Disklemer
![]() " Bila menulis, waktu itu mulut terkunci dan yang berbicara cuma hati." ChatOn! Mastermind.
| Soleh itu Bukan Aku (5)
Semua mata tertumpu kepada pembantu doktor yang baru keluar dari bilik pembedahan Abang Surau. Dia berlari ke arah doktor dan Pakcik Asri,"Doktor, pesakit yang nadinya tadi berhenti sekarang dah berdenyut semula." kata pembantu doktor itu tercungap cungap. "Apa? mustahil." doktor itu kembali masuk ke dalam bilik pembedahan. Lebih kurang 5 minit, doktor itu keluar dengan senyuman. "Tuan, anak tuan masih hidup. It's miracle! Tak pernah jadi sebelum ini." kata Doktor Lim teruja. "Semuanya kuasa Allah. Tiada yang mustahil jika Dia berkehendak." kata Pakcik Asri. "Allah? Islam?" tanya Doktor Lim. "Yea, sebab Allah. Ini semua kuasaNya." tambah Luqman. "Kalau betul ni semua kuasa Tuhan kamu, ajarkan saya kalimah syahadah." kata Doktor Lim. "Ikut apa yang saya kata....." jawab Pakcik Asri selepas kalimah syukur diungkap. Sungguh, hidayah itu milik Allah, bukan manusia. Anas yang baru selesai sujud syukur, bangun. Berjalan ke arah pakcik Asri, doktor Lim, Luqman dan Safiyya. "Doktor, boleh saya masuk berjumpa pesakit di dalam?" tanya Anas. "Belum, mungkin besok baru dibenarkan. Pesakit masih perlu diberikan rawatan." Anas akur. Dia kembali duduk di tikar sembahyangnya. Sambung bersolat sunat dan berdoa. Bertasbih tak dilupa. Anas terus beribadah tanpa menghiraukan orang sekeliling. Dia tidak sedar, sudah menginjak 2 hari dia berada di hospital. Dia tidak sedar, yang pakcik Asri, Luqman dan Safiyya sudah pulang. Yang dia sedar, janjinya pada abang surau, dia kena tunai. Lama kemudian.. "Adik, adik boleh masuk lawat pesakit." tegur Doktor Lim. Anas senyum, lantas bangun memasuki bilik Abang Surau. Kini, cuma dia dan Abang Surau, dalam bilik yang kosong. Dikucupnya dahi abang surau. Di genggam, erat tangannya. "Abang, sampai hati semalam nak tinggal saya, abang dah lupa ka yang nanti saya nak belanja abang eskrem magnum? yang abang minta roti canai dengan teh tarik haritu pon saya tak sempat belanja, sampai hati nak tinggal saya." Anas tahu abang surau takkan balas katanya, tapi dia juga tahu, yang abang surau mendengarnya. "Nasib abang ada lagi. Kalau abang takda, saya nak kawan dengan sapa? Kalau abang takda, siapa nak teman saya? Kalau abang takda, takdalah orang yang selalu bajet hensem kan? Kalau abang takda, siapa lagi nak story sirah para anbiya' dekat saya? Kalau abang takda...." Anas menyeka air matanya.. sungguh dia sebak berkata sedemikian. Dia tahu, cuma Abang Surau yang paling rapat dengannya. Cuma abang surau yang selalu ada dengannya. Terasa sekali lagi abang surau kembali menggenggam tangannya. Genggaman abang surau itu seperti membalas kata katanya tadi. "Hehe, abang nak suruh saya belanja apa pula lepasni? Cadbury? cadbury dah halal balik la abang." nada suara Anas di buat buat ceria. "Abang........" Anas menangis sambil dikucupnya tangan abang surau. Tiba tiba pintu dibuka. Safiyya masuk. Anas menyeka air matanya. Terkejut jugalah dia dengan kedatangan Safiyya yang tiba tiba. "Silalah duduk." Anas bangun, berikan tempat kepada adik abang surau, Safiyya. "Thanks." balasnya sepatah. Seperti biasa. Penampilan Safiyya, bertudung labuh, berjubah. Simple, but attractive. Ehhhhhhhhh?
"Menutup aurat itu memang lagi menarik daripada
yang selalu dedah sana sini."
Tiba tiba Anas teringat kata abang surau. "Mana pakcik?" tanya Anas. "Ada meeting. Dia drop saya dekat sini, lepastu terus pergi meeting." jawab Safiyya. "Ni nak panggil kakak or? errr umur?" tanya Ana ragu ragu. Kalau tua, bolehlah dia panggil akak. Sebab kata abang surau, kalau orang tua daripada kita, eloklah panggil abang atau kakak, tanda hormat. "16." "Err okeyh. So saya panggil nama je la eh?" "Up to you." Baru Anas teringat, yang dia tak tahu nama muslimah di hadapannya. Ada dia terdengar semalam waktu pakcik Asri memanggilnya, tapi entah, dah lupa. "Err nama?" "Safiyyatul Haura. Panggil Safiyya je." jawabnya ringkas. Dalam hati Anas memuji muji keindahan nama Safiyya. "Abang masih belum sedar?" tanya Safiyya. "Tak." Diam. Suasana yang kekok. Cuma kedengaran bunyi kipas. Kedua duanya tidak bersuara. "Minta diri dulu, assalamu'alaikum." kata Anas terus keluar daripada bilik. Anas berasa kekok, tidak pernah dia berdua duaan sebegitu. Sungguh. Walaupun Abang Surau ada, tapi dia masih dalam keadaan yang tidak sedarkan diri. Anas beristighfar panjang. Memohon keampunan. ---------------------------------------------------------- Sedang itu, dia teringat perbualannya dengan Safiyya kelmarin. "Kawan awak yang tadi tu, nama apa?" tanya Safiyya. "Anas. Ahmad Anas." "Ouh." Safiyya memuji keindahan maksud nama Anas. "Kenapa tanya pasal dia? Suka?" ragu Luqman. "Suka? taklah. saja tanya nama." Perbualan yang ringkas itu, meninggalkan kesan yang mendalam buat dirinya. Dalam tidak sedar, hatinya juga tertarik pada keindahan akhlak Safiyya. Tapi bila teringatkan yang Anas juga menyukainya, dibatalkan niatnya. Dia lebih sayangkan sahabatnya. Termenung jauh Luqman seorang.
