Mehmed Fetih
Home About Twitter +Follow -Dash

Disklemer


" Bila menulis, waktu itu mulut terkunci dan yang berbicara cuma hati."

ChatOn!


Mastermind.

© Template design by ZOFF IR @theezenith_. thanks for Base code by ~~.

Soleh itu Bukan Aku (3)
Sunday, June 8, 2014 • 1:41:00 AM • 6 comments



Selesai memanggil Abang Surau, muslimah tadi berlalu. Langkahnya lebih cepat bila dia tahu yang Anas dari tadi memandangnya tak lepas. Dia teringat kata Abangnya (Abang Surau),


"Muslimah solehah itu tidak memandang 
dan dipandang."


"Abang balik dulu, ada hal. Jumpa Subuh besok ya?"

"Ya ya." jawab Luqman.

"Anas!" kata Abang Surau.

"Err ya ya ada apa?" kata Anas. Tersedar daripada lamunannya.

"Abang cakap abang nak balik ni, haih apa yang mengelamun tu? Teringatkan muslimah tadi ke?"

"Eh mana adalah." jawab Anas malu malu.

"Kalau nak, kena nikah. Mana boleh tengok macamtu, boleh jadi zina mata."

Gedebus! Tepat mengena hati Anas. Tajam betul kata kata abang surau tu. Padan muka.

"Err yaya." kata Anas.

"Okay, abang balik bulu, Assalamu'alaikum adik adik abang. Fii hifzillah." kata Abang Surau ceria.
"Wa'alaikumussalam abang. Fii hifzillah aidhan." jawab mereka serentak.

Selepas Abang Surau pulang, tinggallah mereka berdua.

"Wei Anas, kau betul ke minat muslimah tu?" tanya Luqman. Soalan cepumas beb!
"Takdelah, aku cuma pelik je. Kan sebelum ni tak pernah tengok, tu yang aku pelik. Bukan minat kk." jawab Anas menipu.

"Kau takpayah tipu aku la, aku kenal kau dari kecil. Aku tahu macamana kau. Tapi pelik, berjuta muslimah juga la kau jumpa sebelum ni, tapi kenapa dengan yang ini juga kau terkandas? Hahahaha."

Anas membisu. Diam.

"Err sorryla, yela aku tak tanya lagi. Maaf." kata Luqman serba salah.

"Aku balik dulu, jumpa Subuh besok. Assalamu'alaikum." kata Anas lantas bangun, pulang.

Luqman terpinga pinga, tak sempat nak tahan Anas. Dia serba salah.

......................................................................

Setibanya Anas di rumah, terus dia naik kebilik. Keluarganya semua dah tidur. Mana taknya, dia balik pun dah dekat pukul 11.

Dia bermalas di atas katil. Wudhuk tak dilupanya. Dia tidak pernah lupa pesan abang surau pada dirinya,

"Kalau nak tidur, jangan terus tidur. Al Mulk, ayat Kursi, 4 Qul, Tasbih Fatimah, selawat dengan Syahadah jangan lupa."

"Abang, 4 Qul? setahu saya 3 Qul ja. Apa lagi satu?"

"Yea selalunya dengar tiga, tapi amalkan. Jadikannya 4, iaitu:

- Surah an Nas
- Surah al Falaq
- Surah al Ikhlas
- Surah al Kafirun"

"Ouh, surah al Kafirun. Apa kebaikannya abang?"

"Surah al Kafirun ni, dapat lindungi kita daripada sihir. Tapi bukan sebab surah tu ja, itu semua sebab izin daripada Allah SWT."

"Faham faham, em Tasbih Fatimah pulak abang?"

"Tasbih Fatimah?

Subhanallah - 33x
Alhamdulillah - 33x
Allahuakbar - 33x

"Faham adik?"
"Faham abang!" jawabnya ceria.

"Abang, kebaikan al Mulk pula?"

"Kata Murabbi abang,,


"Bacalah surah al Mulk sebelum tidur, mana tahu, tidur tidur, terus tidur.
Surah al Mulk dapat elakkan kita daripada seksa azab dalam kubur.
Tak rugi amalkan."


"Macamtuhaa, faham?"
"Faham faham!"

Anas tertidur ketika dia asyik teringatkan muslimah tadi....


"Assolatu khairun minan naum!"

