Disklemer
![]() " Bila menulis, waktu itu mulut terkunci dan yang berbicara cuma hati." ChatOn! Mastermind.
| Sembang Subuh.
Macam biasa, selesai solat Subuh, Anas duduk di bangku yang disediakan berhampiran surau sambil melihat pepohon hijau dan tumbuh tumbuhan lain. Setiap hari, macamtulah dia. Katanya, dia berpegang dengan kata Murobbinya" Nak dapat pahala ni mudah ja, tengok laut, tengok tumbuhan menghijau, tengok langit, bulan, bintang, senang cerita tengok alam semulajadi yang Allah cipta, adalah pahalanya. " Selalunya, dia duduk di bangku bersama Luqman, tapi entahlah. Pagi ni dia pelik, selalunya Luqman yang datang awal dan yang paling bersemangat bila nak jemaah solat Subuh, tapi tak kelihatan juga Luqman sampai sesudah subuh. Dia teringat hadis yang pernah dibacakan Luqman kepadanya bila dia tanya kenapa Luqman begitu bersemangat nak berjemaah pada waktu Isya dan Subuh. "Rasulullah SAW bersabda: “Solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isyak dan Subuh. Seandainya mereka tahu apa makna di dalamnya, maka mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak.” (Muttafaqun Alaih)" Tersenyum sendiri Anas bila teringatkan Luqman a.k.a BFF nya cewah. " Pahhhhhhhhh!! " Terkejut Anas dibuatnya. Abang Surau ni gamaknya nak kena campak dalam sungai rasanya. Tersengih macam kerang busuk dah Abang Surau ni, seronok betul dia bagi orang terkejut. "Apa abang ni bagi orang terkejut. Haritu kemain dia cakap 'Mulakanlah salam dalam setiap mula perbualan.' Ni dia yang macamni. Ka memang salam yang Abang maksudkan tu salam yang bagi orang terkejut, centu eh?" kata Anas. Ada perlian disitu. " Beng beng!" Abang Surau rasa jantungnya seolah olah ditembak. Padan muka. Kan dah kena. "Assalamu'alaikum adikku sayang yang kucinta keranaNya." Abang Surau memberi salam sambil duduk di sebelah Anas. "Wa'alaikumussalam Abang taff. Woi woi siapa bagi duduk ni? bangun balik. Adab mana adab?" kata Anas membuat gaya tegas tetapi ditahan ketawanya. "Tak bagi Abang duduk eh? takpalah. Abang nak balik." kata Abang Surau buat buat bangun mahu beredar daripada situ. "Balik la balik. Orang tua tua merajuk hodoh + buruk + tak comel + memang hodoh tahu?" "Manada tua la, abang baru 22 tahun. Sexy lagi tahu?" "Lagi satu, orang tua tua bila perasan pun hodoh tahu?" "Dia ni.... ni boleh ke tidak Abang duduk ni?" "Duduklah kalau tak malu" Abang Surau duduk dengan tak malunya. Anas menutup mulutnya menahan ketawa. "Takpayah la ketawa budak" Tiba tiba, muka Anas berubah. Nampak macam sedih. Murung pon ada. Abang Surau rasa bersalah. Takkanlah budak ni terasa pulak aku panggil dia budak. Didekatinya Anas. Dipeluk bahunya. "Err adik kenapa? Maafla kalau terasa dengan abang tadi. Abang nak gurau ja." tanya Abang Surau berhati hati. Serba salah melanda dirinya. "Abang, salah eh bercinta?" Nak tersembur ketawa abang surau ekceli, tetapi ditahannya. Takut Anas terasa. "Cinta itu fitrah. Cinta tu rasa yang Allah selitkan dalam jiwa. Kita manusia, kena pandai kawal cinta. Jangan biar cinta yang kawal kita. Takut rosak akhirnya." "Tapi kan, saya ada dengar orang cakap, 'kalau nak bercinta ni, kena jaga Ikhtilat.'. Ikhtilat tu apa abang?" "Meh abang terangkan pasal ikhtilat ni. Weh, abang bagitau pasal ikhtilat ni, tak bermakna abang syorkan hang bercinta tahu?" "Ya ya, cepatlah. Ikhtilat tu apa? Manada saya bercinta pon. Takkan hadir cinta lain dalam diri saya selagi saya masih belum sempurna mencintai Nabi Muhammad SAW." "Perghh. Hebat hebat! Bagus bagus. Ok nak tahu eh ikhtilat tu apa?" "Nak nak nakkkkkkkkkkkkkkkkk!" jerit Anas. "Weh budak, takpayahlah jerit. Tak jadi kucing tu nak berak nanti dengar hang jerit." "Assif (maaf), ok cepat la, ikhtilat tu apa?" "Ikhtilat tu sebenarnya maggi asam laksa." "Hah? betul ka? laaa tapi kenapa orang yang bercinta kena jaga maggi asam laksa? macam pelik je abang?" "HAHAHAHAHAHAH" termuntah juga ketawa Abang Surau melihat kebendulan Anas. "Abang, kalau ya pon nak ketawa, takpayah la nak capslock bagai." "Maaf maaf, abang cakap ikhtilat ni macam maggi asam laksa sebab dari segi bahasa, ikhtilat ni maknanya menggaulkan sesuatu dengan yang lain." "And dari segi istilah syarak pula ialah