Disklemer
![]() " Bila menulis, waktu itu mulut terkunci dan yang berbicara cuma hati." ChatOn! Mastermind.
| Soleh itu Bukan Aku (2)
"Err ya ya, silakan lalu. Assif (maaf) halang laluan kamu." jawab Anas tergagap gagap.
Mata bertemu seketika. Cepat cepat Anas mengalihkan matanya. Tunduk. Dia melihat ibu jarinya. Entah terlebih satu jari kot. Kata kata Abang Surau bermain di fikirannya.
"Nak jadi lelaki yang soleh, kena selalu tundukkan pandangan. Jangan biar syaitan berpesta, tembak balik Syaitan tu dengan bazooka (Iman)"
Selepas muslimah itu berlalu, dia cepat cepat masuk ke dalam surau. Doa masuk surau tak dilupa. Dia menekan suis microphone. Ready melaungkan azan.
"Allahuakbar allahuakbar!"
Mendengar laungan azan daripada Anas, Abang Surau dan Luqman cepat cepat mempebaharui wudhuk mereka dan cepat cepat masuk ke dalam surau.
Tamat sahaja azan, mereka bersolat dua rakaat iaitu Solat Sunat Rawatib.
Macam biasa, PendakwahCute yang suka menyibuk datang.
"Weh wehhhhh! Solat Sunat Rawatib tu apa? ajar la, kedekut betul." serbu si budak perasan tu tetiba.
"Nak tahu ke?" tanya Abang Surau.
" Nak la ...." meleret di jawab.
"Abang cakap sekali je, dengar betul betul eh?"
PendakwahCute mengangguk faham.
Ok, dengar...
Solat Sunat Rawatib ni kadang kadang orang sebut solat sunat Qabliyyah (sebelum) dan sunat Ba’diyyah (selepas).
Bak kata murobbi Abang,
"Solat sunat Rawatib ini bagaikan sayap yang menerbangkan solat Fardhu kita kepada Allah SWT. Solat ini juga merupakan solat sunat yang menampung kekurangan solat fardhu kita."
Sabda Nabi Muhammad SAW;
“Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas Zuhur sebanyak
4 rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka”
(H.R. Abu Daud & Tirmidzi)
"Oooooooooooooo macamtu. Faham faham." PendakwahCute menganggukkan kepalanya
Ni hadis untuk yang Asar pula,
“Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat
maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka”
(H.R. At-Tabrani)
Tapi ingat, selepas solat Asar, tiada solat Rawatib ye?
"Yeeee ingattttttttttt....."
"Err Abang Surau, cara caranya gimana pulop?"
Caranya? kena tahu niat dulu.
Solat Sunat Rawatib Qabliyyah (sebelum) ,
Sahaja aku menunaikan solat sunat sebelum (solat fardhu pada waktu itu) dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.
Solat Sunat Rawatib Ba’diyyah (selepas) .
Sahaja aku menunaikan solat sunat selepas (solat fardhu pada waktu itu) dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.
Macam solat sunat Tahiyyatul Masjid juga, surah yang digalakkan ialah
- Al Kafirun dan Al Ikhlas.
"Btw ingat, waktu niat ketika Takbiratul Ihram tu, mesti niatkan solat sebelum atau selepas." pesan Abang Surau. Faham tak yang abang terang tadi?
"Fahammmmm... syukran jazilan abang kacak pui." usik PendakwahCute
Macam biasa, solat mereka diimamkan oleh Abang Surau. selesai solat, mereka duduk bertiga di bangku di tepi surau.
"Abang abang, malamni nak story pasal apa?" tanya Luqman teruja. Anas menanti jawapan Abang Surau.
"Hangpa tau dak Dajjal tu apa?" tanya Abang Surau serius.
"Tau tau! Yang ada mata satu tu kan kan kan?" jawab Luqman. Semangat.
"Hm, hangpa nak tau dak cerita pasal Dajjal ni?" tanya Aband Surau.
"Nak nak, lama dah nak tahu tapi takdak siapa yang nak cerita. hm abang cerita eh eh? :c " Luqman membuat muka comel.
"Dajjal ni termasuk 4 makhluk yang dipanjangkan nyawa mereka. Antara 4 makhluk itu ialah Nabi Isa a.s, Nabi Khidir a.s, Syaitan, dan akhirnya Dajjal"
"Em dajjal ni raksasa ka abang?" soal Anas ingin tahu.