Dia terjaga ketika terdengar laungan azan.
Ehhhh! Siapa yang azan? aku dah lambat ke? Allah! 

Anas terus ke tandas, mandi dan cepat cepat bersiap untuk ke Surau. Tak pernah dia meninggalkan solat Subuh berjemaat di surau kecuali hal hal yang memang tak boleh di elakkan. Dia teringat sebuah hadis yang pernah dibacakan oleh Abang Surau;

Dan seandainya mereka mengetahui pahala solat Isyak dan subuh berjama’ah 
sungguh mereka akan datang ke masjid atau mushalla walaupun dengan cara merangkak.
(Riwayat Imam Bukhari).

Sampai sahaja di surau, jemaah sudahpun rakaat kedua. Dia cepat cepat masuk dan solat. Habis sahaja solat, selepas bersalam salaman dengan semua jemaah, dia keluar. Duduk di bangku di tepi surau. Sendirian.

"Assalamu'alaikum adik." sapa Abang Surau sambil memegang bahunya.
"Wa'alaikumussalam. Abang, duduklah." ajak Anas.

"peliklah adik abang ni."
"kenapa pula abang? apa yang peliknya?"

"yalah, selalunya bila Subuh, dia yang paling awal. Kadang tu abang perasan pukul 4.30 dah cerah dah surau ni. tapi harini? Adik penat eh?"

"err hm tak lah abang, entahlah. taktahu. Bangun lambat tadi." jawab Anas kesal.

"adik tidur lewat?"
"taklah, macam biasa."

"Kadang, apa perkara yang kita fikirkan sebelum kita tidur, akan mempengaruhi awal lewat bangun kita." kata Abang Surau.

"Er yaya." jawab Anas, rasa dipanah ke hati. Dia cuma teringatkan muslimah itu seketika, tapi impaknya? A'uzubillah. Ya Allah, maafkan aku. Kesal dirinya. Anas betul betul menyesal. Sebab teringatkan muslimah itu seketika, dia terlepas Azan pada pagi subuh itu.

"Hm yalah. Luqman dia tak datang, ada hal katanya waktu abang mesej tadi."
"Ouh hm yalah abang."

"Macam bosan je dengan abang? kalau bosan abang nak balik ni.." rajuk Abang Surau.
"Eh tak tak, duduklah." potong Anas.

"Hm baru nak merajuk. Adik, pernah dengar tak kisah Nabi Khidir a.s dan Nabi Musa a.s?"

"Nabi Khidir? tak. Nabi Musa pernahlah dengar namanya."

Abang Surau tersenyum.

"Nak tahu kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir? kisah ni dari al Quran tahu? ayat 60 surah al Kahfi."

"Nak nak!" jawab Anas bersemangat. Dia tersangat cintakan sirah sirah anbiya'. Baginya, kisah kisah seperti ini terlalu bermanafaat dan banyak pengajarannya.

"Kalau nak, kena belanja abang makan roti canai dengan teh tarik. Hehee.." usik Abang Surau.
"Abang, nak dengar pulak tak saya cerita pasal Ikhlas? :3" perli Anas lantas kucing mabuk tu pon keluar.

"Amboih, dah pandai perli eh? tanak kawan!"
"Nobody cares la abang" jawab Anas.

"HAHAHAHHA" ketawa Abang Surau dengan capslocknya.
Anas turut ketawa. Ceria mereka.

Lalu, Abang Surau memulakan kisahnya, ditemani udara yang segar dan timbuhan menghijau di sekeliling mereka. Bismillah.

"One upon a time, nabi Musa berdakwah di depan kaumnya, Bani Isra'il. Dia mengingatkan tentang Surga dan Neraka dan bermacam macam lagi."

"Lepastu?" celah Anas.

"Eh sabar la, satu satu. Amboih gelojoh. Waktu Nabi Musa nak akhiri dakwahnya, bangunlah seorang yang ada disitu dan bertanya, 'Weh Musa, siapakah orang di bumi Allah ini yang paling bijak+pandai+berpengetahuan?'"

"Mesti Nabi Musa jawab Abang kan? :3" perli Anas lalu keluarlah smiley kucing mabuk.

"Ehhh, bukanlah. Amboi. Nak tahu tak Nabi Musa jawab siapa?"
"Taknak." usik Anas.

