardah. Suka betul dia dengan anak muridnya itu.
“Haura, kamu nak hadiah ya?” tanya Cikgu Suhaimi tiba-tiba mendapat akal.
“Nak!” kata Haura, teruja.
“Kamu tahu kereta cikgu?”
“Tahu tahu!” kata Haura sambil mengangguk-anggukkan kepalanya.
“Kamu pergi dekat kereta cikgu, kamu buka bonet belakang, ambil hadiah kamu dalam tu. Cikgu dah sediakan sebenarnya.”
“Betul ke ni cikgu?”
“Ye betul. Pergilah.” kata Cikgu Suhaimi dengan senyuman yang manis.
“Weh Wardah, jom teman aku?”

Belum sempat Wardah menjawab, cikgu Suhaimi dulu memotong.

“Syarat nak hadiah tu, kamu kena ambil sorang. Wardah, biar cikgu jaga dia. Cikgu ada benda nak tanya dia ni. Haha.”
“Ouh. Kalau macamtu, takpalah. Cikgu jangan macam-macam dengan Wardah, saya karate kang. Hahaha.” kata Haura. “Wardah, aku pergi dulu.” katanya lagi seterusnya berlalu pergi.

Setelah Haura berlalu pergi, cikgu Suhaimi beralih pula kepada Wardah. Wardah menjadi malu kerana sedar yang cikgu Suhaimi dari tadi tidak lepas-lepas menatap wajahnya. Tertunduk malu dia.
“Sebenarnya, apa yang cikgu nak? Saya perasan yang cikgu sengaja suruh Haura pergi dekat kereta cikgu.” kata Wardah setelah lama berdiam.
Cikgu Suhaimi tersenyum. Dia tahu yang Wardah perasan. Tapi dia tak kisah. Harini, dia perlu jugak berterus-terang.

“Wardah, cikgu nak tanya ni.” kata Cikgu Suhaimi sambil melonggarkan ikatan tali lehernya.
“Er apa?” Wardah mengalih pandangannya daripada melihat cikgu Suhaimi. Ya, cikgu Suhaimi memang orang yang rupawan.
“Dah lama cikgu simpan perasaan dekat kamu. Kalau cikgu masuk meminang kamu, kamu terima tak?”
Tersentak Wardah. Tak dia jangka kata-kata itu bakal ditutur keluar oleh cikgunya. Ya, cikgunya sendiri. Apa betul apa yang dia dengar sekarang? Atau dia cuma berimimpi?
“Err apa?” tanya Wardah kembali, menginginkan kepastian.
“Cikgu nak lamar kamu jadi isteri cikgu. Cikgu tahu, masih terlalu awal. Takpa, kamu fikirlah dulu. Bila kamu dah ada jawapan, kamu bagitahu cikgu. Nah.” kata Cikgu Suhaimi sambil menghulurkan sekeping kertas yang tertulis nombor telefonnya. “Cikgu akan tunggu kamu. Selagi cikgu tak dengar jawapan kamu, cikgu takkan nikah dengan yang lain.” tambahnya lagi, jujur.

Wardah kelu. Speechless bak kata mat saleh yang sespesis Riz. Dia cuma berdiam. Tetapi tangannya dihulurkan untuk mengambil kertas yang diberi oleh cikgu Suhaimi tersebut.

“Cikgu! Takdak pun hadiah saya tu? Sampai hati cikgu tipu.......” kata Haura dengan nada rajuknya setelah kembali daripada kereta cikgu Suhaimi tadi. Puas dia menggeledah bonet kereta cikgu Suhaimi, yang dia jumpa hanyalah tayar ganti. Tu ke hadiahnya?

“Ya Allah, maaflah Haura. Cikgu terlupa. Hadiahnya dalam seat belakang, bukan bonet belakang. Kejap lagi cikgu ambilkan eh?” kata Cikgu Suhaimi dengan nada memujuk.
Haura membuat muncung panjang 4 depan tanda merajuk.
“Jom la Wardah, pengetua dah panggil tu.” ajak Haura. Wardah bangun. Sebelum berlalu, cikgu Suhaimi sempat berpesan.

“Wardah, jangan lupa eh? Cikgu tunggu awak.” katanya sambil tersenyum manis kepada Wardah.
Wardah diam. Berlalu pergi sambil memegang tangan Haura.

“Weh Wardah, cikgu Suhaimi tunggu apa dari kau?” tanya Haura, pelik.
“Err cikgu tunggu kad kahwin aku. Dia cakap kalau kahwin, jangan lupa ajak dia. Hahaha.” kata Wardah, tipu. Haura yang lurus itupun bulat-bulat percayakan apa yang dikatakan Haura. Adeh.
“Wardah? Hei Wardah!” kata Cikgu Suhaimi sambil mengetuk perlahan meja mereka di restoran tersebut. Wardah mati daripada lamunan yang panjang.

