Disklemer
![]() " Bila menulis, waktu itu mulut terkunci dan yang berbicara cuma hati." ChatOn! Mastermind.
| Soleh itu Bukan Aku (6)
Luqman al Farisi. Bertubuh sasa dan tegap. Seorang yang baran. Di minati gadis gadis. Dia memang terkenal di sekolah itu. Guru guru pon tiada yang berani menegurnya, inikan pulak pelajar.Luqman sedang berjalan di kantin bersama anak buahnya yang lebih kurang 30 orang itu. Sebenarnya, dia lebih suka bersendirian. Tapi mereka yang menawarkan diri untuk jadi pengikutnya. Nak buat macamana, rezeki. Dia dengan megahnya memasuki kantin, memotong barisan. Tiada seorang pon yang berani menghalangnya. Macam biasa, bila rehat and nak makan, dia datang lambat atau cepat, confirm sempat. Nak cakap yang dia ni gangster, cikgu disiplin sekolahnya pon pernah makan kakinya. Minggu lepas, pemeriksaan seluar. Luqman ditahan kerana mengecilkan seluarnya di bahagian kaki. "Kenapa buat seluar macamni?" tanya guru disiplin, Cikgu Halim tegas. "Dah seluar saya, kalau seluar cikgu, saya tak buat." jawab Luqman acuh tak acuh. "Menjawab ye kau!" "Siapa suruh bagi soalan. Cikgu kelas saya cakap, setiap soalan ada jawapannya. Cikgu dulu mesti tak sekolah kan?" Pang!! Tamparan Cikgu Halim tepat mengena mukanya. Baran Luqman tiba tiba datang. Tidak menunggu lama, dia mengangkat kakinya, menapak pada muka cikgu Halim. "Tugas cikgu mendidik, bukan memukul. Balik kejap lagi, pakai comel comel, duduk depan laptop, tulis surat letak jawatan." Tak jawab cikgu itu. Mukanya rasa nak pecah. Malunya bukan kepalang disaksikan ramai pelajar. "Kau buat laporan pasal hal ni, bini kau jadi janda." ugut Luqman. Selepas haritu, kecoh pasal kejadian Luqman menerajang cikgu disiplin. Sebab itulah, ramai yang takutkan Luqman dan selepas itulah, ramai budak budak samseng ingin berada di bawahnya. Perkara ini sampai kepada pengetahuan pengetua. "Saya dengar awak ada cederakan guru di sekolah kita, betul ke?" "Khabar angin maybe? Biasala pelajar cemerlang macam saya ni, memang ramai yang dengki." jawab Luqman. Ya, Luqman cemerlang dalam bidang akademik, dan juga kokurikulum. "Kamu jangan nak loyar buruk dengan saya!" herdik pengetua. "Saya cakap je. taknak caya, it's up to you." balas Luqman. Tiba tiba Cikgu Halim masuk ke dalam bilik pengetua. Sebenarnya pengetua dah memanggil cikgu halim untuk mengaku di depannya, dan juga di hadapan Luqman. "Cikgu, betul tak pelajar ini telah mencederakan cikgu?" tanya pengetua. Cikgu Halim memandang Luqman. Luqman tersenyum sini. "Cikgu, saya inginkan jawapan untuk soalan tadi." tambah pengetua. "Err tak lah. Mana ada dia cederakan saya, betul. Tuan pengetua silap dengar rasanya." bohong Cikgu Halim. Luqman tergelak kecil. Pengetua nampak malu. "Kan saya dah cakap tuan pengetua, saya ni budak yang baik." "Awak boleh keluar sekarang. Terima kasih." Keluar ja dari bilik pengetua, ada seorang pelajar terlanggar bahunya. Dia tahu pelajar itu tidak sengaja, tapi Luqman, dengan barannya, dia memaki pelajar tersebut. "Woi budak, buta ke? Mata letak mana? Siku kanan?" Budak itu tidak mengendahkan apa yang dikatakan Luqman. Walaupun dia pelajar baru, dia dah tahu sangat pasal Luqman. Dia dah banyak dengar cerita pasal Luqman. Dia malas nak melayan. "Woi budak skema, pekak ke?" marah Luqman. Dia cukup pantang bila dia panggil, orang itu buat tak dengar. Tiba tiba anak anak buah Luqman memegang