Mehmed Fetih
Home About Twitter +Follow -Dash

Disklemer


" Bila menulis, waktu itu mulut terkunci dan yang berbicara cuma hati."

ChatOn!


Mastermind.

© Template design by ZOFF IR @theezenith_. thanks for Base code by ~~.

Soleh itu Bukan Aku (1)
Sunday, June 1, 2014 • 10:36:00 PM • 8 comments



Perjalanan dari rumahnya ke Surau terasa lama pula. Dia memilih berjalan kaki kerana dia tahu, pergi ke tempat yang baik, apabila berjalan kaki, pahalanya lebih. Tiba-tiba...

"Cuuuu, minta duit sedikit, nak beli makan, boleh cu?" tegur seorang pakcik tua yang takpernah dikenalinya.
Sambil tersenyum, Anas berkata "boleh pakcik. Jap saya ambil dalam dompet saya."

Waktu Anas sedang mengambil dompetnya, dompetnya terjatuh. Pelik, sedangkan dia memegang kuat dompet tu. Lalu dia tunduk mengambil dompetnya. Setelah bangun, pakcik tadi hilang. Sekali lagi pelik.

Anas meneruskan perjalanan ke surau di tamannya. Kerana terlambat, Luqman mengambil alih tugasnya untuk azan. Dia berasa kecewa kerana terlepas satu pahala yang besar. Dia redha. Mungkin kedatangan nenek tadi ada hikmahnya.

Masuk ke surau, dia terus bersolat Sunat Tahiyyatul masjid.

"Wehhhhh, macamana solat Tahiyyatul masjid? bagitau la dekat aku." tanya PendakwahCute yang memang suka menyibuk dalam cerita.

"Toksah kau mengganggu si Anas tu nak solat, meh sini aku ajar." kata Luqman.

"Mula mula, bila masuk masjid ataupun surau, baca doa dulu. Langkah dengan kaki kanan. Hang tau dak doa masuk masjid?" tanya Luqman.

PendakwahCute dengan muka takcutenya menggeleng taktahu.

"Ni haa.."


          "Allahummaftah li abwaba rahmatik."
 (O Allah! Open the doors of Your Mercy for me)


"Tu haa, tu doa Nabi bila masuk Masjid." kata Luqman. Lepas masuk masjid, jangan terus duduk, tapi solat dua rakaat dulu. Macam yang pernah Nabi sebut.



“Jika salah seorang di antara kamu memasuki masjid, hendaklah dia tidak duduk hingga mengerjakan solat dua rakaat.” 

(Hadis Riwayat al-Bukhari)

"Yeye faham, niat and cara nak solat dia macamana?"
"Nak solat? first, mesti ada wudhuk :3" kucing mabuk hadir tiba tiba.

"Ha ha ha kelakar gila lawak kau ha ha ha nak mati aku -,-" gelak PendakwahCute 'ikhlas'.
"La betul la nak solat kena ada wudhuk." kaver Luqman. "Ish yela yela, nak solat Tahiyyatul masjid kena tahu niat dulu." tambahnya.


أُصَلِّي سُنَّةَ تَحِيَّةُ الْمَسْجِدِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya : "Sahaja aku menunaikan solat sunat Tahiyatul Masjid dua rakaat kerana Allah Taala." 


"Cara dia cemana?" tanya PendakwahCute.
"Cara dia sama dengan solat sunat yang lain, cumanya niat yang berbeza." terang Luqman.
"Okeyh."

"Waktu rakaat pertama bacalah Surah al Kafirun, rakaat kedua Surah al Ikhlas." tambah Luqman lagi.
"Pehal pulak?"
"Sebab Nabi suka surah tu."
"Ok faham faham, jom sambung cerita balik, maaf ganggu :3" kata PendakwahCute.

Ok, berbalik kepada cerita.

Selesai solat Maghrib yang diimamkan oleh Abang Surau, seperti biasa mereka bersembang comel di hadapan surau. Anas yang baru keluar dari surau pelik melihat seorang Muslimah yang tak pernah dilihatnya di surau mereka sebelum ini keluar dari tempat solat wanita. Waktu dia tiba tadi pun dia tidak nampak kelibat muslimah itu. Budak baru kot? Biarlah.

Anas terus menuju ke bangku di tepi surau mereka. Nampak Abang Surau dan Luqman sedang rancak bercerita.

"Assalamu'alaikum, tengah story pasal apa ni?" tanya Anas yang baru memarkingkan bumpernya di bangku sebelah abang surau.

"Tengah story pasal abang kita tu yang kemain mata tengok muslimah. Haha" usik Luqman.
"Anas dah lupa eh ? abang pernah bagitahu lelaki kena pandai jaga mata? Hm?" tegur Abang Surau lembut.

"Err nampak eh? T_T tertengok ja tadi abang, pandangan pertama kan?" kaver Anas.

"Pandangan pertama pon kalau dah lama macamtu, tak boleh juga." jawab Abang Surau.

"Em yela abang, saya janji tak buat lagi." jawab Anas insaf. "Abang, saya nak tanya ni."