“Kamu okay ke Wardah? Lama termenung? Teringatkan apa?” tanya Cikgu Suhaimi. Pelik. “Errr takdak apalah cikgu.” kata Wardah sambil menghabiskan airnya nescafenya.
“Jadi, macam mana dengan soalan cikgu tadi?” tanya cikgu Suhaimi kembali. Dia betul-betul ingat tahu jawapan Wardah. Bertahun-tahun dia tunggu jawapan Wardah.
“Soalan yang mana cikgu? Hehe. Maaf, saya ni pelupa.” kata Wardah jujur.
Cikgu Suhaimi menghela nafas yang panjang. Airnya dihirup sehingga habis.
“Cikgu tanya kamu, macam mana dengan lamaran cikgu waktu dulu? Kamu dah ada jawapan, or... kamu dah lupakan?” tanya cikgu Suhaimi dengan suara yang mendatar.
Kira-kira Wardah hendak menjawab soalan cikgu Suhaimi, tiba-tiba..

“Wardah? Kau kan tu? Wehhh apa kau buat ni? Kau cakap dengan aku nak pergi jumpa Riz? Sekarang ni kau boleh pulak duduk minum-minum dengan laki ni. Siapa dia ni? Weh aku tak percaya gila kot.” kata Haura yang kebetulan lalu di kedai itu. Dia ternampak seorang wanita berniqab tadi, tapi dia tidak jangka yang itu Wardah. Bila pergi lihat dengan lebih dekat, baru dia perasan yang tu Wardah.

“Eh Haura, apa kau buat dekat sini?” tanya Wardah, kaget.
“Sepatutnya, aku yang tanya. Apa kau buat dekat sini. Dan lebih penting, apa yang kau buat dekat sini dengan lelaki ni? Weh, Riz tengah kritikal kot.” kata Haura. Dia dikawal api amarah sekarang.

“Eh, ni Haura ke? Safiyyatul Haura?” tanya cikgu Suhaimi. Lama dia cuba mengenal pasti muka bekas anak muridnya itu. Akhirnya, baru dia perasan.
“Errrrrr.... ni.. cikgu Suhaimi?!” tanya Haura setelah lama mengamati muka lelaki berusia 30-an itu.
Cikgu Suhaimi mengangguk sambil melemparkan senyuman kepada Haura.

“Maaf cikgu. Maaf. Saya tak perasan tadi. Maaf.” kata Haura, mengulang banyak kali kata maaf tersebut. Dia betul-betul tidak perasan yang dihadapannya tadi ialah cikgu sekolahnya dulu.

“Takpe takpe. Cikgu tak kisah.” kata cikgu Suhaimi. Setelah itu, dia beralih memandang Wardah. “Er tadi Haura cakap yang Riz tengah kritikal. Boleh cikgu tahu Wardah, siapa Riz tu?”

Wardah memandang tajam mata Haura.
Spoil.

***

Dalam pada itu, di hospital tempat Riz ditempatkan.

“Boleh saya jumpa keluarga Danish Rizqi ni?” tanya doktor itu.
“Ya. Saya ayahnya. Ada apa ya?” tanya Encik Zain, curious.
“Pendarahan yang berlaku kepada Riz haritu teruk. Dia banyak hilang darah. Dan sekarang, darah yang jenis Riz ni dah habis dekat hospital kami. Nak tunggu orang derma, rasanya dalam masa dua, tiga hari lagi adalah. Kami minta maaf. Ada tak siapa-siapa yang encik kenal berdarah O?”
En. Zain memandang isterinya. Isterinya menggeleng. Dia dan isterinya sendiri berlainan darah mereka.
“Maaf doktor, rasanya tak. Saya dan isteri saya pun berlainan darah. Habistu macam mana ni doktor?” tanya En. Zain dengan wajah yang serba risau.
“Kita kena tunggu dalam masa 2, 3 hari lagi la. Semoga ada penderma.” jawab doktor.

Terpancar riak wajah pasrah pada wajah En.Zain dan Puan Adila. Macam mana pun, mereka kena terima dan redha. Hanya doa yang boleh mereka guna sekarang. Sebab doa tu wireless. Dekat mana pun still available.




34 Comments:

Blogger Unknown said...

mesti Wardah ni. elelelele. hahaha. Cepat part 10 pulak.

January 4, 2015 at 4:41 PM  
Blogger Unknown said...

mesti Wardah ni. elelelele. hahaha. Cepat part 10 pulak.

January 4, 2015 at 4:42 PM  
Blogger Unknown said...

taklah. nanti Aireen yang derma wahaha

January 4, 2015 at 4:43 PM  
Blogger N_syahirah said...

mesti wardah yg akan dermah darah utk riz kankankan :P

January 4, 2015 at 5:04 PM  
Anonymous Anonymous said...