"Tak, Dajjal ni manusia macam kita. Nak tahu? 8 orang Ulama' di Yaman bermimpi yang Dajjal sudah keluar, tapi tak tahu di mana."
"Seghiussss? !!!!" tanya Anas sambil menggigil. Dia takut. Dia tahu amalnya masih kurang. Dia tahu dia belum menjadi yang soleh. Dia taknak mati lagi. Insaf.
"Sebelum Dajjal keluar, ada riwayat mengatakan dunia kita akan kering (kemarau) selama 3 tahun. Tahun pertama hujan akan turun sebanyak 2/3 iaitu 240 hari. Tahun kedua hujan akan turun sebanyak 120 hari dan tahun ketiga, hujan tak turun lansung."
"Em betul ke bang? Ya Allah tahun ni pon hujan entah berapa bulan sekali ja. Ya Allah... takutnya.." adu Anas.
"Satu hadis sahih nabi pernah menyebut, jika nanti Dajjal keluar, para suami, ikatlah anak dan isteri kamu pada tiang di rumah kamu, kerana mereka merupakan golongan yang cepat terpengaruh."
"Sampai macamtu sekali bang? Seramnyaaaa...."
"Dajjal akan keluar diantara Syam dengan Iraq. dia akan menaiki sesuatu kenderaan seperti jet pejuang bergerak ke seluruh mukabumi kecuali Mekah & Madinah kerana di situ, ada malaikat yang akan mengawalnya.Kenderaan yang dinaiki Dajjal nanti, lajunya seperti hujan yang dibawa angin. Cukup laju. Sebab tu, Dajjal dapat mengelilingi dunia dalam masa 40 hari sahaja." terang Abang Surau.
"Takutnya, abang cerita la lagi abang..." pinta Anas.
"Apabila Dajjal turun ke sesuatu tempat, dia akan suruh rakyat di tempat tersebut mengaku dirinya sebagai Tuhan. Bila rakyat di tempat tersebut mengaku Dajjal sebagai tuhan, Dajjal akan tunaikan segala permintaan rakyat tersebut."
"Abang ni, cerita pendek pendek kenapa, teranglah panjang panjang sikit, teruja ni hmmm.." rajuk Luqman.
"Yalah yalah, merajuk dia ni haih macam bebudak. Ok listen, Dajjal ialah ketua negara. Dia mempunyai segala kelengkapan dunia termasuk kuasa nuklear. Nabi Muhammad ada menyebutkan yang Dajjal akan memonopoli / memiliki semua makanan di atas muka Bumi ini..."
"Habistu nanti kita nak makan apa abang?"
"Tadi suruh abang cerita, ni dia pula potong abang nak cakap. Babap kang baru tahu."
"Err ana assifun."
"Good. Then sahabat bertanya: "Ya Rasulullah, habistu manusia akhir zaman nak makan apa ya Rasulullah?" "Baginda menjawab: manusia ketika itu akan bertahlil, bertasbih, bertakbir dan beristighfar. Zikir tersebut, akan menggantikan makanan. Adakah zikir itu mengenyangkan?
"Tak." tapi zikir akan membuatkan orang islam pada akhir zaman bersabar dengan kelaparan.
Sesiapa yg boleh tahan dgn lapar itu, alhamdulillah. Manakala yang tidak boleh tahan dengan kelaparan tersebut, dia akan mula mengikut Dajjal." cerita Abang Surau panjang lebar.
"Ouh macamtu, kiranya nanti matilah kita abang takda makanan T_T " kata Anas.
"Sebab tu kita kena puasa sunat. macam yang nabi sebut, banyakkan baca Surah al kahfi. InsyaAllah, Allah akan selamatkan kita drpd fitnah Dajjal." jawab Abang Surau.
"Abang, ceritala lagi. Eksited tangat tangat ni.." tiba tiba PendakwahCute mencelah.
"Err "
"Dajjal cuma duduk dekat muka bumi tak lama, cuma 40 hari saja. Kemudian Nabi Isa akan turun, dan Nabi Isa akan membunuh Dajjal. Tapi, hari yang pertama Dajjal turun, lamanya seperti satu tahun. Hari kedua, seperti sebulan, hari ketiga, seperti seminggu dan hari seterusnya sama seperti hari hari biasa.
Bila nak kiamat nanti, akan ada puak yang mengikut Dajjal, dan puak yang mengikut Nabi Isa. Semoga Allah memasukkan kita dalam puak mereka yang memperjuangkan Islam." terang Abang Surau dengan hensemnya. "Abang, kiranya kalau kita duduk dekat dalam laut, selamat lah?" tanya Luqman. "Penguasaan Dajjal adalah di darat, udara dan laut." jawab Abang Surau.