bahu budak tersebut, diheretnya ke belakang padang. Mereka tahu, bila taiko mereka marah, di situ tempatnya. Luqman tersenyum. Kadang kadang berguna juga budak budak takguna ni. Setibanya di padang.. "Kau pekak eh?" tanya Luqman sambil menampar pipi pelajar tersebut. Pelajar tersebut memang tak dapat buat apa apa, kedua dua tangannya dipegang kemas oleh anak buah Luqman. "Aku tanya ni, kau pekak ke?" nada suaranya ditinggikan. "Fuh, bikin panas budak ni. Nama kau apa?" "Ahmad Annas." jawab pelajar itu sepatah. "Haa, ada pon suara. Ingatkan pekak tadi. Bisu. Apehal aku panggil kau buat buat tak dengar tadi?" "Lah panggil aku ke tadi? takdelah, bahasa kau baik sangat, ingatkan bukan untuk aku." perli Anas. "Kurang ajar kau kan!" herdik Luqman sambil menumbuk kencang perut Anas. "Sedap? nak lagi?" Ada darah yang keluar dari mulut Anas. Perit tak terkata perutnya. Apalah sangat tumbukan yang tak seberapa tu nak dibandingkan dengan seksaan yang Bilal ibnu Rabbah rasa. Dijemur di tengah panang pasir sambil batu diletakkan di atas badannya. Lagi perit. Dia nak jadi setabah Bilal. "Dah cukup? Kalau tak, pukul la lagi. Kau rasa kau hebat macamni? Kau rasa dengan buat orang takut dengan kau, kau jadi kuat, hebat? Setakat manusia takutkan kau, apalah sangat. Kau fikir kau boleh takutkan Allah?" "Tak payah nak ceramah dekat aku la!" flying kick Luqman tepat mengena muka Anas. Bibirnya pecah, berdarah. Luka mukanya yang tampan itu. "Dah? ke tak cukup lagi?" kata Anas sambil mengukir senyum. "Kalau perangai kau macamni, kau bunuh aku sekalipun, aku takda hormat dekat engkau." "Diam la bodoh!" herdik Luqman. "Weh kau berdua, buang dia dalam parit tepi surau tu." arah Luqman kepada dua anak buahnya yang dari tadi kemas memegang Anas. Cepat. Anas dibaling ke dalam longkang. Lemah terasa badannya. Mulutnya tak henti henti bersyukur kepada Allah.
"Mungkin dosa aku yang terlalu banyak, Kau hapuskan dengan
cara menghantar kesakitan kepadaku."
Kata Anas selepas dibaling ke dalam parit. Dia memegang bahunya. Sakit bukan kepalang. Dia redha. Dia percaya pada Allah.
"Dah, jom cepat blah. Nanti kantoi." kata Luqman kepada anak buahnya.
Keesokan harinya, di dalam kelas, Luqman baru sedar yang Anas sekelas dengannya. Mana tidaknya, setiap kali di dalam kelas, kerjanya cuma membuat tahi mata. Tidur.
Dia nampak keadaan Anas. Mukanya yang lebam dan bibir yang pecah, badannya yang nampak lemah. Terbit rasa bersalah. Bila difikirkan , dia memukul Anas cuma kerana terlanggar bahu? Tapi rasa menyesal itu dipadam dengan egonya. "Siapa suruh dia langgar aku?" bisik Luqman dalam hatinya.
Sedar tak sedar, dah rehat. Bila rehat, selepas makan, Luqman dengan anak buahnya akan menghisap rokok di tandas surau. Kerana disitulah pengawasan pengawas yang paling lemah. Ekceli dia tidak kisah dengan pengawas, kerana tiada pengawas yang berani menegurnya, tapi malaslah dia nak cari pasal. Pernah haritu dia digantung sekolah 2 minggu akibat menyebabkan seorang pengawas koma. Nasib tak kena buang. Katanya, dia terkejut dengan lipas yang tiba tiba lalu di hadapannya lalu tertendang seorang pengawas sehingga terjatuh parit yang dalam. Apa punya alasan.
Ketika dia selesai menghisap rokok, dia masuk ke surau untuk membetulkan rambutnya. Entah, selalunya tidak pernah dia kisah pasal rambut. Tapi harini datang angin kus kus mane tah, dia masuk ke dalam surau.