"Ya Anas? tafadhol (silakan)"

"Sebelum saya datang surau tadi, saya ditegur oleh seorang pakcik tua. Berjubah putih beserban. Dia nampak lapar. Dia ada minta duit dekat saya, jadi saya pon niat nak bagi. Tapi tiba tiba dompet saya jatuh, lepas saya ambil dompet saya, bangun ja tengok tengok dia dah takda. Em pelik saya dibuatnya abang..." luah Anas.

Abang Surau tersenyum. Lalu menarik nafas dalam dalam lantas berkata;

"Kadang kadang, Allah hantar ujian melalui seseorang. Kadang, Allah hantar ujian melalui nikmat. Kadang Allah hantar ujian melalui sakit dan kadang, Allah menghantar ujian tanpa kita sedar kita sedang mengalaminya."

Anas bingung.

"Maksudnya abang?" soal Luqman yang diam sejak tadi.
"Maksudnya, Allah cuba uji kamu."

"Mungkin Allah ingin melihat kemurahan hati kamu memberi kepada peminta sedekah dan dalam masa yang sama tiada orang melihat kamu dengan pakcik itu melainkan Allah dan malaikat. Sebab manusia, kadang di khalayak, dia bukan main bersedekah, tapi bila di belakang, dia rasakan seolah tiada mata memandang, dia berat untuk bersedekah. Tapi kamu? Alhamdulillah adikku, insyaAllah ada pahala untuk kamu."

Anas bangga dipuji begitu. Namun dia cepat cepat beristighfar, teringat pesan Murobbinya,

" Pujian itu bagaikan garam dalam masakan, terlebih garam, darah tinggi kita. "


"Eh dah pukul 8.45 dah. Cepat Anas, ready azan."

Anas bangun lalu memperbaharui wudhuknya walaupun wudhuknya masih ada. Banyak kelebihan berwudhuk ni.

"Wehhh, apa kelebihan berwudhuk weh weh wehhhhhhh!?" PendakwahCute muncul entah dari mana bertanya.

"Err kau ni, kelebihan berwudhuk eh? Ni haa.."

1. Dosa dosa kecil keluar daripada titisan titisan wudhuk kita.
2. Nabi kenal umatnya melalui cahaya wudukWuduk selepas wuduk yang belum batal umpama               Cahaya atas cahaya (Nur ala nur) , sudah terang lagi bersuluh gituh.


"Barangsiapa tidur dalam keadaan dirinya berwudhu dan dia mati pada malam itu, maka dia adalah syahid di sisi Allah Ta’ala."

"Banyak lagi kelebihan berwudhuk, aku bagitahu kau yang aku tahu je, nak tau lebih lanjut, gi tanya Abang Surau sana. Kbye aku nak ambil air wudhuk." kata Anas.

Anas mengambil wudhuk dengan tertib dan sempurna. Dia mahu mencotohi Bilal Ibnu Rabbah. Bilal masuk ke Syurga hanya kerana sempurnanya dia berwudhuk, dan kerana keredhaan Allah.

Anas tutup paip. Membetulkan serbannya. Lantas berdoa selepas berwudhuk,



Anas berjalan menuju ke pintu masuk suraunya. Sebenarnya pintu masuk Muslimin dan Muslimat dekat suraunya sama. Cuma ada satu, yang membezakannya tempat solat lelaki di hadapan dan tempat solat wanita di belakang yang ditutupi tirai. Surau mereka tidaklah sebesar mana. Dia berjalan menuju ke pintu masuk suraunya untuk melaungkan azan. Ketika dia hendak memegang tombol membuka pintu, tiba tiba pintu terbuka dari dalam, muslimah yang dia lihat waktu Maghrib tadi keluar untuk mengambil wudhuk. Terkejut Anas. Lidahnya kelu. Suaranya tak hendak keluar. Dia kaku.

"Minta maaf, tumpang lalu ye saudara."

Suasana sepi seketika. Diam.


8 Comments:

Blogger Nur Fadhilah Zahri said...

Dah update nanti tweet ye :)

June 2, 2014 at 2:52 AM  
Blogger Unknown said...

Nice2 .. Can't wait read more. :)

June 2, 2014 at 3:12 AM  
Blogger Unknown said...

Nice2 .. Can't wait read more. :)

June 2, 2014 at 3:14 AM  
Anonymous NFa.R said...

best!!!!! sbb pendakwahcute memasukkan amalan2 yg biasa tetapi kadangkala kita ambil ringan..nice work!!

June 2, 2014 at 4:58 AM  
Blogger Solihin said...

Seronok la cerita nie sebab ada isi Yg penting

June 2, 2014 at 6:44 AM  
Anonymous Annisa_Sehun said...

Wahhhh....bestnyer... (y)

June 11, 2014 at 5:56 AM  
Blogger Aqilah Azmi said...

Alahai pendakwahcute nak gak masuk ekeke

Goodjob!!!!

June 15, 2014 at 8:47 AM  
Anonymous Anonymous said...

So cute la story nI..

June 19, 2014 at 9:12 PM  

Post a Comment


|