Cikgu suhaimi kowt yg dermakan darah nnty . then wardah trima lamaran cg suhaimi ats trima kasih selamatkan riz . haha . diff right? Haha

January 4, 2015 at 5:51 PM  
Anonymous Anonymous said...

tak sabar nak tunggu part 10...warghh excitednye.. ><

January 4, 2015 at 5:56 PM  
Anonymous Anonymous said...

rasenye haura yg donate darah..pastu mak riz berkenan at haura tp riz ske wardah..haha..

January 4, 2015 at 6:29 PM  
Anonymous Anonymous said...

nnt buat komik plak ye

January 4, 2015 at 6:31 PM  
Blogger ZF said...

Haura kot yg derma ....

January 4, 2015 at 6:50 PM  
Anonymous Anonymous said...

Saya yang derma. . lalalalala.

January 4, 2015 at 7:03 PM  
Anonymous Anonymous said...

mungkin wardah ngan aireen org yg sama.... hehh

January 4, 2015 at 7:39 PM  
Anonymous Anonymous said...

Tak sabar nak tunggu part 10. Haa jangan la wardah kawen ngan cg suhaimi tu. Takk padan maaf. Btw, tahniah pc.

January 4, 2015 at 8:11 PM  
Anonymous Anonymous said...

Ni mesti wardah ni...ataupun nak senang saya jerlah yg dermakan hehehe...cant wait for chapter 10..XD

January 4, 2015 at 8:15 PM  
Anonymous Farah_jirain said...

best best bestt. will be waiting for the next part. hehe

January 4, 2015 at 8:30 PM  
Anonymous Anonymous said...

Nak part 10!!! Cepat cepat ahaha

January 4, 2015 at 9:31 PM  
Anonymous Anonymous said...

Aireen ni mesti pelanduk 2 serupa ni. Hahaha

January 4, 2015 at 9:33 PM  
Anonymous Anonymous said...

hmm , debar debar . haaha

January 5, 2015 at 12:12 AM  
Blogger Unknown said...

Nak part 10!!! Cepat cepat ahaha

January 5, 2015 at 8:12 AM  
Blogger Unknown said...

Nak part 10!!! Cepat cepat ahaha

January 5, 2015 at 8:12 AM  
Anonymous Anonymous said...

Wardah kawen dgn cikgu tu jelah. Ekekeke
Tapikan, knapa ada watak Cikgu tue pulak?

January 5, 2015 at 9:17 AM  
Blogger odet said...

cepat cepat sambung sebelum balik asrama T.T

January 5, 2015 at 3:39 PM  
Blogger Nur Munirah said...

x sabar nk bace Part 10 ...

January 5, 2015 at 8:55 PM  
Anonymous Anonymous said...

Mohon sambung sebelum kena balik asrama T.T hahaha

January 6, 2015 at 2:10 AM  
Anonymous Anonymous said...

Pc sambung cepat na. Tk sabaq nih :)

January 6, 2015 at 3:23 AM  
Blogger Farra senior said...

Seramnya kalau aireen derma. Haha

January 6, 2015 at 3:53 AM  
Anonymous Anonymous said...

Taa saba naa bace sambungan dy .. Part 10 .. Nanti daa naa kene balik asrama .. :((

January 6, 2015 at 6:01 AM  
Blogger Iffah farzana said...

This comment has been removed by the author.

January 6, 2015 at 6:20 AM  
Blogger Iffah farzana said...

Uish first time baca cerita ni tu pun rodong koi suggest, haha dah la nama bekas tunang Riz tu farzana jugak haha btw best ah cerita ni tak terlalu typical, keep it up !

January 6, 2015 at 6:27 AM  
Anonymous Anonymous said...

Nnt cikgu suhaimi derma dgn syarat wardah terima lamaran dia. Wardah dilema. Wardah taknak. Riz takde darah. Riz mati. Eh dah mcm indon hahaha. Part 10 part 10 !

January 6, 2015 at 8:15 AM  
Anonymous Anonymous said...

Weh cepat update bab 10 T.T

January 6, 2015 at 8:31 AM  
Anonymous Anonymous said...

Spoil la cg tuu. Hehhh. Potong line riZ

January 6, 2015 at 9:57 AM  
Blogger Unknown said...

Just keliru. Y don't his family yg derma? Riz ank angkat ke darah xsama. Hhhha. Btw like it. Xsaba nk bca next part

January 6, 2015 at 2:27 PM  
Blogger Unknown said...

haha family pun, bukan semua darah mesti sama. kalau belajar biologi nanti tahu ler

January 6, 2015 at 8:04 PM  
Anonymous Anonymous said...

Patut la tanya kat twitter pasal blood receiver haritu. Ingat dok study biology. Haha btw nice effort akhi �� semoga diberkati

January 6, 2015 at 10:13 PM  

Post a Comment


|