Baru nak masuk, dia terdengar seorang hamba Allah berdoa,
".....ya Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengampun, aku hambaMu yang hina memohon kepadaMu, Kau bukakanlah pintu hati Luqman al Farisi, rakan sekelasku dan Kau berikanlah dia hidayah dan rahmatMu ya Rabb. Kau ampunkan segala dosanya. Sesungguhnya dia tidak mengetahui apa apapun ya Allah. aku mohon.. " ada sedu di akhir doanya tanda dia menangis.
Terkejut Luqman mendengarnya. "Macam nama aku, tapi takkanlah aku? merepek merepek." dia berbisik kepada hatinya.
"Taiko, jom gerak?" panggil anak buahnya.
"Pergilah dulu, takkan nak mengekor je aku. Semak betul." balas Luqman.
Selesai semua anak buahnya beredar, dia menunggu di tepi surau. Ingin dia lihat empunya diri yang mendoakannya. Hampir 5 minit, Anas keluar dari surau. Dia menuju ke arah kasutnya di mana bersebelahan tempat Luqman menunggu.
"Kau buat ape dekat sini?" tanya Luqman tiba tiba.
"Repair motor, tak nampak?" balas Anas acuh tak acuh.
"Aku tanya cun cun ni, kau buat apa sini?"
"Dah dekat surau, mestilah aku solat ke buatpe ke. Pehal?"
"Ada siapa lagi dekat dalam?"
"Dah tengok kasut aku je yang ada dekat sini, aku lah. Mana ada orang lain."
Terduduk Luqman. Terkejut. Tak sangka. Orang yang dia pukul semalam, mendoakan kebaikan untuknya harini. Yea, di dalam ramai ramai orang yang kita benci, mungkin merekalah yang diam diam mendoakan kebaikan untuk kita. Berhenti bencikan orang, tak mati pun.
"Yang kau duduk dekat sini kenapa? bangun. Duduk dekat bangku ni ha." ajak Anas.
Luqman masih diam. Seperti fikirkan sesuatu. Then..
"Kenapa kau doakan aku?"
"Bila aku doakan kau?"
"Tadi kau sebut Luqman al Farisi."
"Kau ngintip aku ke? kalau dah rindu sangat, bagitahu. Kita boleh set untuk berjumpa, date makan aiskrim ke ape."
"Aku tanya kenapa kau doakan aku?"
"Mana ada, macamla kau sorang je Luqman al Farisi dalam dunia ni."
"Dalam dunia ni aku tak tahu, tapi dalam sekolah ni memang aku sorang ja."
"Ala dekat twitter ramai nama macam kau."
"Kenapa doakan aku?" tanya Luqman serius.
"Tiada sebab untuk doakan kebaikan orang." jawab Anas perlahan.
"Tapi semalam aku dah sakitkan kau."
"Tu bukan sebab untuk aku pukul kau balik. Nak tahu apa sunnah nabi yang paling susah nak buat?"
Luqman diam.
"Sunnah Nabi yang paling susah nak buat ialah berbuat baik
dengan mereka yang berbuat jahat dengan kita."
Aku pun tak dapat ikut, tapi aku sedang cuba.
Air mata tak dapat ditahan. Entah kenapa Luqman rasa sebak. Hilang segala egonya. Air mata mengalir laju...
"Rilek la. Nangis je. Bukannya pondan pon nangis. Nabi Muhammad SAW dulu pon menangis juga."
"Kenapa kau doakan aku?" tanya Luqman lagi sambil menangis.
"Sebab aku sayangkan kau. Sebab kau saudara aku."
"Saudara? nipu. Mana ada aku sepupu kau ke ape."
