Mehmed Fetih
Home About Twitter +Follow -Dash

Disklemer


" Bila menulis, waktu itu mulut terkunci dan yang berbicara cuma hati."

ChatOn!


Mastermind.

© Template design by ZOFF IR @theezenith_. thanks for Base code by ~~.

Mimpi itu apa? Dream itu apa?
Friday, May 30, 2014 • 12:49:00 AM • 5 comments



*Lepak dekat depan surau selepas solat Asar berjemaah.

" Wehhhhh mimpi tu apa? "

"Mimpi tu sebenarnya diambil daripada nama Encik Mimpi." kata Luqman sambil dengar lagu Rindukanlah daripada Encik Mimpi.

"Yeke? macam pelik je " kata Anas sambil sambil membuat muka 10 sennya yang semestinya tak cute mcm PendakwahCute. Eh? ._.

*Then datanglah Abang Surau yang baru selesai berdoa.

"Adik adikku yang aku cinta kerana Allah, mimpi tu ialah gambaran yang Allah cipta untuk dilihat oleh manusia ataupun hambaNya macam kita ni la." kata Abang Surau sambil membetulkan kain rida'nya.

Muka Luaqman and Anas bertukar jadi muka 5 sen daripada muka 10 sen tadi.

" Hah? tak faham la abang. " jawab mereka serentak.

"Jap la abang tak habis terangkan lagi ni, gelojoh betul bebudak ni :3 " kata Abang Surau sambil membuat smiley kucing mabuk tu .

" Mimpi ni ada 3 jenis sebenarnya " sambung Abang Surau.

Sekarang muka Luqman dan Anas masing masing bermuka lebih rendah daripada 5 sen. Sungguh mereka pelik. Betul ke Abang Surau ni -,-

" Yeke abang? yang kami tahu mimpi ada dua, satu mimpi yang syaitan buat and satu mimpi bila nak baligh tu . "

" No no no no, mimpi ada 3 jenis." kata Abang Surau sambil jarinya ke kiri dan kekanan.

Mimpi yang pertama ialah gambaran yang diciptakan Allah sebagai alamat kepada perkara lain sama ada yang akan datang ataupun yang sudah berlalu. Macam petunjuk la sonang cerita.

Mimpi yang kedua ialah gambaran terhadap yang berlaku ke atas si empunya diri sebelumnya sehingga terbawa-bawa di dalam tidur. Yela, macam kalau sebelum tidur tu asyik teringat kat PendakwahCute, nanti terbawa bawalah dalam mimpi.

And mimpi yang ketiga ialah gambaran yang dimasukkan syaitan ke dalam tidurnya bertujuan menakut atau menyedihkannya. Macam mimpi terjun bangunan or mimpi hantu or mimpi Abang Surau jadi zombie ka ha macamtulah.

Fahimtum?

"Ooooooooooooooo." kata Luqman dan Anas dengan panjang O itu 6 harakat.

" Dalilnya ada abang?" celah Anas.

" Biadap beno minta dalilnya. Nanti kalau hang berguru dengan mana mana guru, kalau guru bagi ilmu, jangan terus minta dalil. kalau tak percaya dengan apa yang dikatakannya, bawa perkara itu kepada ustaz lain. Takut kalau hang minta dalil dekat dia, dia terasa hati sbb ingat hang memperendahkan ilmunya, tak berkat ilmu yang hang dapat kalau Murobbi hang berkecil hati." terang Abang Surau dengan panjang lebar dengan sedikit nadanya seolah olah merajuk.

"Hang tu la Anas, cuba percaya apa yang Abang Surau bagitau. tengok dah merajuk dah, aku takdak duit nak beli eskrem Magnum nak pujuk dia." kata Luqman.

"Errr takpalah bang, saya buat lawak hambar ja tadi minta dalil." kata Anas + rasa bersalah.

"Takpalah, nak kan? ni ha ambik."

Nabi SAW bersabda, “Mimpi ni ada tiga jenis: 
- Mimpi yang benar sebagai berita gembira dari Allah. 
- Mimpi menyedihkan daripada syaitan. 
- Mimpi yang berkaitan dengan apa yang berlaku kepada dirinya."

kata Abang Surau sambil membetulkan ikatan Serbannya.

"Abang abang, ni hadis riwayat siapa?" tanya Luqman pula.

"Ni hadis riwayat Syaikhani."

"oooooooooooooooooooo" kata Luqman dengan panjang O nya 4 harakat.

Anas pula mencelah. "Abang, apa beza mimpi yang benar dengan yang tidak benar?"