"Berkorban perasaan demi sahabat yang mana juga teman, itu mulia."
Dia teringatkan kata Abang Surau haritu. Lama dia termenung. "Takpa Anas, demi kau, aku redha." kata Luqman sambil menyeka air mata. Tanpa Abang Surau dan Anas yang dah dua hari di hospital, surau mereka sunyi. Cuma yang dia kenal, Safiyya ja. Yang lain cumalah pakcik pakcik dan makcik makcik yang dia tidak kenal. Selama itu jugalah, dia mengambil alih tempat Anas melaungkan azan. Dan selama itu jugalah, Pakcik Bakar menjadi Imam. Pada waktu maghrib, macam biasa. Selepas solat, dengan ketiadaan abang surau dan Anas, Luqman suka duduk menyendiri sambil membaca surah al Kahfi di bangku tersebut. Tiba tiba dia rasa haus, lalu dia berjalan ke warung Pak Hamid seberang jalan di sebelah kanan suraunya. Pakcik Bakar a.k.a imam yang menggantikan tempat abang surau memang selalu minum dekat situ sementara menunggu azan Isyak. Waktu dia nak order air dekat warung tu, dia terdengar perbualan Pakcik Bakar dengan kawan kawannya. "Nasib si budak mentah tu sakit, dengarnya dah nak mati kelmarin. Haha boleh pulak orang surau terima dia jadi imam, entah sah ke tidak solatnya. Sepatutnya aku yang jadi imam, aku dah pergi haji 4 kali kot, yang dia tu, ilmu pon baru sikit. Aku rasa dia tu syiah la." kata Pakcik Bakar. "Kau biar betul dia syiah? memandai je hang ni bakar." tegur salah sorang rakannya. "Lah aku tahu la, aku pernah tengok dia solat Dhuha 12 rakaat, selalunya orang solat Dhuha 2 rakaat ja." "Betul ke? fuhh seram aku." Luqman yang terdengar perbualan tu, terkejut. Luqman yang memang baran mahu saja mengkakikan pakcik Bakar tu. Namun dia teringat kata Abang Surau,
"Marah itu dari Syaitan. Lelaki soleh, pandai mengawal marahnya."
"Assalamu'alaikum ya tuan Haji."
"Haa, ni la budak yang selalu ada dengan budak tu. Ada lagi sorang, yang selalu azan tu. Entah sah tidak azannya. Aku rasa dia ni pon syiah la."
Satu tamparan tepat mengena pipi Pakcik Bakar. Pijar rasanya. Dia marah seperti orang gila.
"Woi budak kurang ajar, mak bapak kau tak ajar ke hormat orang tua? Dasar syiah!" herdik Pakcik Bakar.
Luqman diam. Ikutkan hati nak je dia lanyak orang tua ni. Mulut bukan main longkang. Dia tak kisah mahu menghinanya, tapi jangan sebut nama sahabat sahabatnya. Dia pantang.
"Woi budak, kau pekak ke?"
"Lebih baik jadi pekak dari mendengar umpatan daripada manusia yang bermulut busuk. Yang hati penuh dengan benih kebencian." jawabnya dengan tenang, tapi dah cukup buat Pakcik Bakar naik darah.
"Woi budak takguna. Lepasni aku haramkan kau jejakkan kaki dekat surau tu lagi!"
"Apa kuasa tuan? Hanya dengan cuma jadi Imam yang cuma menggantikan orang lain, tuan dah boleh jatuhkan hukum sendiri?" kata Luqman sinis.
Diri pakcik Bakar terasa betul betul dipukul. Dia terlalu marah. Diangkatnya pasu bunga kecil di atas mejanya, digenggam.
Nak pukul saya? Nak bunuh? Silakan tuan haji yang dah 4 kali menunaikan haji katanya.
"Pranggggggggggg!!!!"
|
10 Comments:
assalamualaikum..jalan cerita yg menarik dn berilmiah...teruskan!!
wa'alaikumussalam. thanks. alhamdulillah.
Astarghfirullah... may Allah forgive pakcik bakar .... teruk betul la. Btw awesome story. tabik hormat ;)
Astarghfirullah... may Allah forgive pakcik bakar .... teruk betul la. Btw awesome story. tabik hormat ;)
Astarghfirullah... may Allah forgive pakcik bakar .... teruk betul la. Btw awesome story. tabik hormat ;)
Astaghfirullahalazim . Kuasa Allah tak sape tahu kan . Yang mati bole hidup semula . ALLAHUAKBAR ! :')
Best!! X sbr nk tunggu part yg ke enam...^^
Cerita yg baik dan bnyak manfaat. semoga Allah memberkati.
Ya Allah punya lah Tgh feeling pakcik bakar ni kuaja pulak ish
Alhamdulillah.. :') .watak abang surau xdlupuskan..I will still mnyukai watk abang surau..
Pak cik bakar,jngan nk tuduh2 abang surau..
#abang surau baek :)
Post a Comment