Mehmed Fetih
Home About Twitter +Follow -Dash

Disklemer


" Bila menulis, waktu itu mulut terkunci dan yang berbicara cuma hati."

ChatOn!


Mastermind.

© Template design by ZOFF IR @theezenith_. thanks for Base code by ~~.

Rojak Dakwah.
Saturday, May 31, 2014 • 5:36:00 PM • 10 comments



Lepas solat Asar berjemaah, Abang Surau mengajak Anas dan Luqman pergi beriadah. Mereka memilih untuk berlatih teknik memanah.

Kata Abang Surau, antara sukan yang Nabi buat ialah memanah.

Bersabda Rasulullah SAW,

“Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.”   (Riwayat Bazzar, dan Thabarani)

Sedang mereka berjalan, Anas terpijak sebiji gula gula yang dikerumuni semut. Gula gula itu diandaikan terjatuh ketika tuannya sedang hendak membuka plastik. Dia teringat kata Murobbinya,

"Kalau makanan yang kamu semua sedang buka ataupun sedang ingin memasukkannya kedalam mulut, lalu makanan itu jatuh, cepatlah mengambilnya semula, bersihkannya dan memakannya. Kerana mungkin pada makanan itu, ada berkat. Sebab itu Iblis cuba untuk menjatuhkannya"

Abang Surau merenung gula gula yang dikerumuni semut itu lalu berkata,

"Gula gula itu dikerumuni semut kerana plastik yang menutupnya sudah tiada. Sungguh, jika sudah terbuka, mudah untuk mereka yang lain menikmatinya." kata Abang Surau dengan nada suara yang serius.

Luqman kemudian bertanya, " apa maksud abang 'mereka yang lain menikmatinya'? "

"Maksud Abang, gula gula itu abang andaikan macam wanita, apabila ia terbuka, ramai yang mengambil kesempatan menikmatinya. Kalau dah seksi sangat dedah auratnya, lebai pak Imam pon boleh terbang."

"Tapi kan wanita sekarang banyak yang bertudung?" celah Anas pula.

" Bertudung tak beerti sudah sempurna menutup aurat. " tegas Abang Surau.

"Tapi tutup aurat bukannya pakai tudung ka?" tanya Luqman dengan comel.

"Tu salah satu cara menutup aurat. Tapi tudung yang dipakai mesti labuh, menutupi bahagian dada."

"Kenapa mesti tutup bahagian dada pula abang?" soal Anas dengan muka tak bersalahnya.

"Err sebab Allah suruhlah." jawab Abang Surau.

"Macamana abang tahu Allah suruh?" tanya Anas lagi.


"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain kerudung hingga menutupi dada-dada mereka."
[An-Nur : 31]

"Tu haaaa, faham tak adik abang yang shomel sekalian?" 
"Fahammm.. em"

"Tapi kan abang, kenapa eh kena tutup aurat?" tanya Luqman.

"Sebab nak jaga maruah diri. Lagi lagi wanita, mereka adalah hiasan dunia, bidadari Syurga. Aurat mereka, maruah mereka." jelas Abang Surau.

"Jalan belakang singa lebih baik drpd berjalan di belakang wanita."

"Bahayanya pandangan seorang lelaki apabila melihat seorang wanita. Sebab tu kita kaum Adam, kena tundukkan pandangan."

"Ouh macamtu, hm abang, kalau wanita sendiri yang menonjolkan dirinya macamana?" soal Luqman.

"Macam yang abang cakap tadi, jaga mata. Jangan biar mata kita, melihat perkara maksiat."

Allah Berfirman: "Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat." (An-Nuur 24:30)

"Fahimtum?"

Anas dan Luqman mengangguk.

"Tapi abang, ada ustaz tu cakap pandangan pertama tu rezeki?" tanya Anas apabila teringatkan kata2 seorang ustaz.

"Abang bantah sekeras kerasnya kata ustaz tu. Apa pula rezekinya bila tengok perkara yang dilarang? Memang dimaafkan jika tidak sengaja, tapi tu bukan rezeki. Ingat Imam as Syafie yang terlihat aurat kaki seorang wanita kerana stoking wanita itu terkoyak lalu beliau terlupa beberapa hafalannya? Ingat?"

"Ingattt......" jawab Anas meleret.

"So tu rezeki or?"

"Yalah abang, saya faham."

Lama pulak mereka berjalan harini, selalu dah sampai dah tempat memanah tu. Ni pasal PendakwahCute la ni seronok pulak menaip. HAHAHAH k.