"Mimpi yang benar datang daripada Allah manakalah mimpi yang tak benar datangnya daripada Syaiittoonnnnnn." jawab Abang Surau.

"Abang, nak tanya lagi boleh?" tanya Anas.

"Tanyalah, abang memang kaunter pertanyaan pon." jawab Abang Surau sambil membuat lawaknya yang hm hm yang tak lawak hahahahha.

"Errr kalau kita dapat mimpi yang baik kan, kita kena buat apa? Kalau dapat mimpi yang buruk pula?" soal Anas sambil menggaru kepalanya yang memang tak gatal pon. Saja nak buat comel (kata PendakwahCute yang jeles dengan kecomelan Anas)

"Kalau mimpi baik, kena belanja abang Magnum, kalau mimpi buruk kena belanja abang Cadbury." kata Abang Surau.

"Cadbury HARAMMMMMM la abang!" tegas Luqman.
"Eh tapi tadi aku baca dekat twitter ada yang cakap dah halalkan balik?" kata Anas pula.

And macam biasa, Abang Surau ada untuk menyelesaikan keraguan.

"Nak senang, kalau ragu ragu, tinggalkan. Takpayah makan. Tinggalkan yang Syubhah. fahimtum?"

"Tadi dia jugak yang suruh orang belanja Cadbury." kutuk Luqman dalam hatinya. tak berani dia nak cakap depan depan, kang kena penampo buaya. Abang Surau ni ada silat -,-

"Syubhah tu ape pulak abang?" tanya Anas lagi.

"Syubhah tu magnum. Takira hang kena belanja abang magnum jugak." kata Abang Surau.

"ya Allah dia ni. haih nanti orang beli la." kata Anas.

"Gurau je la, abang saja ja nak tengok hang ikhlas ke dak nak belanja abang. kalau ikhlas tadi dah dapat pahala, ni macam em macam takpelah. Kita sambung :3" usik Abang Surau sambil sekali lagi membuat smiley kucing mabuk. "btw apa soalan tadi?"

"Abang ni ! Soalannya apa kita kena buat kalau dapat mimpi baik and mimpi buruk?" kata Luqman yang diam dari tadi.

"Okay, kalau dapat mimpi baik, first sekali kena ucap Alhamdulillah la. tapi kalau mimpi aurat orang jangan ucap alhamdulillah pulak, tu bukan rezeki -,- . Lepas ucap alhamdulillah, bagitahu mimpi baik tu dekat mereka yang pandai mentafsir mimpi. And yang ketiga, hebahkan kepada mereka yang mengasihi anda, bukan yang memusuhi." kata Abang Surau panjang lebar selebar lebarnya.

Fahimtum?

"Fahaammm cikguuuuuuuuuuuu." balas Anas dan Luqman serentak.

"Kalau mimpi buruk pula?" kata Anas yang ingin memang terkenal dengan sifat ingin tahunya .

"Kalau mimpi buruk, first sekali ucaplah A'uzubillah. Ludah ke kiri sebanyak 3 kali. Ludah tu pun sekadar syarat ja, jangan ludah semahunya. Takut nanti dipanah kita dengan periuk oleh Umi. Lepastu ubah posisi tidur, kalau dari kanan ubahlah kekiri and sebaliknya. Then terus bangun bersolat Sunat. Yang penting, jangan hebahkan dekat orang ramai and jangan tafsir sendiri mimpi tu, rujuk pada ahlinya." terang Abang Surau yang seolah olah merasakan sedang menjadi Ustaz dalam rancangan tanyalah Ustaz.

"OOOOOOOOOOOOOOOO" kalini O mereka dengan huruf besar pulak.

"Abang, ada tak hukum bertanya pasal mimpi kita dekat ahlinya?" tanya Anas.
"Kau ni tanya banyak lah, haih." potong Luqman.

"Ada ada. Hukumnya sunat bertanya pasal mimpi kita dekat ahlinya." jawab Abang Surau dengan tersenyum.

"Kalau orang yang saja saja reka mimpi dia and cerita dekat orang lain penipuan dia tu?" tanya Luqman.

"Haram hukumnya and berdosa."

Anas tunduk. direnung kakinya. Lama.

"Hang tengok kaki hang tu awat? jari hilang satu ka?" tanya Abang Surau.

"Err abang, kalau orang macam saya ni, boleh ke bermimpi jumpa Rasulullah SAW?"