"Ehh budak ni."
"Ye la yela, haha nak."

"Nabi Musa berkata 'Akulah.' Lepastu, orang itu bertanya lagi. 'Apakah tiada orang yang lebih pandai dan bijak dan berpengetahuan daripadamu?' Nabi Musa menjawab, 'tidak ada.' "

"Abang, baru saya teringat, ustaz saya pernah cerita kisah ni. Lepas dia cakap tidak ada tu kan, dia berkata dengan hatinya kan? Dia kata 'Bukankah aku penakluk Fir’aun, pemegang macam macam mukjizat, yang dapat belah laut dengan tongkat aku dan akulah yang boleh bercakap-cakap terus dengan Tuhan. Jadi kemuliaan apa lagi yang dapat melebihi kemuliaan serta kebesaran yang aku capai itu, yang belum pernah dialami dan dicapai oleh sesiapa pun sebelum aku'"

"Yea, lepas Nabi Musa cakap macamtu, Allah ingatkan Nabi Musa yang ilmu itu tersangat luas untuk dimiliki oleh seseorang walaupun ia rasul dan macamana luaspun ilmu seseorang itu, confirm ada yang lebih pandai daripadanya."

"Lepastu Allah suruh Nabi Musa jumpa dengan seorang hambaNya yang soleh yang lagi pandai and berpengetahuan daripada Nabi Musa kan abang?"

"Ya, tempatnya ialah di mana dua lautan bertemu. Hamba yang soleh yang diberi rahmat daripada Allah tu lah yang akan sedarkan Nabi Musa yang tiada sesiapa yang boleh cakap dialah yang terpandai sekali, kerana akan ada orang yang lebih pandai daripadanya."

"Berkata Musa kepada Tuhan: “Wahai Tuhanku, aku akan pergi mencari hamba-Mu yang soleh itu, bagi belajar dan menjadi anak muridnya. Lalu Allah befirman: Bawalah seekor ikan dalam perjalananmu mencari dia dan ketahuilah bahawa tempat yang kau kehilangan ikan itulah merupakan tempat hamba soleh itu.”

Anas mendengar dengan tekun. Tak berkata walau sepatah.

"Nabi Musa readykan diri untuk perjalanan yang jauh, didampingi oleh “Yusya’ bin Nun”, pengikutnya yang setia. Nabi Musa bertekad yang dia takkan pulang selagi tak jumpa dengan hamba soleh tu dan pesan kepada Yusya' untuk memberitahunya kalau ikan itu hilang."

"Lama mereka berlayar, lalu Nabi Musa dan Yusya' berehat seketika. Ketika itulah ikan itu melompat ke dalam laut dengan cara yang pelik. Kejadian itu dilihat Yusya' tapi dia berkata 'Nantilah aku beritahu kepada Nabi Musa.'"

"Setelah Nabi Musa terjaga daripada tidurnya, mereka meneruskan perjalanan. Lama perjalanan, Nabi Musa berasa perutnya lapar dan meminta makanan daripada Yusya'. Waktu itulah yang Yusya' teringat yang ikan itu sudah hilang dan berkata “Aku telah dilupakan oleh syaitan untuk memberitahu kepadamu bahawa waktu engkau sedang tidur, ikan itu melompat masuk ke dalam laut semula."

"Lepastu abang? apa yang terjadi!? tanya Anas tak sabar sabar.

"Berkata Musa kepada Yusya’: “Itulah tempat yang kita cari dan dekat situlah kita akan jumpa hamba yang soleh tu. Moh kita kembali ke tempat tadi." "

"Sampai ja mereka dkt tempat tadi tu, mereka nampak seorang bertubuh sasa yang pada wajahnya tampak cahaya dan iman serta tanda-tanda orang soleh."

"Siapakah engkau?” bertanya orang soleh itu.

Musa menjawab: “Aku adalah Musa.”

“Musa, nabi Bani Isra’il ka?”

“Ya, dari manakah engkau tahu yang aku adalah Nabi Bani Isra’il?”

“Dari yang mengutusmu kepadaku”, jawab orang soleh itu.“

"Inilah hamba yang aku cari kata Musa dalam hatinya. "Boleh aku ikut engkau dan bersama sama engkau sebagai muridmu? Serius, aku akan ikut segala perintah dan tunjuk daripadamu."