percampuran antara lelaki dan perempuan" celah Luqman tetiba. "Weh, solat Subuh dah habis dah la. Awat tak mai pagi tadi?" tanya Anas. "Ayah aku baru balik dari Yaman, so pagi tadi dia imamkan solat dekat rumah, tu yang aku tak datang tu." "Ouh, accenggitu rupanya." balas Anas sambil mengangguk. "Apa topik tanyalah Ustaz pagini? tanya Luqman. "Pagini kita sembang pasal maggi asam laksa ja Luqman" kata Abang Surau dengan gelaknya yang masih tersisa. "Pagini sembang pasal Ikhtilat la Luqman." jawab Anas tegas. "Ouh Ikhtilat, btw kan abang, saya tertanya tanya, apa hukum Ikhtilat ni eh?" tanya Luqman ingin tahu. "Hukumnya? Bergantunglah. Boleh jadi haram, boleh jadi harus and boleh jadi halal malah diwajibkan." "Pening la abang. Ape ke banyak sangat hukumnya? Abang reka eh?" tanya Luqman lagi. "Ya Allah budak ni, manada abang reka. Ni yang abang belajar dekat pondok dulu." jawab Abang Surau. "Abang, bagi contoh boleh?" "Boleh adikku sayang." "Haram kalau berhubungan lelaki dan perempuan yang ajnabi dan tiada urusan yang perlu/mendesak untuk melakukan perhubungan itu. Lagi lagi kalau bertepuk tampor bermesra gituh." "Kalau harus pulak abang?" soal Anas. "Harus dalam urusan-urusan yang tidak dapat dielakkan. Contohnya macam doktor dengan pesakitnya, dalam kerja (mesyuarat or sebagainya), jual beli, amar makruf nahi mungkar, dalam kenderaan awam and sebagainya." "Yang abang cakap halal malah diwajibkan tu cena pula abang? takda kena mengena dengan maggi asam laksa kan?" "Hahahahaha takda takda. ni dengar betul betul" "Yang halal malah diwajibkan contohnya dalam keadaan darurat. For example selamatkan makcik yang nak bunuh diri daripada KLCC sebab tak dapat tengok Kilauan Emas or selamatkan mereka yang tengah terancam nyawanya, kemalangan or sebagainya. Takkanlah waktu dia tengah tersepit dekat kereta, hang nak cakap 'Maaf ya makcik, saya tak boleh tolong, Ikhtilat'. Arwah la jawabnya." "Ouhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh" enam harakat panjangnya Ouh dari Anas dan Luqman. "Ada ka dalil tentang ikhtilat ni abang?" tanya Luqman. "Ada, banyak. ni salah satunya."
[al-Israa, 17:32]
"Dalam ayat ni, Allah tak befirman 'Janganlah kamu berzina' tetapi Allah befirman 'Janganlah kamu menghampiri Zina'. Cer pikio, nak dekat pon tak boleh, inikan pula berzina. Nauzubillahimindzalik! Salah satu nak menjauhi zina adalah dengan menjaga ikhtilat." "Habistu abang kalau terpegang tangan or lain lain anggota bukan mahram cena?" tanya Anas ragu ragu. "Dalam islam, kalau istilah TER, dimaafkan. tapi takkanlah ada yang Ter rogol kan?" jawab Abang Surau selamba. "Mak aii, terogol? pelik." Anas dan Luqman buat muak 10 sen mereka yang kelmarin tu :3 dan tiba tiba kucing mabuk muncul. "Abang, ada tak syarat atau adab ketika ikhtilat?" tanya Anas. "Ada ada, semua yang kita lakukan ada syarat dan adabnya." kata Abang Surau. 1. Niat kerana Allah. 2. Matlamat iaitu keperluan sahaja ataupun terdesak. 3. Tidak bersentuhan (tak kiralah antara kulit dengan kulit ka berlapik) 4. Menutup dan menjaga aurat (ni penting!) 5. Jaga adab bercakap (yang perempuan jangan manjakan dan lunakkan suara) 6. Berada dengan jarak yang jauh antara kedua dua lelaki dan perempuan. 7. Di tempat yang ramai orang dan tidak berdua duaan. "Fahimtum?" "fahammmmmm ustazzz" jawab mereka serentak. "Dah pukul 9 ni, Dhuha dulu jum?" tanya Abang Surau. "Nak nak, tapi abang kena imamkan?" kata Luqman. "Lah Luqman la imamkan, boleh?" "No no, abang juga, nanti nanti baru Luqman eh?" "ya lah, tapi ni tahu ke niat Sunat Dhuha ni?" "Tahu tahu, Anas je kot tak tahu." sindir Luqman. "Aku tahu la. haih diam pon kena, cakap pon kena." rajuk Anas. "Macam ni ha niat Dhuha" "Abang, doa waktu sujud terakhir ada tak?" "Ada ada. ni ni.." "Okay okay, faham. Jom ambil wudhuk dulu." kata Luqman. "Ambillah wudhuk dengan sempurna, kerana ia menjana solat yang sempurna juga." kata Abang Surau. "InsyaAllah abang, Bilal pon masuk syurga sebab sempurnanya berliau berwudhuk." kata Anas. "Na'am (ya)." Lalu mereka bertiga pon mengambil wudhuk lalu bersolat Sunat Dhuha 12 rakaat diimamkan Abang Surau. p/s Solat Sunat Dhuha tu kunci kepada pintu Rezeki ^^ |
0 Comments:
Post a Comment