Senyuman terukir di bibir Abang Surau. "Boleh, boleh sangat. Kalau kita mimpi jumpa Nabi, memang tu sebetulnya Nabi sbb kalau Syaitan ingin menyerupai Nabi, dia akan terbakar dan musnah. Kalau kita ada mimpi jumpa Nabi, confirm Syurgalah tempat kita. insyaAllah. "

Ni abang bacakan satu hadis ;

Hadis riwayat Bukhari: Sabda nabi saw: “Sesiapa yang melihatku dalam keadaan tidur maka
sebenarnya dia memang melihatku. Ini kerana syaitan tidak boleh menyerupaiku. Mimpi
benar seorang mu’min adalah satu juzu’ dari 46 juzu’ kenabian.”

Dalil tafsir mimpi ?

Dari al Quran, 

Kalau kita mimpi yang ada berkenaan tali, tu maknanya kita ada janji dengan orang.

Dari firman Allah Taala: “Berpeganglah kamu semua dengan ‘tali’ Allah…” (ayat 103, surah
Ali Imran)

Kalau mimpi kita sakit, tu bermakna kita ada sifat Munafiq.

Penyakit: Bermakna sifat munafiq. 
Dari firman Allah: “di dalam hati mereka ada penyakit.” (ayat 10, surah al Baqarah)

Kalau kita mimpi ada pasal kapal, tu maknanya ada kejayaan yang sedang menanti.

Dari firman Allah: “Maka dengan itu kami selamatkannya dan pengikut-pengikutnya di 
dalam bahtera (kapal) (ayat 15,surah al Ankabut)

" Ouh macamtu. Baru jelas sikit". kata mereka serentak.

" Dari hadis tentang tadsir mimpi ni nak juga? " tanya Abang Surau sambil tersenyum.

"Nakkkkkk!!" teriak mereka.

"Cakap slow slow dahla weh -,-" kata Abang Surau sambil mengurut dadanya.

Gagak: Bermakna lelaki yang fasiq 
Sebab: Ini kerana nabi saw menyamakannya dengan orang fasiq.

Tikus: Bermakna perempuan yang fasiq 
Sebab: Ini kerana nabi saw menamakannya begitu.

Baju: Bermakna orang yang berhutang 
Sebab: Nabi pernah menafsirkannya begitu.

And dari kiasan or perumpamaan pulak ;

Mengorek lubang: Bermakna konspirasi 
Sebab: Ini berpadanan dengan sabda nabi saw bahawa sesiapa yang mengorek lubang
pasti jatuh ke dalamnya.

Tangan panjang: Banyak berbuat kebaikan 
 Sebab: Nabi saw menyifatkan seseorang yang banyak berbuat kebaikan dengannya. Nabi
saw, “Si fulan lebih panjang tangannya daripada si fulan.”

Tukang emas: Bermakna banyak berbohong 
Sebab: Nabi saw menyatakan golongan ini paling banyak berbohong.

Api : Fitnah 
Sebab: Api menjilat dan memakan apa-apa yang disentuhnya.Begitulah perumpamaannya
seperti fitnah.

Bintang: Bermakna ulamak
Sebab: Kedua-duanya memberi petunjuk kepada manusia.

" Fahimtum adik adik abang? " tanya Abang Surau.

"Faham, syukran Abang!" jawab mereka.

"Ainul Mardhiah, kau seharum kuntuman di taman Syurga, menanti hadirnya seorang lelaki, untuk..." tiba2 telefon Luqman berbunyi.

Selesai cakap, Luqman baritahu yang dia perlu pulang. Sama juga dengan Anas. Mereka bersalaman and laga pipi (Sunnah) setiap kali sebelum pulang.

" Fii Hifzillah ya adik adikku. " laung Abang Surau dari jauh sebelum bayang Luqman dan Anas hilang.

*Bersambung......





p/s: Jom kita perbanyakkan selawat kalau nak bermimpi jumpa Rasulullah ^_^



5 Comments:

Anonymous NFa.R said...

kalau mmpi org yg dah meninggal means dia btol2 dtg jumpa kita ke??

June 2, 2014 at 5:02 AM  
Blogger Unknown said...

betul ke sesuatu mimpi tu kita akan lupa jln cerita sepenuhnya?

June 2, 2014 at 4:41 PM  
Blogger Unknown said...

This comment has been removed by the author.

June 2, 2014 at 4:41 PM  
Anonymous Anonymous said...

Mcm mn nk tau kita mimpi nabi?walhal kita x pernak tgk wajah baginda...

January 6, 2015 at 5:46 PM  
Blogger Unknown said...

Assalamualaikum encik pc. Saya nak tanya , betulkan melalui mimpi saka dapat diperturunkan kepada kita ? Saya curious lah .

January 20, 2015 at 2:14 AM  

Post a Comment


|