“Engkau takkan sabar dan takkan tahan diri kau bila engkau ikut aku." kata Hamba Soleh tu.

"Insya-Allah engkau akan mendapati aku seorang yang sabar yang tidak akan melanggar sesuatu perintah atau petunjuk daripadamu.” jawab Musa.

“Kalau kau betul betul nak ikuti aku dan berjalan bersamaku maka engkau harus berjanji tidak akan tanya apa apa pun dekat aku selagi aku tak bagitahu dekat engkau."

"Ya aku janji."

Lalu berjalanlah hamba yang soleh itu dan Nabi Musa. Sampai di tepi pantai, hamba yang soleh itu meminta tolong seorang pemilik perahu untuk menghantar mereka ke satu tempat. Dengan senang hati pemilik perahu itu membawa mereka ke tempat tersebut tanpa bayaran dan mereka dilayan dengan baik kerana apa yang pemilik perahu itu lihat, mereka ialah orang orang yang soleh dan baik."

"Waktu ni kan yang Nabi Khidir buat lubang dekat perahu tu kan abang?" tanya Anas setelah sekian lama berdiam.

"Ya ya. Nabi Musa terlihat hamba yang soleh itu membuat satu lubang pada perahu itu."

"Lalu Musa menegur Khidir, “Engkau telah melakukan perbuatan mungkar dengan merosakkan perahu ini. Apakah engkau nak  menenggelamkan perahu ini dengan penumpangnya? Tidakkah engkau kasihan kepada pemilik perahu ini?”

"Kan aku dah kata, kau tidak akan tahan dan sabar bila mengikut aku."

"Musa berkata: “Sorry. Aku terlupa janjiku." Lalu tibalah mereka berdua di tempat yang dituju di sebuah pantai. Kemudian mereka berjumpa dengan seorang anak laki-laki yang sedang bermain dengan kawan-kawannya."

"Tiba-tiba Nabi Khidir memanggil budak tersebut dan membawanya ke tempat yang agak jauh, Dibunuhnya budak itu. Terkejut Musa melihat tindakan Nabi Khidir yang dengan selambanya membunuh seorang anak yang tak berdosa."

"Nabi Musa sebagai Nabi yang di utus Allah untuk memerangi kemungkaran tidak berdiam diri bila melihat Nabi Khidir sewenang wenangnya melakukan perbuatan jahat di hadapannya. Lalu Nabi Musa menegur dengan berkata, “Mengapa engkau bunuh seorang anak yang tak berdosa? Sesungguhnya engkau dah buat satu perbuatan yang mungkar dan keji."

"Nabi Khidhir menjawab dengan dinginnya: “Bukankah aku dah cakap, engkau takkan sabar menahan diri berjalan dengan aku.”

"Lalu Musa berkata: “Maafkanlah aku untuk kali kedua. Kalau kali ketiga aku bersikap macamni lagi, jangan bagi aku mengikutimu lagi. Tapi untuk kalini, berikanlah aku peluang untuk terus bersama samamu.”

Nabi Khidir bersetuju dan mereka meneruskan perjalanan dan tibalah mereka di satu kampung untuk mereka berehat kerana sudah terlalu lama mereka berjalan. Dalam perjalanan mereka ingin keluar dari kampung itu mereka  nampak dinding daripada salah satu rumah di kampung itu nak roboh. Dengan cepat, Nabi Khidir menghampiri dinding itu dan menegakkannya semula. Secara spontan Nabi Musa berkata, "Pelik,mengapa kau berbuat baik dengan mereka ini sedangkan mereka tak memberi kita makan dan tempat rehat ketika kita berada di kampung mereka? Sepatutnya engkau meminta upah bagi usahamu menegakkan dinding itu, agar dengan upah yang engkau perolehi itu dapat kita tebus balik makan dan minum kita tadi.”

"Nabi Khidir menjawab, "Wahai Musa, sampai sini sahaja kau bersama sama aku sepertimana janjimu tadi. Sebelum kita berpisah, akan ku ceritakan segala sebab dan alasan mengapa aku berbuat perkara yang kau rasa tidak wajar dan tidak patut.""