"Dah sampai pun!" jerit Luqman tak sabar. Harini first time dia nak belajar memanah daripada Abang Surau. Dia dah lama mengidam nak bermain permainan sunnah tu, tapi entah kenapa harini baru ada rezeki.

Selepas Anas, Luqman dan Abang Surau dah bersiap sedia dengan peralatan, mereka mengambil tempat untuk mula memanah. Anas seorang, Abang Surau dengan Luqman.

"Shiup"

Anas menembak namun tembakannya Anas tersasar. Abang Surau tersenyum. Dia berkata kepada Luqman dan didengari oleh Anas.

"Nak memanah ni, mesti ada target and caranya. Kena fokus. Macam juga dakwah, kita mesti ada target nak sedarkan dia tentang apa and kena betul caranya. Yang penting fokus, sabar dan istiqomah. Yang penting, niat lillahi ta'ala."

Luqman ready untuk memanah.

"Shiup!"

Tembakannya tersasar sedikit sahaja. Lalu Abang Surau berkata,

"Nak memanah, kena dari hati. Macamtu juga dakwah. Baru sampai kepada targetnya."

Tarik nafas. Hembus. Luqman bersedia, dia memejamkan mata mencari titik fokus dari hatinya.





"Shiup!"

Tembakannya tepat mengena 'bumper' Anas yang sedang membongkok mengutip anak panahnya.
Takdelah, gurau ja. HAHAHAHAHA.

"Woi pendakwahcute, gelak la bebanyak, nanti hati mati." kata Anas.
Mak aii, melawan Anas ni, kang aku tukar nama kau daripada Anas kepada Anis baru tahu.
Hehe dah dah jom sambung.

Tembakannya tepat mengena sasaran. Kalimah syukur meniti di bibir. Abang Surau tersenyum, dalam hati berkata "cepat betul dia belajar. Tembakan pertama aku dulu terkena babi hutan yang entah dari mana datangnya. Mabrouk (Tahniah) Luqman."

Main punya main, dah 6.30. Abang surau mengajak mereka pulang agar bersedia untuk Maghrib berjemaah. Ekceli si Anas ni bilal di suraunya. Suaranya masyaAllah memang lunak merdu, kalau ada muslimah dengar mesti cair lebur. (Tapi pendakwahcute sedap lagi kehkehkeh k gurau)

Dalam perjalanan pulang, Abang Surau memesan.


"Kalau Syaitan memanah kamu dengan panahan maksiat, reply panahannya dengan panahan Iman."

Lalu mereka berpisah di simpang, sambil berjalan menuju ke rumah masing masing, Anas dan Luqman terfikirkan pesanan Abang Surau. Mereka tersenyum.

Bersambung...


10 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Allahu, suka cari akh. Lebih kurang mcm mato & IK punya uslub .
Great & nice story .

Ana pun mcm 'abg surau' tu jugak ~~
TeRsasar sampai tembus zink dewan tu - haha xD

May 31, 2014 at 5:51 PM  
Blogger Unknown said...

Alhamdulillah. eh IK tu siapa? :O
hahaha tembus zink dewan? amboi

May 31, 2014 at 6:03 PM  
Anonymous Anonymous said...

Inche Kopiah ~

June 1, 2014 at 12:26 AM  
Blogger Unknown said...

ouh, haha tak sama lansung la, mereka lebih menarik ceritanya.

June 1, 2014 at 5:48 PM  
Blogger Solihin said...

Cerita Yg menarik banyak ilmu Yg diperoleh

June 2, 2014 at 10:27 PM  
Blogger Unknown said...

Cerita menarik. Teruskan perjuangan:) Follow sini:)

June 5, 2014 at 6:41 AM  
Anonymous Annisa_Sehun said...

Wahhh..jalan citer yg menarik^^

June 11, 2014 at 1:29 AM  
Anonymous Anonymous said...

abg surau , anas, dgn luqman tak keje ke ape ?

June 12, 2014 at 7:20 AM  
Blogger Unknown said...

Waaa .. Bestnye citer .. Truskn .. Menyokong ^^

June 14, 2014 at 9:17 AM  
Anonymous Anonymous said...

Assalamualaikum akhi.... Mnta izin copy n modify karya enta... Ana buat dlm bntuk dialog but scra overall still karya enta....

January 3, 2015 at 10:38 AM  

Post a Comment


|