"Ala Dajjal ni, sibuk la dia nak juga kacau dekat laut hm."
"Sebelum ni, Dajjal bertapak di segitiga bermuda. sekarang dia berpindah ke utara laut Jepun kerana tempat tersebut jauh daripada azan. Ya, Dajjal takut sangat dengan Azan. Bila azan, kita takbir. " Allahuakbar ", jika Dajjal membuat benteng, akan hancur benteng tersebut." tambah Abang Surau. "Lagi lagi?"
"Dajjal akan buta mata kirinya selepas dia mengaku dia sebagai Tuhan.
Terlalu susah nak selamat daripada fitnah Dajjal - Sheikh Zainul Asri
"Apabila kita menerima apa yang ditawarkan oleh Dajjal, secara terus kita jatuh Kafir. Kalau sesuatu tempat itu rakyatnya mengaku Dajjal sebagai Tuhan, Dajjal akan turunkan hujan supaya tanaman tumbuh kerana waktu itu kemarau. Apabila rakyat di suatu tempat tak mengaku Dajjal sebagai tuhan, Dajjal akan pergi. Keesokannya, tempat tersebut akan menjadi tanah yang tandus. Macam yang disebut, Dajjal merupakan ketua negara. semua kelengkapan dia ada termasuk nuklear. Jadi, dia telah mengebom tempat tersebut."
Kata Akhi Hakim,
"Nafsu pon kemain susah nak lawan, inikan pulak Dajjal."
"Nak tahu apa yang paling abang takutkan bila Dajjal keluar nanti?"
"Apa?" tanya mereka serentak.
"Dajjal akan menyeru ibu bapa kita hidup, dan setelah ibu bapa kita hidup, ibu bapa kita akan berkata kepada kita "Anakku, mengakulah yang Dajjal itu tuhanmu." Abang takut sangat, abang dah lama tak jumpa umi. Umi abang meninggal waktu abang umur 6 tahun." kata Abang Surau penuh syahdu.
"Abang, qowiy lillahi ta'ala. Kuatlah kerana Allah. hm tapi memang tu ibu bapa kita ka?" tanya Anas.
"Bukan, tu adalah syaitan yang menyerupai ibu bapa kita. Tapi main dengan lama tak jumpa ni, takut terasar juga Iman kita." jawab Abang Surau.
"Betul tu hm sabar tau abang? Fassobrun Jamil! (Sabar itu Indah)" kata Luqman.
"Nak dengar lagi tak pasal Dajjal?" tanya Abang Surau buat buat ceria. Taknak diikutkan sangat perasaan.
"Nak nak!" jawab mereka serentak.
"Dajjal turun nanti, dia akan bawa Syurga dan Neraka. Dia juga akan bawa 2 sungai. Mata manusia akan nampak, dua dua sungai itu, mengalir. satunya air putih bersih, dan lagi satu api yang membara. Jadi, jika kita jumpa Dajjal, pilihlah sungai yang api sedang membara. Bila pergi ke tebing sungai tersebut, pejam mata, kemudian, tundukkan kepala, dan minumlah air daripada sungai tersebut. Kerana sungai yang kita nampak air itu adalah api, dan api itu adalah air. Faham?"
'Faham abang!" jawab mereka.
"Abang, ayah panggil balik. Ada hal sikit ayah nak bincang."
Mereka memandang kepada pemberi suara itu, rupanya muslimah tu yang memanggil.
"Ehhhh? kiranya muslimah yang aku jumpa tadi, adik abang Surau?" bisik Anas kepada hatinya.
Spoil.
|
10 Comments:
Syabasssss ! Dah lama tak dengar cerita pasal dajjal nih. Byk yg dah lupa . Ada sambungannya lagi ke ?
Tak jadi nk selongkar twitter PC ni. Mabruk !!
Dah jdi habit bukk blog ni :)
Moga Allah Redha .
seronok membace sbb dpt menambah ilmu..
seronok bacanye..banyak ilimu dapat..at least dpat jugak mngingatkn balik mane yg dah lupa
terima kasih sbb kongsikan cerita ini. byk manfaat yg saya dpt :)
bleh crite pasal nabi khidir.mcm xtau ape2 pon
Syukran (:
Bila kita minum air tuu? apa rasanya?
Terbaik!!!!
Boleh copy?
Post a Comment