"Ketahuilah Musa, aku membocorkan perahu tadi untuk menyelamatkannya dari dirampas oleh seorang raja yang zalim yang sedang mengejar di belakang bahtera itu. Perahu itu milik seorang fakir miskin yang digunakan sebagai kenderaan mencari rezeki bagi hidup mereka. Dengan mencacatkan perahu itu, raja yang zalim itu akan berfikir dua kali untuk merampas perahu itu kerana perahu itu dah rosak dan berlubang."

Barulah Musa faham mengapa Nabi Khidir bertindak sedemikian. 

"Sebab aku bunuh anak lelaki yang kau katakan tidak tahu apa apa itu ialah bertujuan menyelamatkan kedua orang tuanya dari gangguan anak yang durhaka itu. Kedua orang tua anak itu adalah orang-orang yang mukmin, soleh dan bertakwa yang aku takut akan menjadi sesat dan melakukan hal-hal yang buruk kerana dorongan anaknya yang durhaka itu. Aku harapkan dengan matinya anak itu Allah akan mengurniakan anak yang lagi soleh dan berbakti kepada mereka berdua.”

Diam Musa. Berfikir.

"Dinding rumah tu pula aku repair and aku tegakkan kembali sebab dibawahnya terdapat harta peninggalan milik dua orang anak yatim piatu. Ayah mereka adalah orang yang soleh ahli ibadah dan Allah menghendaki bahawa harta yang ditinggalkan untuk kedua anaknya itu sampai kepada mereka dengan selamat bila mereka sudah dewasa kelak Ini sebagai rahmat dari Tuhan serta ganjaran bagi ayah mereka yang soleh dan bertakwa itu.”

Demikianlah wahai Musa, aku dah ceritakan tujuan tindakan-tindakanku yang sepintas lalu itu yang engkau mungkar dan melanggar hukum Allah. Semuanya aku lakukan bukan sebab aku mahu tetapi itu semua atas tuntunan wahyu Allah kepadaku.”

Fahamlah Musa mengapa Nabi Khidir berbuat demikian. Dari situ dia tahu bahwa ada orang yang lebih pandai dan berpengetahuan daripadanya. Dia redha.

"Ouh, macamtu eh ceritanya abang?"

"Ya, macamtulah. Kisah Nabi Musa a.s dan hamba yang soleh ni adik dapat baca dalam surah al Kahfi ayat 60 - 82."

"Ouh okay okay. Syukran abang sudi cerita!" kata Anas ceria.

"Adik nak tahu? Dalam al quran tiada pun menyebut yang Nabi Musa jumpa itu adalah Nabi Khidir."

"Ehhhhhhhh?" ternganga Anas mendengarnya. "Habistu macamana Abang tahu tu Nabi Khidir?"

"Haha gelabah benar adik abang ni. Abang tahu tu Nabi Khidir sebab ada disebutkan dalam hadis hadis sahih," jawab Abang Surau.

"Ouh, hehe mana tahu abang reka cerita ka.." perli Anas.

"Haha takdelah abang nak reka" jawab Abang Surau.

Tiba tiba, Abang Surau memegang perutnya. Sakitnya bukan kepalang. Dia pegang perutnya sambil menahan kesakitan. Tawa Anas terus mati. Dia bertanya Abang surau namun tidak di jawab. Dia takut. Anas cepat panik.

Abang surau jatuh daripada bangku itu ke tanah. Diam tak bersuara. Sepi.



6 Comments:

Blogger Solihin said...

Apa yang terjadi selepasnya

June 8, 2014 at 4:48 AM  
Anonymous Anonymous said...

Assalamualaikum w.b.t.. ana harap semua kisah ni sohih dan riwayat2nya juga sohih. Tolong pstikan dlu ye sahihnye. Bukan apa. Takut silap sikit musnah ummah. Aasif wa syukron .

June 8, 2014 at 8:03 AM  
Anonymous Anonymous said...

sy pon ada dgar kisah ni mse sek ren tp xigt pemuda soleh tu sapa

June 9, 2014 at 5:22 PM  
Blogger Nur Azizah Saidi said...

ana mau copy ?

June 13, 2014 at 7:58 AM  
Blogger Unknown said...

silakan :)

June 15, 2014 at 7:41 AM  
Blogger Aqilah Azmi said...

:(( ending tu...

June 15, 2014 at 9:08 AM  

Post a Comment


|