"Sayang, Allah befirman dalam surah al Hujurat ayat ke 10 yang bermaksud, 'Sesungguhnya orang Mukmin adalah bersaudara, maka damaikanlah antara kedua-dua saudara kamu, dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.' "
"Maaf, aku jahil agama." jawab Luqman merendah diri. "Aku pun. Ilmu Allah kena cari, bukan datang sendiri. Jom sama sama masuk Syurga Allah?" "Syurga untuk orang yang soleh dan baik, bukan untuk aku." "Ya, memang Syurga untuk orang yang baik dan soleh, bukan untuk orang yang jahat macan kau ni." Terkejut Luqman. Darahnya menyirap. Bangun dia nak menghentam Anas. ".. tapi Allah juga tak pernah menyebut bahawa hambanya yang berdosa tidak boleh bertaubat." sambung Anas. Luqman tersenyum. Dia rasa, itulah senyumannya yang paling ikhlas sekali selama ini. Dia sudahpun menemui sahabat. Dia bangun, memeluk Anas. Baru kini dia dapat rasa, erti persahabatan. Dari sini bermulanya ikatan. Dari sini Abang Surau dia kenal. itupun Anas yang perkenalkan. Dari sini bermulanya penghijrahan. Cuma dari doa seorang kawan yang inginkan perubahan teman. Tetapi, semuanya dengan izin yang Maha Esa. "Luqman, luqman. Assalamu'alaikum, Luqman?" Perlahan dia membuka matanya. Sakit di kepala amat terasa. Dia berada dibilik yang dia tidak tahu dimana. Tapi suara itu sangat dia kenal. Dalam kepayahan.. dia menjawab. "Wa'alaikumussalam. Err Anas? aku dekat mana ni?" "Kau dekat hospital yang sama dengan Abang Surau. Orang dekat taman yang hantar tadi. Katanya kepala kau cedera terkena pasu. Entahlah. Aku tak tahu ceritanya. Tiba tiba dia terus teringatkan Pakcik Bakar. Orang tua tak guna. Luqman mencabut wayar di badannya. Kepalanya yang sakit ditahan. Balutan di kepala dikoyak. "Woi woi! Hang ni kenapa?" marah Anas. "Pakcik Bakar mana pakcik Bakar?" tanya Luqman. "ye dah kalau rindu sangat dekat tuan Haji, nanti aku bawakan dia dekat kau. Takpayah la gelojoh sangat macamni. Tengok, luka dekat kepala kau tu dah berdarah balik. Hish, degil tak hilang budak ni." bebel Anas. Nurse datang menenangkan Luqman. Diberi ubat tidur. Diam. Anas lega. Sahabatnya ni, tak berubah. Degil. Tapi nampak tadi, macam dia marahkan pakcik Bakar tu. Kali terakhir Anas tengok Luqman marah, waktu Luqman memukulnya dulu. Err kenapa Luqman marah? Anas berkata kata dengan hati kecilnya. Berfikir dia sendirian. Bermacam spekulasi dibuat. Cuma bunyi kipas yang didengar. Diam. Pada masa yang sama, selepas Subuh, Pakcik Bakar buat pengumuman di Surau.
"Imam sebelum ini dan seorang budak bernama Luqman al Farisi
adalah puak Syiah. Mohon berjaga jaga dari mereka. Jauhkan diri, takut
akhlak kita rosak nanti. Sekian."
|
16 Comments:
Pakcik bakar tuh saje je ckp org syiah… -_-"
#Bestlahcitenih
Errrr pkcik bakar ni. . aiyooo. . sekeh pala kang. .
Pak cik Bakar ni dah kenapa -.-
Erghhh...pakcik bakar tuh dh kenape...mmg nk kene btul...
=_="
bila hati dah terlalu busuk dengkikan manusia, perkara yang mungkar pon berlaku tanpa duga.
Pkcik tuuu. --''
Ada sambungan ? ..
Pakcik bakar tuu memang suka memfitnah org ke ? Haihh , geram nya ngan pakcik bakr tuu
best wuu .. hehe ,, :'( .. cepat2 lha sambung yerr .. excited nk bace . tapi esok dh kena masuk asrama .. cerita ni real ke rekaan .. btw tabikkk springg kt ANAS .. likkkee .
Stu je yg ade dlm mulut yg perlu diperkatakn..Power..
gempakk..
pak cik bakar memang nk kena bakar ke ? ergh.
Best lh citer no
Rasa nak gi tumbok uncle burn tu haihhhh hihi best best suka nyaaaa qila Baca semua ni heee
Pak cik bakar ni,bila lar nk brtaubat..asyik fitnah orng jer
#kesian kt my "abang surau"
aigoooo,, nak kena pakcik bakar ni..
Eee.. pak cik bakar tu saje je..geram pulak rase..
Post a Comment